cm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Aug 2025 15:53:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Sambut Baik Arahan Lanjut Peguam Negara Berhubung Kes Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/08/08/hajiji-sambut-baik-arahan-lanjut-peguam-negara-berhubung-kes-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/08/08/hajiji-sambut-baik-arahan-lanjut-peguam-negara-berhubung-kes-zara-qairina/#respond Fri, 08 Aug 2025 15:53:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78829
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu  – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyambut baik kenyataan terkini Jabatan Peguam Negara yang telah mengeluarkan arahan lanjut berhubung siasatan kes kematian pelajar, adik Zara Qairina.

Menurut beliau, kes tersebut bukan sahaja menyentuh perasaan rakyat Sabah, malah telah menarik perhatian meluas dari seluruh negara termasuk negara jiran.

“Ini jelas menunjukkan bahawa keadilan untuk adik Zara adalah tuntutan bersama yang merentasi sempadan dan perbezaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hajiji turut menzahirkan keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh agar keadilan dapat ditegakkan untuk Zara dan keluarganya.

“Saya menyeru semua pihak agar terus bertenang, tidak terpengaruh dengan spekulasi, serta memberi ruang dan kepercayaan kepada proses undang-undang yang sedang berjalan,” tambah beliau.

Kes Zara Qairina mendapat perhatian ramai selepas pelbagai pihak menuntut agar keadilan ditegakkan berhubung punca kematiannya yang didakwa berkaitan insiden buli.

#JusticeForZara

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/08/hajiji-sambut-baik-arahan-lanjut-peguam-negara-berhubung-kes-zara-qairina/feed/ 0 78829
Kerajaan Negeri sedia mengadakan persidangan DUN – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/06/18/kerajaan-negeri-sedia-mengadakan-persidangan-dun-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/06/18/kerajaan-negeri-sedia-mengadakan-persidangan-dun-hajiji/#respond Fri, 18 Jun 2021 08:44:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1521
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.

Kami akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu dan kami sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya beliau telah mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Kadzim Hj Yahya, semalam, susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.cm sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/18/kerajaan-negeri-sedia-mengadakan-persidangan-dun-hajiji/feed/ 0 1521
Kerjasama PBS, WARISAN Hanya Satu Propaganda Pihak Tertentu – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/05/19/kerjasama-pbs-warisan-hanya-satu-propaganda-pihak-tertentu-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/05/19/kerjasama-pbs-warisan-hanya-satu-propaganda-pihak-tertentu-hajiji/#respond Wed, 19 May 2021 05:31:40 +0000 http://sabahmedia.com/?p=402
Read Time:1 Minute, 0 Second

 Isu kerjasama politik diantara Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN) hanya satu propaganda yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, propaganda itu mungkin mempunyai niat untuk mengelirukan rakyat atau mencuba sesuatu yang boleh merosakan perpaduan dalam komponan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kerajaan GRS sangat stabil dan diberikan mandat oleh rakyat, oleh itu kita memberikan fokus kepada membangunkan Sabah.

“Saya tidaklah menumpukan perhatian kepada isu seperti ini. Setiausaha Agung PBS pun sudah nafikan perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Meruntum di sini, hari ini.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu seumpamanya. Kerajaan hari ini akan bangunkan negeri dan menumpukan usaha atau kerja-kerja yang diharapkan rakyat.

Sementara itu, Hajiji memberikan jaminan bahawa mangsa kebakaran Kg Meruntum boleh mendirikan semula rumah mereka dikawasan rumah sebelum ini.

“Kerajaan membenarkan mereka untuk mendirikan semula rumah dikawasan terbakar itu, tanah itu adalah milik kerajaan dan kita benarkan.

“Kita akan memastikan kerja-kerja mendirikan rumah itu akan dipantau dan hanya mangsa kebakaran sahaja dibenarkan mendirikan rumah di kawasan berkenaan,” katanya.

Hajiji jamin bahawa bantuan akan terus diberikan oleh jabatan-jabatan berkaitan untuk meringankan beban semua mangsa kebakaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/05/19/kerjasama-pbs-warisan-hanya-satu-propaganda-pihak-tertentu-hajiji/feed/ 0 402
Sambut Aidilfitri Dengan Norma Baharu – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/05/12/sambut-aidilfitri-dengan-norma-baharu-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/05/12/sambut-aidilfitri-dengan-norma-baharu-hajiji/#respond Wed, 12 May 2021 05:52:11 +0000 http://sabahmedia.com/?p=395
Read Time:2 Minute, 7 Second

Rakyat di Sabah perlu memahami tindakan kerajaan menguatkuasakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepanjang Aidilfitri yang disambut esok.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, dalam perutusan Aidilfitri menjelaskan setiap tindakan itu adalah bersebab, terutama bagi mengekang dan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat negeri itu supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

“Kita juga kena akur bahawa penularan pandemik ini menyebabkan tiada lagi sambutan seperti dulu yang mana kita bebas untuk bersalam dan mengunjungi rumah terbuka saudara serta rakan. Tiada jalan lain, sebaliknya kita harus meraikan Aidilfitri dengan mematuhi SOP.

“Walaupun begitu, seperti perayaan lain, Aidilfitri akan terus menjadi tonggak perpaduan dan diraikan tanpa mengira bangsa serta agama. Semoga kita semua kekal selamat dan begitu juga orang di sekeliling kita,” katanya, di sini.

Sabah mengekalkan syarat SOP PKPB dengan menguatkuasakan larangan merentas daerah bermula kelmarin, namun membenarkan solat sunat Aidilfitri mengikut kapasiti masjid dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

Hajiji berkata, walaupun tahun ini adalah kali kedua sambutan Aidlfitri diraikan dalam suasana norma baharu, ia bukan penghalang untuk menghayati makna perayaan itu.

Beliau turut mengajak rakyat negeri ini supaya tidak melupakan pengorbanan barisan hadapan dalam memerangi penularan COVID-19.

“Begitu juga anggota pasukan keselamatan kita yang tidak dapat bersama keluarga pada Aidilfitri ini, kerana bertugas melindungi negara. Kita berdoa mereka dijauhkan daripada bahaya dan kita amat berterima kasih di atas perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji juga mengingatkan rakyat Sabah supaya tiada yang ketinggalan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha mengawal penularan pandemik dan memulihkan ekonomi negeri.

Setakat semalam, katanya, seramai 56,263 individu sudah menerima dos pertama suntikan COVID-19 di Sabah, manakala seramai 50,315 orang menerima dos kedua menerusi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bagi fasa dua, seramai 29,603 individu sudah menerima suntikan dos pertama vaksin, manakala seramai 483,901 individu mendaftar sebagai penerima vaksin di Sabah setakat ini.

Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajuinya sejak September lalu kini berada di landasan yang betul untuk melaksanakan semua pelan pembangunan yang dirancang.

“Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan sebelum Ramadan, sudah mula membuahkan hasil dengan beberapa pelaburan asing dan tempatan akan beroperasi di negeri ini. Dengan kerjasama semua pihak, saya yakin matlamat Halatuju SMJ dapat dicapai dalam masa lima tahun,” katanya.

Halatuju SMJ memfokuskan tiga sektor utama pertumbuhan ekonomi Sabah iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan, selain modal insan dan kesejahteraan rakyat, jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/05/12/sambut-aidilfitri-dengan-norma-baharu-hajiji/feed/ 0 395
Hajiji serah bantuan Sentuhan Kasih Aidilfitri kepada 150 penerima https://sabahmedia.com/2021/05/12/hajiji-serah-bantuan-sentuhan-kasih-aidilfitri-kepada-150-penerima/ https://sabahmedia.com/2021/05/12/hajiji-serah-bantuan-sentuhan-kasih-aidilfitri-kepada-150-penerima/#respond Wed, 12 May 2021 05:09:23 +0000 http://sabahmedia.com/?p=389
Read Time:1 Minute, 29 Second

Seramai 150 penerima dari daerah ini menerima bantuan makanan dan peralatan kebersihan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

ADVERTISEMENThttps://4273f514540c842e3bfdf159f534916b.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Sumbangan itu adalah menerusi Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya sangat menghargai usaha Yayasan Petronas ini yang membantu komuniti memerlukan khususnya dalam tempoh pandemik COVID-19,” katanya.

Sumbangan Sentuhan Kasih Aidilfitri itu turut menyerahkan bantuan serupa kepada 150 penerima di Kinabatangan pada hari yang sama.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Operasi Petronas Sabah dan Labuan Jasper Diego.

Sementara itu, Yayasan Petronas Sentuhan Kasih Kaamatan dilakukan pada 25 Mei depan yang melibatkan seramai 125 penerima di Kundasang dan Nabawan (125 penerima).

Untuk Labuan, Sentuhan Kasih Aidilfitri dan Kaamatan akan diadakan pada 24 Mei depan melibatkan 150 dan 100 keluarga.

Ketika Tahun Baharu Cina Februari lalu, Yayasan Petronas juga  telah menyampaikan bantuan makanan dan peralatan kesihatan kepada 300 penerima di Kudat, Tenom, Kuala Penyu dan Tambunan serta 150 penerima di Labuan.

Tahun ini Yayasan Petronas bersama-sama Jabatan Kebajikan akan mengedarkan bantuan makanan dan peralatan kesihatan kepada seramai 5,400 penerima kurang bernasib baik di negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Nelly Francis Shariah berkata, pihaknya akan terus komited membantu komuniti memerlukan walaupun negara berhadapan dengan cabaran COVID-19.

Katanya, bantuan makanan perayaan ini sudah pasti mampu membawa kegembiraan kepada para penerimanya selain mampu meningkatkan pendapatan peniaga tempatan yang menghasilkan makanan berkenaan.

Festival Sentuhan Kasih adalah program tahunan yang diadakan bersama-sama dengan musim perayaan bertujuan untuk membawa kegembiraan dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka  yang kurang bernasib baik.

Program berkenaan juga adalah sebahagian daripada tumpuan pembangunan dan kebajikan komuniti menerusi Yayasan Petronas. Ia juga selari dengan agenda kelestarian Petronas dan Matlamat Pembangunan kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/05/12/hajiji-serah-bantuan-sentuhan-kasih-aidilfitri-kepada-150-penerima/feed/ 0 389