cny – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Feb 2026 09:24:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cny – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 15 hotel terkemuka meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Sabah 2026 https://sabahmedia.com/2026/02/06/15-hotel-terkemuka-meriahkan-sambutan-tahun-baharu-cina-peringkat-negeri-sabah-2026/ https://sabahmedia.com/2026/02/06/15-hotel-terkemuka-meriahkan-sambutan-tahun-baharu-cina-peringkat-negeri-sabah-2026/#respond Fri, 06 Feb 2026 09:24:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91121
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 buah hotel terkemuka akan menyediakan reruai hidangan makanan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sabah 2026 yang dijadual berlangsung pada 17 Februari ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, sambutan yang bermula jam 10 pagi itu dijangka menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, penganjuran sambutan peringkat negeri itu mencerminkan kesepaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah yang sentiasa bersama-sama meraikan kepelbagaian perayaan tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

“Ini adalah prinsip yang menjadi asas kepada kerajaan negeri bagi memastikan semua rakyat berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya dapat bersama-sama meraikan perayaan, termasuk Sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di sini, pada Khamis.

Jafry yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan memaklumkan Tun Musa Aman turut dijadual hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan sambutan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah itu.

“Saya mengharapkan orang ramai mengambil peluang untuk bersama-sama meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sabah 2026.

“Pelbagai acara kebudayaan akan dipersembahkan sepanjang program termasuk tarian singa, persembahan kebudayaan masyarakat Tionghua serta penampilan artis jemputan,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Josie Lai. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/06/15-hotel-terkemuka-meriahkan-sambutan-tahun-baharu-cina-peringkat-negeri-sabah-2026/feed/ 0 91121
Kekal Perpaduan, Keunikan Budaya, Toleransi Kalangan Masyarakat Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/31/kekal-perpaduan-keunikan-budaya-toleransi-kalangan-masyarakat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/kekal-perpaduan-keunikan-budaya-toleransi-kalangan-masyarakat-di-sabah/#respond Mon, 31 Jan 2022 03:57:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11770
Read Time:1 Minute, 14 Second

KUDAT : Rakyat di negeri ini harus mempertahankan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dan mengelak terlibat dengan sebarang unsur yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan mereka.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Ruddy Awah berkata, Sabah kekal unik melalui semangat kerjasama dan konsep toleransi yang wujud dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, keunikan itu dalam dilihat dan terserlah ketika sambutan perayaan apabila diraikan dalam suasana harmoni dan muhibbah.

“Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, saya meminta kepada semua masyarakat untuk terus menggunakan landasan ini bagi mengukuhkan perpaduan seterusnya menyambut perayaan dalam suasana ceria dan harmoni.

“Selain itu, saya juga berharap agar semua pihak dapat mengenepikan politik sempit dalam menyambut suatu perayaan, terus kekalkan momentum perpaduan yang sedia ada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Tionghua dan Warga Emas Daerah Kudat disini semalam.

Ruddy (dua kanan) bertanyakan khabar warga emas yang hadir pada majlis itu

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata, pihaknya juga mahu masyarakat di negeri ini terus mengekalkan rasa hormat, kestabilan dan harmoni yang dibina sejak dahulu untuk generasi akan datang.

Pada majlis itu, Ruddy turut menyampaikan kepala singa kepada Pertubuhan Masyarakat Tiong Hua Sabah sebagai tanda prihatin dan persahabatan.

Selain itu, beliau turut menyantuni warga emas dan menyerahkan ‘angpow’ sebagai tanda hormat dan penghargaan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada tiga persatuan besar di Kudat iaitu Persatuan Hakka Kudat; Persatuan Hokkien Kudat dan Persatuan Hainan Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/kekal-perpaduan-keunikan-budaya-toleransi-kalangan-masyarakat-di-sabah/feed/ 0 11770
Angin kencang di timur Sabah, Semenanjung dijangka berterusan hingga 6 Februari https://sabahmedia.com/2022/01/31/angin-kencang-di-timur-sabah-semenanjung-dijangka-berterusan-hingga-6-februari/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/angin-kencang-di-timur-sabah-semenanjung-dijangka-berterusan-hingga-6-februari/#respond Mon, 31 Jan 2022 01:29:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11768
Read Time:1 Minute, 41 Second

Kuala Lumpur: Angin kencang di timur Sabah dan Semenanjung dijangka berterusan hingga 6 Februari ini, dengan keadaan itu boleh menyebabkan hujan di beberapa kawasan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter memaklumkan, keadaan cuaca lembap itu dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan berlaku hujan pada sebelah pagi.

Menurutnya, ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Susulan itu kawasan negeri Pantai Timur di Semenanjung dan timur Sabah dijangka mengalami cuaca lembap yang membawa kepada hujan pada sebelah pagi.

“Sementara itu, kawasan barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta negeri Pantai Barat di Semenanjung khususnya Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan pedalaman Pahang dijangka mengalami ribut petir.

“Kawasan ini juga turut diramal berlaku hujan pada waktu petang hingga awal malam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, ramalan cuaca itu signifikan bagi tempoh tujuh hari bermula esok dan boleh mengakibatkan cuaca panas dan kering di negeri di utara Semenanjung.

“Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan antara Selasa hingga Ahad depan (2 hingga 6 Februari),” katanya.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Sementara itu, cuaca pada sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa dan Rabu diramalkan berlaku hujan dan ribut petir pada sebelah pagi di satu dua tempat di Sarawak.

Ia meliputi kawasan di Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei dan Mukah serta di Sabah membabitkan daerah Kudat, Sandakan dan Tawau.

Keadaan cuaca pada petang pula, hujan dan ribut petir dijangkakan berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (pantai barat, Pedalaman dan Sandakan) dan Labuan.

Pada sebelah malam, hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak (Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang) dan Sabah (pantai barat, pedalaman dan Kudat) serta Labuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/angin-kencang-di-timur-sabah-semenanjung-dijangka-berterusan-hingga-6-februari/feed/ 0 11768
Terus Pertahan Kepelbagaian Budaya,Adat Masyarakat Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/30/terus-pertahan-kepelbagaian-budayaadat-masyarakat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/terus-pertahan-kepelbagaian-budayaadat-masyarakat-di-sabah/#respond Sun, 30 Jan 2022 14:15:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11756
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di negeri ini diseru untuk terus mempertahankan kepelbagaian budaya dan adat masyarakat setempat khususnya dalam menyambut suatu perayaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, budaya menyambut perayaan suku kaum dan etnik yang berbeza di negeri ini dilihat masih kekal subur dan harus dipertahankan.

“Disini saya ingin menyatakan bahawa budaya merayakan suatu perayaan secara bersama di Sabah dilihat masih kekal subur dan harmoni dikalangan masyarakat kita.

“Ia dapat dilihat apabila semua kaum akan turut serta dalam suatu perayaan yang disambut,”katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pasar malam terbuka sempena Tahun Baru Cina 2022 di Segama disini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Yakub berkata, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini dapat terus mengekalkan budaya yang sedia ada bagi menjadi contoh kepada masyarakat luar.

Sementara itu, Yakub berkata, pasar malam yang diadakan itu adalah bersempena sambutan Tahun Baru Cina .

“Pada hari ini kita mengadakan Tinjauan Mesra di kawasan Segama dimana kawasan ini dijadikan sebagai salah satu pusat untuk para peniaga berniaga sempena sambutan Tahun baru Cina.

“Kita difahamkan bahawa tahun ini Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyediakan beberapa kawasan sebagai pusat penjualan sempena Tahun Baru Cina,” katanya.

Katanya, lokasi yang dibahagikan kepada beberapa kawasan itu adalah bagi mengelak orang ramai berkumpul dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih ada kini.

Terdahulu, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, sebanyak 150 buah gerai dibuka di Segama.

“Pada tahun ini gerai yang dibuka disini (Segama) memang kurang hanya 150 buah gerai dibuka kerana kita sudah pecahkan dibeberapa lokasi.

“Antara lokasi lain yang dibuka adalah di Kedai Foh Sang; Kedai Kepayan (Yu Sang); Kawasan Parkir Dewan Damai; Tapak Tamu Pekan Menggatal dan Pasar Lido,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/terus-pertahan-kepelbagaian-budayaadat-masyarakat-di-sabah/feed/ 0 11756
Tahun Baharu Cina: Beberapa tempat hujan, ribut petir pada 1, 2 Februari https://sabahmedia.com/2022/01/29/tahun-baharu-cina-beberapa-tempat-hujan-ribut-petir-pada-1-2-februari/ https://sabahmedia.com/2022/01/29/tahun-baharu-cina-beberapa-tempat-hujan-ribut-petir-pada-1-2-februari/#respond Sat, 29 Jan 2022 03:14:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11694
Read Time:1 Minute, 16 Second

CYBERJAYA : Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan beberapa kawasan dijangka mengalami hujan atau ribut petir pada sambutan Tahun Baharu Cina, 1 dan 2 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang Met Malaysia.

Bagi pagi, pusat operasi itu meramalkan hujan atau ribut petir dijangka melanda kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang selain beberapa kawasan di Sarawak serta Sabah.

Selain itu, hujan atau ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan pada sebelah petang.

Manakala pada sebelah malam pula, hujan atau ribut petir di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

“Pagi, hujan atau ribut petir di satu dua tempat di Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei dan Mukah) dan Sabah (Kudat, Sandakan dan Tawau). Hujan atau ribut petir di kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tempat-tempat lain tiada hujan.

“Petang, hujan atau ribut petir di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan) serta Labuan. Tempat-tempat lain tiada hujan.

“Malam, hujan atau ribut petir di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sarawak (Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat) serta Labuan. Tempat-tempat lain tiada hujan,” jelas kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/29/tahun-baharu-cina-beberapa-tempat-hujan-ribut-petir-pada-1-2-februari/feed/ 0 11694
Persatuan & Kapitan Cina Daerah Tuaran Terima “Ang Pau” CNY Dari Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2022/01/23/persatuan-kapitan-cina-daerah-tuaran-terima-ang-pau-cny-dari-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/persatuan-kapitan-cina-daerah-tuaran-terima-ang-pau-cny-dari-ketua-menteri/#respond Sun, 23 Jan 2022 08:18:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11461
Read Time:1 Minute, 34 Second

TUARAN: Persatuan Komuniti Cina dan Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) daerah Tuaran hari ini menerima “ang pau” Tahun Baharu Cina (CNY) daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengumumkan Persatuan Masyarakat Cina di Tuaran masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM5,000.00, manakala Kapitan Cina akan menerima RM2,000.00 seorang.

Katanya, Kawasan Tuaran termasuk DUN Dalit, Tamparuli dan Kiulu kini mempunyai seramai tujuh orang Kapitan Cina dan bilangannya akan ditambah sekiranya ada keperluan.

“Bantuan Kewangan yang diberikan ini sebagai tanda kemesraan dan kasih sayang saya selaku Ketua Menteri sempena Tahun Baharu Cina”, katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Cina Daerah Tuaran di Tembara Ku, Kampung Serusop, hari ini.

Turut hadir isteri Hajiji, Datin Seri Juliah Salag, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), Tan Sri David Chew, Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Sabah, Datuk Alexander Lo Su Hyen dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri, Datuk Johari Saiman.

Hajiji berharap tahun Harimau 2022 (mengikut zodiak Cina) keadaan ekonomi Sabah dan negara akan pulih dan bertambah baik.

Beliau yakin sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi, agar aktiviti pelancongan dapat digerakkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Apabila sempadan negara dibuka kelak, kita mahu aktiviti pelancongan ditingkatkan. Kedatangan ramai pelancongan asing akan membawa kebaikan kepada negeri ini, terutamanya peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat kita dan aktiviti ekonomi setempat,” katanya.

Menyentuh perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua pada 1 dan 2 Februari 2022, beliau berkata keunikan di Sabah ialah perayaan itu turut diraikan bersama oleh masyarakat dan kaum lain di negeri ini.

Sambil mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina, Hajiji berharap rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang masih dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa, bagi mengekang menularan semula COVID-19, khususnya dengan kemunculan varian baharu.

“Meskipun kes COVID-19 semakin menunjukkan penurunan, rakyat sama sekali tidak boleh alpa, sebaliknya perlu sentiasa kekal mematuhi SOP,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/persatuan-kapitan-cina-daerah-tuaran-terima-ang-pau-cny-dari-ketua-menteri/feed/ 0 11461
Jadikan Perayaan Sebagai Wadah Pupuk Semangat Muhibah, Persaudaraan Dikalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/#respond Sun, 23 Jan 2022 06:39:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11450
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sambutan perayaan yang diraikan pelbagai kaum khususnya di negeri ini mampu menjadi wadah untuk masyarakat saling mengenali dan memahami budaya kaum lain yang ada di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kesempatan menyambut Tahun Baru Cina seharusnya digunakan bagi memupuk perasaan muhibah dan persaudaraan, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Justeru, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengetepikan segala perselisihan ideologi politik yang memudaratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri CNY Walkabout anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di Jalan Gaya, disini hari ini.

Katanya, mencampur adukkan unsur-unsur politik dengan budaya dan perayaan hanya akan memecah belahkan masyarakat.

“Politik melampau dan sempit dikhuatiri akan berterusan sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan modal ini bagi meraih perhatian dan keuntungan politik semata-mata.

“Sokongan tanpa mengira kaum, memeriahkan program sambutan perayaan yang dianjurkan seperti Tahun Baharu Cina dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim secara semulajadi antara warga Sabah yang berbeza latar belakang agama dan budaya, mahu pun ideologi politik,” katanya.

Menurutnya, perpaduan itu penting dan adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini untuk berusaha mengekalkannya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, sambutan-sambutan perayaan kini terpaksa diadakan dalam keadaan norma baharu di samping bilangan orang terlibat juga dihadkan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

“Namun paling penting adalah semangat perpaduan paling penting agar hubungan kekeluargaan masyarakat pelbagai kaum dan agama dikekalkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/feed/ 0 11450