ceroboh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 24 Jun 2025 11:12:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ceroboh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ceroboh kantin sekolah, remaja dipenjara dua bulan https://sabahmedia.com/2025/06/24/ceroboh-kantin-sekolah-remaja-dipenjara-dua-bulan/ https://sabahmedia.com/2025/06/24/ceroboh-kantin-sekolah-remaja-dipenjara-dua-bulan/#respond Tue, 24 Jun 2025 11:11:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76110
Read Time:58 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Hasrat seorang remaja untuk melakukan aktiviti jenayah di kantin sekolah terbantut apabila dia ditangkap, dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan kerana menceroboh kawasan tersebut.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu kepada Presley Oliver, 18, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan pencerobohan jenayah dengan berada dalam kawasan kantin sekolah yang digunakan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti jenayah pada 18 Jun lalu jam 8.30 malam di sebuah katin sekolah rendah di Manggatal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengawal keselamatan sekolah ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan disyaki telah menceroboh kantin sekolah untuk melakukan aktiviti jenayah.

Tertuduh bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan. Pengawal keselamatan mengikat kedua-dua tangannya menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mengaku menceroboh kantin sekolah untuk melakukan aktiviti jenayah namun tidak sempat berbuat demikian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/24/ceroboh-kantin-sekolah-remaja-dipenjara-dua-bulan/feed/ 0 76110
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan https://sabahmedia.com/2024/05/20/cuba-ceroboh-masuk-istana-negara-dua-individu-dipenjara-dua-bulan/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/cuba-ceroboh-masuk-istana-negara-dua-individu-dipenjara-dua-bulan/#respond Mon, 20 May 2024 15:23:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54724
Read Time:1 Minute, 53 Second

bernama

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, tiga hari lepas.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu ke atas Salleh Udoh, 37, dan Abdul Malek Az Zukhruf Fiee, 29, selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Pintu 3 Istana Negara, Sri Hartamas di sini pada 4.40 petang, 17 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 17 Mei.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu iaitu anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pintu 3 Istana Negara didatangi sebuah kereta dinaiki kedua-dua tertuduh yang cuba memasuki istana.

Apabila ditanya tujuan masuk ke istana, kedua-dua tertuduh memberitahu ingin berjumpa Yang di-Pertuan Agong atas urusan akhirat dan pengadu telah membuat panggilan ke pusat kawalan dan petugas ronda sektor kemudian tiba di lokasi kejadian.

Pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan tertuduh dan menjumpai sebilah parang bersarung hitam berukuran 17.5 inci dalam bonet kereta. Kedua-dua tertuduh ditangkap dan siasatan mendapati mereka tiada sebarang urusan yang sah untuk memasuki Istana Negara.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kes pencerobohan yang berlaku.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sementara itu Salleh yang berdepan satu lagi pertuduhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki senjata iaitu parang panjang berkenaan tanpa kebenaran yang sah pada lokasi, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan Salleh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai serta menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/cuba-ceroboh-masuk-istana-negara-dua-individu-dipenjara-dua-bulan/feed/ 0 54724
Polis Sahkan Tahan 2 individu Cuba Ceroboh Istana Negara https://sabahmedia.com/2024/05/18/polis-sahkan-tahan-2-individu-cuba-ceroboh-istana-negara/ https://sabahmedia.com/2024/05/18/polis-sahkan-tahan-2-individu-cuba-ceroboh-istana-negara/#respond Sat, 18 May 2024 05:58:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54585
Read Time:1 Minute, 21 Second

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki cuba menceroboh Istana Negara di sini, semalam. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kedua-dua suspek yang menaiki sebuah PERODUA Kembara pada mula cuba memasuki Istana Negara melalui Pintu 3, kira-kira jam 4.40 petang. 

Tambahnya anggota polis yang berkawal di pintu masuk menahan kenderaan dinaiki suspek dan suspek memaklumkan mereka mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong. 

“Anggota polis di lokasi kemudian melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki mereka dan menjumpai sebilah parang dalam kenderaan terbabit. 

“Berikutan itu, kedua-dua lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kenderaan itu ditahan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua susek yang ditahan, masing-masing bekerja sebagai buruh binaan dan penghantar makanan. 

Katanya, keputusan ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau. 

“Kedua-duanya kini direman empat hari bermula hari ini sehingga 21 Mei ini untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya. 

Rusdi berkata, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti berkaitan kejadian ini. 

Sementara itu, susulan kejadian terbaharu itu, Pasukan Keselamatan Istana Negara kini mengambil beberapa langkah mempertingkatkan kawalan keselamatan keluar masuk ke istana.

Antara langkah itu termasuk menghidupkan penghadang kenderaan menggunakan Sistem Bollard sepanjang masa, selain pemeriksaan terhadap semua kakitangan dan tetamu yang masuk serta memperketatkan penggunaan pas di pintu masuk.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/18/polis-sahkan-tahan-2-individu-cuba-ceroboh-istana-negara/feed/ 0 54585
Kerajaan Negeri Pandang Serius Isu Pencerobohan China https://sabahmedia.com/2021/10/02/kerajaan-negeri-pandang-serius-isu-pencerobohan-china/ https://sabahmedia.com/2021/10/02/kerajaan-negeri-pandang-serius-isu-pencerobohan-china/#respond Sat, 02 Oct 2021 11:36:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7111
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU :  Kerajaan negeri memandang serius tindakan keterlaluan China yang disifatkan sebagai ancaman terhadap kerajaan Malaysia dan negeri Sabah secara menyeluruh.

Timbalan Ketua Menteri Sabah I, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada kerajaan Pusat untuk segera mengatasinya kerana ia melibatkan keselamatan rakyat Sabah dan bakal menjejaskan sektor ekonomi dan perlancongan negeri itu.

“Saya memandang berat perkara ini kerana isu ini telah berlarutan sejak sekian lama sehingga banyak berlakunya pencerobohan di sempadan perairan negara yang melibatkan pulau-pulau kecil di kawasan berhampiran.

“Saya yakin dan percaya kerajaan Pusat akan dapat segera menyelesaikan perkara ini kerana tindakan China ini bakal memberikan implikasi buruk kepada keselamatan dan ekonomi kerajaan negeri serta menimbulkan kebimbangan rakyat dan pelabur seperti perniagaan laut dalam, perlancongan dan sebagainya.

“Di masa yang sama saya berharap agar pihak keselamatan seperti maritim dan TUDM serta semua yang terlibat untuk bersama-sama mempertingkatkan keselamatan di perairan dan sempadan negara ,” katanya ketika memetik laporan Astro Awani disini hari ini.

Pada Jumaat, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, insiden pencerobohan perairan negara melibatkan kapal daripada China telah berlaku sejak 2013 dan terdapat peningkatkan aktiviti tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Abdul Rahman mengulas laporan beberapa portal pertahanan antarabangsa yang mendakwa terdapat sejumlah kapal Pengawal Pantai China menceroboh perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Insiden itu berlaku selepas tidak sampai 24 jam TUDM melakukan latihan bersama Amerika Syarikat (AS) apabila dua kapal negara itu dengan kod CCG 5202 dan CCG 6307 menceroboh perairan Sabah yang kaya dengan gas dan minyak mentah berkualiti.

Mengulas lanjut, Bung yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata pihaknya berharap agar kerajaan pusat mendesak satu rundingan segera diadakan dengan semua pihak yang terlibat.

“Saya serah pada Menteri Luar untuk melihat dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menanggani perkara ini.

“Perlu segera diselesaikan sebab kalau semua negara mahu tuntut boleh menyebabkan berlakunya kekacauan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kami mengharapkan agar perundingan di peringkat antarabangsa dapat segera diadakan bagi mencari jalan peneyelesaian kerana perbalahan berterusan telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya lagi.

Filipina pada Jumaat menzahirkan rasa marah dengan menghantar bantahan diplomatik kepada Presiden Xi Jinping ekoran laporan perisikan negara itu berhubung pencerobohan hampir 100 buah kapal China yang dilihat memasuki perairan Laut China Selatan yang dituntut Manila.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/02/kerajaan-negeri-pandang-serius-isu-pencerobohan-china/feed/ 0 7111