cina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Feb 2026 07:13:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jamawi hargai sokongan, komitmen masyarakat Cina di DUN Melalap https://sabahmedia.com/2026/02/14/jamawi-hargai-sokongan-komitmen-masyarakat-cina-di-dun-melalap/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/jamawi-hargai-sokongan-komitmen-masyarakat-cina-di-dun-melalap/#respond Sat, 14 Feb 2026 07:13:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91648
Read Time:1 Minute, 11 Second

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar mengadakan program walkabout sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar pekan Tenom, bermula dari Dewan Datuk Seri Panglima Antanom hingga ke Malleh Square, di sini, hari ini.

Ketika ditemui media, Jamawi berkata, Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2026 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap adalah platform terbaik dalam memperkukuh perpaduan serta keharmonian antara komuniti masyarakat Tionghua dengan etnik lain seperti Murut, Dusun, Lundayeh dan lain-lain.

Menurutnya, program tersebut bukan sahaja bertujuan meraikan perayaan berkenaan bersama komuniti setempat, malah menjadi medium bagi wakil rakyat turun padang mendekati serta memahami keperluan rakyat.

Dalam program itu, limau mandarin turut diagihkan kepada komuniti masyarakat Cina dan orang ramai sebagai simbol kemeriahan dan semangat perayaan.

Jamawi bersama isteri juga berpeluang menyantuni masyarakat Tenom yang menyertai walkabout berkenaan.

“Saya menghargai sokongan dan komitmen masyarakat Cina di DUN Melalap serta segenap lapisan masyarakat. Seterusnya kita akan bersiap sedia meraikan perayaan-perayaan lain yang disambut setiap tahun.

“Orang ramai dijemput menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 DUN Melalap di Malleh Square pada 15 Feb (Ahad).

“Pelbagai pengisian program menarik diadakan bagi sambutan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Hakka Tenom, Datuk Yong Oi Kiang; Pengerusi Lembaga Pengelola SM Chung Hwa, Datuk Eng Tet Hau; Ketua Daerah, OKK Tusib Tulas, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Melalap, Denesly Justin serta kapitan-kapitan Cina.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/jamawi-hargai-sokongan-komitmen-masyarakat-cina-di-dun-melalap/feed/ 0 91648
Dakwaan masyarakat Cina tolak rakan parti kerajaan tidak tepat – Armizan https://sabahmedia.com/2025/12/20/dakwaan-masyarakat-cina-tolak-grs-dan-rakan-parti-tidak-tepat-armizan/ https://sabahmedia.com/2025/12/20/dakwaan-masyarakat-cina-tolak-grs-dan-rakan-parti-tidak-tepat-armizan/#respond Sat, 20 Dec 2025 04:42:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88621
Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Jika ada pihak yang mendakwa masyarakat Cina menolak rakan parti dalam kerajaan, dakwaan tersebut adalah kurang tepat dan tidak selari dengan fakta sebenar keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 yang berakhir pada 29 November lalu, kata Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, naratif mengenai kononnya berlakunya “swing vote” masyarakat Cina yang tidak menyokong parti kerajaan bukan sahaja dibincangkan di peringkat negeri, malah turut menjadi topik perbincangan di peringkat nasional, namun perlu diteliti secara objektif berdasarkan data dan realiti kawasan yang ditandingi.

“Pertama sekali, saya ingin maklumkan bahawa GRS tidak bertanding di semua kawasan majoriti masyarakat Cina. Di kebanyakan kawasan tersebut, calon yang bertanding adalah daripada rakan kita dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengambil contoh di kawasan Parlimen Papar, khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Armizan berkata terdapat satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu PDM Bandar yang majoritinya terdiri daripada pengundi masyarakat Cina.

“Alhamdulillah, calon GRS berjaya memenangi PDM bandar DUN Pantai Manis pada PRU 17 lalu yang mempunyai komposisi pengundi majoriti masyarakat Cina,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa tidak wajar untuk membuat kesimpulan bahawa masyarakat Cina keseluruhan rakan-rakan parti dalam kerajaan, walaupun mengakui terdapat kawasan tertentu yang menyaksikan kekalahan calon kerajaan, khususnya melibatkan parti rakan seperti DAP.

Menurut Armizan, keputusan tersebut seharusnya dilihat sebagai isyarat daripada pengundi agar kerajaan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan.

“Kita perlu menerima dan menghormati keputusan ini serta melihat apa yang perlu ditambah baik bagi mewujudkan keyakinan rakyat, termasuk masyarakat Cina,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa selepas pilihan raya berakhir dan kerajaan dibentuk, GRS kini memikul tanggungjawab sebagai kerajaan kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang atau kecenderungan politik.

“Kita adalah kerajaan untuk setiap rakyat Sabah, bukan hanya kepada mereka yang mengundi kita. Sama ada mereka menyokong kita atau tidak sebelum ini, itu adalah hak demokrasi mereka,” katanya.

Armizan berkata proses post-mortem pilihan raya sedang dan akan terus dilaksanakan bagi mengenal pasti isu-isu utama, selain memastikan manifesto yang dibentangkan diterjemahkan ke dalam pelan hala tuju pembangunan kerajaan negeri.

Menurutnya, rakyat Sabah kini menantikan pelan hala tuju kerajaan negeri yang diterajui GRS bagi tempoh lima tahun akan datang, termasuk pelaksanaan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bermula 2026 hingga 2030.

“Pilihan raya sudah berakhir dan tidak ada tempoh ‘bulan madu’ yang panjang. Tidak lama lagi kita akan memasuki tahun baharu.

“Justeru, saya menyeru Jemaah Menteri serta seluruh jentera kerajaan agar menyegerakan pelaksanaan pelan hala tuju SMJ 2.0 kerana ia penting bukan sahaja kepada rakyat, malah kepada perkhidmatan awam, pelabur dan sektor swasta,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan Sabah perlu kekal terbuka, bersedia mendengar pandangan rakyat, menghormati keputusan pilihan raya serta menyelidik secara mendalam faktor yang mempengaruhi keputusan pengundi dalam PRU DU Sabah17 lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/20/dakwaan-masyarakat-cina-tolak-grs-dan-rakan-parti-tidak-tepat-armizan/feed/ 0 88621
Sabah tetap inklusif, semua kaum diwakili walaupun tiada menteri Cina – Masidi https://sabahmedia.com/2025/12/03/sabah-tetap-inklusif-semua-kaum-diwakili-walaupun-tiada-menteri-cina-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/12/03/sabah-tetap-inklusif-semua-kaum-diwakili-walaupun-tiada-menteri-cina-masidi/#respond Wed, 03 Dec 2025 08:49:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87659
Read Time:46 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Ketiadaan wakil etnik Cina dalam Kabinet Sabah baharu tidak menjejaskan prinsip inklusiviti kerajaan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata keputusan pilihan raya menyebabkan tiada pemimpin Cina, khususnya daripada DAP, berjaya dipilih, sekali gus menyukarkan pembentukan Kabinet yang mempunyai wakil etnik berkenaan.

“Ini bukan keadaan yang kita inginkan, tetapi Sabah terkenal sebagai negeri yang terbuka dan inklusif. Walaupun seorang menteri bukan Cina, tugas dan tanggungjawabnya tetap merangkumi semua kaum,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Masidi menegaskan kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kepentingan semua rakyat tanpa mengira latar belakang etnik atau parti politik.

Beliau turut mengulas isu sokongan politik selepas pilihan raya, menegaskan semua wakil rakyat perlu memahami bahawa tanggungjawab utama mereka ialah memastikan Sabah stabil dan terus membangun.

“Jika kita terlalu banyak berpolitik, fokus kepada membangunkan negeri akan terabai. Kita dipilih untuk berkhidmat, bukan untuk terus berpolitik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/03/sabah-tetap-inklusif-semua-kaum-diwakili-walaupun-tiada-menteri-cina-masidi/feed/ 0 87659
Shah Alfie santuni komuniti pelbagai kaum, serlah kemahiran berbahasa Cina https://sabahmedia.com/2025/11/18/shah-alfie-santuni-komuniti-pelbagai-kaum-serlah-kemahiran-berbahasa-cina/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/shah-alfie-santuni-komuniti-pelbagai-kaum-serlah-kemahiran-berbahasa-cina/#respond Tue, 18 Nov 2025 09:25:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86276
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh J Evachel John

PUTATAN: Keupayaan calon muda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, berkomunikasi dalam bahasa Cina walaupun pada tahap asas menarik perhatian ketika walkabout di pekan ini pagi tadi.

Dalam sesi walkabout dari Bank BSN hingga ke Dataran Pomoi, Shah Alfie dilihat selesa menyapa peniaga Cina dalam bahasa Mandarin, dan turut dibantu oleh jentera kempen yang fasih berbahasa itu.

Tindakan spontan berkenaan bukan sahaja mencetuskan reaksi positif, malah memperlihatkan kesungguhannya untuk mendekati masyarakat pelbagai kaum di Tanjung Keramat.

Shah Alfie semasa program walkabout di Putatan

Ketika ditemui media, Shah Alfie menjelaskan bahawa kemampuan bertutur Mandarin beliau hanya pada tahap asas.

“Saya boleh bercakap Cina sedikit-sedikit sahaja,” katanya sambil turut menterjemahkan kenyataannya dalam bahasa Mandarin.

Beliau yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mengakui bahawa kemampuan asas berbahasa Mandarin tetap menjadi nilai tambah untuk mendekati pengundi Cina.

Shah Alfie semasa program walkabout di Putatan

Shah Alfie turut memaklumkan bahawa sebahagian jentera kempen beliau boleh berbahasa Cina, selain menerima bantuan daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam mengukuhkan gerak kerja di lapangan.

“Sebahagian jentera kami boleh berbahasa Cina, dan kami juga dibantu oleh LDP yang turut mengukuhkan pasukan kempen kami,” katanya.

Sebelum ini, LDP salah satu komponen GRS mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin berkata, parti itu akan memberi sokongan penuh kepada GRS bagi memastikan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi negeri.

Shah Alfie semasa program walkabout di Putatan

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/shah-alfie-santuni-komuniti-pelbagai-kaum-serlah-kemahiran-berbahasa-cina/feed/ 0 86276
Komuniti perniagaan zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji https://sabahmedia.com/2025/09/23/komuniti-perniagaan-zahirkan-penghargaan-kepada-kerajaan-negeri-pimpinan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/09/23/komuniti-perniagaan-zahirkan-penghargaan-kepada-kerajaan-negeri-pimpinan-hajiji/#respond Tue, 23 Sep 2025 14:14:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81869
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Komuniti perniagaan di Sabah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas kejayaan memulihkan ekonomi, meningkatkan hasil negeri serta mengekalkan kestabilan politik.

Wakil Sabah United Chinese Chambers of Commerce (SUCCC) dan Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCCI), Datuk Michael Lui, berkata ekonomi Sabah menunjukkan pemulihan konsisten selepas pandemik COVID-19 dengan pertumbuhan positif 3.9 peratus pada 2022, 1.3 peratus pada 2023 dan 1.1 peratus pada 2024.

“Ekonomi Sabah kini kembali kepada RM84.3 bilion, manakala hasil negeri melonjak hampir RM7 bilion dua tahun berturut-turut serta rizab kewangan meningkat kepada RM8.6 bilion pada 2024 berbanding hanya RM3.2 bilion pada 2019 — peningkatan lebih 160 peratus yang mencerminkan kecekapan pengurusan kewangan,” katanya ketika berucap di Majlis Malam Mesra Ketua Menteri Bersama Masyarakat Tonghua, Sekolah dan Badan Keagamaan Bukan Islam di Dewan Hakka, malam Isnin.

Michael turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas kelulusan tanah pendidikan di SJK(C) Chung Hwa Likas dan SJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu, yang dianggap bukti keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan vernakular.

Beliau berkata kerajaan berjaya menarik pelaburan berimpak tinggi termasuk Kumpulan Kibing dan Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Berucap di majlis yang sama, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri T.C. Goh menyifatkan Hajiji sebagai pemimpin rendah diri, mudah didekati dan sentiasa menunaikan komitmen terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat.

“Keprihatinan Ketua Menteri jelas terbukti menerusi sokongan berterusan Kerajaan Negeri terhadap penganjuran acara kebudayaan, termasuk Pesta Perahu Naga Antarabangsa dengan peruntukan yang meningkat setiap tahun.

“Ini satu perkara yang unik di Malaysia. Sejak FCAS mengambil alih penganjuran Pesta Perahu Naga Antarabangsa, Ketua Menteri sentiasa memberi sokongan tanpa gagal, bahkan peruntukan yang diberikan juga meningkat saban tahun,” katanya.

Beliau turut mengenang pengalaman Sabah menjadi tuan rumah Pesta Kebudayaan Cina Malaysia pada 2023, apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 bagi menjayakan acara berkenaan.

Menurut Goh, keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi rakyat negeri ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak serta sokongan padu masyarakat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Beliau menyeru komuniti Tionghoa di Sabah agar terus menghargai dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kewangan negeri terus diperkukuh demi kesejahteraan bersama.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia–China (MCCC) Sabah, Datuk Dexter Lau, turut menzahirkan keyakinan bahawa komuniti perniagaan Cina akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri.

“Peruntukan Kerajaan Negeri kepada komuniti Cina, badan agama bukan Islam serta sekolah vernakular meningkat mencecah RM70 juta tahun ini. Ini membuktikan kecekapan tadbir urus serta wawasan luas kerajaan negeri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/23/komuniti-perniagaan-zahirkan-penghargaan-kepada-kerajaan-negeri-pimpinan-hajiji/feed/ 0 81869
Seorang Timbalan Ketua Menteri Cina, jika GRS terus diberi mandat – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/09/23/seorang-timbalan-ketua-menteri-cina-jika-grs-terus-diberi-mandat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/09/23/seorang-timbalan-ketua-menteri-cina-jika-grs-terus-diberi-mandat-hajiji/#respond Mon, 22 Sep 2025 18:24:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81818
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Seorang Timbalan Ketua Menteri daripada kalangan masyarakat Cina akan dilantik sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi mandat membentuk kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sekiranya kerajaan ini sekali lagi diberi mandat, dan jika ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan melantik salah seorang daripada pemimpin Cina tersebut sebagai Timbalan Ketua Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh dan sekolah Cina swasta serta badan-badan keagamaan bukan Islam di Dewan Hakka, di sini malam Isnin.

Hajiji menambah dalam hal ini, peranan dan sumbangan masyarakat Cina adalah sangat besar dalam kemajuan dan pembangunan Sabah.

“Tanpa sumbangan anda semua, ekonomi negeri ini tidak akan berkembang. Malah, sumbangan masyarakat Cina di Sabah merangkumi pelbagai bidang dalam pelbagai sektor.

“Dalam sektor swasta, peranan usahawan dan peniaga Cina berada pada tahap teratas. Dalam konteks perkhidmatan awam negeri, ramai pegawai berketurunan Cina memegang jawatan tinggi dalam kementerian, jabatan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sesungguhnya, kita mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan masyarakat Cina dalam masyarakat kita,” katanya.

Bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran negeri, Hajiji berkata beliau telah melantik beberapa penasihat, khususnya mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang minyak dan gas, kewangan, pelaburan dan perundangan.

“Kebetulan hampir kesemua mereka ini adalah dari keturunan Cina. Terkini, saya telah melantik Yang Arif Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, untuk mengetuai Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC) sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan sistem perundangan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/23/seorang-timbalan-ketua-menteri-cina-jika-grs-terus-diberi-mandat-hajiji/feed/ 0 81818