ceramah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Apr 2026 23:23:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ceramah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih ramai tokoh agama terkenal bakal dibawa ke Sabah – Arifin https://sabahmedia.com/2026/04/25/lebih-ramai-tokoh-agama-terkenal-bakal-dibawa-ke-sabah-arifin/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/lebih-ramai-tokoh-agama-terkenal-bakal-dibawa-ke-sabah-arifin/#respond Fri, 24 Apr 2026 23:23:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95498
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri terus mempergiat usaha untuk membawa lebih ramai tokoh agama dan penceramah terkenal ke Sabah dalam usaha memperkukuh pembangunan rohani masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu dilaksanakan secara berterusan melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi dan agensi agama.

Beliau berkata, antara usaha terkini ialah penganjuran ceramah khas melibatkan Profesor Adjung di Universiti Malaysia Sabah, Ustaz Abdul Somad Batubara yang turut mengadakan jelajah dakwah di beberapa daerah di negeri ini.

“Kehadiran penceramah seperti Ustaz Somad memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu agama secara lebih meluas melalui ceramah dan program dakwah yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri ceramah khas di Dewan Sa’adah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini.

Arifin berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha membawa lebih ramai tokoh agama tersohor termasuk Habib Ali Zaenal Abidin, Ustaz Das’ad Latif, Abdullah Gymnastiar dan Adi Hidayat, selain tokoh al-Quran serta qari dan qariah antarabangsa.

Program ceramah khas bersama Ustaz Somad itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,000 peserta, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan masyarakat terhadap program keagamaan di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/lebih-ramai-tokoh-agama-terkenal-bakal-dibawa-ke-sabah-arifin/feed/ 0 95498
5,000 umat Islam ikuti Ceramah Perdana Kazim Elias di Kudat https://sabahmedia.com/2024/09/03/5000-umat-islam-ikuti-ceramah-perdana-kazim-elias-di-kudat/ https://sabahmedia.com/2024/09/03/5000-umat-islam-ikuti-ceramah-perdana-kazim-elias-di-kudat/#respond Tue, 03 Sep 2024 05:03:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60112
Read Time:38 Second

Kudat:  Lebih 5,000 umat Islam khususnya di daerah ini hadir mengikuti Ceramah Perdana yang disampaikan Penceramah Bebas,  Datuk Mohammad Kazim Elias.

Ceramah bertajuk, ‘Meraih Kepelbagaian Berteraskan Titik Perpaduan’ itu dimulakan dengan alunan Asmaul Husna yang bergema di Dataran Tomborungus, di sini malam tadi.

Hadir sama menyaksikan ceramah itu ialah Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama; Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda;  Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor Chong Chen Bin @Ben Chong dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Ahadin Arinen.

Ceramah anjuran Pejabat Daerah Kudat itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Lembaga Bandaran Kudat dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/03/5000-umat-islam-ikuti-ceramah-perdana-kazim-elias-di-kudat/feed/ 0 60112