CoBT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Dec 2025 09:17:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png CoBT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 STB sokong pengusaha CoBT tingkatkan standard perkhidmatan https://sabahmedia.com/2025/12/15/stb-sokong-pengusaha-cobt-tingkatkan-standard-perkhidmatan/ https://sabahmedia.com/2025/12/15/stb-sokong-pengusaha-cobt-tingkatkan-standard-perkhidmatan/#respond Mon, 15 Dec 2025 09:17:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88317
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU:  Pengusaha pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di Sabah digalakkan untuk terus meningkatkan standard perkhidmatan sejajar dengan perubahan dan peningkatan jangkaan pelawat.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, berkata kebanyakan destinasi CoBT di negeri ini sememangnya memiliki kelebihan dari segi tarikan alam semula jadi dan warisan budaya yang kukuh, namun kekuatan tersebut perlu diperkasakan dengan mutu perkhidmatan serta kemudahan yang lebih baik.

“Alam semula jadi sudah memainkan peranannya. Apa yang perlu kita tingkatkan secara berterusan ialah cara kita menyampaikan pengalaman kepada pelawat,” katanya sambil menegaskan bahawa kualiti perkhidmatan, kemudahan asas dan tahap profesionalisme memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi pengunjung.

Beliau mengingatkan pengusaha agar tidak terlalu bergantung kepada standard dan amalan lama yang mungkin berkesan lima tahun lalu, tetapi tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa.

“Kita perlu bergerak seiring dengan perubahan masa bagi memenuhi jangkaan pelawat yang semakin berpengetahuan dan teliti,” katanya.

Joniston, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan lima pengusaha CoBT Sabah yang baru menerima pengiktirafan Standard Pelancongan ASEAN di peringkat kebangsaan.

Pengusaha CoBT tersebut, yang diketuai oleh Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu, Meijin Manggingow, melibatkan Bambangan Lama Recreation Centre, Murug-Turug Eco-Tourism Kampung Minangkob dan Lingga Eco Tourism di Kiulu, serta Terintidon Eco Tourism dan Tagal Kampung Tiong Malangkap di Kadamaian.

Mengucapkan tahniah kepada penerima pengiktirafan, Joniston berkata pencapaian di peringkat kebangsaan itu seharusnya dijadikan asas untuk terus memperkasa dan menambah baik produk pelancongan, selaras dengan penekanan berterusan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan pelancongan luar bandar menerusi belanjawan terkini.

“Kita sebelum ini telah menetapkan sasaran agar pelancongan berasaskan komuniti di Sabah mencapai standard ASEAN menjelang 2030. Inilah masanya untuk menilai semula aspirasi tersebut, melihat kemajuan yang telah dicapai serta menilai secara jujur aspek yang masih perlu diperkukuh,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa STB akan terus bekerjasama dengan pengusaha CoBT melalui inisiatif pembangunan kapasiti, penglibatan industri serta kolaborasi dengan agensi berkaitan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Kiulu dan Kadamaian merupakan antara pemain utama dalam inisiatif pelancongan luar bandar negeri dan telah ditetapkan sebagai model pembangunan pelancongan luar bandar sejak 2014.

Sejak itu, sektor berkenaan terus meraih pengiktirafan, termasuk kejayaan Kadamaian menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti ASEAN pada 2019, manakala Kiulu kini sedang dipertimbangkan untuk status Cittaslow (bandar perlahan), satu gerakan global eksklusif yang mempromosikan pembangunan mampan berteraskan komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/15/stb-sokong-pengusaha-cobt-tingkatkan-standard-perkhidmatan/feed/ 0 88317
MOTAC lancar Destinasi Pelancongan Komuniti CoBT Kampung Bambangan, Batu Sapi https://sabahmedia.com/2025/10/18/motac-lancar-destinasi-pelancongan-komuniti-cobt-kampung-bambangan-batu-sapi/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/motac-lancar-destinasi-pelancongan-komuniti-cobt-kampung-bambangan-batu-sapi/#respond Sat, 18 Oct 2025 06:49:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83600
Read Time:1 Minute, 26 Second

SANDAKAN : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melancarkan Destinasi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) di Kampung Bambangan, Batu Sapi, yang dirasmikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, pagi Sabtu.

Kampung Bambangan, yang merupakan kluster pertama Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) di Sandakan, menawarkan pengalaman unik kepada pelancong untuk menyelami gaya hidup masyarakat setempat.

Antara tarikan utama destinasi ini ialah aktiviti berkelah di Jeti Lagenda, lawatan ke perusahaan ketam lembut, aktiviti memancing di rumah pancing dan pengalaman River Cruise menyusuri keindahan paya bakau Hutan Simpan Kabili-Sepilok.

Lokasinya yang berdekatan dengan tarikan popular seperti Sepilok, Rainforest Discovery Centre dan Taman Memorial Sandakan menjadikannya sebahagian daripada pakej pelancongan lengkap di Sandakan.

Dalam ucapan perasmian, Khairul Firdaus memuji semangat gotong-royong, perpaduan dan kebersamaan komuniti Kampung Bambangan yang mencerminkan nilai-nilai MADANI.

“Kesediaan penduduk menerima pelancong membuktikan komitmen masyarakat tempatan dalam memupuk semangat hospitaliti, kekitaan dan keterangkuman sosial yang menjadi teras pelancongan berasaskan komuniti,” ujarnya.

Beliau turut memetik, “Bila pelancong datang ke Bambangan, mereka bukan sekadar melihat tempat, tetapi mereka merasai kasih sayang, budaya dan keindahan komuniti Sabah yang sejati.”

Dari segi prestasi, Sabah merekodkan pendapatan sebanyak RM15.1 juta melalui PPHM pada tahun 2024, dengan kehadiran seramai 202,053 pelancong. Sehingga Ogos 2025, negeri itu telah mencatatkan pendapatan RM13.1 juta dengan jumlah kehadiran pelancong seramai 161,318 orang.

Sabah juga mempunyai 39 kluster homestay, 135 buah kampung, 33 buah kampungstay, 525 orang peserta dan 7 buah koperasi aktif yang menjadi penggerak utama ekonomi komuniti pelancongan.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), MOTAC berhasrat untuk terus memperkukuh pelancongan berasaskan komuniti selaras dengan nilai Daya Cipta MADANI. Ini akan dilaksanakan melalui sokongan dalam latihan, promosi dan pembangunan infrastruktur bagi meningkatkan daya saing sektor pelancongan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/motac-lancar-destinasi-pelancongan-komuniti-cobt-kampung-bambangan-batu-sapi/feed/ 0 83600
Sabah, Terengganu Sedia Kerjasama Bangunkan Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-terengganu-sedia-kerjasama-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-terengganu-sedia-kerjasama-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-komuniti/#respond Mon, 14 Feb 2022 07:10:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12190
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Sabah sedia menjalin kerjasama erat dengan Terengganu selain bertukar pendapat bagi meningkatkan lagi industri pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung datang kedua-dua buah negeri tersebut.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya turut berbesar hati apabila Terengganu mengambil negeri ini sebagai contoh dan inspirasi bagi membangunkan produk pelancongan berasaskan komuniti (CoBT).

“Sudah tentu bagi negeri Sabah kita berbesar hati apabila Terengganu mengambil negeri ini sebagai contoh untuk membangunkan produk CoBT dan memperkasakan lagi komuniti luar bandar mereka.

“Pelancaran laluan penerbangan terus Kota Kinabalu – Terengganu baru-baru ini juga menunjukkan betapa pentingnya untuk kedua-dua negeri ini bekerjasama bagi merealisasikan matlamat pelancongan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang diketuai pengarahnya Fadli Yusof Zakaria yang mengadakan lawatan ke Sabah disini kelmarin.

Rombongan itu turut berpeluang mengunjungi Kiulu bagi mempelajari secara langsung bagaimana pelancongan CoBT dijalankan.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, pihaknya percaya STB dan Jabatan Pelancongan Terengganu boleh berkolaborasi bagi menggalakkan pengendali CoBT melawat satu sama lain.

Katanya, ia membolehkan mereka membina hubungan professional dan bertukar pengetahuan serta pengalaman.

“Laluan penerbangan baharu Air Asia yang dilancarkan baru-baru ini juga memberi faedah kepada para pengembara dan pemain industri pelancongan kerana orang ramai kini mempunyai akses percutian mudah antara Sabah dan Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) Mejin Maginggow, berkata rombongan Jabatan Pelancongan Terengganu begitu teruja dan tertarik dengan cara pengurusan serta kerjasama komuniti dalam mengusahakan CoBT.

“Maklum balas dari pengarah Pelancongan Terengganu pada lawatan ini, adalah mereka dapat menimba ilmu dan mempelajari bagaimana komuniti di Kiulu menjalankan perusahaan pelancongan yang membawa keuntungan.

“Ini adalah sesuatu yang baharu bagi mereka, dan mereka telah memperoleh banyak idea baharu untuk dikongsi bersama dengan pengusaha (pelancongan) di Terengganu, yang kebanyakannya merupakan pengusaha persendirian.

“Lawatan pembelajaran itu juga membolehkan rombongan mendapat pemahaman tentang cara mewujudkan CoBT yang mantap yang mampu menjana pendapatan di negeri Terengganu nanti,” katanya, sambil menambah KTA terbuka untuk berkongsi kepakaran CoBT dengan komuniti luar bandar di negeri lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-terengganu-sedia-kerjasama-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-komuniti/feed/ 0 12190