CIS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Aug 2026 19:08:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png CIS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 CIS catat prestasi kukuh, agih dividen RM40 juta https://sabahmedia.com/2026/08/27/cis-catat-prestasi-kukuh-agih-dividen-rm40-juta/ https://sabahmedia.com/2026/08/27/cis-catat-prestasi-kukuh-agih-dividen-rm40-juta/#respond Wed, 26 Aug 2026 19:08:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102309
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) mencatat prestasi kewangan kukuh bagi tahun kewangan 2025 dengan mengagihkan dividen berjumlah RM40 juta kepada pemegang saham.

Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof, menyerahkan dividen itu selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Penyerahan tersebut disaksikan Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, bersama ahli Lembaga Pengarah syarikat.

Daripada jumlah RM40 juta itu, Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) menerima RM19.9 juta, Sabah Ports Authority (SPA) RM7.9 juta, manakala Tasek Corporation Berhad menerima RM12 juta.

Bagi tahun kewangan 2025, CIS merekodkan hasil jualan sebanyak RM541 juta dengan keuntungan sebelum cukai RM81 juta.

Prestasi berkenaan mencerminkan keupayaan CIS mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh dalam menghadapi cabaran industri, selain terus memberikan pulangan kepada pemegang saham.

Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan CIS turut menegaskan komitmen untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan operasi serta meneruskan strategi pertumbuhan mampan.

Turut hadir Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk AR James Wong Kein Peng; wakil Tasek Corporation Berhad, Stephen Ho Kiam Kong dan Chen Fun Tee; Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Dollyn Aloysius; serta ahli Lembaga Pengarah CIS, Datuk Umar Sarim Saidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/27/cis-catat-prestasi-kukuh-agih-dividen-rm40-juta/feed/ 0 102309
CIS sumbang RM1 juta kepada SAFA https://sabahmedia.com/2026/03/31/cis-sumbang-rm1-juta-kepada-safa/ https://sabahmedia.com/2026/03/31/cis-sumbang-rm1-juta-kepada-safa/#respond Tue, 31 Mar 2026 08:58:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94053
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi membantu memperkukuh prestasi pasukan negeri itu dalam saingan bola sepak negara.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pemangku Presiden SAFA, Datuk Awang Kadin Tang dalam satu majlis ringkas di pejabat SAFA, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Khidmat Korporat CIS, Ezrie Ag Raini serta Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah.

Japlin berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan sukan bola sepak di Sabah, khususnya dalam memperkasa program pembangunan bakat dan meningkatkan prestasi pasukan negeri.

“CIS percaya bola sepak mampu menjadi platform penting dalam membentuk disiplin, semangat berpasukan serta jati diri dalam kalangan generasi muda.

“Justeru, sokongan seperti ini wajar diteruskan demi memastikan pembangunan sukan negeri terus berkembang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, CIS turut memikul tanggungjawab sosial untuk membantu pelbagai sektor termasuk sukan, pendidikan dan kebajikan di Sabah.

Menurutnya, sumbangan kepada SAFA juga tepat pada masanya menjelang beberapa perlawanan penting pasukan Sabah dalam saingan liga bulan depan.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu SAFA dalam melaksanakan program serta menampung keperluan operasi pasukan,” katanya.

Japlin turut memaklumkan bahawa CIS sebelum ini pernah menyumbang RM500,000 kepada SAFA dan jumlah itu ditingkatkan kepada RM1 juta tahun ini sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan bola sepak negeri.

Sementara itu, Awang Kadin merakamkan penghargaan atas sumbangan tersebut yang disifatkan sebagai suntikan moral dan kewangan kepada SAFA.

“Saya bagi pihak SAFA mengucapkan terima kasih kepada CIS khususnya Datuk Japlin atas sumbangan ini yang amat bermakna kepada kami bagi menghadapi musim baharu,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh pengurusan pasukan serta meningkatkan prestasi bola sepak Sabah ke tahap lebih tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/31/cis-sumbang-rm1-juta-kepada-safa/feed/ 0 94053
CIS bayar zakat RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah, santuni anak yatim dan asnaf https://sabahmedia.com/2026/03/14/cis-bayar-zakat-rm500000-kepada-pusat-zakat-sabah-santuni-anak-yatim-dan-asnaf/ https://sabahmedia.com/2026/03/14/cis-bayar-zakat-rm500000-kepada-pusat-zakat-sabah-santuni-anak-yatim-dan-asnaf/#respond Sat, 14 Mar 2026 11:59:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93267
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terus memperkukuh komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila membayar zakat perniagaan bagi tahun 2025 berjumlah RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah dalam satu majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Japlin bergambar kenangan bersama anak yatim dan asnaf serta wakil tiga rumah kebajikan.

Zakat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Iwansuzairie Hari yang mewakili Pusat Zakat Sabah.

Japlin berkata, sebagai syarikat milik kerajaan negeri, CIS bukan sahaja memainkan peranan menyokong pembangunan ekonomi Sabah, malah komited menyalurkan sebahagian keuntungan kepada golongan memerlukan melalui pembayaran zakat.

“Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri, kita bukan sahaja memikul tanggungjawab menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sabah, tetapi juga berkongsi rezeki dengan masyarakat melalui agihan zakat.

“Kita berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan asnaf, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Ustaz Malai Ali Malai Ahmad; Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta pengurusan CIS.

Selain penyerahan zakat, CIS turut menganjurkan Majlis Iftar bersama 60 anak yatim dan asnaf daripada beberapa institusi kebajikan termasuk Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah, Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah.

Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM2,000.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan CIS dalam menyokong usaha kebajikan serta membantu golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan di Sabah.

Majlis berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara sektor korporat, agensi kerajaan dan masyarakat dalam semangat kebersamaan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/14/cis-bayar-zakat-rm500000-kepada-pusat-zakat-sabah-santuni-anak-yatim-dan-asnaf/feed/ 0 93267
CIS sumbang RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/26/cis-sumbang-rm100000-kepada-yayasan-kebajikan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/cis-sumbang-rm100000-kepada-yayasan-kebajikan-sabah/#respond Tue, 26 Aug 2025 09:35:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80095
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyumbang sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) sebagai komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu dalam menyokong kebajikan masyarakat di negeri ini.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf dan Pengurus Kanan Sumber Manusia, Ezrie Ag Raini.

Dalam ucapannya, Japlin berkata CIS bukan sahaja komited dalam membangunkan industri pembinaan negeri, malah sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan komuniti.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu YKS melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk manfaat rakyat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Diyanah merakamkan penghargaan kepada CIS atas sumbangan tersebut yang akan dimanfaatkan bagi pelbagai inisiatif kebajikan di seluruh negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/cis-sumbang-rm100000-kepada-yayasan-kebajikan-sabah/feed/ 0 80095
CIS Umum Pembayaran Dividen RM25 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024 https://sabahmedia.com/2025/07/15/cis-umum-pembayaran-dividen-rm25-juta-bagi-tahun-kewangan-2024/ https://sabahmedia.com/2025/07/15/cis-umum-pembayaran-dividen-rm25-juta-bagi-tahun-kewangan-2024/#respond Tue, 15 Jul 2025 11:52:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77373
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU, — Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) hari ini mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM25 juta kepada pemegang saham bagi tahun kewangan berakhir 2024.

Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof berkata, pembayaran itu mencerminkan prestasi kewangan kukuh syarikat serta komitmen berterusan terhadap pertumbuhan dan tadbir urus baik.

“Daripada jumlah keseluruhan dividen itu, Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) dan Sabah Ports Authority (SPA) yang mewakili kepentingan Kerajaan Negeri Sabah menerima sebanyak RM17.5 juta, manakala Tasek Corporation Berhad menerima RM7.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan dividen berkenaan diadakan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah kedua syarikat bagi tahun ini, yang turut dihadiri Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, bersama ahli Lembaga Pengarah lain.

Menurut Sumardi, pembayaran dividen itu disokong oleh keuntungan bersih diaudit sebanyak RM36.7 juta pada 2024, selain keuntungan bersih RM33 juta bagi separuh pertama 2025.

Beliau berkata, antara langkah strategik yang menyumbang kepada kejayaan itu termasuk pengukuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tender dan perolehan, pelaksanaan tadbir urus lebih telus dengan penubuhan jawatankuasa tender bebas, serta pengambilan profesional muda bagi memperkukuh pasukan pengurusan.

“CIS juga melaksanakan naik taraf utama loji serta memperbaiki protokol penyelenggaraan, sekali gus mengurangkan masa henti operasi dan memastikan bekalan simen yang konsisten untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO yang baharu dilantik, Datuk Ar. James Wong, bersama Sumardi memberi jaminan bahawa CIS akan terus mengamalkan tadbir urus korporat yang kukuh, telus dan bertanggungjawab.

“Melihat ke hadapan, kami yakin dapat mengekalkan keuntungan serta terus memberikan nilai tambah kepada pemegang saham, khususnya kepada Negeri Sabah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/15/cis-umum-pembayaran-dividen-rm25-juta-bagi-tahun-kewangan-2024/feed/ 0 77373
CIS serah zakat perniagaan RM100,000 https://sabahmedia.com/2025/04/19/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000-2/ https://sabahmedia.com/2025/04/19/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000-2/#respond Fri, 18 Apr 2025 23:56:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72229
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah pada majlis yang diadakan di sini semalam.

Majlis penyerahan yang turut diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 itu disempurnakan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, manakala Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad menerima bagi pihak Pusat Zakat Sabah.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Ketua Bahagian Zakat MUIS, Iwansuzaire Hari; Ketua Sektor Operasi & Wilayah, Dahlan Marali dan Ketua Unit Zakat Perniagaan MUIS, Muhammad Nur Iskandar.

Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.

“Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang,” katanya.

Hadir sama Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf dan pengurusan Cement Industries (Sabah).Sdn. Bhd.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/19/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000-2/feed/ 0 72229
CIS serah zakat perniagaan RM100,000 https://sabahmedia.com/2024/04/30/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000/ https://sabahmedia.com/2024/04/30/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000/#respond Tue, 30 Apr 2024 08:53:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53725
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah pada majlis yang diadakan di sini pada Isnin.

Majlis penyerahan yang turut diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 itu disempurnakan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, manakala Dahlan Marali Ketua Sektor Operasi & Wilayah Bahagian Zakat & Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima bagi pihak Pusat Zakat Sabah.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO), Azrul Ahmad, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta kakitangan CIS.

Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.

“Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/30/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000/feed/ 0 53725