covid19 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 Jul 2021 12:24:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png covid19 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Saringan Kontak Rapat penyumbang angka kes positif tertinggi di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/26/covid-19-saringan-kontak-rapat-penyumbang-angka-kes-positif-tertinggi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/26/covid-19-saringan-kontak-rapat-penyumbang-angka-kes-positif-tertinggi-di-sabah/#respond Mon, 26 Jul 2021 12:24:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3626
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah 720 kes iaitu penurunan sebanyak 98 kes berbanding 818 kes yang dicatatkan semalam (25 Julai 2021).

Namun enam kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala Kota Marudu dan Sandakan masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 331 kes atau 45.97% penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari Saringan Kontak Rapat, diikuti tambahan kes dari Kluster Sedia Ada dengan 226 kes atau 31.39% dan Saringan Bergejala sebanyak 103 kes atau 14.31% dari kumulatif kes harian Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, tiada kluster baharu dicatatkan pada hari ini.

Katanya, Kluster Agathis adalah penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 112 kes daripada keseluruhan 226 kes yang berpunca daripada Saringan Kluster.

Manakala bagi Saringan Kontak Rapat pula, Kota Kinabalu menyumbang kes tertinggi dengan 69 kes daripada kumulatif kes yang berpunca daripada Saringan Kontak Rapat iaitu 331 kes.

Sementara itu sejumlah 83.6% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 255 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 347 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild).

Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC).

Menurut Masidi lagi, seluruh daerah di negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 331 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/26/covid-19-saringan-kontak-rapat-penyumbang-angka-kes-positif-tertinggi-di-sabah/feed/ 0 3626
KKTP Sedia Beri Laluan PPR Digunakan Sebagai Pusat Kuarantin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/24/kktp-sedia-beri-laluan-ppr-digunakan-sebagai-pusat-kuarantin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/24/kktp-sedia-beri-laluan-ppr-digunakan-sebagai-pusat-kuarantin-covid-19/#respond Thu, 24 Jun 2021 02:15:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1837
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah bersedia memberi laluan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini digunakan sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh berkata, pihaknya juga turut bersedia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pengurusan penyediaan kemudahan prasarana berkaitan COVID-19.

“Sehingga kini, kerjasama antara pihak kementerian bersama kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam penyediaan prasarana berhubung COVID-19 berjalan lancar.

“Kita mahu pastikan semua pesakit COVID-19 di Sabah tidak tercicir dalam menerima rawatan dan sudah pasti kemudahan terutama tempat kuarantin juga akan terus diperkukuh,”katanya ketika dihubungi disini semalam.

Isnin berkata, kemudahan yang disediakan disetiap PPR amat mencukupi bagi digunakan sebagai pusat kuarantin mahupun keperluan yang berkaitan.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan dari pesakit atau penghuni-penghuni yang mendiami pusat-pusat kuarantin manakala kapasiti atau kemudahan yang tersedia juga amat memuaskan,”katanya.

Sehingga kini, sebanyak dua PPR di Sabah digunakan sebagai pusat kuarantin iaitu PPR Bubul Ria Semporna dan PPR Taman Batu Putih Sandakan yang menempatkan seramai 200 orang penghuni.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/24/kktp-sedia-beri-laluan-ppr-digunakan-sebagai-pusat-kuarantin-covid-19/feed/ 0 1837
COVID-19 : 395,739 Rakyat Di Sabah Telah Menerima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/06/17/covid-19-395739-rakyat-di-sabah-telah-menerima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/06/17/covid-19-395739-rakyat-di-sabah-telah-menerima-vaksin/#respond Thu, 17 Jun 2021 13:16:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1479
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Seramai 395,739 individu di Sabah telah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri sehingga hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 61,763 orang telah menerima vaksin bagi suntikan dos pertama pada fasa satu.

“Bagi dos kedua pada fasa pertama pula, seramai 53,196 orang telah selesai diberikan vaksin melalui PICK di Sabah.

“Manakala bagi fasa kedua untuk dos pertama pula, seramai 220,878 orang telah diberikan vaksin dan seramai 59,902 orang pula telah selesai menerima dos kedua pada fasa kedua ini,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 743,552 pendaftaran penerima vaksin telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera; laman web dan talian vaksinasi bersamaan dengan peratusan sebanyak 27 peratus.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/17/covid-19-395739-rakyat-di-sabah-telah-menerima-vaksin/feed/ 0 1479
UMNO Sabah Serah Sumbangan Bantu Penduduk Labuan https://sabahmedia.com/2021/06/14/umno-sabah-serah-sumbangan-bantu-penduduk-labuan/ https://sabahmedia.com/2021/06/14/umno-sabah-serah-sumbangan-bantu-penduduk-labuan/#respond Mon, 14 Jun 2021 07:08:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1202
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sabah hari ini menyerahkan sumbangan berupa bekalan makanan dan keperluan lain bagi penduduk Labuan yang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang membimbangkan.

Penyerahan sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin yang mewakili Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin kepada Ketua Bahagian UMNO Beaufort Awang Aslee Lakat dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.

Jafry berkata, UMNO Sabah mendoakan agar penduduk Labuan terus tabah dalam mendepani dugaan pandemik COVID-19 selain turut berharap agar cepat pulih seperti sediakala.

“UMNO Sabah juga menasihatkan agar penduduk Labuan untuk terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang diberikan pihak berkuasa agar wabak COVID-19 berjaya dikawal.

“Bantuan ini kita (UMNO Sabah) cuba untuk menyampaikan sendiri ke Labuan namun atas keselamatan pihak kita dinasihatkan agar menyerahkan saja kepada wakil,”katanya.

Jafry turut berkesempatan menghubungi Ketua UMNO Labuan Senator Datuk Bashir Alias  menggunakan aplikasi Zoom bagi bertanyakan situasi terkini di Labuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/14/umno-sabah-serah-sumbangan-bantu-penduduk-labuan/feed/ 0 1202
PPV UMS Mula Beroperasi Esok https://sabahmedia.com/2021/06/13/ppv-ums-mula-beroperasi-esok/ https://sabahmedia.com/2021/06/13/ppv-ums-mula-beroperasi-esok/#respond Sun, 13 Jun 2021 10:45:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1152
Read Time:54 Second

13 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU :  Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara PPV Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah yang akan mula beroperasi sepenuhnya esok.

UMS menerusi laman rasmi Facebook menyatakan operasi PPV UMS akan dilaksanakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 (DKP13 dan 14).

Menurut kenyataan itu, pihak universiti turut berbesar hati dan berbangga kerana turut serta membantu kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

Naib Canselor UMS Datuk Profesor Dr ChM Ts Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam kenyataannya awal bulan ini berkata, pihaknya menyambut baik pewujudan PPV IPT dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya,langkah itu dilihat tepat dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.

“Di peringkat university ini, pelaksanaannya akan dikendalikan oleh pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) manakala Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula telah menetapkan sebanyak 1,000 dos suntikan vaksin sehari kepada HUMS,”katanya.

Dalam perkembangan lain, HUMS menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook HUMS memaklumkan sebarang pertanyaan berkaitan penerimaan vaksin UMS boleh menghubungi talian 013-8151373.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/13/ppv-ums-mula-beroperasi-esok/feed/ 0 1152