cuaca panas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Sep 2026 06:25:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cuaca panas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kota Kinabalu sekali lagi catat indeks UV ekstrem https://sabahmedia.com/2026/09/08/kota-kinabalu-sekali-lagi-catat-indeks-uv-ekstrem/ https://sabahmedia.com/2026/09/08/kota-kinabalu-sekali-lagi-catat-indeks-uv-ekstrem/#respond Tue, 08 Sep 2026 06:25:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103042
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Kota Kinabalu sekali lagi merekodkan bacaan Indeks Ultraungu (UV) pada tahap ekstrem hari ini, dengan bacaan melepasi paras 11.

berdasarkan pemantauan stesen Brewer #231 Jabatan Meteologi Malaysia (MetMalaysia), bacaan tersebut menunjukkan tahap pendedahan kepada sinaran ultraungu yang sangat tinggi, terutama pada tempoh lewat pagi hingga tengah hari apabila kedudukan matahari berada lebih tinggi.

Berdasarkan graf pemantauan hari ini, indeks UV di Kota Kinabalu mula meningkat dengan ketara sekitar jam 8 pagi sebelum memasuki kategori tinggi kira-kira jam 10 pagi.

Bacaan terus meningkat selepas itu dan melepasi paras 11, yang merupakan ambang kategori ekstrem, sekitar jam 11.30 pagi.

Indeks UV kemudiannya mencecah sekitar 12 antara tengah hari hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari, menunjukkan keadaan pendedahan sinaran UV yang sangat tinggi dalam tempoh berkenaan.

Mengikut klasifikasi indeks UV, bacaan 0 hingga 2 dikategorikan sebagai rendah, 3 hingga 5 sederhana, 6 hingga 7 tinggi, 8 hingga 10 sangat tinggi, manakala 11 dan ke atas berada dalam kategori ekstrem.

Keadaan itu memerlukan orang ramai, khususnya mereka yang melakukan aktiviti di luar, supaya mengambil langkah perlindungan sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari.

Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV boleh meningkatkan risiko kerosakan pada kulit dan mata, terutama apabila seseorang berada di bawah cahaya matahari untuk tempoh yang panjang tanpa perlindungan.

Kanak-kanak, warga emas serta individu yang bekerja atau menjalankan aktiviti luar turut disaran mengambil perhatian terhadap keadaan tersebut dan mengehadkan tempoh berada di bawah cahaya matahari ketika bacaan UV berada pada tahap sangat tinggi atau ekstrem.

Antara langkah perlindungan yang boleh diamalkan termasuk memakai pakaian yang menutupi kulit, menggunakan topi atau payung, memakai pelindung matahari serta cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV.

Orang ramai juga digalakkan mendapatkan tempat teduh dan mengurangkan aktiviti luar yang tidak perlu, terutama sekitar waktu tengah hari ketika bacaan UV lazimnya berada pada tahap tertinggi.

Selain Kota Kinabalu, beberapa stesen pemantauan lain termasuk Sibu, Petaling Jaya, Kota Bharu, Senai dan Bayan Lepas turut merekodkan bacaan UV pada tahap berbeza hari ini.

Namun, Kota Kinabalu antara lokasi yang menunjukkan bacaan sehingga mencapai kategori ekstrem, sekali gus menuntut orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap risiko pendedahan sinaran UV ketika melakukan aktiviti di luar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/08/kota-kinabalu-sekali-lagi-catat-indeks-uv-ekstrem/feed/ 0 103042
Buat persediaan sewajarnya, bawa bekalan air secukupnya – Datuk Bandar https://sabahmedia.com/2026/08/29/buat-persediaan-sewajarnya-bawa-bekalan-air-secukupnya-datuk-bandar/ https://sabahmedia.com/2026/08/29/buat-persediaan-sewajarnya-bawa-bekalan-air-secukupnya-datuk-bandar/#respond Sat, 29 Aug 2026 04:27:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102438
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Orang ramai yang akan  menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah (HKHS) di Kota Kinabalu pada 31 Ogos ini dinasihatkan supaya membuat persediaan sewajarnya berikutan keadaan cuaca panas dan jerebu yang berlaku ketika ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, berkata orang ramai yang hadir digalakkan membawa bekalan air mineral secukupnya sebagai persediaan sepanjang berada di lokasi sambutan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan orang ramai mempunyai bekalan air yang mencukupi, terutama mereka yang akan berada di lokasi sambutan sejak awal pagi.

“Kalau boleh saya minta kepada orang awam yang hadir nanti mereka membawa air mineral mereka sendiri. Itu sebagai ‘backup’,” katanya.

Dr Sabin Samitah

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri raptai penuh sambutan HKHS di Dataran Bandaraya di sini pada Sabtu.

Dr Sabin berkata, pihak penganjur turut menyediakan minuman untuk peserta kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan, namun orang awam perlu membuat persediaan sendiri.

Katanya, kehadiran orang ramai dijangka tinggi pada sambutan tahun ini susulan penyertaan 179 kontinjen dalam perarakan.

Menurutnya, lebih 50,000 orang dijangka hadir memeriahkan sambutan berkenaan, termasuk peserta kontinjen.

“Tahun lepas yang hadir sendiri adalah 50,000. Jadi kali ini dengan barisan kontinjen yang begitu ramai, kita jangka lebih daripada 50,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keperluan asas, termasuk bekalan air, tersedia ketika menghadiri sambutan.

Dalam pada itu, Sabin turut menyeru pengunjung supaya memberi perhatian terhadap aspek kebersihan sepanjang berada di lokasi sambutan.

Beliau meminta orang ramai membuang botol air mineral serta sampah ke dalam tong sampah yang disediakan pihak berkuasa.

“Harapan saya sebagai Datuk Bandar supaya botol mineral itu dibuang pada tong sampah yang kami sediakan nanti, jaga kebersihan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan lokasi sambutan kekal bersih dan selesa sepanjang acara berlangsung.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dijadualkan bermula pada jam 7 pagi dengan penyertaan 179 kontinjen dalam acara perarakan dan dijangka berakhir sekitar jam 10.30 pagi.

Pada sebelah malam pula, sambutan Hari Sabah akan diadakan di lokasi sama bermula jam 7 malam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/29/buat-persediaan-sewajarnya-bawa-bekalan-air-secukupnya-datuk-bandar/feed/ 0 102438
Kudat, Telupid alami cuaca panas tahap berjaga-jaga https://sabahmedia.com/2026/08/12/kudat-telupid-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/ https://sabahmedia.com/2026/08/12/kudat-telupid-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/#respond Wed, 12 Aug 2026 12:13:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101449
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU : Dua daerah di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, dua daerah itu adalah di Kudat dan Telupid.

“Terdapat dua  kawasan di Sabah iaitu Kudat Telupid berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) dan tiga di Sarawak iaitu Sri Aman, Lubok Antu dan Marudi,” menurut kenyataan itu di sini.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/12/kudat-telupid-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/feed/ 0 101449
Indeks sinaran ultraungu (UV) di Kota Kinabalu capai tahap ekstrem https://sabahmedia.com/2026/08/10/indeks-sinaran-ultraungu-uv-di-kota-kinabalu-capai-tahap-ekstrem/ https://sabahmedia.com/2026/08/10/indeks-sinaran-ultraungu-uv-di-kota-kinabalu-capai-tahap-ekstrem/#respond Mon, 10 Aug 2026 08:22:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101336
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Indeks sinaran ultraungu (UV) di Kota Kinabalu mencapai tahap ekstrem pada sekitar tengah hari tadi, dengan bacaan melebihi 11 berdasarkan rekod pengukuran di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan carta pengukuran pada Isnin, indeks UV mula meningkat selepas jam 8 pagi sebelum mencapai tahap tinggi sekitar jam 10 pagi.

Bacaan terus meningkat dan memasuki kategori sangat tinggi apabila mencecah lapan hingga 10 sekitar jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Indeks UV kemudian mencapai tahap ekstrem, iaitu 11 dan ke atas, sekitar tengah hari dengan bacaan tertinggi kira-kira 11.3 hingga 11.4 sebelum mula menurun selepas jam 12.30 tengah hari.

Bacaan kekal pada tahap ekstrem sehingga sekitar jam 1 petang sebelum menurun secara beransur-ansur ke tahap sangat tinggi dan tinggi pada sebelah petang.

Menjelang kira-kira jam 3 petang tadi, indeks UV turun kepada sekitar lima, iaitu kategori sederhana.

Indeks UV pada tahap lapan hingga 10 dikategorikan sebagai sangat tinggi, manakala bacaan 11 dan ke atas berada dalam kategori ekstrem, yang menunjukkan risiko lebih tinggi daripada pendedahan terus kepada sinaran matahari.

Orang ramai, khususnya mereka yang melakukan aktiviti luar, dinasihatkan mengambil langkah perlindungan ketika indeks UV berada pada tahap tinggi hingga ekstrem, termasuk mengurangkan pendedahan terus kepada matahari, menggunakan pelindung matahari dan memakai pakaian yang sesuai.

Rekod Jabatan Meteorologi Malaysia juga menunjukkan bacaan UV maksimum harian di Kota Kinabalu boleh mencapai tahap 11 dan ke atas pada tempoh tertentu, menggambarkan keadaan sinaran UV yang sememangnya boleh berada pada tahap ekstrem di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, indeks UV dijangka berada pada tahap tinggi di kebanyakan kawasan di seluruh negara dalam tempoh seminggu bermula minggu depan berikutan taburan hujan yang rendah serta litupan awan yang kurang.

Beliau berkata, keadaan itu susulan Malaysia kini berada dalam fasa aktif Monsun Barat Daya.

“Kita tidak menjangkakan hujan yang banyak di seluruh negara dalam tempoh seminggu akan datang. Jadi, dalam keadaan hujan dan awan yang kurang, sinaran UV dijangka mencatat nilai indeks yang tinggi dan sangat ekstrem,” katanya.

Beliau berkata intensiti sinaran UV turut dipengaruhi keadaan cuaca, dengan litupan awan yang rendah membolehkan lebih banyak sinaran UV sampai ke permukaan bumi.

Katanya, tahap sinaran UV lazimnya meningkat ketika matahari terik dengan tempoh puncak berbeza mengikut lokasi.

“Bacaan UV akan tinggi ketika matahari terik iaitu bermula sekitar pukul 10.00 pagi. Di Sabah dan Sarawak, tempoh matahari terik adalah lebih awal, sekitar pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Manakala di Semenanjung, matahari biasanya mula terik sekitar pukul 11.00 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/10/indeks-sinaran-ultraungu-uv-di-kota-kinabalu-capai-tahap-ekstrem/feed/ 0 101336
56 kes penyakit akibat cuaca panas direkod, dua kematian dilaporkan – KKM https://sabahmedia.com/2026/05/04/56-kes-penyakit-akibat-cuaca-panas-direkod-dua-kematian-dilaporkan-kkm/ https://sabahmedia.com/2026/05/04/56-kes-penyakit-akibat-cuaca-panas-direkod-dua-kematian-dilaporkan-kkm/#respond Mon, 04 May 2026 05:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96093
Read Time:2 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR : Sebanyak 56 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh bermula 1 Januari hingga 3 Mei tahun ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam antara kes penyakit dikesan terdiri daripada 47 kes kelesuan haba, empat kes strok haba exertional, empat kes strok haba, dan satu kes kekejangan haba.

Menurut KKM, sebanyak dua kes kematian akibat strok haba turut dilaporkan pada tahun ini, melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertinggal di dalam kenderaan dan seorang lelaki berusia 42 tahun yang menyertai aktiviti maraton di Pulau Pinang.

Kedua-dua kes berlaku ketika keadaan cuaca berada di bawah Tahap Amaran 1,  namun, faktor risiko utama dikenal pasti adalah pendedahan kepada haba melampau dalam persekitaran tertutup dan aktiviti fizikal lasak dalam tempoh yang panjang, yang menyebabkan dehidrasi teruk serta kegagalan kawal atur suhu badan.

“Analisa menunjukkan bahawa 58 peratus kes penyakit berkaitan cuaca panas adalah berkait dengan aktiviti fizikal semasa cuaca panas. 

” Daripada jumlah tersebut, hampir separuh melibatkan aktiviti sukan dan olahraga seperti merentas desa, latihan sukan, dan maraton, manakala sebahagian lagi melibatkan latihan fizikal berintensiti tinggi oleh pasukan keselamatan dan operasi,” menurut kenyataan itu di sini.

Sehubungan itu, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan semasa cuaca panas.

Ia termasuklah menghadkan aktiviti fizikal lasak dan pendedahan berpanjangan kepada cuaca panas

“Sekiranya terpaksa bekerja di bawah cuaca panas, banyakkan masa untuk berehat di tempat teduh bagi menyejukan badan;

“Selain itu, perbanyakkan minum air kosong walaupun tidak berasa dahaga bagi memastikan badan kekal terhidrat serta gunakan pelindung diri seperti topi, payung serta pakaian yang ringan dan berwarna cerah,” tambah kenyataan itu lagi.

KKM turut menasihati agar orang ramai dapat memastikan golongan berisiko seperti bayi, kanak-kanak, warga emas, dan individu berpenyakit kronik mendapat hidrasi mencukupi dan dipantau.

“Elakkan meninggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan; dan dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti pening, mual, kekejangan otot, atau keletihan melampau,” menurut kenyataan itu lagi.

KKM juga menggesa semua pihak termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan serta pusat jagaan agar mengambil langkah pencegahan sewajarnya, khususnya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti luar bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan haba.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang METMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca- panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (https://infosihat.moh.gov.my/cuaca-panas.html).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/04/56-kes-penyakit-akibat-cuaca-panas-direkod-dua-kematian-dilaporkan-kkm/feed/ 0 96093
Beaufort, Telupid alami cuaca panas tahap berjaga-jaga https://sabahmedia.com/2026/04/28/beaufort-telupid-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/ https://sabahmedia.com/2026/04/28/beaufort-telupid-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/#respond Tue, 28 Apr 2026 01:11:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95681
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Dua daerah di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, dua daerah itu adalah Beaufort dan Telupid.

Selain itu, beberapa kawasan lain di Semenanjung dan Sarawak turut dilaporkan mengalami cuaca sama.

“Terdapat dua kawasan di Sabah dan satu di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Beaufort dan Telupid di Sabah dan Limbang di Sarawak.

“Terdapat 13 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Kota Setar, Kuala Muda & Sik) Kedah, (Kuala Kangsar & Hulu Perak) Perak, (Jeli, Pasir Mas & Machang) Kelantan, (Sepang) Selangor,” menurut kenyataan itu di sini.

Turut dilaporkan mengalami cuaca panas tahap 2 (gelombang haba) adalah di Padang Terap Kedah.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/28/beaufort-telupid-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/feed/ 0 95681
Cuaca Panas : Tiada kes direkodkan di Sabah, minum air secukupnya – Julita https://sabahmedia.com/2026/04/09/cuaca-panas-tiada-kes-direkodkan-di-sabah-minum-air-secukupnya-julita/ https://sabahmedia.com/2026/04/09/cuaca-panas-tiada-kes-direkodkan-di-sabah-minum-air-secukupnya-julita/#respond Thu, 09 Apr 2026 04:13:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94554
Read Time:58 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sabah belum mencatatkan sebarang kes melibatkan cuaca panas, namun orang ramai diingatkan supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Julita Majungki berkata, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) turut melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan situasi kekal terkawal.

“Justeru saya menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan, khususnya dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan risiko dehidrasi.

” Selain itu, aktiviti luar juga disaran dikurangkan terutama pada waktu tengah hari ketika suhu berada pada tahap tinggi.

“Jika ingin melakukan aktiviti riadah atau bersukan, sebaiknya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada cuaca panas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat di Wisma Wanita di sini pada Khamis.

Hadir sama Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Rina Jainal.

Julita berkata, orang ramai turut diingatkan agar sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal keletihan haba seperti pening, letih melampau dan kekurangan air dalam badan.

Menurutnya, langkah pencegahan awal dilihat penting bagi memastikan kesihatan kekal terpelihara sepanjang tempoh cuaca panas yang sedang melanda ketika ini. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/09/cuaca-panas-tiada-kes-direkodkan-di-sabah-minum-air-secukupnya-julita/feed/ 0 94554
Malaysia alami cuaca panas akhir Monsun Timur Laut – Pensyarah Kanan UMS https://sabahmedia.com/2026/03/28/malaysia-alami-cuaca-panas-akhir-monsun-timur-laut-pensyarah-kanan-ums/ https://sabahmedia.com/2026/03/28/malaysia-alami-cuaca-panas-akhir-monsun-timur-laut-pensyarah-kanan-ums/#respond Sat, 28 Mar 2026 07:54:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93940
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini disifatkan sebagai sebahagian daripada kitaran normal sistem monsun Malaysia, namun intensitinya boleh dipengaruhi oleh faktor global seperti perubahan iklim dan fenomena atmosfera semasa.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Gs. Dr Lindah Roziani Jamru, berkata keadaan panas yang dirasai kini berlaku kerana Malaysia berada di penghujung Monsun Timur Laut dan bakal memasuki fasa peralihan monsun.

Menurut beliau, dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan berkurangan, sekali gus menyebabkan peningkatan suhu di kebanyakan kawasan.

“Secara asasnya, keadaan ini adalah normal dalam kitaran monsun Malaysia. Namun, tahap kepanasan yang dirasai boleh menjadi lebih ketara disebabkan faktor tambahan seperti perubahan iklim global dan fenomena atmosfera semasa,” katanya ketika ditemui media pada Jumaat.

Beliau turut menjelaskan bahawa fenomena global seperti El Niño memainkan peranan penting dalam mempengaruhi cuaca tempatan.

“El Niño lazimnya menyebabkan keadaan lebih panas dan kering kerana taburan hujan berkurangan, sekali gus meningkatkan suhu di Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata sesuatu keadaan hanya boleh diklasifikasikan sebagai gelombang haba sekiranya suhu melebihi 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Jika suhu berada sekitar 35 hingga 37 darjah Celsius, ia dianggap sebagai tahap berjaga-jaga, manakala suhu melebihi 40 darjah Celsius dikategorikan sebagai gelombang haba ekstrem,” katanya yang juga merupakan Ketua Program Geografi FSSK UMS.

Mengulas mengenai implikasi jangka panjang, beliau menegaskan cuaca panas berpanjangan boleh memberi kesan serius terhadap sumber air, sektor pertanian dan kesihatan manusia.

“Antara kesannya termasuk penyusutan paras empangan, gangguan kepada hasil pertanian akibat kekurangan air, serta peningkatan risiko kesihatan seperti dehidrasi, strok haba dan penyakit berkaitan haba,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan keperluan tindakan bersama antara kerajaan dan masyarakat dalam menghadapi situasi cuaca panas ekstrem.

Di peringkat kerajaan, langkah seperti memperkukuh sistem amaran awal, meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air dan memperhebat kempen kesedaran awam perlu diberi perhatian.

“Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan memastikan pengambilan air mencukupi, mengurangkan aktiviti luar terutama pada waktu tengah hari serta menggunakan air dan elektrik secara berhemah,” katanya.

Tambah beliau, pendidikan geografi turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu cuaca dan iklim.

“Ia membantu masyarakat memahami hubungan antara aktiviti manusia dan perubahan iklim, sekali gus mendorong tindakan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/28/malaysia-alami-cuaca-panas-akhir-monsun-timur-laut-pensyarah-kanan-ums/feed/ 0 93940
Sabah perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko kesihatan akibat cuaca panas https://sabahmedia.com/2026/03/26/sabah-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-risiko-kesihatan-akibat-cuaca-panas/ https://sabahmedia.com/2026/03/26/sabah-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-risiko-kesihatan-akibat-cuaca-panas/#respond Thu, 26 Mar 2026 07:14:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93809
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mempertingkatkan langkah pemantauan serta kesiapsiagaan dalam menghadapi risiko kesihatan susulan cuaca panas berterusan, dengan memberi tumpuan kepada keselamatan pekerja luar, komuniti luar bandar dan golongan berisiko.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes berkaitan haba yang dilaporkan di seluruh negara, seperti dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, keadaan itu memberi kesan lebih ketara di Sabah memandangkan ramai rakyat bekerja di luar seperti nelayan, petani dan pekerja ladang yang terdedah secara langsung kepada cuaca panas.

“Risiko pendedahan kepada haba dalam kalangan golongan ini adalah tinggi dan memerlukan perhatian khusus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Julita turut menggesa sekolah, pusat jagaan kanak-kanak serta penjaga agar mengambil langkah berjaga-jaga tambahan bagi melindungi kanak-kanak.

Menurutnya, perhatian juga perlu diberikan kepada golongan berisiko lain termasuk warga emas, wanita hamil serta individu yang menghidap penyakit kronik.

“Kerajaan negeri sedang memantau keadaan cuaca secara rapi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan amaran serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera.

“Kemudahan kesihatan di peringkat daerah juga sentiasa dipantau bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kekal mencukupi,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri komited memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara sepanjang tempoh cuaca panas ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/26/sabah-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-risiko-kesihatan-akibat-cuaca-panas/feed/ 0 93809
Fenomena cuaca panas: Sekolah diminta tangguh aktiviti luar jika suhu lebih 35 darjah Celcius https://sabahmedia.com/2026/03/26/fenomena-cuaca-panas-sekolah-diminta-tangguh-aktiviti-luar-jika-suhu-lebih-35-darjah-celcius/ https://sabahmedia.com/2026/03/26/fenomena-cuaca-panas-sekolah-diminta-tangguh-aktiviti-luar-jika-suhu-lebih-35-darjah-celcius/#respond Wed, 25 Mar 2026 23:12:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93794
Read Time:1 Minute, 15 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta supaya sekolah menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celcius, selain memantau aktiviti berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

Menerusi kenyataan pada Rabu, KPM turut meminta semua institusi pendidikan di bawahnya meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka pada Ahad dan Isnin ini.

“Institusi pendidikan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi serta menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan,” menurut kenyataan itu.

KPM turut meminta pihak sekolah membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman serta sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kesihatan dalam kalangan murid akibat cuaca panas.

Selain itu, pihak pengurusan sekolah boleh mempertimbangkan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas, bergantung kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM turut menekankan bahawa semua institusi pendidikan perlu peka terhadap situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

Berdasarkan kalendar akademik, cuti penggal Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula 20 Mac hingga 28 Mac.

Sementara Kumpulan B merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/26/fenomena-cuaca-panas-sekolah-diminta-tangguh-aktiviti-luar-jika-suhu-lebih-35-darjah-celcius/feed/ 0 93794