citf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Aug 2021 10:22:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png citf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PICK : Lebih 500 Penduduk Terima Vaksin di PPV Kampung Dato https://sabahmedia.com/2021/08/30/pick-lebih-500-penduduk-terima-vaksin-di-ppv-kampung-dato/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/pick-lebih-500-penduduk-terima-vaksin-di-ppv-kampung-dato/#respond Mon, 30 Aug 2021 10:22:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5547
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Seramai 539 warganegara dan bukan warganegara menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama menerusi Program Jangkauan Luar (Outreach) fasa kedua yang dilaksanakan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Kota Kinabalu. 

Pegawai Perubatan Pejabat Kawasan Daerah Kota Kinabalu, Doktor Tee Wen-Li berkata, kehadiran orang ramai termasuk bukan warganegara di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut membuktikan semakin ramai masyarakat yang menyedari tentang kepentingan suntikan vaksin.

“Kesihatan adalah hak asasi manusia dan wabak ini tidak memilih mangsa, justeru adalah penting untuk semua orang divaksin tidak kira warganegara atau bukan warganegara.

“Sekiranya kita tidak memberi vaksin kepada golongan bukan warganegara, kemungkinan untuk kita bebas daripada pandemik ini memakan masa yang panjang kerana mereka juga hidup dan bekerja di sekitar kita.

“Buat masa ini, kami masih bekerja keras dalam program-program yang dirancang untuk memastikan semua penduduk menerima vaksin agar kita dapat mengurangkan kesan penyakit akibat Covid-19,” ujarnya ketika ditemui media di PPV Kampung Dato, baru-baru ini.

Tee turut merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan semua pihak khususnya pemimpin masyarakat di peringkat pusat dan kampung kerana menyediakan tempat serta mengajak penduduk kampung hadir mendapatkan vaksin.

Tambahnya, Program Jangkauan Luar adalah satu pendekatan yang baik untuk memastikan mereka yang kurang berkemampuan, mempunyai masalah pengangkutan dan sakit terlantar dapat divaksin.

Program sehari tersebut turut dihadiri oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Inanam, Datuk William Majimbun; Pakar Perubatan Awam Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu merangkap Ketua Penyelaras PPV Daerah Kota Kinabalu, Dr Suhaila Osman dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karroda./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/pick-lebih-500-penduduk-terima-vaksin-di-ppv-kampung-dato/feed/ 0 5547
Timbul Keraguan Namun Tetap Yakin Terima Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/28/timbul-keraguan-namun-tetap-yakin-terima-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/timbul-keraguan-namun-tetap-yakin-terima-vaksin-covid-19/#respond Sat, 28 Aug 2021 02:17:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5383
Read Time:1 Minute, 19 Second

TENOM : Perasaan ragu dan takut seorang petani, Acho Balang,60,untuk menerima vaksin COVID-19 sejak sebulan lalu kini berubah selepas mendapat maklumat di kaunter program jangkauan luar Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF). 

Acho yang berasal dari  Kampung Baru Jumpa Tenom didaftarkan sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera oleh anak perempuannya, Jenefer Acho, 36, menggunakan telefon pintar miliknya.

“Sebelum ini, saya ragu dengan vaksin, risau adakah ia benar-benar selamat tetapi selepas hadir ke program ini, saya mulai yakin selepas mendengar  penjelasan doktor yang bertugas dan vaksin ini memang penting untuk melindungi diri dan keluarga.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan yang memberi vaksin kepada kami sekeluarga dan sekarang saya hanya menunggu tarikh temu janji untuk vaksin dos kedua,” katanya.

Hadir sama pada program itu Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah.

Rakan sekampung Acho, Kamiah Basir, 71, juga dilihat gembira selepas menerima dos pertama vaksin jenis Sinovac di Dewan Gereja Kampung Baru Jumpa, disini semalam.

“Saya mendapatkan tidur dengan cukup, bersarapan pagi dan minum air yang banyak sebelum menerima vaksin atas nasihat kawan-kawan.

“Apabila disuntik tadi, saya rasa lebih tenang sebab vaksin ini sangat penting untuk diri dan keluarga saya,” katanya.

Berbeza dengan Acho, penerima vaksin sama, Yangan Kapong, 63, dari Kampung Sugiang Baru Kemabong teruja menunggu giliran divaksinasi.

“Selepas mendapat tahu tentang program jangkauan CITF ini, saya rasa sangat teruja sebab vaksin penting untuk menghindarkan diri kita daripada wabak COVID-19,”katanya. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/timbul-keraguan-namun-tetap-yakin-terima-vaksin-covid-19/feed/ 0 5383
PICK : Beaufort Capai Peratusan Tinggi Dalam Vaksinasi COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/14/pick-beaufort-capai-peratusan-tinggi-dalam-vaksinasi-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/pick-beaufort-capai-peratusan-tinggi-dalam-vaksinasi-covid-19/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:01:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4618
Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT : Daerah Beaufort mencapai peratusan tinggi dalam vaksinasi COVID-19 dengan kadar sebanyak 91 peratus daripada jumlah populasi penduduk berusia 18 tahun ke atas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, jumlah itu meliputi 47,967 orang daripada 52,700 penduduk yang layak menerima suntikan vaksin di daerah itu. 

“Hal ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ia menunjukkan kesedaran masyarakat akan kepentingan mendapatkan vaksin seterusnya menyahut seruan kerajaan. 

“Selain itu, jumlah ini sebagai bukti keberkesanan pelbagai usaha serta program-program jangkauan luar yang diadakan di kawasan luar bandar bagi memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan.

“Usaha ini akan diteruskan dalam memastikan tiada penduduk yang tercicir dalam menerima suntikan sebagai langkah menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Jangkauan Luar Covid-19 Imunisation Task Force (CITF) Daerah Beaufort di Dewan Sri Dayang Weston, disini hari ini. 

Pada program itu, sebanyak 500 dos suntikan vaksin jenis Sinovac diperuntukkan bagi masyarakat sekitar yang hadir.

Turut diadakan ialah pengagihan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan oleh Pejabat Penerangan Daerah Beaufort.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Basirun, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Lumadan Dioslin Alin@Augustine dan Pegawai Penerangan Daerah Beaufort, Awang Muil Awang Raya./Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/pick-beaufort-capai-peratusan-tinggi-dalam-vaksinasi-covid-19/feed/ 0 4618
PICK : CITF Terus Dipergiat, Pastikan Tiada Masyarakat Tercicir – Tamin https://sabahmedia.com/2021/08/10/pick-citf-terus-dipergiat-pastikan-tiada-masyarakat-tercicir-tamin/ https://sabahmedia.com/2021/08/10/pick-citf-terus-dipergiat-pastikan-tiada-masyarakat-tercicir-tamin/#respond Tue, 10 Aug 2021 10:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4421
Read Time:1 Minute, 19 Second

PAPAR:  Program Jangkauan Luar Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan terus dipergiat bagi memastikan tiada masyarakat yang tercicir daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK). 

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Mohd Tamin Zainal berkata, program vaksinasi tersebut khusus untuk melindung dan memutuskan rangkaian pandemik yang semakin meningkat di daerah berkenaan. 

Oleh itu, program jangkauan luar CITF Mukim Kuala di Sekolah Kebangsaan Pantai Manis diadakan selama tiga hari bermula semalam.

“Sebanyak 1,100 dos vaksin telah diberikan kepada komuniti di daerah ini pada hari pertama semalam, manakala untuk hari kedua setakat jam 11 pagi, 330 dos jenis AstraZeneca telah diberikan.

“Program ini didatangkan khas untuk memastikan rakyat dilindungi dan salah satu langkah memutuskan rangkaian pandemik yang semakin meningkat di daerah ini. 

“Program berjalan lancar dengan 10 kaunter pendaftaran serta lapan kaunter vaksin dibuka.   Program ini juga akan diadakan ke kampung-kampung lain bagi memastikan penduduk khususnya di pedalaman tidak tercicir,” katanya selepas melawat operasi program tersebut, disini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Ag Buthaman Mahmun menjelaskan syarikat terbabit  akan menggiatkan lagi usaha program vaksinasi ini bagi memastikan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan. 

“Saya berharap agar orang ramai tampil bagi mendapatkan vaksin ini sehingga esok. Lebih ramai orang datang untuk mendapatkan vaksin ini dan lebih rendah jugalah jangkitan ini merebak,” katanya. 

Hadir sama, Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee, Penolong Pegawai Daerah, Janudin Jumat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Mohd Rosli Ibrahim dan Pegawai Penerangan Daerah Papar, Sam Mansibu./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/10/pick-citf-terus-dipergiat-pastikan-tiada-masyarakat-tercicir-tamin/feed/ 0 4421
PICK : Pemimpin Setempat Perlu Pastikan Penduduk Hadir Janji Temu Vaksinasi Elak Berlaku Keciciran https://sabahmedia.com/2021/08/08/pick-pemimpin-setempat-perlu-pastikan-penduduk-hadir-janji-temu-vaksinasi-elak-berlaku-keciciran/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/pick-pemimpin-setempat-perlu-pastikan-penduduk-hadir-janji-temu-vaksinasi-elak-berlaku-keciciran/#respond Sun, 08 Aug 2021 11:25:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4312
Read Time:1 Minute, 13 Second

BEAUFORT : Pemimpin setempat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias perlu memastikan penduduk yang layak divaksinasi hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikuti janji temu yang diberikan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, ia bagi memastikan tiada sebarang keciciran berlaku dalam proses pemberian vaksin dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Usaha berterusan semua pihak bagi menjayakan PICK di daerah ini telah berjaya meletakkan Beaufort sebagai antara lima daerah terbaik dalam senarai pemberian vaksin menerusi PICK di negeri ini.

“Pada hari ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama agensi lain datang ke sini bagi memastikan penduduk yang sukar untuk datang ke PPV berhampiran diberikan vaksin menerusi program jangkauan luar ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata demikian ketika ditemui dalam program jangkauan luar CITF daerah Beaufort di Dewan Sekolah Kebangsaan Biau Batu 65 disini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin.

Sementara itu, Lajim berkata, kesedaran penduduk terdapat pentingnya menerima vaksin di dalam daerah ini antara punca kejayaan PICK di daerah tersebut.

“Kesedaran rakyat semakin tinggi walaupun diperingkat awal sambutan agak dingin tapi apabila informasi mereka terima daripada anak mereka bahawa vaksin adalah satu keutamaan yang perlu diambil untuk menjaga diri kita dari segi kesihatan,” katanya.

Dalam program ini seramai 346 penduduk sekitar kampug Biau Batu 65 menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer dos pertama manakala suntikan dos kedua akan diberi pada 28 Ogos depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/pick-pemimpin-setempat-perlu-pastikan-penduduk-hadir-janji-temu-vaksinasi-elak-berlaku-keciciran/feed/ 0 4312
PICK : Gelagat Penerima Vaksin Golongan OKU Curi Tumpuan https://sabahmedia.com/2021/08/06/pick-gelagat-penerima-vaksin-golongan-oku-curi-tumpuan/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/pick-gelagat-penerima-vaksin-golongan-oku-curi-tumpuan/#respond Fri, 06 Aug 2021 13:50:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4171
Read Time:1 Minute, 25 Second

PAPAR: “Adoi sakitnya, ada rasa pedas masa kena cucuk!,” itu antara reaksi penerima vaksin Huo Che Chuan, 42,yang menerima vaksin pada Program Outreach Pendaftaran dan Vaksinasi COVID-19 CITF Daerah Papar.

Che Chuan yang ditemani abangnya Ma’aruf Huo Abdullah, 46,mengakui tidak berasa takut dengan suntikan vaksin dan jarum kerana mahu mencegah dari dijangkiti virus COVID-19.

Sepanjang 20 minit berada dalam  program itu,  Chuan yang  merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) anggota badan kelihatan tenang namun telatah comelnya ketika disuntik mencuri perhatian petugas media dilokasi. 

Anak kelima daripada 10 beradik itu tinggal bersama kakaknya di Kampung Ulu Kimanis Batu 14, bersebelahan dengan lokasi program jangkauan CITF,  SJK (C) Cheng Ming Papar, hari ini. 

Berbeza dengan Chuan, seorang lagi OKU, Amza Aqilla Engelbert, 23, dari Kampung Mandubai Batu 14 Ulu Kimanis menerima vaksin sama di dalam kenderaan bapanya, Engelbert Simok.

Dia yang merupakan OKU Autisme juga memahami tujuan dia divaksin setelah diberi penjelasan daripada ahli keluarga.

Turut mendapatkan vaksinasi tersebut ialah warga emas OKU,  Bin Gat Tinggalung, 92, yang kehilangan kaki kanan akibat jangkitan kuman, diiring petugas Jabatan Sularelawan Malaysia (Rela) menggunakan kerusi roda.

Melihat kepada komitmen dan solidariti golongan OKU ini, meski berdepan kesukaran untuk bergerak dengan kudrat sendiri tetapi mereka tetal cekal mendapatkan vaksinasi dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap negara. 

Jadi, atas alasan apa lagi yang mahu terus dipertahankan oleh golongan antivaksin? Daftar dan vaksin dengan segera demi melindungi diri dan orang di sekeliling./PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/pick-gelagat-penerima-vaksin-golongan-oku-curi-tumpuan/feed/ 0 4171
PICK : Program Jangkauan Luar Menerusi CITF Mampu Bantu Capai Sasaran Imuniti Kelompok https://sabahmedia.com/2021/08/01/pick-program-jangkauan-luar-menerusi-citf-mampu-bantu-capai-sasaran-imuniti-kelompok/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/pick-program-jangkauan-luar-menerusi-citf-mampu-bantu-capai-sasaran-imuniti-kelompok/#respond Sun, 01 Aug 2021 06:35:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3896
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA MARUDU: Program Jangkauan Luar Imunisasi COVID-19 yang dilaksanakan menerusi Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF) mampu membantu mencapai sasaran imuniti kelompok vaksinasi daerah ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Julita Majunki berkata, program yang dilaksanakan dengan beberapa agensi kerajaan itu diharap mampu mempercepatkan lagi capaian sasaran imuniti kelompok.

“Program sebegini merupakan langkah terbaik dalam membantu penduduk yang tinggal jauh di luar bandar mendapatkan vaksin COVID-19 sekaligus mempercepatkan capaian imuniti kelompok bagi daerah ini.

“Saya mengharapkan agar semua masyarakat yang tinggal di luar bandar agar bersama-sama hadir memberi kerjasama kepada pihak terlibat yang sanggup datang ke kawasan luar bandar semata-mata untuk memberi vaksin,” katanya semasa ditemui media di Kampung Teringai Laut.

Julita turut mengingatkan agar penduduk yang sudah divaksin agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Kita menyeru kepada semua penduduk kampung agar terus menjaga SOP agar kita boleh mengurangkan jangkitan COVID-19, kepada mereka yang sudah divaksin dos pertama untuk sentiasa peka tarikh temujanji dos kedua agar mereka tidak terlepas melengkapkan dua dos.

“Saya juga difahamkan, sehingga kini, sebanyak 14 peratus penduduk daerah ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, dan saya harap dengan kerjasama yang baik penduduk kampung, kita akan mencapai imuniti kelompok 80 peratus dalam masa terdekat,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Penerangan Sabah, Puan Nadzerah Abdullah, Pegawai Daerah, Alexander Yong, Pegawai Kesihatan, Dr Siti Nadrah dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, William Lampaki./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/pick-program-jangkauan-luar-menerusi-citf-mampu-bantu-capai-sasaran-imuniti-kelompok/feed/ 0 3896
PPV Di Kawasan Luar Bandar Perlu Ditambah Untuk Tingkat Pemberian Vaksin https://sabahmedia.com/2021/07/25/ppv-di-kawasan-luar-bandar-perlu-ditambah-untuk-tingkat-pemberian-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/07/25/ppv-di-kawasan-luar-bandar-perlu-ditambah-untuk-tingkat-pemberian-vaksin/#respond Sun, 25 Jul 2021 09:03:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3567
Read Time:59 Second

KOTA BELUD: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu ditambah lebih banyak khususnya di kawasan luar bandar untuk meningkatkan pemberian vaksin kepada orang ramai.

Pegawai Daerah Kota Belud, Diana Abdullah berkata, sambutan masyarakat terhadap vaksin Covid-19 khususnya di kawasan pedalaman amat luar biasa dan sungguh menggalakkan.

 “Penambahan PPV di setiap daerah akan lebih memudahkan masyarakat luar bandar untuk mendaftar, seterusnya mendapatkan suntikan.

“Selain itu, ia juga dapat meringankan beban kos yang perlu ditanggung berbanding menerima janji temu suntikan vaksin di kawasan bandar,” katanya ketika ditemui media dalam Program Outreach CITF Kota Belud di Dewan Kampung Lasau Minunsud, pada Ahad. 

Beliau yang juga Pengerusi Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) daerah Kota Belud memberitahu, pihaknya akan terus mempergiatkan program-program seumpamanya di seluruh tempat yang melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah tersebut.

“Program sebegini amat memberi kesan serta mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat luar bandar untuk mendaftar dan menerima suntikan vaksin dengan segera,” katanya lagi.

Untuk rekod, sebanyak 600 dos pertama vaksin jenis Sinovac disediakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi program vaksinasi Covid-19 di kampung itu.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullahdan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Rosok, Dr Rafidah Lamit./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/25/ppv-di-kawasan-luar-bandar-perlu-ditambah-untuk-tingkat-pemberian-vaksin/feed/ 0 3567
Seramai 48,443 Individu Telah Terima Vaksin Melalui Program CITF Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/24/seramai-48443-individu-telah-terima-vaksin-melalui-program-citf-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/seramai-48443-individu-telah-terima-vaksin-melalui-program-citf-di-sabah/#respond Sat, 24 Jul 2021 12:54:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3542
Read Time:1 Minute, 12 Second

PAPAR: Seramai 48,443 individu menerima vaksin melalui Program Outreach Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) peringkat negeri Sabah.

Pengarah Penerangan Sabah (JaPen), Nadzerah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 44,261 individu didaftarkan melalui 147 program CITF di seluruh negeri bermula penghujung bulan Mei, tahun ini.

“Kenaikan sembilan peratus dicatatkan bagi individu yang datang secara ‘walk-in’ untuk menerima suntikan melalui keseluruhan program tersebut.

“Kita berharap program ini dapat menjayakan usaha mencapai sasaran kerajaan negeri agar 60 peratus penduduk di Sabah menerima suntikan vaksin Covid-19 secepat mungkin,” katanya ketika ditemui media dalam Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Limbahau di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, program itu dilaksanakan secara berterusan di bawah penyelarasan JaPen dengan memfokuskan kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses internet serta menggunakan konsep daftar dan suntik.

Dalam pada itu, sebelum program diadakan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pegawai Daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap daerah juga akan mengenal pasti kawasan pedalaman yang akan terlibat. 

Untuk rekod, Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Dun N27 Limbahau Papar diadakan selama dua hari bermula 24 hingga 25 Julai melibatkan sembilan mukim di bawah DUN N.27 Limbahau dengan peruntukan sebanyak 2,000 dos vaksin.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N27 Limbahau, Datuk Johnny Mositun dan Penolong Pegawai (Pentadbiran) Papar,Junaiddin Jumat./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/seramai-48443-individu-telah-terima-vaksin-melalui-program-citf-di-sabah/feed/ 0 3542
Kota Belud Capai 31 Peratus Pemberian Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/07/24/kota-belud-capai-31-peratus-pemberian-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/kota-belud-capai-31-peratus-pemberian-vaksin-covid-19/#respond Sat, 24 Jul 2021 12:48:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3539
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA BELUD: Sebanyak 31 peratus daripada 70,000 populasi penduduk berumur 18 tahun ke atas di Kota Belud telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos 1 dan dos 2.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Arsad Bistari berkata, kira-kira 36 peratus daripada populasi penduduk juga telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin itu. 

“Jumlah ini masih kurang berbanding daerah-daerah lain di Sabah dan ini memerlukan kerjasama serta komitmen bukan sahaja daripada pemimpin, tetapi daripada masyarakat  itu sendiri.

“Sebagai usaha meningkatkan jumlah itu, kita akan terus meningkatkan kesedaran dan mengadakan program-program di semua kawasan agar masyarakat tidak tercicir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan percuma oleh pihak kerajaan.

“Program-program sebegini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mendapatkan vaksin demi melindungi diri dan keluarga, seterusnya mengekang penularan Covid-19,” katanya ketika ditemui media dalam Program Outreach CITF Daerah Kota Belud di Dewan Terbuka Kampung Kaguraan, pada Sabtu.

Program yang berlangsung selama dua hari itu memperuntukkan 1,900 dos vaksin jenis Sinovac untuk diberikan kepada masyarakat sekitar yang melibatkan lebih 40 buah kampung.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Pintasan, Fairuz Renda, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa dan Pegawai Daerah Kota Belud, Diana Abdullah./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/kota-belud-capai-31-peratus-pemberian-vaksin-covid-19/feed/ 0 3539