Cuba Seludup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Aug 2021 10:11:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cuba Seludup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga Individu Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Tidak Bercukai https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/ https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/#respond Wed, 25 Aug 2021 10:11:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5238
Read Time:55 Second

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan tiga individu dalam cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah dalam satu operasi di sini.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang merupakan pemandu setiap lori yang diperiksa di Pekan Menumbok malam semalam.

“Polis Marin menahan tiga buah lori dan membuat pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa jenis minuman keras tidak bercukai yang disyaki cuba diseludup ke tanah besar Sabah.

“Lori tersebut dipercayai bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan,” katanya.

Kata Saidul, nilai rampasan minuman keras termasuk tiga buah lori dianggarkan melebihi RM663,000 termasuk cukai.

Manakala, tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/feed/ 0 5238