Cipta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Jan 2023 07:59:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cipta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KJAM cipta rekod tawan 14 puncak gunung tertinggi di Malaysia tempoh 87 hari https://sabahmedia.com/2023/01/02/kjam-cipta-rekod-tawan-14-puncak-gunung-tertinggi-di-malaysia-tempoh-87-hari/ https://sabahmedia.com/2023/01/02/kjam-cipta-rekod-tawan-14-puncak-gunung-tertinggi-di-malaysia-tempoh-87-hari/#respond Mon, 02 Jan 2023 07:59:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27283
Read Time:4 Minute, 1 Second

KUALA LUMPUR: Kelab Jelajah Alpine Malaysia (Alpine Club Malaysia) atau dikenali sebagai ACM menutup kalender 2022 dengan rekod terbaharu iaitu pendakian 14 puncak gunung tertinggi di Malaysia dalam tempoh kurang 100 hari.

Pendakian dilakukan oleh presidennya, Muhammad Illaham Ishak, 46, menerusi projek pendakian khas KJAM yang merujuk kepada Malaysia Book of Record iaitu ’14 Peaks Malaysia’.

Gunung Kinabalu (25 Sept 2022)

Menurut satu kenyataan KJAM kepada media hari ini, pendakian Muhammad Illaham dibantu oleh beberapa pendaki sokongan yang bertukar-tukar bagi setiap gunung yang didaki.

Gunung Tambuyukon, Sabah (12 Sept 2022)

Pendakian bermula di Gunung Tambuyukon, Sabah pada 12 September 2022 dan berakhir di Gunung Mulu, Sarawak pada 4 Disember 2022.

Gunung Mulu, Sarawak (4 Dis 2022)

Ia mengambil masa selama 87 hari, menepati perancangan awalnya untuk berakhir dalam tempoh kurang 100 hari pendakian.

Gunung-gunung yang didaki adalah tujuh gunung tertinggi di kepulauan Borneo atau Seven Summits Borneo dan tujuh gunung tertinggi di Semenanjung.

Pendakian dibahagikan kepada 3 Fasa iaitu Fasa 1 membabitkan pendakian lima Puncak Tertinggi Borneo di Sabah iaitu:

  1. Gunung Tambuyukon (2579m)
  • 12 September 2022
  1. Gunung Trusmadi (2642m)
  • 18 September 2022
  1. Gunung SingSing (2603m)
  • 21 September 2022
  1. Gunung Kaingaran (2482m)
  • 21 September 2022
  1. Gunung Kinabalu (4095m)
  • 24 September 2022

Fasa 2 pula membabitkan pendakian tujuh Puncak tertinggi di Semenanjung iaitu:

  1. Gunung Tahan, Pahang (2186m) – 30 September 2022
  2. Gunung Chamah, Kelantan (2171m) – 13 Oktober 2022
  3. Gunung Yong Belar, Perak (2181m) – 15 Oktober 2022
  4. Gunung Gayong, Perak (2173m) – 17 Oktober 2022
  5. Gunung Korbu, Perak (2183m) – 17 Oktober 2022
  6. Gunung Yong Yap, Perak (2167m) – 24 Oktober 2022
  7. Gunung Ulu Sepat, Perak (2161m) – 26 Oktober 2022

Manakala Fasa 3 membabitkan pendakian di 2 Puncak tertinggi Borneo di Sarawak iaitu:

  1. Gunung Murud (2422m) – 1 November 2022
  2. Gunung Mulu (2376m) – 4 Disember 2022

Jelas Muhammad Illaham, pelbagai cabaran dilaluinya bagi menjayakan pendakian yang berterusan selama 87 hari itu.

Antaranya, cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat membuatkan pendakian terutama di Sabah amat sejuk dan basah sehingga kaki salah seorang pendaki sokongan dijangkiti ulat air dan tidak dapat meneruskan pendakian.

Laluan pendakian yang curam dan arus sungai yang deras di Gunung Tahan dan Gunung Mulu.

“Semasa pendakian di Perak, saya mendapat berita mengenai larangan pendakian semua gunung di negeri itu pada 1 November dan itu menyebabkan tempoh misi pendakian saya hanya ada kurang 30 hari untuk melengkapkan pendakian 7 puncak di Semenanjung.

“Saya juga berdepan risiko laluan haiwan liar seperti gajah di Gunung Chamah, Kelantan, ancaman harimau di Perak, binatang berbisa di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Selain itu katanya, tempoh pendakian yang berterusan selama hampir tiga bulan itu turut memberi kesan dari segi pemulihan badan yang boleh mengundang kecederaan.

“Saya juga menghadapi cabaran dalam mengurus logistik dengan keadaan muka bumi yang mencabar untuk memasuki kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Pelbagai kenderaan digunakan termasuk kenderaan 4×4 hinggalah ke kapal terbang untuk ke pedalaman di Sarawak,” ujarnya.

Tambah Muhammad Illaham, beliau melaksanakan misi itu dengan mengambil inspirasi pendakian berterusan 14 Gunung 8000 meter di dunia oleh pendaki Nepal, Nims Dai, yang menjadi manusia pertama menamatkan pendakian itu dalam tempoh hanya tujuh bulan berbanding tujuh tahun paling cepat pernah dilakukan sebelumnya.

“Di Malaysia juga ada cabarannya iaitu pendakian 14 puncak hutan hujan khatulistiwa ataupun “Tropical Rain Forest” yang terkenal dengan cabaran yang tidak kurang hebat yang biasanya pendaki menghabiskan pendakian dalam tempoh dua hingga lima tahun, tetapi kita berjaya juga menamatkannya dalam masa kurang tiga bulan,” jelasnya.

Menurut Muhammad Illaham, misi pendakian ’14 Peaks Malaysia’ dalam tempoh 87 hari itu akan dibukukan untuk memberi panduan dan maklumat kepada pendakian gunung di negara ini.

Selain mencatat rekod menamatkan pendakian 14 puncak paling pantas, misi 14 Peaks Malaysia’ itu juga melakar dua lagi rekod iaitu:

  1. Pendakian tujuh Puncak tertinggi Sabah (Sabah 7Summits) dalam tempoh 14 hari.
  2. Pendakian tujuh Puncak tertinggi di Semenanjung (G7 Malaya) dalam tempoh 30 hari.

Untuk rekod, Muhammad Illaham pernah menawan puncak Everest laluan Tibet pada 2011 dan Everest lauan Nepal pada 2013 selain berjaya menawan puncak tertinggi benua Eropah iaitu Gunung Elbrus sebanyak tujuh kali.

Beliau juga berjaya ke puncak tertinggi benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro sebanyak dua kali dan puncak tertinggi benua Australasia iaitu Gunung Carstensz Pyramid di wilayah Papua, Indonesia.

“Saya bagi pihak KJAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan misi pendakian ini khususnya Penasihat kelab, Zainudin Lot, Penasihat Projek, Mohamad Khairi Mohamad@Alwi dari UUM, Khairul Hasriman Mat Aripin MGP Perak dan Pengurus Taman-Taman Sabah, Justinus Guntabid

“Sebagai tanda kenangan misi pendakian bersejarah ini, KJAM turut menjual baju-T khas yang boleh dibeli oleh sukan mendaki gunung di laman Facebook Alpine Club Malaysia.

“Saya juga mengalu-alukan dan berharap ada pendaki-pendaki lain yang dapat mendaki 14 puncak ini dengan rekod baharu yang lebih pantas dan lebih teratur sekaligus dapat mempromosi dan meningkatkan industri sukan mendaki hutan hujan Khatulistiwa di negara ini dalam kalangan pendaki tempatan dan luar negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/02/kjam-cipta-rekod-tawan-14-puncak-gunung-tertinggi-di-malaysia-tempoh-87-hari/feed/ 0 27283
Projek Ecolinc Kinabalu Berjaya Cipta Kerjasama Kuat Antara Kerajaan & Komuniti https://sabahmedia.com/2021/12/05/projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2021/12/05/projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti/#respond Sun, 05 Dec 2021 11:30:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9356
Read Time:2 Minute, 50 Second

RANAU: Projek Ecolinc Kinabalu telah berjaya mencipta kerjasama yang kuat antara pihak Kerajaan dan komuniti dalam pengurusan sumber alam secara mampan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang bangga dengan pencapaian ini berkata, ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan di dalam membantu komuniti bukan sahaja dalam aktiviti berbentuk konservasi alam tapi juga dari aspek pembangunan kapasiti diri dan pembangunan taraf hidup.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan dan pelancaran tiga denai baharu projek tersebut di majlis yang diadakan di kampung tersebut kelmarin.

Projek Ecolinc Kinabalu ini bermula dengan satu kajian oleh ERE consultant pada tahun 2011 yang bertujuan untuk melihat keperluan dan kepentingan pembentukan ‘ecological linkage’ yang menghubungkan dua taman daratan terbesar Taman -Taman Sabah, iaitu Crocker Range Park dan Kinabalu Park.

“Waktu itu, saya masih berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman -Taman Sabah. Sokongan saya terhadap pelaksanaan projek Ecolinc yang dikenali sebagai ’Projek Wildlife Corridor’ (Koridor Hidupan Liar) pada masa itu tidak sia-sia.

“Hari ini, Projek Ecolinc telah lahir dan dilaksanakan di Kampung Bundu Tuhan. Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini,” kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Menurut Dr Joachim, Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua belah pihak telah dimeterai sejak Disember 2014 lagi. Kerjasama ini dizahirkan dengan pembinaan pusat benih semaian (nursery) pada tahun 2015 dan dirasmikan pada Mei 2016.

Pembinaan nursery ini bertujuan untuk melicinkan program restorasi hutan dan kawasan terjejas. Lebih 2,000 anak pokok boleh ditempatkan di nursery ini untuk ditanam di Kampung Bundu Tuhan serta beberapa kampung terpilih yang lain.

Selain itu, Komuniti Kampung Bundu Tuhan juga dilibatkan secara langsung dengan program pertanian mampan.

“Justeru, Projek Ecolinc Kinabalu telah memperkenalkan sistem pertanian mampan yang mana lebih bersifat mesra alam.

“Program ini dijalankan dengan teliti dan dilengkapi dengan pembelajaran dan latihan aplikasi pertanian lestari. Pakar-pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut dijemput untuk memberikan pendedahan tentang teknik teknk pertanian mampan.

“Produk hasilan pertanian bukan sahaja terhad kepada produk mentah tapi juga berproses seperti serunding tuhau, jeruk sayur serta penghasilan baja kompos,” katanya.

Pada tahun 2019 sehingga kini, katanya, masyarakat Kampung Bundu Tuhan telah menikmati pertambahan dari sudut pengeluaran produk pertanian dan mendapat peningkatan dari segi aspek pendapatan.

“Pada hari ini, kita dapat melihat hasil kerjasama yang erat ini melalui perasmian Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan.

“Balai Komuniti ini dibangunkan dengan bantuan dana yang diberikan oleh pihak Projek Ecolinc Kinabalu dibawah program Sabah EU-REDD+.

“Balai Komuniti ini akan dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Jawatankuasa Pemegang amanah Hutan Lindungan Komuniti (Winokok) Bundu Tuhan,” kata Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID).

Tambahnya, dengan adanya balai ini, maka pengurusan hal ehwal berkaitan dengan pengurusan hutan Winokok dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan selesa.

Selain daripada perasmian Balai Komuniti, Pihak Komuniti Bundu Tuhan juga akan menerima 14 unit perangkap kamera sumbangan daripada Projek Ecolinc Kinabalu. Perangkap kamera ini boleh digunakan untuk pemantauan hutan Winokok dengan lebih berkesan dan sistematik.

Dr. Joachim turut merasmikan pembukaan tiga denai ‘Heritage Trail’, Hatob Trail’ dan ‘Boundary Trail’.

“Saya akan terus menyokong projek- projek kerjasama antara Kerajaan dan komuniti seumpama ini.

“Kerjasama antara pihak Kerajaan dan komuniti setempat adalah kunci keberkesanan usaha menjaga sumber alam kita,” kata beliau, sambil mengucapkan syabas kepada Taman Taman Sabah dan Komuniti Kampung Bundu Tuhan atas keberjayaan kerjasama erat ini.

“Saya berharap agar perkara seumpama ini berterusan dan menjadi ikutan oleh pelbagai pihak di seluruh negeri Sabah khususnya dan masyarakat dunia amnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/05/projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti/feed/ 0 9356