Cubaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Jan 2024 14:13:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cubaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cubaan samun kedai emas guna pistol palsu, gagal https://sabahmedia.com/2024/01/08/cubaan-samun-kedai-emas-guna-pistol-palsu-gagal/ https://sabahmedia.com/2024/01/08/cubaan-samun-kedai-emas-guna-pistol-palsu-gagal/#respond Mon, 08 Jan 2024 13:53:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47701
Read Time:1 Minute, 29 Second

LAHAD DATU: Cubaan samun di sebuah kedai emas gagal apabila tindakan berani mangsa yang juga pengurus kedai tersebut membaling satu batang besi pengukur saiz cincin ke arah suspek yang mengacukan sepucuk pistol disyaki palsu dalam kejadian yang berlaku di Dataran Palma di sini awal pagi tadi (8 Jan).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian itu, pada jam 8.39 pagi tadi mangsa seorang pengurus kedai emas yang sedang berkemas untuk memulakan perniagaannya telah didatangi oleh seorang lelaki (suspek) memakai topi dan pelitup muka ke arah kaunter kedai emas terbabit dan mengacukan satu objek menyerupai sepucuk pistol (disyaki palsu) ke arah mangsa.

“Suspek turut menyerahkan satu beg kain berwarna merah kepada mangsa untuk menyerahkan dan memasukkan emas ke dalam beg kain tersebut.

“Walau bagaimanapun, tindakan berani mangsa membaling satu batang besi pengukur saiz cincin ke arah suspek telah berjaya mengagalkan kejadian cubaan samun itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pihak polis sedang berusaha untuk mengesan suspek iaitu seorang lelaki berbadan gempal, tinggi anggaran 5 kaki 5 inci dan umur awal 40’an berdasarkan siasatan pada kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di tempat kejadian.

“Usaha untuk mengesan saksi bebas di tempat kejadian juga sedang dijalankan bagi mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini,” katanya.

Sehubungan itu, Rohan memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran atau kepada ASP Suddin Tjinke, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Lahad Datu di talian 017 4881755.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 393 / 397 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan sebat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/08/cubaan-samun-kedai-emas-guna-pistol-palsu-gagal/feed/ 0 47701
Cubaan nekad enam PATI ceroboh Sabah gagal https://sabahmedia.com/2023/12/18/cubaan-nekad-enam-pati-ceroboh-sabah-gagal/ https://sabahmedia.com/2023/12/18/cubaan-nekad-enam-pati-ceroboh-sabah-gagal/#respond Mon, 18 Dec 2023 03:38:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46713
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Tentera Darat Malaysia berjaya menahan dan mengusir keluar enam orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke Sabah dalam satu Op BALASAH pada Sabtu.

Menerusi kenyataan media Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) semalam, pada 16 Disember 2023, jam 11 pagi, anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan rondaan dalam Op BALASAH telah menahan enam individu yang terdiri daripada empat orang lelaki dan dua orang wanita dalam keadaan yang mencurigakan sedang cuba untuk melintas sempadan dari Indonesia ke Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati keenam individu terbabit merupakan PATI warganegara Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mengaku ingin mencari peluang pekerjaan di Malaysia.

“Kesemua PATI yang ditahan telah diusir dari sempadan negara oleh anggota tentera dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kalabakan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh PATI mahupun jenayah rentas sempadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/18/cubaan-nekad-enam-pati-ceroboh-sabah-gagal/feed/ 0 46713