Cubaan Seludup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Oct 2024 10:19:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cubaan Seludup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cubaan seludup pelbagai komoditi bernilai RM30.4 juta tumpas – JKDM https://sabahmedia.com/2024/10/14/cubaan-seludup-pelbagai-komoditi-bernilai-rm30-4-juta-tumpas-jkdm/ https://sabahmedia.com/2024/10/14/cubaan-seludup-pelbagai-komoditi-bernilai-rm30-4-juta-tumpas-jkdm/#respond Mon, 14 Oct 2024 10:19:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62205
Read Time:4 Minute, 20 Second

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan aktiviti cubaan menyeludup pelbagai komoditi termasuk kontraban berjumlah RM30.4 juta dalam pemeriksaan dan sitaan ke atas beberapa kontena di Pelabuhan Utara dan Barat, di sini, dua bulan lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, rampasan itu merupakan kejayaan JKDM Zon Tengah, Unit II Selangor dalam usaha menumpaskan aktiviti penyeludupan melalui pintu negara.

Katanya, antara sitaan pelbagai komoditi termasuk kenderaan import, minuman keras, sekerap logam, bahan buangan sisa elektrik dan elektronik (e-waste), alkohol etil tidak didenaturasi (96 peratus), rokok putih serta rokok kretek.

“Sebanyak enam kenderaan import terpakai pelbagai jenis bernilai RM794,000 termasuk duti dan cukai dirampas hasil penemuan pihaknya dalam tiga kontena bersaiz 40 kaki, masing-masing satu di Pelabuhan Utara dan dua di Pelabuhan Barat, di sini, 22 Ogos lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati di dalam kontena-kontena tersebut mengandungi enam kenderaan import dipercayai tidak mempunyai permit import.

“Siasatan awal mendapati kesemua kenderaan tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 17 Julai 2024 dan berasal dari negara di Asia Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Kastam Pulau Indah, di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, JKDM turut menyita 79,104 liter minuman keras bernilai RM3.11 juta termasuk duti dan cukai yang ditemukan dalam lima kontena, masing-masing satu di Pelabuhan Utara dan empat di Pelabuhan Barat, di sini, 26 September lalu.

“Hasil pemeriksaan ke atas lima kontena tersebut, didapati mengandungi 79,104 liter minuman keras, dipercayai tidak mempunyai permit import.

“Siasatan awal mendapati kesemua kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 1 September dan dagangan berasal dari sebuah negara di Asia Timur.

“Pengimport telah membuat pengikraran sebagai rim keluli lori bagi mengelak dikenakan duti dan cukai yang tinggi serta keperluan permit import bagi pengimportan minuman keras,” katanya.

Menurut Anis Rizana, JKDM juga berjaya merampas 44 kontena yang bermuatan 1,098.19 tan sekerap logam bernilai RM13.2 juta di Pelabuhan Barat, di sini, 5 September lalu.

“Hasil pemeriksaan ke atas kontena tersebut didapati mengandungi 1,098,187 kilogram sekerap logam, dipercayai tidak mempunyai permit import.

“Siasatan awal mendapati kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 13 Ogos dan dagangan berasal dari sebuah negara di benua Amerika.

“Pengimport telah membuat pengikraran tidak benar di dalam dokumen manifes import sebagai sebagai aloi aluminium, serpihan aluminium dan serpihan tembaga untuk mengelak keperluan permit import bagi tujuan pengimportannya,” katanya.

Pihaknya turut menahan 107 kontena yang bermuatan 2,118.91 tan e-waste yang bernilai RM5.59 juta dengan ketirisan hasil sebanyak RM558,579.18 menerusi Op e-Waste di Unit Mesin Pengimbas Pelabuhan Barat, di sini, 17 Ogos sehingga 4 Oktober lalu.

“Kontena-kontena tersebut telah diperiksa bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan didapati mengandungi 2,118,906.10 kilogram e-Waste, dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar.

“Pengimport telah membuat pengikraran tidak benar sebagai aloi aluminium, serpihan aluminium, bahan aluminium dan serpihan tembaga,” katanya.

Selain itu, katanya, JKDM merampas 412 tong drum disyaki mengandungi cecair alkohol etil tidak didenaturasi (96 peratus) berjumlah 67,980 liter bernilai RM7.11 juta ditemui di sebuah gudang di sini, 27 September lalu.

“Siasatan awal mendapati kesemua barang kes berasal dari sebuah negara di Asia Selatan dan telah diseludup masuk ke Malaysia melalui Pelabuhan Barat untuk kegunaan penghasilan minuman keras.

“Nilai dagangan dianggarkan berjumlah RM429,565 dan jumlah duti & cukai yang terlibat dianggarkan berjumlah RM6,682,334.41.

“Pengimport mengikrarkan dagangan itu sebagai pembersih tangan asas alkohol di dalam Manifes serta Borang Kastam 1 bagi mengelakkan dikesan oleh JKDM,” katanya.

Sementara itu, pihaknya menyita 6,800 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama yang diletakkan dalam kenderaan motokar di kawasan kedai di Taman Subang Mas, Petaling Jaya, Selangor, 23 September lalu.

“Rampasan itu hasil daripada pemberi maklumat berdaftar Kastam. Ketika intipan, sebuah kenderaan ditahan di kawasan parkir.

“Kenderaan dan dagangan telah di bawa balik ke Pejabat Pangkalan Marin Kastam untuk siasatan lanjut.

“Nilai dagangan dan kenderaan disita dianggarkan sebanyak RM30,592 membabitkan 6,800 batang rokok. Jumlah duti dan cukai terlibat dianggarkan berjumlah RM4,547.20.

“Pihak sindiket menggunakan orang tengah untuk menghantar barang larangan / tak berkastam ke kedai runcit yang kemudiannya dijual ke pasaran,” katanya.

Sementara itu, bagi rampasan terakhir pula melibatkan 11,600 batang rokok dan 66.96 liter minuman keras hasil serbuan dan pemeriksaan ke atas dua premis berasingan yang dijadikan sebagai kilang beroperasi tanpa kebenaran di Kampung Sungai Terap dan Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang, 25 September lalu.

“Nilai rokok dan minuman keras dianggarkan sebanyak RM2,074.80 manakala jumlah duti dan cukai yang terlibat dianggarkan berjumlah RM10,355.67.

“Pemilik dan pekerja di premis kilang beroperasi tanpa lesen menjadikan premis tersebut sebagai stor dan tempat penyimpanan barang larangan atau tak berkastam,” katanya.

Katanya lagi, kesemua kesalahan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 iaitu mengimport apa-apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan.

“Jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barangan itu atau RM100,000 yang mana lebih besar

“Atau tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barangan itu atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/14/cubaan-seludup-pelbagai-komoditi-bernilai-rm30-4-juta-tumpas-jkdm/feed/ 0 62205
Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta tumpas https://sabahmedia.com/2024/04/25/cubaan-seludup-minuman-keras-bernilai-rm450000-duti-cukai-lebih-rm1-9-juta-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/04/25/cubaan-seludup-minuman-keras-bernilai-rm450000-duti-cukai-lebih-rm1-9-juta-tumpas/#respond Thu, 25 Apr 2024 09:46:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53512
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menahan lima kontena berisi minuman keras bernilai lebih RM450,000 dengan anggaran duti serta cukai berjumlah lebih RM1.9 juta dalam satu operasi selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, untuk tempoh tiga hari operasi iaitu 16, 17 dan 18 April lalu, hasil maklumat Cawangan Risikan, sepasukan anggota daripada Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sapanggar telah berjaya menahan lima buah kontena berisi pelbagai jenis minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara dengan anggaran nilai RM473,064.76, manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM1,935,196.87.

Mohd Nasir (dua kiri) menunjukkan pelbagai jenis minuman keras yang dirampas pada sidang media di sini, hari ini.

“Namun demikian, modus operandi bagi kelima-lima kes ini adalah membuat pengikraran palsu bagi tujuan penyeludupan dan sekaligus mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil daripada maklumat perkapalan lima kontena ini dipercayai adalah datang dari dua buah negara iaitu Hong Kong dan Singapura.

Mohd Nasir juga tidak menolak kemungkinan minuman keras ini dibawa masuk ke negeri ini untuk perayaan-perayaan tertentu namun demikian pihak JKDM akan menjalankan operasi penyeludupan dan penyeleweng secara berterusan bukan sahaja pada hari perayaan tertentu.

“Kita akan sentiasa memantu aktiviti penyeludupan ini dan operasi kita secara berterusan cuma apabila kita melalui tempoh perayaan-perayaan kita ada fokus-fokus tertentu.

“Operasi kita kalau ada perayaan tertentu, fokus kita kepada komuniti-komuniti tertentu tapi untuk membenteras penyeludupan, penyelewengan, operasi kita adalah secara berterusan namun pada perayaan khusus ada operasi khusus,” jelasnya.

Beliau berkata, kelima-lima kes sedang disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967. Jika sabit kesalahan, kesalahan pertama memperuntukkan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Nasir menasihatkan orang ramai agar memberi kerjasama membenteras penyeludupan ini dan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/25/cubaan-seludup-minuman-keras-bernilai-rm450000-duti-cukai-lebih-rm1-9-juta-tumpas/feed/ 0 53512
Cubaan seludup daging khinzir bernilai RM300,000 di Tawau tumpas https://sabahmedia.com/2023/03/07/cubaan-seludup-daging-khinzir-bernilai-rm300000-di-tawau-tumpas/ https://sabahmedia.com/2023/03/07/cubaan-seludup-daging-khinzir-bernilai-rm300000-di-tawau-tumpas/#respond Tue, 07 Mar 2023 13:15:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30475
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tawau berjaya merampas satu kontena berisi daging khinzir bernilai lebih RM300,000 dengan anggaran duti serta cukai berjumlah lebih RM65,000, disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara melalui pelabuhan Tawau pada Isnin. (6 Mac)

Timbalan Menteri Kewangan I Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semalam, sepasukan anggota JKDM daripada Bahagian Penguatkuasaan Tawau dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Tawau telah berjaya menahan satu kontena berisi Daging Khinzir yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara dengan anggaran nilai RM 300,000.00. Manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM 65,700.00.

Katanya, pasukan anggota bertindak menahan kontena tersebut berdasarkan hasil penilaian risiko dan imbasan mesin pengimbas di pintu masuk pelabuhan Tawau.

“Hasil penelitian dan penilaian risiko melalui manifest, mendapati kontena daripada Hong Kong yang ditahan diikrar sebagai mengandungi Potato French Fries. Hasil pemeriksaan mesin pengimbas, menunjukkan imej yang meragukan.

“Oleh yang demikian, pemeriksaan fizikal telah dilaksanakan dan mendapati terdapat dua jenis barang di dalam kontena tersebut iaitu. Potato French Fries dan Daging Khinzir. Namun barang yang diikrar hanya Potato French Fries,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kaunter Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(a) akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai supaya membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan barang yang tertakluk kepada Duti dan Cukai serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

“Orang awam juga diminta untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1- 800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Maslan turut memaklumkan pungutan hasil bagi negeri Sabah dalam tahun 2022 (Jan – Dis) telah berjaya mengutip sebanyak RM1.791 bilion iaitu termasuk jumlah keseluruhan hasil Sales dan Services Tax (SST) dan Perkastaman.

“Kita berharap agar pada tahun ini, pencapaian ini boleh bertambah kerana kita meminta semua pihak Kastam di seluruh Malaysia meningkatkan pungutan hasil bagi memastikan apa yang kita hasratkan untuk membantu rakyat daripada hasil-hasil itu boleh dicapai,” katanya.

Hadir sama semasa lawatan itu Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/07/cubaan-seludup-daging-khinzir-bernilai-rm300000-di-tawau-tumpas/feed/ 0 30475
PPM Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Petrol Ke Negara Jiran https://sabahmedia.com/2021/08/26/ppm-gagalkan-cubaan-seludup-minyak-petrol-ke-negara-jiran/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/ppm-gagalkan-cubaan-seludup-minyak-petrol-ke-negara-jiran/#respond Thu, 26 Aug 2021 03:57:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5266
Read Time:49 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak petrol ke negara jiran dalam satu operasi di kawasan laut Pelabuhan Semporna dekat sini petang kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, Deputi Superintenden (DSP) Mohamad Ismail berkata, pasukannya telah menahan sebuah perahu di kawasan Laut Pelabuhan Semporna dalam keadaan mencurigakan, setelah menyedari kehadiran Polis, suspek telah bertindak terjun dari bot dan melarikan diri ke kawasan bakau Laut Sum-Sum.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan telah menjumpai beberapa jeriken berisi minyak petrol disyaki hendak diseludup ke negara jiran,” kata Mohamad dalam satu kenyataannya hari ini.

Sementara itu, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 14,762.50. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/ppm-gagalkan-cubaan-seludup-minyak-petrol-ke-negara-jiran/feed/ 0 5266