china – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Mar 2026 09:41:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png china – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama Sabah–China diperkukuh, teroka peluang baharu pelancongan dan ekonomi https://sabahmedia.com/2026/03/25/kerjasama-sabah-china-diperkukuh-teroka-peluang-baharu-pelancongan-dan-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2026/03/25/kerjasama-sabah-china-diperkukuh-teroka-peluang-baharu-pelancongan-dan-ekonomi/#respond Wed, 25 Mar 2026 09:32:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93752
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Konsulat China di sini menyokong usaha menilai semula kerjasama antara bandar Sabah dan China bagi memperkukuh hubungan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi, termasuk meneroka peluang baharu yang saling menguntungkan.

Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr Zhu Xinglong, berkata hubungan yang kukuh dan berterusan mampu membawa manfaat bersama, termasuk dalam pertukaran pengetahuan, pembangunan komuniti serta inisiatif pertumbuhan mampan.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai pada Rabu, bagi membincangkan komitmen memperkukuh hubungan Sabah–China serta meneroka kerjasama strategik.

Joniston yang menyelia Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah berkata usaha menghidupkan semula hubungan tersebut adalah tepat pada masanya ketika Sabah terus memposisikan diri sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan mampan dengan potensi pelaburan yang memberangsangkan.

Menurutnya, pengukuhan kerjasama itu juga akan menyokong pertumbuhan jangka panjang selain membuka lebih banyak peluang kepada komuniti tempatan dan pemain industri.

Beliau turut memaklumkan bahawa DBKK sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Heyuan pada 2010, Jiangmen (2012), Wuhan (2015), serta Hangzhou dan Xi’an pada 2019.

China kekal sebagai antara pasaran pelancongan utama Sabah dengan jumlah ketibaan pelawat antarabangsa tertinggi secara konsisten.

Pada Januari tahun ini, Sabah merekodkan 54,102 ketibaan pelawat dari China, manakala sepanjang tahun lalu, seramai 657,528 pelancong dari negara itu berkunjung ke negeri ini.

Ketika ini, Sabah dihubungkan dengan lapan bandar di China melalui penerbangan terus.

Dalam pertemuan itu, Zhu turut mencadangkan agar Sabah menubuhkan pejabat pelancongan dan kebudayaan di Beijing bagi mempergiat usaha promosi serta memperluas capaian ke pasaran China.

Kedua-dua pihak turut menekankan sektor pelancongan sebagai antara teras utama di bawah agenda pembangunan Sabah Maju Jaya, dengan kerjasama berterusan dilihat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti.

Selain itu, beliau turut berkongsi pandangan mengenai pembangunan berasaskan pelancongan, termasuk inisiatif peningkatan taraf hidup komuniti, sambil menegaskan pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik khususnya dalam usaha pembasmian kemiskinan melalui pelancongan mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Yee Tsai Yiew, serta pegawai dari DBKK dan Lembaga Pelancongan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/25/kerjasama-sabah-china-diperkukuh-teroka-peluang-baharu-pelancongan-dan-ekonomi/feed/ 0 93752
Malaysia-China relations strengthen Sabah’s growth: Liew https://sabahmedia.com/2025/10/21/malaysia-china-relations-strengthen-sabahs-growth-liew/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/malaysia-china-relations-strengthen-sabahs-growth-liew/#respond Tue, 21 Oct 2025 14:53:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83864
Read Time:1 Minute, 24 Second

By Mu Vitet

KOTA KINABALU: Sabah has benefited significantly from the long-standing relationship between Malaysia and China, said caretaker Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Christina Liew.

She said the close ties cover cooperation in the economy, tourism, education and cultural exchange.

“China is one of our largest sources of international tourists, apart from cultural exchange programmes, research collaborations and heritage conservation initiatives,” she said at the Confucian-Islamic Civilisation Dialogue at Universiti Malaysia Sabah.

Liew said the dialogue continues the long history of friendship between Malaysia and China, aimed at deepening cultural diplomacy and ensuring the next generation inherits not only economic ties but also lasting bonds of understanding.

“As we enter an age of globalisation, we must not allow our cultural heritage to fade. Instead, we must preserve it, learn from it and share it with the world,” she added.

She assured that the Ministry of Tourism, Culture and Environment remains committed to safeguarding Sabah’s cultural assets.

“Institutional bodies such as the Sabah Museum play a central role in documenting and preserving our history while educating the younger generation about their heritage,” she said.

Liew also welcomed the upcoming visit by Chairman Liu Yuzhu and the China Foundation for Cultural Heritage Conservation to the Sabah Museum, which will open new opportunities for collaboration in cultural preservation.

She said the dialogue serves as a meaningful platform where history, philosophy and culture converge to remind people of the common values that unite humanity.

Liew added that President Xi Jinping, during his recent meeting with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, had emphasised the importance of continuing the Confucian-Islamic Civilisation Dialogue and strengthening people-to-people exchanges.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/malaysia-china-relations-strengthen-sabahs-growth-liew/feed/ 0 83864
Poster pelancongan promosi keunikan tawau, sasar pelancong China https://sabahmedia.com/2025/10/03/poster-pelancongan-promosi-keunikan-tawau-sasar-pelancong-china/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/poster-pelancongan-promosi-keunikan-tawau-sasar-pelancong-china/#respond Fri, 03 Oct 2025 04:35:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82434
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Usaha memperkasa industri pelancongan Tawau dipergiat melalui pelancaran poster promosi khas yang menampilkan makanan tempatan dan lokasi menarik di daerah ini, khusus untuk menarik minat pelancong dari China.

Ahli Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Philip Yapp, berkata inisiatif itu lahir daripada keperluan untuk memastikan pelancong yang tiba di Tawau tidak terus menuju ke Semporna, sebaliknya meluangkan masa menikmati keunikan bandar ini.

“Poster ini direka dalam bahasa Cina kerana kita menyasarkan pelancong dari negara tersebut. Ia memaparkan makanan terkenal dan destinasi menarik di Tawau seperti hot spring dan formasi batuan gunung berapi. Versi bahasa Inggeris akan turut disediakan selepas ini.

“Pelancong China biasanya mencari lokasi melalui aplikasi mudah alih dan akan berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Secara langsung, Tawau akan lebih dikenali sebagai destinasi wajib singgah selain Semporna,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Tawau sempena pelancaran poster berkenaan, di sini hari ini.

Beliau menambah, langkah itu seiring dengan rancangan kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau dengan peruntukan RM120 juta yang diumumkan baru-baru ini, bagi membolehkan lebih banyak penerbangan antarabangsa dari negara jiran serta bandar utama dalam negara.

“Dalam tempoh tiga tahun, kita akan bersedia menerima peningkatan ketibaan pelancong antarabangsa. Tawau yang kini dilabel sebagai ‘syurga makanan’ mempunyai potensi besar untuk menjadi hab pelancongan serantau,” katanya.

Sementara itu, Exco Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Ng Suee Lim, yang turut hadir, berkata sektor pelancongan harus terus dipacu kerana ia memberikan kesan segera kepada ekonomi rakyat.

“Berbeza dengan pelaburan industri lain yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menjana hasil, pelancongan memberi impak segera melalui rantaian ekonomi tempatan. Sebab itu, selepas pasca COVID-19, pelancongan menjadi fokus utama di seluruh dunia.

“Dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang semakin hampir, Tawau perlu memainkan peranan penting menampilkan keunikannya kepada pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/poster-pelancongan-promosi-keunikan-tawau-sasar-pelancong-china/feed/ 0 82434
Apabila Gergasi Batuk, Ekonomi Kecil Demam: Malaysia Hadapi Tempias Perang Dagangan https://sabahmedia.com/2025/04/17/apabila-gergasi-batuk-ekonomi-kecil-demam-malaysia-hadapi-tempias-perang-dagangan/ https://sabahmedia.com/2025/04/17/apabila-gergasi-batuk-ekonomi-kecil-demam-malaysia-hadapi-tempias-perang-dagangan/#respond Thu, 17 Apr 2025 05:28:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72137
Read Time:2 Minute, 22 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Langkah drastik Amerika Syarikat mengenakan tarif import baharu telah mencetuskan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan global, memberi kesan langsung kepada negara-negara yang bergantung kepada eksport termasuk Malaysia.

Pada 2 April lalu, AS mengumumkan Kadar Tarif Asas 10% ke atas semua import, serta pengenaan Kadar Tarif Timbal Balik berbeza mengikut negara – dengan Malaysia dikenakan kadar setinggi 24%. Beberapa negara ASEAN lain menerima kadar lebih tinggi, seperti Kemboja (49%) dan Vietnam (46%).

Risiko Terhadap Ekonomi Malaysia

Perdana Menteri Malaysia mengakui langkah AS tersebut bakal memberi impak kepada ekonomi negara, yang bergantung tinggi kepada dagangan luar. Delegasi kerajaan akan dihantar ke Washington dalam masa terdekat untuk merundingkan penyelesaian dua hala.

Menteri MITI turut memaklumkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK negara bagi 2025 mungkin disemak semula, daripada unjuran asal 4.5%–5.5%, memandangkan kesan limpahan terhadap rakan dagang utama Malaysia. Beberapa institusi kewangan telah menurunkan unjuran mereka:

  • UOB: 4.7% → 4.0%
  • Maybank: 4.9% → 4.3%
  • RHB Investment: 5.0% → 4.5%

Kesan Berganda dari Perang Perdagangan AS-China

AS mengenakan tarif 145% ke atas China, yang dibalas Beijing dengan tarif 125% – situasi yang memburukkan ketidaktentuan pasaran. China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia, dan sebarang kelembapan dalam ekonominya memberi kesan segera kepada perdagangan Malaysia.

Sabah: Impak Berbeza Mengikut Sektor

Menteri Kewangan Sabah menyatakan tarif ini akan menjejaskan hasil minyak negeri – sumber 50% pendapatan Sabah – sekiranya harga global jatuh. Namun, bekas Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi POIC menyatakan impak kepada Sabah adalah minimum, memandangkan hanya sekitar 1% eksport negeri tersebut ditujukan ke AS.

Ancaman Terhadap Pekerjaan dan Industri Tempatan

Presiden MICCI memberi amaran bahawa kira-kira 50,000 pekerjaan di sektor E&E, sarung tangan dan alat ganti automotif di Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang berisiko. MICCI mencadangkan penubuhan Majlis Mitigasi Tarif, skim penampan tarif dan pemecutan FTA sebagai penyelesaian jangka pendek.

FMM pula menyuarakan kebimbangan tentang peningkatan kos eksport antara 10–30%, serta kemungkinan Malaysia menjadi destinasi lambakan barangan murah dari negara-negara lain. Mereka menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan SST baharu (1 Mei) dan kenaikan tarif elektrik (1 Julai).

Perdagangan Masih Kukuh, Namun Risiko Meningkat

Pada 2024, Malaysia mencatat nilai dagangan tertinggi dalam sejarah, RM2.879 trilion (+9.2%). Eksport ke AS meningkat 23.2% kepada RM198.65 bilion – sebahagian besarnya dalam sektor E&E, jentera dan produk getah. Lebihan dagangan dengan AS mencecah RM72.38 bilion.

Namun, menurut RHB IB, eksport ke AS boleh berkurang sebanyak 12% (RM8.7 bilion) susulan tarif baharu, yang akan memberi tekanan kepada rantaian bekalan global.

Kelegaan Sementara: Penangguhan 90 Hari

Pada 9 April, AS mengumumkan penangguhan 90 hari bagi pelaksanaan tarif timbal balik untuk membolehkan rundingan dijalankan. Namun, tarif 10% ke atas semua negara kekal dilaksanakan.

Penganalisis menjangkakan landskap dagangan global akan berubah secara kekal, dan Malaysia perlu segera menyesuaikan dasar industri dan pelaburan bagi mengelakkan impak mendalam ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/17/apabila-gergasi-batuk-ekonomi-kecil-demam-malaysia-hadapi-tempias-perang-dagangan/feed/ 0 72137
Sabah tekad perkasa momentum pelaburan China https://sabahmedia.com/2024/09/09/sabah-tekad-perkasa-momentum-pelaburan-china/ https://sabahmedia.com/2024/09/09/sabah-tekad-perkasa-momentum-pelaburan-china/#respond Mon, 09 Sep 2024 06:39:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60378
Read Time:1 Minute, 52 Second

Kota Kinabalu: Sabah tekad untuk memperkasakan momentum pelaburan dari China sekali gus memastikan negeri ini terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hubungan ekonomi Sabah dengan China dipacu oleh perdagangan, pelaburan, dan projek kolaboratif yang kukuh merentasi pelbagai sektor.

“Bagi sektor pembuatan, sehingga kini negeri kita telah menerima pelaburan berjumlah RM3.07 bilion daripada China. Ia telah mewujudkan 3,086 pekerjaan.

“Pelaburan ini melibatkan pembuatan solar kaca, pemprosesan silika, pembuatan makanan, produk getah, produk berasaskan kayu dan produk plastik.

“Saya telah menegaskan sejak awal lagi bahawa Sabah adalah mesra pelabur, kami akan memudahkan semua rintangan untuk mempercepatkan pelaburan. 

“Sehubungan dengan itu, Sabah juga berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang tenaga hijau, pembuatan, pertanian berteknologi tinggi dan pembangunan bandar pintar, antara lain untuk mempromosikan manfaat bersama dan perkongsian menang-menang.

“Kerjasama diantara Malaysia dan China telah maju dengan ketara, dengan kedua-dua negara terus bekerjasama untuk mempromosikan kepentingan bersama, saya yakin bahawa kerjasama ini akan terus berkembang,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ketujuh Persatuan Longchuan Global, di sini, semalam.

Teks ucapannya disampaikan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.

Hajiji berkata, sektor tenaga menawarkan peluang besar, walaupun minyak dan gas kekal sebagai sumber pendapatan penting bagi Sabah.

“kami mengalu-alukan pelabur untuk turut meneroka Ekonomi Biru, teknologi solar dan penyimpanan, hidro, geoterma, serta peluang pasaran karbon.

“Saya gembira mengetahui bahawa kita mempunyai peserta dari pelbagai latar belakang, termasuk usahawan bersama-sama di sini.

“Kerajaan negeri menggalakkan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sabah dan potensi pelaburannya serta mengalu-alukan anda semua untuk melabur di sini,” katanya.

Menurutnya, selain hubungan dua hala yang kukuh, aspek lain yang perlu diberi perhatian adalah hubungan kekeluargaan yang kuat antara suku Longchuan dengan Sabah.

“Terdapat komuniti Longchuan yang sangat besar di Sabah dengan lebih 100,000 orang berketurunan Longchuan. Ramai diantara anda mempunyai saudara di sini juga, dan saya pasti itu akan menjadikan lawatan anda ke Sabah lebih bermakna.

“Terima kasih kepada Pengerusi Longchuan Global , Dr. Wu Huiquan dan ahli lembaga pengarahnya kerana memilih untuk mengadakan persidangan ini di Sabah. 

“Terima kasih juga kepada Presiden Persatuan Longchuan Malaysia, Chong Su Leong dan ahli Jawatankuasa Pusat anda kerana menjemput saya untuk menyampaikan ucapan pada persidangan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/09/sabah-tekad-perkasa-momentum-pelaburan-china/feed/ 0 60378
Sabah komited kukuhkan kerjasama dengan China https://sabahmedia.com/2024/07/11/sabah-komited-kukuhkan-kerjasama-dengan-china/ https://sabahmedia.com/2024/07/11/sabah-komited-kukuhkan-kerjasama-dengan-china/#respond Thu, 11 Jul 2024 08:36:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57388
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah komited memperkukuhkan kerjasama dengan China dalam pelbagai sektor untuk membawa lebih ramai pelabur dari negara itu datang ke negeriini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata pada masa ini sudah ada pelabur dari China ke Sabah antaranya Kumpulan Kibing yang melabur dalam pembuatan kaca solar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

“Kehadiran pelabur-pelabur ke Sabah bukan sahaja mampu meningkatkan ekonomi negeri malah dalam masa sama dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagi pelabur dari negara China melabur kenegeri ini dan kita amat mengalu-alukan kehadiran mereka.

“Sudah pasti dengan lebih ramai pelabur datang termasuk dari China, ia akan membawa petunjuk yang baik kepada ekonomi kita,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta China ke Malaysia,

Ouyang Yujing dan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shifang.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing di Bangunan DUN Sabah disini pada Khamis.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Josie Lai.

Dalam pada itu, Ketua Menteri juga berkata kerajaan negeri dan Persekutuan akanterus bekerjasama untuk menaiktaraf kemudahan pelancongan di negeri ini.

“Saya berasa gembira dengan kehadiran ramai pelancong China ke Sabah terutama selepas COVID-19. Saya berharap kehadiran pelancong dari China akan terus meningkat. Justeru, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Persekutuan untuk menaiktaraf kemudahan pelancongan di negeri ini.

“Saya juga mahu isu-isu berkaitan keselamatan pelancong yang datang ke negeri iniakan diberi keutamaan. Kita tidak mahu berlaku kes yang tidak diingini membabitkan pelancong luar di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan buat yang terbaik untuk memastikan keselamatan orang ramai termasuk pelancong ke negeri ini,” katanya.

Dalam kunjungan hormat itu turut disentuh mengenai program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H).

Oleh itu, beliau mahu Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri dan MOTAC untuk memperincikan mengenai isu berkenaan.

Sementara itu, Ouyang berkata pelancong dari China dijangka meningkat dua kali ganda untuk datang ke Malaysia pada musim panas bulan Julai ini.

“Sudah tentu pelancong yang datang ke Malaysia juga akan berkunjung ke Sabah,” katanya.

Selain pelancongan, beliau berkata kerajaan China menggalakkan pelaburan dari negara itu ke Malaysia dalam bidang teknologi tinggi seperti ekonomi digital, AI, solar dan e-dagang.

“Sudah pasti kedua-dua negara akan menerima manfaat daripada hubungan dua halaini khususnya dalam aspek pelaburan dalam bidang teknologi tinggi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/11/sabah-komited-kukuhkan-kerjasama-dengan-china/feed/ 0 57388
Pengawal Pantai China Dituduh Rampas dan Buang makanan Tentera Filipina di kawasan Laut China Selatan https://sabahmedia.com/2024/06/04/pengawal-pantai-china-dituduh-rampas-dan-buang-makanan-tentera-filipina-di-kawasan-laut-china-selatan/ https://sabahmedia.com/2024/06/04/pengawal-pantai-china-dituduh-rampas-dan-buang-makanan-tentera-filipina-di-kawasan-laut-china-selatan/#respond Tue, 04 Jun 2024 03:31:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55465
Read Time:1 Minute, 40 Second

AGENSI

MANILA: Pengawal Pantai China (CCG) dituduh merampas dan membuang makanan serta bekalan mahu dihantar kepada tentera Filipina ditempatkan di pos terpencil di Beting Thomas Kedua di Laut China Selatan.

CCG turut didakwa menghalang pemindahan perubatan anggota tentera yang sakit, dalam kes yang berlaku pada 19 Mei lalu.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika Tentera Laut Filipina melakukan operasi membawa barang-barang berkenaan ke kapal BRP Sierra Madre, kapal usang yang diusah suai menjadi pos kawalan tentera Filipina.

Sementara itu, dalam kejadian ketiga pada 24 Mei lalu, CCG didakwa menggunakan meriam air untuk menghalau bot nelayan Filipina berhampiran beting berkenaan.

Dakwaan itu dilakukan selepas media China melaporkan bahawa kakitangan Sierra Madre mengacukan senjata api ke CCG pada 19 Mei lalu.

China Central Television, menerusi media sosial pada 2 Jun lalu, melaporkan sekurang-kurangnya dua lelaki dilihat membawa pistol dan mengacukannya ke arah CCG.

Video selama 29 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertopeng memegang objek menyerupai senapang.

Pada 19 Mei lalu, Sumber Inquirer berkata CCG mengerahkan empat bot getah ketika operasi penghantaran bekalan pesawat Tentera Laut Filipina ke Sierra Madre.

Anggota CCG dikatakan merampas sebahagian bekalan untuk kegunaan sendiri, kebanyakannya makanan, dan membuang bakinya ke dalam laut bagi memastikan ia tidak boleh dimakan. 

Sumber bukan tentera turut mengesahkan berlaku gangguan dari pihak China namun faktanya berbeza dengan sumber pertama.

Ia mengatakan bot China cuba menghalang perpindahan kakitangan antara bot Tentera Laut Filipina dan kapal kecil Pengawal Pantai Filipina (FCG). 

Beting Thomas Kedua, yang dikenali sebagai Ayungin di Filipina, lterletak dalam zon ekonomi eksklusif Filipina sepanjang 370 kilometer (km), kira-kira 194km dari wilayah Palawan.

China menggunakan peta menunjukkan ‘sembilan garis putus’, yang merangkumi kira-kira 90 peratus Laut China Selatan, dalam menegaskan tuntutannya termasuk terhadap kedaulatan ke atas Beting Scarborough.

Sierra Madre memerlukan misi penggiliran dan pembekalan semula berkala secara tetap, namun sering diganggu China sejak kebelakangan ini.

Misi pembekalan semula yang terakhir adalah pada Mac lalu apabila sebuah kapal bekalan Filipina rosak akibat ditembak meriam air China, sehingga menyebabkan kecederaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/04/pengawal-pantai-china-dituduh-rampas-dan-buang-makanan-tentera-filipina-di-kawasan-laut-china-selatan/feed/ 0 55465
China kekal sebagai rakan perdagangan penting bagi Sabah https://sabahmedia.com/2023/09/21/china-kekal-sebagai-rakan-perdagangan-penting-bagi-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/09/21/china-kekal-sebagai-rakan-perdagangan-penting-bagi-sabah/#respond Thu, 21 Sep 2023 14:39:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42246
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: China kekal sebagai rakan perdagangan penting Sabah apabila jumlah dagangannya mencatatkan peningkatan 1.2 peratus kepada RM6.56 bilion untuk enam bulan pertama tahun ini.

“Memandangkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus berkembang, saya mengharapkan lebih banyak perdagangan dan pelaburan China ke Sabah,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-74 Republik Rakyat China yang diadakan di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa, di sini, hari ini.

“China kini merupakan rakan dagang terbesar Malaysia, dan Malaysia berada di kedudukan teratas rakan dagangan China di Asia Tenggara.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, banyak yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan dan menyelaraskan strategi pembangunan Sabah dengan China, menggabungkan realisasi pemodenan Cina dengan aspirasi Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Mengenai pelancongan, Hajiji berkata ketibaan dari China juga semakin meningkat sejak pembukaan semula sepenuhnya sempadan China pada Mac tahun ini.

“Bagi enam bulan pertama tahun ini, pengunjung China dicatatkan 17,040 (peningkatan 680.6 peratus) berbanding hanya 2,188 pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Sabah dihubungkan dengan tujuh bandar utama di China dengan 54 penerbangan mingguan dan kapasiti tempat duduk sebanyak 9,861. Kami berharap dapat melihat lebih banyak sambungan udara untuk meningkatkan ketibaan pelawat dari China ke Sabah.

“Kami berbesar hati kerana Sabah kekal sebagai destinasi yang dicari oleh pengunjung China, sama ada untuk beriadah atau berniaga. Trend peningkatan dalam keseluruhan ketibaan pelawat ke Sabah, berjumlah 1,198,536 ketibaan dari Januari hingga Jun tahun ini, adalah petanda yang baik kerana ini telah menjana resit pelancongan RM2.45 bilion untuk Sabah. Ini menunjukkan peningkatan 69.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Hajiji berkata pada masa hadapan, Sabah mengharapkan lebih banyak kerjasama dengan China dalam bidang seperti tenaga hijau, pembuatan, pertanian teknologi tinggi, dan pembinaan bandar pintar, antara lain, untuk menggalakkan faedah bersama dan perkongsian menang-menang swasta-awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/21/china-kekal-sebagai-rakan-perdagangan-penting-bagi-sabah/feed/ 0 42246
Sabah, China kukuh kerjasama dalam pertukaran budaya https://sabahmedia.com/2023/07/14/sabah-china-kukuh-kerjasama-dalam-pertukaran-budaya/ https://sabahmedia.com/2023/07/14/sabah-china-kukuh-kerjasama-dalam-pertukaran-budaya/#respond Fri, 14 Jul 2023 10:16:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38239
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shifang mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, di sini, hari ini.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan secara meluas dan mendalam mengenai pertukaran budaya dan kerjasama masa depan serta pembangunan kebudayaan dan ekonomi Sabah.

Semasa pertemuan itu, Huang menekankan keakraban persahabatan dan pertukaran budaya yang telah lama terjalin antara China dan Malaysia.

Huang berkata, China dan Malaysia mempunyai sejarah dan tradisi budaya yang kaya dengan sumber dan bakat yang banyak dalam bidang seperti seni, muzik, tarian dan kesusasteraan.

Sehubungan dengan itu, Huang berharap bahawa dengan mengukuhkan pertukaran budaya, persefahaman dan persahabatan dengan lebih lanjut antara rakyat kedua-dua negara dapat dipupuk, dan kerjasama dua hala dapat digalakkan.

Turut hadir Konsul Zhou Wei dari Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu mengiringi Huang semasa lawatan itu.

Sementara itu, Pairin sangat mengalu-alukan lawatan Huang dan menghargai pencapaian cemerlang China dalam bidang kebudayaan.

“Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun komited untuk mempromosikan pembangunan budaya Sabah, dan pertukaran budaya dengan China amat penting.

“Saya berharap melalui kerjasama dengan China, Sabah dapat menyerap intipati budaya Cina dan menggalakkan kemakmuran dan inovasi budaya tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua pihak menyatakan bahawa pertemuan itu membuahkan hasil, dan mereka juga meneroka kemungkinan kerjasama yang lebih luas dalam bidang pendidikan, pelancongan dan ekonomi serta berkongsi pengalaman dan sumber.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/14/sabah-china-kukuh-kerjasama-dalam-pertukaran-budaya/feed/ 0 38239
China berminat bekerjasama dengan Sabah rancang acara simposium muzik https://sabahmedia.com/2023/02/11/china-berminat-bekerjasama-dengan-sabah-rancang-acara-simposium-muzik/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/china-berminat-bekerjasama-dengan-sabah-rancang-acara-simposium-muzik/#respond Sat, 11 Feb 2023 03:40:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29386
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Sebuah kumpulan dari China berminat untuk bekerjasama dengan Sabah bagi merancang acara penting, salah satunya adalah simposium muzik.

Perkara itu disampaikan kepada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai semasa kunjungan hormat pada Jumaat (10 Feb).

Ketua pegawai eksekutif Persatuan Pemuzik Antarabangsa Hong Kong Jye Lee mencadangkan Festival Muzik Antarabangsa Borneo Sabah yang menampilkan pertandingan, forum dan kelas induk, antara lain.

Kumpulan itu telah melawat Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah untuk menilai kesesuaian tempat itu untuk acara tersebut dan mendapati ia kemungkinan tempat yang sesuai seperti yang diinginkan.

Persatuan Pemuzik Antarabangsa Hong Kong ialah sebuah organisasi profesional untuk mempromosikan seni muzik di seluruh dunia.

Persatuan ini mempunyai jangkauan global dan telah terlibat dalam lebih daripada 600 acara muzik di seluruh dunia.

“Kami menyasarkan untuk menawarkan pentas antarabangsa untuk semua pemuzik, dan kami percaya Festival Muzik Antarabangsa Borneo Sabah berpotensi menarik kira-kira 10,000 peserta, termasuk ahli keluarga,” katanya.

Joniston berkata Sabah sedang mengkaji untuk menganjurkan lebih banyak acara antarabangsa dengan harapan dapat menarik lebih ramai pelancong dan menarik pelaburan ekonomi, yang kedua-duanya akan memberi manfaat kepada negeri dan penduduk tempatan.

“Ini adalah idea yang sangat baik kerana kami mahu menganjurkan acara tempatan. Saya dapat melihat kemungkinan untuk bekerjasama, dan memandangkan hubungan dan prestasi global persatuan itu, Sabah boleh memanfaatkan rangkaian ini.

“Sudah tiba masanya Sabah mengadakan festival muziknya sendiri, dan saya yakin kita boleh menarik pemuzik untuk melawat, menemui dan mendapatkan inspirasi daripada kekayaan budaya dan landskap negeri kita,” katanya.

Justeru, Joniston berkata, Lembaga Pelancongan Sabah berminat untuk memahami apa yang ditawarkan persatuan itu dan mencadangkan kumpulan itu menyediakan kertas cadangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/china-berminat-bekerjasama-dengan-sabah-rancang-acara-simposium-muzik/feed/ 0 29386