covid sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Jun 2021 16:27:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png covid sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sop Sabah Biar Kerajaan Sabah Tentukan !- Yillson Yanggun https://sabahmedia.com/2021/06/30/sop-sabah-biar-kerajaan-sabah-tentukan/ https://sabahmedia.com/2021/06/30/sop-sabah-biar-kerajaan-sabah-tentukan/#comments Tue, 29 Jun 2021 16:19:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2263
Read Time:1 Minute, 10 Second

Hairan, kenapa Kerajaan Persekutuan begitu ‘strict’ dengan Sabah sedangkan kes harian tidak melebih 500 sehari ujar Exco Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah, Yillson Yanggun malam ini.

Katanya teguran daripada Menteri Kanan (Pertahanan) kepada Sabah berkaitan pindaan SOP yang tidak mengikut aturan Majlis Keselamatan Negara ekoran pengumuman Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang mahu membuka beberapa aktiviti sosial dan ekonomi semalam tular di media sosial.

“ Kita faham bahawa SOP yang ditetapkan mampu mengekang penularan wabak COVID-19, namun setakat hari ini, ramai pemain industri khususnya pengusaha restoran-restoran dan perniagaan lain terjejas teruk.”

“ Inilah masalah yang berlaku. Rakyat sendiri bingung dengan SOP yang ditetapkan. Umpamanya, kita buat PDPr tapi itu kedai buku tutup”

“ Persoalannya lagi, sampai bila kita akan laksanakan PKP ? Kita sudah laksanakan PKP 3.0 sejak 12 Mei 2021, tapi sehingga hari ini kes terus meningkat dan belum ada tanda-tanda pengurangan untuk dua minggu akan datang. Sampai bila kita begini “ katanya melalui hantaran di laman facebooknya malam ini.

“ Justeru katanya rayuan kita kepada Kerajaan Persekutuan untuk faham kepada kerajaan Negeri Sabah. Kita ada pemimpin berkaliber untuk mengawal pandemik ini. “

“ Biarlah kerajaan Persekutuan teruskan membantu Negeri salurkan bantuan. Yang pasti, kerajaan Negeri ada idea tersendiri dan perlu dihormati. Bukan pula dihalang untuk buat Tindakan”

Apa yang penting adalah tanggungjawab Kabinet Negeri Sabah untuk menetapkan SOP yang kukuh disamping bantuan-bantuan bakul makanan kepada rakyat dibawah katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/30/sop-sabah-biar-kerajaan-sabah-tentukan/feed/ 1 2263
Infografik :- Kempen Capai Angka Sifar Kes COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/22/infografik-kempen-capai-angka-sifar-kes-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/infografik-kempen-capai-angka-sifar-kes-covid-19/#respond Tue, 22 Jun 2021 06:09:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1728
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Semalam kami melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yakin Sabah dapat mencapai sasaran 30,000 orang yang akan diberi vaksin setiap hari, mulai bulan depan.

Beliau yang berucap ketika Melancarkan Kempen Sifar Pandemik COVID-19 di Sabah, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berkata setakat 19 Jun, seramai 326,556 orang termasuk anggota tentera telah menerima dos pertama dalam fasa pertama dan kedua.

Turut menyertai perasmian majlis secara virtual itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba selain Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmy Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi.

berikut adalah infografik petikan ucapan Ketua Menteri yang kami sediakan mengenai kempen Capai Angka Sifar Kes COVID-19

Infografik berkenaan juga boleh dicapai melalui laman media sosial SabahMedia

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/infografik-kempen-capai-angka-sifar-kes-covid-19/feed/ 0 1728