cuaca hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Nov 2025 22:10:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cuaca hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/04/metmalaysia-keluarkan-amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/metmalaysia-keluarkan-amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah/#respond Mon, 03 Nov 2025 17:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84878
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, dengan hujan lebat dijangka berlaku selama dua hari bermula hari ini sehingga Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut dilaporkan terlibat sama adalah di Pantai Barat melibatkanvPapar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud termasuk Kudat serta Labuan.

“Amaran dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/metmalaysia-keluarkan-amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah/feed/ 0 84878
Hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah https://sabahmedia.com/2025/04/01/hujan-lebat-landa-beberapa-kawasan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/04/01/hujan-lebat-landa-beberapa-kawasan-di-sabah/#respond Tue, 01 Apr 2025 05:49:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71357
Read Time:44 Second

Kota Kinabalu: Beberapa kawasan di Sabah dijangka akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga jam 4 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di Pedalaman melibatkan Sipitang selain Tawau dan Lahad Datu.

“Turut mengalami cuaca sama adalah di Sandakan melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan termasuk Kudat dan Pitas serta Kudat sehingga jam 4 petang ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

 Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/01/hujan-lebat-landa-beberapa-kawasan-di-sabah/feed/ 0 71357
Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini https://sabahmedia.com/2024/09/20/fasa-peralihan-monsun-dijangka-bermula-24-september-ini/ https://sabahmedia.com/2024/09/20/fasa-peralihan-monsun-dijangka-bermula-24-september-ini/#respond Fri, 20 Sep 2024 09:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60933
Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini dan berterusan sehingga awal November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei lalu.

Katanya, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara diramal akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada sepanjang tempoh tersebut serta sentiasa peka mengikuti ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihaknya melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/20/fasa-peralihan-monsun-dijangka-bermula-24-september-ini/feed/ 0 60933