Covid-19 sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 Dec 2023 14:47:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Covid-19 sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19 : Industri pelancongan di Sabah tidak terjejas https://sabahmedia.com/2023/12/30/covid-19-industri-pelancongan-di-sabah-tidak-terjejas/ https://sabahmedia.com/2023/12/30/covid-19-industri-pelancongan-di-sabah-tidak-terjejas/#respond Sat, 30 Dec 2023 14:46:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47324
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah memberi jaminan industri pelancongan di negeri ini tidak akan terjejas berikutan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya juga akan terus memantau situasi penularan virus itu bagi menentukan tindakan yang perlu diambil.

“Kita memantau situasi COVID-19 dan berharap ancamannya dapat dikawal. Tapi, kita juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati, pakai pelitup muka jika berada di kawasan sesak.

“Begitu juga pelancong, mereka juga perlu mengambil langkah berhati-hati tapi setakat ini kita tidak perlu panik kerana keadaan COVID-19 adalah terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Karnival Kerjaya Parlimen Sepanggar, di sini, hari ini.

Karnival berkenaan disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Christina berkata demikian ketika diminta mengulas kesan peningkatan semula kes COVID-19 ketika ini terhadap industri pelancongan di Sabah selepas terjejas teruk selama kira-kira dua tahun akibat virus berkenaan sebelum ini.

Sabah merekodkan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 bermula awal bulan ini hingga mencecah 356 peratus kepada 984 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 50 / 2023 berbanding 216 kes pada ME 49.

Dalam pada itu, sepanjang tahun ini, sektor pelancongan Sabah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dengan kedatangan hampir dua juta pelancong sehingga bulan lalu berbanding 1.3 juta orang sepanjang tahun lalu. SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/30/covid-19-industri-pelancongan-di-sabah-tidak-terjejas/feed/ 0 47324
COVID-19 : Sabah catat peningkatan mendadak namun masih terkawal https://sabahmedia.com/2023/12/12/covid-19-sabah-catat-peningkatan-mendadak-namun-masih-terkawal/ https://sabahmedia.com/2023/12/12/covid-19-sabah-catat-peningkatan-mendadak-namun-masih-terkawal/#respond Tue, 12 Dec 2023 01:39:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46409
Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Kes COVID-19 di Sabah mencatat peningkatan mendadak apabila jumlah pesakit positif virus berkenaan mencecah 315 peratus kepada 215 kes sepanjang minggu lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan  Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, jumlah itu menunjukkan pertambahan yang ketara berbanding hanya 52 kes pada minggu sebelumnya.

“Semua kes yang dicatat pada Minggu Epidemiologi (ME) 49 / 2023 itu adalah kes tempatan dengan purata kes aktif sebanyak 19 kes sehari berbanding hanya tiga kes sehari pada ME 48 / 2023.

“Terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah dan seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, ia masih dalam keadaan terkawal.  Rakyat Sabah adalah dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kendiri bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini.

Joachim yang juga Menteri Penyelaras COVID-19 Sabah berkata, rakyat di negeri ini adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan penjagaan kendiri bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.

“Penggunaan pelitup muka bagi yang bergejala adalah digalakkan apabila berada di tempat awam terutamanya kawasan tumpuan orang ramai yang sesak,” katanya.

Tambahnya, laporan COVID-19 sepanjang minggu lalu turut menunjukkan tiada daerah mencatat penurunan kes.

Katanya, sebanyak 17 daerah di Sabah mencatat kenaikan kes, manakala 10 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang minggu lalu.

“Daerah yang tidak mencatat sebarang kes baharu ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tambunan, Nabawan, Tongod, Semporna, Kunak, Kalabakan dan Telupid.

“Bagi daerah yang mencatat peningkatan jumlah kes COVID-19 ialah Kota Kinabalu, Penampang, Kota Belud, Papar, Beaufort, Sandakan, Keningau, Ranau, Kuala Penyu, Tenom, Tuaran, Tawau, Putatan, Sipitang, Beluran, Kinabatangan dan Lahad Datu,” katanya.

Berdasarkan laporan perkembangan semasa COVID-19 bagi ME 49 / 2023, daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan sebanyak 82 kes berbanding hanya enam kes pada minggu sebelumnya.

Ia disusuli daerah Penampang sebanyak 21 kes berbanding tiada kes direkodkan pada ME 48 dan daerah Papar dengan 18 kes pada minggu lalu, berbanding hanya lima kes pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, tiada kes kematian akibat COVID-19 di Sabah sepanjang dua minggu lalu, manakala jumlah pesakit yang dirawat di hospital ketika ini ialah 118 orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/12/covid-19-sabah-catat-peningkatan-mendadak-namun-masih-terkawal/feed/ 0 46409