cuaca – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Aug 2026 09:07:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cuaca – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Telupid catat cuaca panas tahap berjaga-jaga, suhu cecah 37 darjah celcius https://sabahmedia.com/2026/08/10/telupid-catat-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga-suhu-cecah-37-darjah-celcius/ https://sabahmedia.com/2026/08/10/telupid-catat-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga-suhu-cecah-37-darjah-celcius/#respond Mon, 10 Aug 2026 09:07:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101340
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Daerah Telupid di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Telupid, dua lagi kawasan mengalami cuaca sama adalah di Sri Aman dan Kuching di Sarawak.

“Terdapat satu  kawasan di Sabah iaitu Telupid berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) dan dua di Sarawak iaitu Sri Aman dan Kuching,” menurut kenyataan itu di sini.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/10/telupid-catat-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga-suhu-cecah-37-darjah-celcius/feed/ 0 101340
Amaran ribut petir di Sabah, penduduk diminta berwaspada https://sabahmedia.com/2025/09/15/amaran-ribut-petir-di-sabah-penduduk-diminta-berwaspada/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/amaran-ribut-petir-di-sabah-penduduk-diminta-berwaspada/#respond Sun, 14 Sep 2025 23:12:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81263
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Penduduk di beberapa kawasan di Sabah diminta berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

Selain itu, turut dilaporkan terjejas adalah Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

Amaran itu dijangka berlaku sehingga jam 9 pagi pada Isnin.

MetMalaysia turut mengingatkan bahawa ribut petir yang berlaku berpotensi menyebabkan hujan lebat berintensiti lebih 20 mm/jam, dengan tempoh melebihi sejam.

Penduduk dinasihatkan mengutamakan keselamatan, menjauhi kawasan banjir kilat, tidak berlindung di bawah pokok semasa hujan lebat serta berhati-hati ketika memandu di jalan raya licin.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia di media sosial serta aplikasi myCuaca.- SABAHMEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/amaran-ribut-petir-di-sabah-penduduk-diminta-berwaspada/feed/ 0 81263
Luruan monsun : Hujan lebat berterusan mulai Selasa https://sabahmedia.com/2025/02/02/luruan-monsun-hujan-lebat-berterusan-mulai-selasa/ https://sabahmedia.com/2025/02/02/luruan-monsun-hujan-lebat-berterusan-mulai-selasa/#respond Sun, 02 Feb 2025 07:21:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67875
Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan luruan monsun dijangka berlaku selama empat hari bermula Selasa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sabah dan Sarawak.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan Sarawak berkuat kuasa pada 4 hingga 5 Februari 2025.

“Manakala, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikeluarkan dan berkuat kuasa pada 4 sehingga 7 Februari ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/02/luruan-monsun-hujan-lebat-berterusan-mulai-selasa/feed/ 0 67875
Budak 12 tahun disyaki mangsa terbaharu strok haba https://sabahmedia.com/2023/05/02/budak-12-tahun-disyaki-mangsa-terbaharu-strok-haba/ https://sabahmedia.com/2023/05/02/budak-12-tahun-disyaki-mangsa-terbaharu-strok-haba/#respond Tue, 02 May 2023 05:48:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33681
Read Time:1 Minute, 8 Second

CYBERJAYA — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki disebabkan strok haba. 

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Katanya, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demamtidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam Ahad lalu. 

Beliau berkata, pada mulanya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang itu termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka demam biasa dan memakan ubat katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Menurut Syahrol lagi, beliau meminta agar anak mereka tidur di ruang tamu sebelum mendengar seperti bunyi benda jatuh.

“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk.

“Selepas itu, saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati anak kekejangan.

“Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.

“Dalam tempoh itu, anak saya tetap meronta-ronta sampai terberak, terkencing. Adiknya pun jadi macam itu tetapi sekejap sahaja,” katanya.

Syahrol Azmi berkata, doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan ada radang otak.

Beliau berkata, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.

“Anak saya dikebumikan di Tanah Perbukuran Islam Kampung Bentong,”

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/02/budak-12-tahun-disyaki-mangsa-terbaharu-strok-haba/feed/ 0 33681
Komuniti Maritim Harus Peka Dengan Keselamatan Di Laut https://sabahmedia.com/2022/01/05/komuniti-maritim-harus-peka-dengan-keselamatan-di-laut/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/komuniti-maritim-harus-peka-dengan-keselamatan-di-laut/#respond Wed, 05 Jan 2022 04:54:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10710
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Komuniti maritim khususnya di Sabah diingatkan untuk sentiasa peka dengan tahap keselamatan semasa melaksanakan sebarang aktiviti di laut.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, cuaca buruk yang melanda negara khususnya di Sabah boleh mendatangkan insiden yang tidak diingini berlaku,sekiranya lalai dengan tahap keselamatan diri.

Katanya, merujuk kepada amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia Isnin lalu, keadaan angin kencang dan laut  bergelora kategori pertama adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut, sukan laut dan aktiviti lain di laut.

“Angin kencang sehingga 50 kilometer sejam beserta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga ke 4.5 meter dijangka akan berterusan sehingga 6 Januari 2022.

“Dalam tempoh empat hari memasuki tahun baharu 2022, Maritim Negeri Sabah dan Labuan telah merekodkan dua kes  Carilamat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, ia melibatkan kes pertama iaitu kejadian bot karam di perairan Batu Payung pada 1 Januari lalu melibatkan sembilan mangsa dengan tiga daripada mangsa telah meninggal dunia.

“Manakala kes kedua berlaku di perairan Lambidan, Menumbok membabitkan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan pesisiran pantai, pagi semalam,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim untuk sentiasa peka dengan keadaan serta perubahan cuaca dan memastikan keadaan bot selamat untuk digunakan selain memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut.

Katanya, sebarang kejadian kecemasan yang berlaku di laut boleh terus hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Labuan ditalian 088-387774.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/komuniti-maritim-harus-peka-dengan-keselamatan-di-laut/feed/ 0 10710
Perancangan Yang Betul Penting Untuk Atasi Banjir Kerana Keadaan Cuaca Tidak Menentu – Maximus https://sabahmedia.com/2022/01/04/perancangan-yang-betul-penting-untuk-atasi-banjir-kerana-keadaan-cuaca-tidak-menentu-maximus/ https://sabahmedia.com/2022/01/04/perancangan-yang-betul-penting-untuk-atasi-banjir-kerana-keadaan-cuaca-tidak-menentu-maximus/#respond Tue, 04 Jan 2022 01:38:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10684
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Perancangan yang betul adalah penting untuk mengatasi banjir oleh kerana keadaan cuaca tidak menentu pada ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keadaan cuaca sangat tidak menentu sekarang menyukarkan sebarang perancangan tebatan banjir malah tidak boleh hanya bergantung kepada data lepas kerana jumlahnya mungkin telah berubah selain statistik juga turut berbeza setiap masa seperti jumlah mangsa banjir dan bantuan yang diperlukan serta kerugian yang dihadapi.

Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu menjelaskan bahawa adalah baik membuat perancangan yang betul seperti anggaran perbelanjaan yang berkemungkinan disebabkan kerosakan infrastruktur asas, serta tindakan susulan untuk membersihkan jalan, saliran dan bekalan air serta elektrik.

Bagaimanapun katanya, ia adalah usaha bersepadu semua, daripada pejabat daerah sehinggalah kepada semua agensi berkaitan.

“Kita mesti berkongsi tarikh dan maklumat, terutama yang memberi kesan kepada rakyat, supaya perancangan bandar yang baik dan bantuan sewajarnya dapat dihulurkan kepada golongan terjejas dengan segera.

“Kita tidak boleh berlengah-lengah dalam menangani kehidupan seseorang. Kita mesti pastikan mereka yang ditempatkan sementara di pusat pemindahan mempunyai keperluan asas,” katanya.

Setakat hari ini, Kota Marudu merupakan antara daerah dengan jumlah mangsa banjir tertinggi, dengan 2,682 orang daripada 1,015 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita memerlukan lebih banyak khemah bantuan bencana, lebih daripada sebelum ini. Bayangkan, salah satu pusat pemindahan di sini menempatkan 42 keluarga,” katanya selepas melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Ranau, di sini, semalam.

Justeru, beliau menambah, kerajaan negeri Sabah mampu menghadapi ancaman seperti banjir yang melanda negeri ini, hasil hubungan antara agensi yang erat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi-agensi keselamatan lain.

“Selain perancangan dalam tebatan banjir, bahawa sumber kewangan yang mencukupi juga penting, terutamanya daripada Kerajaan Persekutuan.

“Prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati juga terpakai dalam kawalan tebatan banjir,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa adalah lebih baik untuk membelanjakan kos pembinaan infrastruktur sekarang daripada menangguhkannya kerana kos perbelanjaan akan lebih mahal sekiranya berlaku bencana akibat perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/04/perancangan-yang-betul-penting-untuk-atasi-banjir-kerana-keadaan-cuaca-tidak-menentu-maximus/feed/ 0 10684
Bung Arah PKOB Siap Sedia Berikutan Cuaca Tidak Menentu https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/#respond Mon, 03 Jan 2022 08:55:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10659
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di seluruh daerah di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan diaktifkan 24 jam berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Beliau berkata, ianya penting bagi memastikan segala persiapan dapat dirangka lebih awal sekaligus memastikan kelancaran operasi bersama agensi serta jabatan kerajaan berkaitan terutama dalam usaha membantu dan menyelamat.

Jelas beliau, ia juga bertujuan mengelak daripada timbul sebarang isu kelewatan gerakan operasi yang akhirnya hanya akan memberi kesan terhadap usaha-usaha menyelamat penduduk di kawasan yang berisiko tinggi.

“Saya minta seluruh PKOB di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan supaya melaksanakan persiapan awal dan rapi bagi memastikan perjalanan operasi berjalan dengan lancar.

“Perancangan yang rapi dan teratur dapat memastikan semua petugas serta aset-aset berkaitan dapat digerakkan bersama semasa operasi dijalankan sekaligus mengelak daripada sebarang kejadian yang buruk dan tidak diingini, hasil jalinan kerjasama padu semua pihak, ” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut mengarahkan semua jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah masing-masing supaya memantau infrastruktur dibawah seliaan mereka berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Katanya, jalan raya yang berisiko termasuk bahagian cerun perlu dipantau bagi memastikan ianya selamat digunakan oleh pengguna dan sekiranya terdapat tanda-tanda yang mencurigakan, jurutera perlu memaklumkan ke pihak kementerian untuk tindakan lanjut.

Tambah Bung, mana-mana kawasan yang berisiko haruslah diletakkan papan tanda amaran bagi memastikan pengguna jalan raya peka dan lebih berhati-hati di kawasan tersebut bagi mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

Beliau turut menasihati pengguna supaya tidak mengambil sebarang risiko terutama bagi kenderaan kecil untuk meredah air banjir walaupun kelihatan tidak deras kerana apa-apa kemungkinan boleh berlaku dalam sekelip mata.

” Pihak JKR akan sentiasa mengemaskini kedudukan keadaan jalanraya cerun dan jambatan yang terjejas dengan keadaan banjir yang berlaku sekarang,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/feed/ 0 10659
JPBN, Daerah Diminta Tingkat Tahap Kesiapsiagaan Hadapi Bencana https://sabahmedia.com/2022/01/02/jpbn-daerah-diminta-tingkat-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-bencana/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/jpbn-daerah-diminta-tingkat-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-bencana/#respond Sun, 02 Jan 2022 04:28:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10575
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan berkata, JPBN dan daerah juga diminta untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas.

Ia termasuklah Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

“Semua Pusat Operasi dan Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah.

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

“NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80635420 dan alamat e-mel [email protected],” kata kenyataan itu disini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini turut mengeluarkan notis amaran hujan berterusan peringkat bahaya yang dijangka berlaku di negeri Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori buruk yang dijangka berlaku di negeri Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Turut dijangka berlaku adalah di Negeri Sembilan,Melaka,Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) serta Sabah iaitu di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga esok.

Selain itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada yang dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) serta Sabah: Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa, 4 Januari 2022.

Turut dijangka berlaku hujan berterusan di negeri Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Selangor di WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya sehingga Isnin, 3 Januari 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/jpbn-daerah-diminta-tingkat-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-bencana/feed/ 0 10575
Hujan Berterusan Dijangka Melanda Lima Negeri https://sabahmedia.com/2021/12/28/hujan-berterusan-dijangka-melanda-lima-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/hujan-berterusan-dijangka-melanda-lima-negeri/#respond Tue, 28 Dec 2021 10:33:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10399
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Hujan berterusan dijangka akan melanda lima buah negeri sehingga 2 Januari depan disebabkan angin bertiup dari arah timur laut yang berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk yang diramal melanda beberapa kawasan di timur negeri Sabah pada Selasa dijangka berterusan sehingga 2 Januari nanti.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Sementara di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor juga diramal menerima hujan lebat secara berterusan bermula 30 Disember sehingga 1 Januari depan.

“Ia melibatkan kawasan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu; Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Johor (Mersing),” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Selain itu, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah diramal berterusan sehingga 2 Januari depan.

Semalam, Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, luruan monsun yang sedang melanda negara ketika ini dijangka akan berterusan sehingga 3 Januari depan.

Ia berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD-WRF); Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/hujan-berterusan-dijangka-melanda-lima-negeri/feed/ 0 10399
Amaran Ribut Petir Di Beberapa Daerah Di Sabah & Sarawak https://sabahmedia.com/2021/12/27/amaran-ribut-petir-di-beberapa-daerah-di-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/amaran-ribut-petir-di-beberapa-daerah-di-sabah-sarawak/#respond Mon, 27 Dec 2021 06:11:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10331
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah daerah di Sabah dan Sarawak.

METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda di dua buah negeri berkenaan sehingga jam 4 petang nanti.

“Di Sabah, daerah yang diramal akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah di kawasan Pedalaman antaranya Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

“Ramalan itu juga dijangka akan melanda kawasan Pantai Barat Sabah dan Tawau sehingga jam 4 Petang ini,” kata kenyataan itu disini hari ini.

Cuaca sama turut dijangka akan berlaku  di Sarawak antaranya di Kapit, Belaga, Bintulu dan Miri termasuk Subis.

METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/amaran-ribut-petir-di-beberapa-daerah-di-sabah-sarawak/feed/ 0 10331