csr – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Mar 2026 08:58:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png csr – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Community, CSR strengthen gold mining industry ties in Balung and Andrassy https://sabahmedia.com/2026/03/18/community-csr-strengthen-gold-mining-industry-ties-in-balung-and-andrassy/ https://sabahmedia.com/2026/03/18/community-csr-strengthen-gold-mining-industry-ties-in-balung-and-andrassy/#respond Wed, 18 Mar 2026 08:51:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93527
Read Time:3 Minute, 22 Second

Oleh Normimie Diun

TAWAU: The relationship between local communities and the gold mining industry in the Balung and Andrassy areas continues to strengthen through the implementation of various corporate social responsibility (CSR) initiatives, while opening up broader opportunities for collaboration with local community.

The latest initiative was an iftar event held under the Program Kasih Ramadan 2026, organised by AuMas Resources Berhad at Masjid Sri Ranggu in Kampung Andrassy on March 14, attended by community leaders and company representatives.

Among those present were Village Head of Andrassy, Wellin @ Wilson; Village Development and Security Committee (JKKK) representatives Dahu Tass and Napasit Bunidu; Village Head of Ranggu, Zaini Abidin; Chairman of Masjid Ranggu, Abd Rahman Kadir; and President of the Sabah Cocos Association, Haji Alipa Jackery.

AuMas Resources Berhad was represented by its Executive Director, Dr Frederick Chong; General Manager, Adji Prihananto (Pak Adji); Human Resources Manager, Dayang Huzairah Raja @ Dt Ladz; senior geologists Mislan and Aziz; and administrative officer Aicha Salinri.

Haji Alipa said his involvement in CSR programmes implemented by Wullersdorf Resources Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of AuMas Resources Berhad, began about three years ago after being introduced to the company’s management.

He noted that prior to that, the village community, particularly in Balung, had limited understanding of the actual developments in mining activities, despite being located near the entrance to the operational site.

“In the early stages, the local community did not clearly know what was happening within the mining area. However, after being given the opportunity to visit the site and engage directly with management, that perception began to change,” he said when met by Sabah Media.

He added that the relationship began to strengthen when the company supported the organisation of a Ramadan iftar programme by the Sabah Cocos Ethnic Association.

According to him, the annual programme benefits asnaf (zakat recipients), the elderly and persons with disabilities in Balung, most of whom come from long-established communities dating back to around 1948.

“The collaboration was later expanded through the organisation of a Medical Camp programme, which provided health screenings for residents with the involvement of medical personnel from within and outside the district.

“This programme also includes basic necessities assistance as well as specific screenings such as eye health, helping the underprivileged gain access to treatment,” he said.

At the same time, he said the company’s approach of providing open explanations on mining operations to community leaders has significantly improved public understanding.

“When explanations are delivered directly by management and experts, it helps reduce misunderstandings and negative perceptions towards the industry,” he added.

Dr Frederick, accompanied by Adji (left), presents a cash contribution of RM5,000 to the Chairman of Masjid Sri Ranggu, Abdul Rahman Kadir, to support the construction of a musafir (travellers’) room at the mosque.

During the Program Kasih Ramadan 2026, the company, represented by Dr Frederick Chong, also presented a cash contribution of RM5,000 to support the construction of a musafir (travellers’) room at Masjid Sri Ranggu.

“The contribution is expected to enhance facilities for travellers and congregants who stop at the mosque to perform their prayers,” said Dr Frederick.

Elaborating further, Haji Alipa, who is also a Balung native, said he sees strong potential for local economic development, particularly in entrepreneurship and modern agriculture.

He added that the gold mining operation, which employs about 450 workers, also creates opportunities for local residents in employment as well as support businesses such as food supply and retail.

Pak Adji (left) and Hali Alipa

Meanwhile, Pak Adji said the company remains committed to strengthening ties with the local community in line with the ongoing development of mining operations in Bukit Mantri.

He said that after seven years of operating near Kampung Balung, the management is now actively expanding community participation, particularly in human resources, supply chain development and support services.

“These efforts also create opportunities for local contractors to manage facilities such as canteens, retail outlets and mini markets to cater to the needs of approximately 450 workers in the operational area,” he said.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/18/community-csr-strengthen-gold-mining-industry-ties-in-balung-and-andrassy/feed/ 0 93527
Komuniti, CSR perkukuh hubungan industri perlombongan emas di Balung dan Andrassy https://sabahmedia.com/2026/03/18/komuniti-csr-perkukuh-hubungan-industri-perlombongan-emas-di-balung-dan-andrassy/ https://sabahmedia.com/2026/03/18/komuniti-csr-perkukuh-hubungan-industri-perlombongan-emas-di-balung-dan-andrassy/#respond Wed, 18 Mar 2026 08:29:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93518
Read Time:2 Minute, 54 Second

Oleh Normimie Diun

TAWAU: Hubungan antara komuniti setempat dan industri perlombongan emas di kawasan Balung dan Andrassy terus diperkukuh menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), sekali gus membuka peluang kerjasama lebih luas kepada penduduk tempatan.

Inisiatif terbaharu ialah penganjuran majlis iftar menerusi Program Kasih Ramadan 2026 oleh AuMas Resources Berhad di Masjid Sri Ranggu, Kampung Andrassy pada 14 Mac lalu, yang turut dihadiri pemimpin komuniti serta wakil syarikat.

Antara yang hadir ialah Ketua Kampung Andrassy, Wellin @ Wilson; wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Dahu Tass dan Napasit Bunidu; Ketua Kampung Ranggu, Zaini Abidin; Pengerusi Masjid Ranggu, Abd Rahman Kadir; serta Presiden Persatuan Cocos Sabah, Haji Alipa Jackery.

Syarikat berkenaan diwakili Pengarah Eksekutifnya, Dr Frederick Chong; Pengurus Besar, Adji Prihananto (Pak Adji); Pengurus Sumber Manusia, Dayang Huzairah Raja @ Dt Ladz; ahli geologi kanan, Mislan dan Aziz; serta pegawai pentadbiran, Aicha Salinri.

Haji Alipa berkata, penglibatan beliau dalam program CSR yang dilaksanakan oleh Wullersdorf Resources Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh AuMas Resources Berhad, bermula kira-kira tiga tahun lalu selepas diperkenalkan kepada pengurusan syarikat.

Menurutnya, sebelum itu komuniti kampung khususnya di Balung mempunyai kefahaman terhad mengenai perkembangan sebenar aktiviti perlombongan walaupun berada berhampiran pintu masuk kawasan operasi.

“Pada peringkat awal, masyarakat setempat tidak mengetahui secara jelas apa yang berlaku dalam kawasan perlombongan. Namun selepas diberi peluang melawat tapak dan berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan, persepsi itu mula berubah,” katanya ketika ditemui Sabah Media.

Pak Adji (kiri) bersama Haji Alipa.

Beliau berkata, hubungan tersebut mula diperkukuh apabila syarikat menyokong penganjuran program iftar Ramadan oleh Persatuan Etnik Cocos Sabah.

Katanya, program tahunan itu memberi manfaat kepada golongan asnaf, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Balung yang majoritinya merupakan komuniti lama sejak sekitar 1948.

“Kerjasama itu kemudian diperluas melalui penganjuran Program Kem Perubatan yang menyediakan saringan kesihatan kepada penduduk dengan penglibatan petugas perubatan dari dalam dan luar daerah.

“Program ini turut merangkumi bantuan keperluan asas serta saringan khusus seperti kesihatan mata, sekali gus membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata pendekatan syarikat yang memberi penjelasan terbuka mengenai operasi perlombongan kepada pemimpin komuniti berjaya meningkatkan tahap kefahaman masyarakat.

“Apabila penerangan disampaikan secara langsung oleh pihak pengurusan dan pakar, ia membantu mengurangkan salah faham serta persepsi negatif terhadap industri itu,” katanya.

Dr Frederick diiringi Pak Adji (kiri) menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM5,000 kepada Pengerusi Masjid Sri Ranggu, Abd Rahman Kadir; bagi membantu pembinaan bilik musafir di Masjid Sri Ranggu.

Dalam Program Kasih Ramadan 2026 itu, syarikat yang diwakili Dr Frederick Chong turut menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM5,000 bagi menyokong pembinaan bilik musafir di Masjid Sri Ranggu.

Menurut Dr Frederick, sumbangan itu dijangka meningkatkan kemudahan kepada para musafir dan jemaah yang singgah menunaikan ibadah di masjid berkenaan.

Mengulas lanjut, Haji Alipa yang juga anak jati Balung berkata, beliau melihat potensi besar dalam pembangunan ekonomi tempatan khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian moden.

Katanya, operasi perlombongan emas yang menggaji kira-kira 450 pekerja turut membuka peluang kepada penduduk tempatan dari segi pekerjaan serta perniagaan sokongan seperti pembekalan makanan dan runcit.

Sementara itu, Pak Adji berkata syarikat komited untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat seiring perkembangan operasi perlombongan di Bukit Mantri.

Beliau berkata, selepas tujuh tahun beroperasi berhampiran Kampung Balung, pihak pengurusan kini giat memperluas penyertaan komuniti khususnya dalam aspek sumber manusia, pembangunan rantaian bekalan dan perkhidmatan sokongan.

“Usaha ini turut membuka peluang kepada kontraktor tempatan mengurus kemudahan seperti kantin, kedai runcit dan pasar mini bagi memenuhi keperluan kira-kira 450 pekerja di kawasan operasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/18/komuniti-csr-perkukuh-hubungan-industri-perlombongan-emas-di-balung-dan-andrassy/feed/ 0 93518
SESB Serah Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah Sacred Heart. https://sabahmedia.com/2022/01/17/sesb-serah-bantuan-persekolahan-kepada-pelajar-sekolah-sacred-heart/ https://sabahmedia.com/2022/01/17/sesb-serah-bantuan-persekolahan-kepada-pelajar-sekolah-sacred-heart/#respond Mon, 17 Jan 2022 14:05:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11217
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu— Seramai 50 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Sacred heart, Kota Kinabalu di sini, menerima kelengkapan persekolahan sumbangan Sabah Electricity Sdn Bhd ( SESB) menerusi program tajaan bantuan kelengkapan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2022.

Pada program itu, setiap murid yang terpilih menerima sumbangan kelengkapan persekolahan berupa beg sekolah, botol air,kamus dan peralatan alat tulis yang bernilai keseluruhan RM150.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat SESB, Mokhtar Hj Husin berkata, aktiviti berkenaan merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu yang bermatlamat untuk membantu murid serta keluarga menyiapkan keperluan persekolahan bagi tahun ini.

Katanya melalui program ini juga dapat merapatkan hubungan dan kerjasama diantara pihak sekolah dan juga SESB disamping ianya juga ianya sekaligus membudayakan amalan membantu rakyat secara berterusan dikalangan masyarakat.

Sebagai tanda kenangan, YDP PIBG Sacred heart, Mohd Naghuib Naming juga turut menyampaikan cendera kenangan iaitu sijil penghargaan sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian SESB menghulurkan sumbangan seperti ini.

Turut hadir di program ini ialah Guru Besar sekolah Sacred heart, Pn Wong Ling Ching, Timb YDP En gary Ambrose, Eksekutif tadbir SESB, Adliza Mohd Ali

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/17/sesb-serah-bantuan-persekolahan-kepada-pelajar-sekolah-sacred-heart/feed/ 0 11217
21 Kampung Terima Bantuan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/11/21/21-kampung-terima-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/11/21/21-kampung-terima-bantuan-bakul-makanan/#respond Sun, 21 Nov 2021 10:35:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8689
Read Time:1 Minute, 41 Second

TAMPARULI: Sebanyak 400 bantuan bakul makanan diagihkan kepada 21 buah kampung di daerah ini dan Kiulu sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Program CSR itu dianjurkan Kelab Kebajikan Raisul dan Kelab Komuniti Mitatabang di sini, hari ini.

Daripada jumlah bantuan bakul makanan itu, sebanyak 150 bakul makanan disumbangkan di Tamparuli, manakala selebihnya sebanyak 250 lagi di Kiulu.

Bagi kawasan Tamparuli, Kampung Wangkod, Madang dan Gayaratau telah terpilih sebagai lokasi program berkenaan.

Di Kampung Wangkod, sebanyak 50 bakul makanan disampaikan, Kampung Madang 53 bakul, dan Kampung Gayaratau 47 bakul.

Turut bersama sepanjang program di tiga kampung tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Jahid berkata, semangat sukarela kedua-dua NGO berkenaan amat dihargai, sebagai nilai tambah kepada usaha-usaha yang dibuat kerajaan bagi membantu golongan yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana alam di peringkat daerah.

“Saya difahamkan mereka yang terpilih hari ini adalah daripada golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, orang sakit dan penduduk kurang berkemampuan.

“Syabas dan tahniah kepada anak-anak muda yang telah mengambil inisiatif mulia ini, semoga memberi manfaat kepada semua golongan sasar mereka.

“Bagi pihak kepimpinan negeri, khususnya di kawasan Tamparuli, kami ingin berterima kasih kepada kedua-dua NGO ini kerana sudi berbakti bagi membantu masyarakat kampung yang memerlukan,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan Raisul, Assalam Datuk Sulaiman Omar, Pengerusi Komuniti Mitatabang, Dr. Bonaventure Boniface, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Sementara itu, Dr Bonaventure memberitahu, kedua-dua NGO tersebut terdiri dalam kalangan belia dan golongan dewasa, yang bergabung tenaga sebagai sukarelawan bagi membantu golongan memerlukan.

Bagi Assalam pula, pihaknya amat berbesar hati kerana selain dapat membantu penduduk memerlukan, mereka juga berpeluang menimba pengalaman melawat ke pelbagai kawasan-kawasan baharu di Tamparuli dan Kiulu.

Mewakili semua penerima ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Wangkod, Jefanus Jamin, Pengerusi JPKK Kampung Madang, Claudius Maikol, Ketua Kampung Madang, KK Dosni @ Mathius Sabiau dan Pengerusi JPKK Kampung Gayaratau, Johari Kuruak.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/21/21-kampung-terima-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 8689
PETRONAS Laksana Sumbangan CSR Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/20/petronas-laksana-sumbangan-csr-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/20/petronas-laksana-sumbangan-csr-di-sabah/#respond Wed, 20 Oct 2021 09:07:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7724
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: PETRONAS telah menyumbang sebanyak RM708,460 sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR), inisiatif untuk Sabah melaksanakan tiga program kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar yang baharu.

Program-program tersebut dikenalpasti oleh kerja bersama Jawatankuasa PETRONAS – Sabah iaitu platform kerjasama antara Petronas dan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan segera sehingga Disember 2021.

Program pertama adalah pembinaan menara pengawas dan jeti di Kampung Pantai Emas, Kota Belud, inisiatif oleh Pejabat Daerah Kota Belud yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan dan aktiviti perikanan di kawasan yang diperuntukkan sebanyak RM500,000.

Yang kedua adalah program Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT), inisiatif CSR oleh PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memperkasakan komuniti untuk lebih bersedia menghadapi keadaan darurat antaranya sambil mempromosikan semangat kesukarelaan.

Kira-kira 200 pemimpin akar umbi dan anggota masyarakat dari Tuaran, Papar, Beaufort dan Sipitang akan terlibat dalam program CERT mulai akhir bulan ini yang mana RM108,460 diperuntukkan.

Baki RM100,000 adalah untuk Persidangan Perubahan Iklim Antarabangsa Sabah 2021 yang akan diadakan bulan depan, dianjurkan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan PETRONAS yang diwakilkan oleh Ketua Penasihat Kerajaan dan Pengawal Selia PETRONAS Anuar Ismail kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong semasa sesi taklimat di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/20/petronas-laksana-sumbangan-csr-di-sabah/feed/ 0 7724
Program CSR, Hand-to-Hand Food Bank Malaysia Bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/07/19/program-csr-hand-to-hand-food-bank-malaysia-bersama-komuniti-dan-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/program-csr-hand-to-hand-food-bank-malaysia-bersama-komuniti-dan-petugas-barisan-hadapan/#respond Mon, 19 Jul 2021 07:46:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3254
Read Time:1 Minute, 48 Second

PAPAR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bekerjasama dengan Sekretariat Food Bank Malaysia (SFBM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak 99 Speedmart Sdn Bhd melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkonsepkan Food Bank bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MYCC, Iskandar Ismail berkata, sebanyak 300 bakul makanan disediakan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dan terkesan semasa pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Sabah.

Katanya, kolaborasi program ini melibatkan Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd yang turut sama bekerjasama dan The Lost Food Project (TLFP) sebagai Rakan Strategik Utama (RSU) SFBM bagi menjayakan program CSR ini.

Program CSR yang dinamakan sebagai Hand-to-Hand Food Bank Malaysia Bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan ini dilancarkan secara maya di negeri Sabah bertempat di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut, Papar hari ini (19 Julai).

Menurut Iskandar, Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dipilih sebagai tempat program CSR pengagihan bakul makanan ini kerana rekod MPT yang telah melaksanakan program Food Bank atau Tabung Makanan sebelum ini adalah sangat rapi, profesional dan lancar, malah setakat ini MPT telah mengagihkan sebanyak 2056 bakul makanan dari sumbangan orang awam diberi kepada mereka yang memerlukan di kawasan daerah berdekatan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MPT Prof Madya Dr Awang Setia Musleh turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak MYCC, SFBM, KPDNHEP dan pihak 99 Speedmart Sdn Bhd kerana memilih MPT untuk program CSR bakul makanan tersebut dan sekaligus dapat membantu meringankan beban masyarakat setempat yang terkesan semasa pandemik ini.

“Saya berharap dengan adanya sumbangan bakul makanan ini akan dapat menceriakan suasana bagi yang meraihkan Hari Raya Aidiladha esok,” ujar Dr Awang Setia lagi ketika ditemui semasa majlis pelancaran program tersebut.

Turut Hadir semasa program secara maya itu iaitu Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Penasihat Masjid Puncak Taqwa, Samin Ongki, Pengarah, Komunikasi Dan Advokasi MYCC, Noor Azila Ahmad, Timbalan Pengarah MYCC, Emeliadiana Alawi, Pembantu Penyelidik MYCC, Nurul Nadia Shahar, Ketua Penolong Pengarah (Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan) KPDNHEP, Muslimun Md Yusof, Pasukan Sekretariat Food Bank Malaysia KPDNHEP dan Pengurus Operasi 99 Speedmart Mohd Mahrus Mohd Faizal.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/program-csr-hand-to-hand-food-bank-malaysia-bersama-komuniti-dan-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 3254
Hajiji mahu SEDIA terus aktif dalam CSR, bantu ketika pandemik https://sabahmedia.com/2021/07/19/hajiji-mahu-sedia-terus-aktif-dalam-csr-bantu-ketika-pandemik/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/hajiji-mahu-sedia-terus-aktif-dalam-csr-bantu-ketika-pandemik/#respond Mon, 19 Jul 2021 05:53:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3248
Read Time:1 Minute, 32 Second

TUARAN: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang ditubuhkan pada tahun 2009, bukan sahaja merancang dan menyelaras aktiviti pembangunan di Sabah tetapi diminta terus aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata usaha SEDIA melancarkan program CSR untuk mengenal pasti kawasan yang penduduknya amat terjejas oleh pandemik COVID-19 dan mengedarkan bantuan bakul makanan kepada mereka, amat dialu-alukan.

“Usaha CSR oleh SEDIA ini juga dilihat sebagai mendukung usaha kerajaan negeri yang turut mengagihkan bantuan (termasuk bakul makanan) untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini, terutama di kawasan yang disasarkan.

“Menerusi Program Sumbangan CSR oleh SEDIA pada hari ini, sebanyak 300 bakul makanan diagihkan kepada penduduk di beberapa kampung di daerah ini,” katanya di sini pada Ahad.

Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA turut menyampaikan bantuan bakul makanan itu kepada beberapa penduduk dalam majlis yang diadakan di Pusat Kebudayaan Bajau Samah di Kampung Lok Batik, di sini.

Antara objektif program ini adalah untuk mengagihkan bantuan berupa bakul makanan kepada isi rumah yang dikenal pasti dan melambangkan solidariti usaha antara SEDIA, Kerajaan Negeri, dan petugas barisan hadapan dalam memastikan keselamatan rakyat daripada pandemik COVID-19, selain membantu mempromosikan pendaftaran suntikan vaksin COVID-19.

Hajiji berkata, penularan pandemik COVID-19 di negara ini termasuk di Sabah menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, operasi perniagaan terjejas dan pergerakan rakyat juga tersekat dalam usaha membendung penyebaran virus berkenaan.

“Saya berharap dengan pelaksanaan program CSR ini dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara masyarakat di kawasan yang terlibat, kerajaan negeri dan SEDIA pada masa akan datang,” katanya

Sementara itu, SEDIA juga memastikan bahawa setiap usaha untuk mengedar bakul makanan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini yang ditentukan kerajaan.

Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif; Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasni Daya dan Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Hashim Paijan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/hajiji-mahu-sedia-terus-aktif-dalam-csr-bantu-ketika-pandemik/feed/ 0 3248
40 Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan CSR https://sabahmedia.com/2021/07/09/40-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-csr/ https://sabahmedia.com/2021/07/09/40-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-csr/#respond Fri, 09 Jul 2021 08:38:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2827
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 40 buah keluarga mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru yang berlaku pada 6 Julai lalu mendapat perhatian daripada Sedafiat Sdn Bhd dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang menyampaikan sumbangan bernilai RM4,000.

Sumbangan yang disampaikan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah jalinan kerjasama antara Sedafiat Sdn Bhd bersama PBNS.

Majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa terlibat disampaikan Ketua Jabatan Perancangan dan Analisis Operasi (OPAD) Sedafiat Sdn Bhd Nursiddiq Chin Abdullah dan  turut disaksikan Timbalan Pengurus Besar PBNS Awang Faisal Awang Rahim.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee.

Nursiddiq berkata, pihaknya bersama PBNS sentiasa prihatin terhadap mangsa kebakaran dan berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mangsa terlibat.

“Program CSR ini juga bakal menjadi galakan kepada syarikat lain untuk turut sama menjalinkan program CSR bersama PBNS,” katanya.

Sementara itu, Mohd Reduan berkata, sumbangan ini adalah tanda keprihatinan Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS terhadap nasib mangsa kebakaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/09/40-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-csr/feed/ 0 2827
1,369 Bakul Makanan Diagihkan Menerusi Program CSR Di Kampung Likas https://sabahmedia.com/2021/07/08/1369-bakul-makanan-diagihkan-menerusi-program-csr-di-kampung-likas/ https://sabahmedia.com/2021/07/08/1369-bakul-makanan-diagihkan-menerusi-program-csr-di-kampung-likas/#respond Thu, 08 Jul 2021 09:03:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2756
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Keperitan penduduk sekitar Kampung Likas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan berupa bakul makanan sumbangan menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebuah syarikat.

Sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad itu merupakan inisiatif Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama UMNO Bahagian Sepanggar; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau dan Kelab Amal Bakti Likas (ABL).

Pengerusi Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, menerusi program itu, sebanyak 1,369 sumbangan berupa bakul makanan diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat PKPD sebelum ini.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, kawasan Kampung Likas sebelum ini telah dikenakan PKPD bermula 10 Jun lalu dan tamat pada awal Julai lalu.  Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk mengadakan program CSR bersama Puncak Niaga Holdings Berhad; UPPM DUN Darau dan ABL.

“Menerusi sumbangan CSR ini, kami mensasarkan kepada penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD selain keluarga yang terpaksa menjalani kuarantin COVID-19,” katanya.

Program CSR itu disempurnakan Pengarah UPPM Sabah Datuk Matbali Musah.

Hadir sama, Penolong Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jumat Idris; Ketua Wanita UMNO Sepanggar Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengerusi Kelab ABL Ir Aziz Julkarnain.

Musliati yang juga pelaksana program CSR berharap usaha murni itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjehas.

“Semoga dengan inisiatif dan budaya bantu-membantu serta kerjasama pelbagai pihak akan dapat diteruskan bagi membantu rakyat khususnya kepada golongan sasar,”katanya.

Terdahulu, Matbali berkata, pihaknya menyeru agar lebih ramai golongan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya ketika pandemik COVID-19.

Katanya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada badan korporat yang telah menjalankan CSR mereka kepada golongan terkesan terutama kepada penduduk di kawasan PKPD.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/08/1369-bakul-makanan-diagihkan-menerusi-program-csr-di-kampung-likas/feed/ 0 2756
Kerajaan Galak Penglibatan Syarikat Swasta Laksana CSR Bantu Golongan Sasar https://sabahmedia.com/2021/07/06/kerajaan-galak-penglibatan-syarikat-swasta-laksana-csr-bantu-golongan-sasar/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/kerajaan-galak-penglibatan-syarikat-swasta-laksana-csr-bantu-golongan-sasar/#comments Tue, 06 Jul 2021 06:43:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2600
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ini termasuklah menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko kesihatan.

“Pagi tadi saya menyaksikan penyerahan sumbangan daripada sebuah syarikat swasta iaitu Kim Teck Cheong Consolidated Berhad yang menyumbang sebanyak 5,000 bun kepada petugas di Penjara Kepayan.

“Syarikat ini juga merupakan ‘smart partnership’ Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) yang banyak membantu memberi sumbangan kepada golongan sasar,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu, Pengarah Eksekutif KTC Consolidated Berhad, Dexter Lau.

Selain sumbangan roti bun, sumbangan sebanyak 150 kotak air mineral dan 35 kotak mi segera daripada seorang usahawan tempatan Datuk Ranmah Jan Sulaiman Khan turut diserahkan kepada Penjara Kepayan.

Jahid berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak agar dapat bersama  meringankan beban golongan sasar termasuk memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan yang berdepan pelbagai cabaran.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan penghargaan kepada pihak KTC kerana mengambil peranan besar ini khususnya dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),”katanya.

Dalam pada itu, Jahid turut meminta agar semua masyarakat khususnya di Sabah untuk bersama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berjalan di Sabah.

“Bagi yang belum mendaftar, segeralah mendaftar dan jangan takut untuk menerima vaksin kerana ia adalah selamat digunakan,”katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/kerajaan-galak-penglibatan-syarikat-swasta-laksana-csr-bantu-golongan-sasar/feed/ 1 2600