covid-19 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 20 Jun 2025 04:49:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png covid-19 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: satu kematian direkodkan pada ME24, pertama tahun ini https://sabahmedia.com/2025/06/20/covid-19-satu-kematian-direkodkan-pada-me24-pertama-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/06/20/covid-19-satu-kematian-direkodkan-pada-me24-pertama-tahun-ini/#respond Fri, 20 Jun 2025 04:49:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75866
Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA

Putrajaya : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 telah direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) yang merupakan kes kematian pertama tahun ini.

Menurut KKM, kes tersebut melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi serius iaitu penyakit jantung dan diabetes serta tidak menerima dos penggalak kedua.

“Situasi ini melibatkan penurunan ketara berbanding 57 kes kematian COVID-19 pada 2024. Kematian terakhir sebelum ini berlaku pada 26 Mei 2024. Ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan langkah kawalan oleh KKM,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

KKM memaklumkan kes COVID-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada ME24 berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya.

Menurut kementerian itu situasi semasa COVID-19 dalam negara kekal terkawal dan di bawah paras amaran kebangsaan, hasil pemantauan berterusan dan intervensi kesihatan awam yang berkesan.

KKM memaklumkan sebanyak 21,738 kes COVID-19 dilaporkan secara kumulatif sehingga ME24 dengan purata mingguan kekal sekitar 900 kes.

Pada ME24, sebanyak enam kes COVID-19 telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi iaitu golongan rentan dengan penyakit sedia ada seperti hipertensi, diabetes, dislipidemia, penyakit jantung dan sindrom down.

“Kesemua kes telah menerima rawatan rapi dengan pemantauan profesional kesihatan dan dibenarkan keluar dari ICU iaitu empat kes dibenarkan pulang ke rumah dan dua lagi dipindahkan ke wad biasa,” menurut kenyataan itu.

KKM turut menyeru rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia untuk mendapatkan vaksinasi mengikut keperluan sempena Program Imunisasi Kebangsaan.– BERNAMA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/20/covid-19-satu-kematian-direkodkan-pada-me24-pertama-tahun-ini/feed/ 0 75866
COVID-19: Sampel air kumbahan penumpang pesawat dari China diuji https://sabahmedia.com/2022/12/30/covid-19-sampel-air-kumbahan-penumpang-pesawat-dari-china-diuji/ https://sabahmedia.com/2022/12/30/covid-19-sampel-air-kumbahan-penumpang-pesawat-dari-china-diuji/#respond Fri, 30 Dec 2022 11:18:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27165
Read Time:1 Minute, 2 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi sejak Jun 2022.

Menerusi hantaran di Facebooknya, katanya, sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian rantai polimerase (PCR) dn seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.

“Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada varian baharu COVID-19 dikesan di negara ini setakat ini.

“Setakat ini kebanyakan ujian positif adalah dari varian Omicron dan subtype BA5 dan BA2. Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan gejala.,” katanya.

China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Semalam Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/30/covid-19-sampel-air-kumbahan-penumpang-pesawat-dari-china-diuji/feed/ 0 27165
PICKids : Dapatkan vaksin sebelum sesi persekolahan tanpa penggiliran bermula https://sabahmedia.com/2022/04/10/pickids-dapatkan-vaksin-sebelum-sesi-persekolahan-tanpa-penggiliran-bermula/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/pickids-dapatkan-vaksin-sebelum-sesi-persekolahan-tanpa-penggiliran-bermula/#respond Sun, 10 Apr 2022 05:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14123
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa khususnya di negeri dinasihati untuk membawa anak-anak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pemberian vaksin itu boleh didapati disemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka termasuk fasiliti kesihatan yang berhampiran.

“Setakat 8 April lalu, proses pemberian vaksin menerusi PICKids bagi dos pertama adalah sebanyak 24.15 peratus, manakala dos lengkap adalah sebanyak 1.35 peratus yang diambil kira daripada jumlah 411,400 kanak-kanak yang layak menerima vaksin.

“Oleh itu, berdasarkan pencapaian semasa yang masih rendah, kita menasihati ibu bapa untuk memberi anak-anak mereka yang bersekolah berusia lima hingga 11 tahun untuk nendapatkan vaksin di PPV atau fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jumlah vaksinasi PICKids di Sabah yang masih rendah menjelang sesi persekolahan sepenuhnya tanpa penggiliran bermula 18 April ini.

Shahelmey berkata, ibu bapa atau pihak sekolah juga boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi pengurusan pemberian vaksin kepada kanak-kanak terlibat.

“Pada ketika ini, kerajaan belum mempunyai sasaran peratusan baharu untuk PICKids ini namun kita minta kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mendapatkan vaksin.

“Ini kerana sesi persekolahan akan dibuka sepenuhnya (tanpa penggiliran) selain memastikan kesihatan mereka juga terjamin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/pickids-dapatkan-vaksin-sebelum-sesi-persekolahan-tanpa-penggiliran-bermula/feed/ 0 14123
Masyarakat main peranan pastikan COVID-19 dapat dikawal https://sabahmedia.com/2022/04/10/masyarakat-main-peranan-pastikan-covid-19-dapat-dikawal/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/masyarakat-main-peranan-pastikan-covid-19-dapat-dikawal/#respond Sun, 10 Apr 2022 04:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14120
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Masyarakat di negeri ini memainkan peranan penting dalam memastikan penularan jangkitan COVID-19 di Sabah dapat dikawal dengan baik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang masih dikuatkuasakan oleh kerajaan meskipun telah memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memastikan mereka mematuhi semua SOP yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, pada akhirnya yang menentukan berjaya atau gagal kita mengawal penularan COVID-19 adalah masyarakat itu sendiri, jadi sebab itulah masyarakat perlu memainkan peranan dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kehadiran pengunjung di bazar-bazar Ramadan yang dibuka sepanjang Ramadan disekitar Sabah.

Masidi berkata, ini merupakan sumbangan masyarakat dalam menjayakan usaha kerajaan menangani penularan COVID-19 di negeri ini.

“Walaupun kita lihat dalam beberapa gambar yang diterima dimana sekumpulan atau kehadiran pengunjung yang ramai di bazar Ramadan, saya andaikan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih dalam mengawal keadaan,” katanya.

Semalam, Sabah merekodkan sebanyak 106 kes jangkitan COVID-19 selepas turun sebanyak 66 kes berbanding kelmarin.

Jumlah itu juga merupakan antara angka yang terendah sejak beberapa bulan lalu selain keadaan di negeri ini secara keseluruhan semakin bertambah baik.

Sehingga Sabtu, cuma tiga daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka, iaitu Kota Kinabalu 24 (-33), Penampang 19 (+7) dan Papar 10 (tidak berubah).

Selain Penampang, hanya dua daerah lain iaitu Putatan 6 (+3) dan Kinabatangan 3 (+1)  merekodkan pertambahan kes baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/masyarakat-main-peranan-pastikan-covid-19-dapat-dikawal/feed/ 0 14120
Pengorbanan rakyat dihargai untuk negara beralih ke endemik https://sabahmedia.com/2022/04/10/pengorbanan-rakyat-dihargai-untuk-negara-beralih-ke-endemik/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/pengorbanan-rakyat-dihargai-untuk-negara-beralih-ke-endemik/#respond Sun, 10 Apr 2022 00:50:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14116
Read Time:51 Second

BELURAN : Kejayaan Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) selama dua tahun bagi menangani pandemik COVID-19 membolehkan negara berjaya memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Kerajaan turut menghargai pengorbanan dan kerjasama rakyat yang terus mematuhi dan mengikuti semua SOP yang ditetapkan.

“Kita lihat pada tahun ini ianya berbeza sedikit dengan dua tahun lalu dimana masyarakat kita dapat melaksanakan aktiviti sosial menerusi kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.

“Ini adalah disebabkan oleh kejayaan kerajaan dalam menangani COVID-19 dengan pelbagai bantuan dana termasuk pelaksanaan program vaksinasi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Beluran disini semalam.

Dr Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, meskipun masih ada SOP yang perlu dipatuhi namun rakyat kini dapat melaksanakan aktiviti harian dengan sempurna tanpa ada sebarang sekatan.

“Sudah pasti kita berharap agar pandemik ini akan cepat berlalu dan dapat kembali kepada kehidupan yang sedia kala,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/pengorbanan-rakyat-dihargai-untuk-negara-beralih-ke-endemik/feed/ 0 14116
Terus patuhi SOP, elak penularan jangkitan COVID-19 – Mohamad https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/ https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/#respond Sat, 09 Apr 2022 06:28:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14088
Read Time:1 Minute, 8 Second

BONGAWAN : Pematuhan prosedur standard operasi (SOP) perlu terus dipatuhi oleh semua jemaah yang menunaikan solat di masjid dan surau meskipun diberi kelonggaran termasuk merapatkan sejadah tanpa bersentuhan.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bagi memastikan semua jemaah yang datang berada dalam keadaan selamat selain dapat mencegah dari berlaku penularan jangkitan COVID-19.

“Saya berharap khususnya pada bulan Ramadan ini semua masjid dan surau dapat terus diimarahkan dengan aktiviti mahupun program yang bermanfaat untuk para jemaah.

“Namun kita juga perlu terus menjaga SOP bagi membolehkan jemaah yang datang berada dalam keadaan yakin dan selamat.  Ini adalah satu tanggungjawab semua khususnya jawatankuasa masjid dan surau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Kimanis di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan disini semalam.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, sumbangan yang diserahkan itu merupakan aktiviti tahunan sepanjang Ramadan.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu masjid dan surau melaksanakan aktiviti bermanfaat seterusnya mengimarahkan suasana Ramadan.

“Penyerahan sumbangan ini bukan sahaja tertumpu kepada masjid dan surau, tetapi kita jugaakan tuut menyampaikan sumbangan kepada kelompok tertentu termasuklah anak yatim dan asnaf,”katanya.

Katanya, pihaknya juga akan melaksanakan program ziarah kasih Ramadan bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Pada majlis itu, Mohamad menyerahka sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada 14 buah masjid dan 58 buah surau d sekitar kawasan Parlimen Kimanis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/feed/ 0 14088
Pastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika mengunjungi bazar Ramadan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2022/04/07/pastikan-keselamatan-anak-anak-terjaga-ketika-mengunjungi-bazar-ramadan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/pastikan-keselamatan-anak-anak-terjaga-ketika-mengunjungi-bazar-ramadan-shahelmey/#respond Thu, 07 Apr 2022 10:54:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14030
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati selain menjaga keselamatan anak-anak ketika mengunjungi Bazar Ramadan dan kawasan tumpuan ramai bagi mengelak berlaku jangkitan COVID-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, selain itu, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan juga perlu terus dipatuhi.

“Hampir dua tahun kita tidak ada bazar Ramadan dan apabila kita berada di fasa peralihan ke endemik, banyak kelonggaran telah diberikan contohnya bazar Ramadan kini telah dibenarkan, maka perasaan gembira dikalangan rakyat itu nyata sekali.

“Namun saya ingin menasihatkan agar ibu bapa untuk terus menjaga SOP dan keselamatan anak-anak ketika berkunjung ke lokasi tumpuan ramai contohnya bazar Ramadan dan pusat membeli belah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ukhwah Ramadan 2022 bersama NGOs wanita anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah; SWISE dan Adabi di Wisma Wanita disini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki dan Flovia Ng.

Sementara itu, Shahelmey berkata, pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 kepada individu yang layak menerima masih diteruskan selain Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut dibuka di semua fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Justeru itu kita masih galakkan orang ramai yang belum menerima vaksin khususnya golongan warga emas dan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Begitu juga kepada mereka yang masih belum mendapat dos penggalak adalah turut disarankan untuk datang ke PPV yang disediakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/pastikan-keselamatan-anak-anak-terjaga-ketika-mengunjungi-bazar-ramadan-shahelmey/feed/ 0 14030
COVID-19 : Hati-hati berkunjung di tempat sesak – Masidi https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/#respond Mon, 04 Apr 2022 13:21:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13915
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di Sabah diingatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika mengunjungi Bazar Ramadan dan pusat membeli-belah bagi mengelak jangkitan sporadik COVID-19 yang kembali meningkat pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini kepada 55 peratus setelah berada sekitar 43 peratus semalam.

Katanya, peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkitan juga akan bertambah tinggi khususnya di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.

“Tempat-tempat awam yang perlu kita berhati-hati ialah bazar Ramadan dan pusat-pusat membeli-belah.

“Ramai pengunjung akan berpusu-pusu ke tempat-tempat sesak ini untuk membeli belah. Perlulah sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Sabah meneruskan trend penurunan dengan angka jangkitan baharu sebanyak 140 kes iaitu menurun sebanyak 27 kes berbanding semalam.

Katanya, secara keseluruhan kedudukan di hampir semua daerah semakin bertambah baik walaupun terdapat  perubahan turun naik jumlah kes baharu setiap hari.

“Hari ini cuma empat daerah yang mencatat kes baharu dua angka, iaitu, Kota Kinabalu (37), Tuaran (21), Tenom (13) dan Penampang (12).

“Sebanyak 17 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dimana 16 daripada daerah-daerah tersebut hanya merekodkan kes baharu antara satu hingga lima kes sahaja.

“Enam daerah, Kinabatangan, Nabawan, Keningau, Tongod, Kalabakan dan Putatan tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 135 kes atau 96.43 peratus daripada 140 kes pada hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, empat kes dalam Kategori empat dan satu kes dalam Kategori lima. Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori tiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/feed/ 0 13915
Trend Jangkitan Stabil Di Sabah Adalah Usaha Semua Masyarakat – Masidi Manjun https://sabahmedia.com/2022/04/03/trend-jangkitan-stabil-di-sabah-adalah-usaha-semua-masyarakat-masidi-manjun/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/trend-jangkitan-stabil-di-sabah-adalah-usaha-semua-masyarakat-masidi-manjun/#respond Sun, 03 Apr 2022 07:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13867
Read Time:1 Minute, 23 Second

Ranau – “Angka jangkitan baharu COVID-19 yang sedang dalam trend penstabilan adalah bukan semata-mata kerana keputusan yang diambil oleh saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab sebagai Jurucakap COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah, tetapi disebabkan oleh peranan segenap lapisan masyarakat yang sama-sama berganding-bahu dalam memastikan pelandaian angka ini dapat berlaku”.

Begitulah antara intipati ucapan yang disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika merasmikan Majlis Perasmian Cawangan Bersatu, Jawatan Ketua Kampung & Kenduri Sambutan Bulan Ramadhan Kampung Lagkau yang bertempat di Mini Dewan Kampung Lagkau.

Ujar Masidi lagi, Sabah juga adalah antara negeri dengan jangkitan baharu yang terendah di negara ini.

Dalam majlis itu, Masidi yang juga merupakan ADUN bagi kawasan Karanaan mengumumkan insentif berupa RM10,000 bagi 5 buah kampung terawal yang mana penduduknya mencapai 100% vaksinasi lengkap dengan dos penggalak dan juga 5 buah sekolah rendah yang mencapai 100% murid telah divaksin khusus untuk DUN Karanaan.

Insentif tersebut adalah merupakan usaha daripada wakil rakyat berkenaan untuk menggalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin dan tidak mempercayai hasutan daripada segelintir pihak yang cuba untuk menggagalkan program vaksinasi kerajaan.

“Lebih daripada 98% secara purata mereka yang dijangkiti hanya berada dalam Kategori 1 & 2. Statistik ini hanya tercapai setelah hampir seluruh penduduk negeri ini telah memperoleh vaksin”.

Dalam pada itu, Masidi juga turut menyampaikan sumbangan berupa RM50,000 kepada JPKK Kampung Lagkau bagi tujuan baikpulih dan selenggara jalanraya yang rosak ekoran fenomena cuaca yang tidak menentu baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Amisah Yassin, ADUN Dilantik, KD Muhasip Hj Ruman, Ketua Daerah Ranau, Taip Ahmat, Ketua Kampung Lagkau, pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga penduduk kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/trend-jangkitan-stabil-di-sabah-adalah-usaha-semua-masyarakat-masidi-manjun/feed/ 0 13867
Kebenaran solat rapat sejadah di Sabah bermula esok https://sabahmedia.com/2022/03/31/kebenaran-solat-rapat-sejadah-di-sabah-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/kebenaran-solat-rapat-sejadah-di-sabah-bermula-esok/#respond Thu, 31 Mar 2022 12:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13713
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di Masjid dan Surau dengan cara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah yang lain berkuatkuasa esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah solat fardhu lima waktu berjemaah, solat Jumaat, Terawih dan solat-solat sunat selain jemaah perlu membawa sejadah sendiri.

“Semua masjid dan surau hendaklah melaksanakan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti memakai pelitup muka, membawa sejadah, tidak bersalaman dan sebagainya.

“Aktiviti masjid dan surau adalah kekal sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini, seperti kuliah-kuliah selepas solat fardhu, dhuha, bengkel, kursus serta program keagamaan dengan mengambil kira penyesuaian waktu ibadat di bulan Ramadhan adalah termasuk dalam kebenaran ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jemaah yang hadir ke Masjid dan Surau hendaklah yang telah lengkap divaksin.

Katanya, pelaksanaan solat Terawih, mengadakan jamuan berbuka puasa, moreh, sahur, tadarus al-Quran, qiamulail serta aktiviti sepanjang bulan Ramadhan adalah dibenarkan.

“Sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif COVID-19, Masjid atau Surau tersebut perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Azis Jaafar berkata, pelaksanaan solat berjemaah dengan kapasiti penuh turut dibenarkan di Masjid dan Surau di negeri ini bermula esok.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/kebenaran-solat-rapat-sejadah-di-sabah-bermula-esok/feed/ 0 13713