Cukai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Aug 2026 11:00:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cukai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan sedia kaji cadangan gabung elemen GST,SST untuk sistem cukai lebih progresif – PM Anwar https://sabahmedia.com/2026/08/18/kerajaan-sedia-kaji-cadangan-gabung-elemen-gst-sst-untuk-sistem-cukai-lebih-progresif-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2026/08/18/kerajaan-sedia-kaji-cadangan-gabung-elemen-gst-sst-untuk-sistem-cukai-lebih-progresif-pm-anwar/#respond Tue, 18 Aug 2026 10:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101860
Read Time:1 Minute, 29 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA : Kerajaan bersedia untuk mengkaji cadangan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk memastikan sistem percukaian negara yang lebih progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Malaysia masih akan mengekalkan SST sebagai sistem percukaian negara, namun akan dipertimbangkan sekiranya terdapat beberapa ciri (dalam GST) yang boleh diterima.

“Tetapi saya tidak mahu bertolak ansur dalam satu hal…saya tidak mahu cukai ke atas rakyat secara menyeluruh sepertimana pangkal (asas) pandangan dalam GST,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi penutup Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau pada dasarnya tidak bersetuju dengan GST berikutan ia adalah sistem percukaian yang lebih meluas, dengan cukai berkenaan dikenakan kepada seluruh rakyat.

Anwar berkata, menerusi sistem percukaian GST, semua lapisan rakyat akan terkesan termasuk kumpulan yang mempunyai kekangan ekonomi.

 “Kalau bercakap mengenai GST sahaja, yang saya bimbangkan, dan telah saya lahirkan kebimbangan ini berulang kali ialah, (cukai) ini nak cukai rakyat.

“Walaupun ada yang mengatakan cukai ini (lebih) efisien, tetapi ia cukai (kepada) rakyat, maknanya orang yang tidak pernah bayar cukai, mesti bayar. Bagaimana kita mahu menjawab dalam keadaan sekarang? Dengan kos sara hidup, (ia akan menjadi) beban kepada rakyat,” kata Perdana Menteri.

Terdahulu, Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan, pegawai kanan kerajaan, wakil industri, persatuan, badan bukan kerajaan serta tokoh ekonomi dan ilmuan.

Bertemakan Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi, Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/18/kerajaan-sedia-kaji-cadangan-gabung-elemen-gst-sst-untuk-sistem-cukai-lebih-progresif-pm-anwar/feed/ 0 101860
Kerajaan didesak jelaskan isu bayaran balik cukai tertunggak cecah RM33.3 bilion https://sabahmedia.com/2026/01/27/kerajaan-didesak-jelaskan-isu-bayaran-balik-cukai-tertunggak-cecah-rm33-3-bilion/ https://sabahmedia.com/2026/01/27/kerajaan-didesak-jelaskan-isu-bayaran-balik-cukai-tertunggak-cecah-rm33-3-bilion/#respond Tue, 27 Jan 2026 06:53:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90462
Read Time:1 Minute, 26 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan didesak memberi penjelasan terperinci berhubung tunggakan bayaran balik cukai terlebih bayar kepada rakyat dan syarikat yang dilaporkan mencecah RM33.3 bilion setakat tahun 2024.

Perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoal kelewatan bayaran balik cukai yang didakwa berlaku sejak 2020, sekali gus memberi kesan kepada aliran tunai perniagaan dan individu pembayar cukai.

Menurutnya, berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, komitmen bayaran balik cukai menunjukkan peningkatan ketara daripada RM14.6 bilion pada 2020 kepada RM21.8 bilion (2021), RM25.7 bilion (2022), RM25.5 bilion (2023) dan seterusnya melonjak kepada RM33.3 bilion pada 2024.

“Kita bercakap tentang wang rakyat yang terlebih dikutip tetapi tidak dipulangkan selama tiga hingga empat tahun.

“Ini bukan isu kecil dan memberi kesan langsung kepada operasi syarikat serta kewangan individu,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau turut mempersoalkan mengapa proses bayaran balik mengambil masa yang lama sedangkan pembayar cukai dikenakan penalti dan tindakan undang-undang sekiranya gagal melunaskan cukai dalam tempoh ditetapkan.

Rafizi berkata, kebanyakan tunggakan bayaran balik melibatkan cukai pendapatan, selain beberapa kategori lain termasuk cukai keuntungan harta tanah (RPGT), namun butiran terperinci penerima tidak didedahkan secara terbuka dalam dokumen belanjawan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan mendedahkan pecahan penerima bayaran balik cukai mengikut kategori, tempoh kelewatan serta punca utama tunggakan berkenaan.

“Ketelusan penting supaya rakyat memahami kedudukan sebenar kewangan negara dan tidak timbul persepsi bahawa bayaran balik ditangguhkan bagi memperlihatkan kedudukan fiskal kerajaan lebih baik,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan RM4 bilion bagi melunaskan sebahagian bayaran balik cukai tertunggak, namun jumlah keseluruhan tunggakan yang masih belum diselesaikan terus menjadi perhatian ahli Parlimen dan pihak berkepentingan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/27/kerajaan-didesak-jelaskan-isu-bayaran-balik-cukai-tertunggak-cecah-rm33-3-bilion/feed/ 0 90462
SST Baharu: Rakyat dan Perniagaan Berdepan Fasa Penyesuaian Ekonomi https://sabahmedia.com/2025/07/04/sst-baharu-rakyat-dan-perniagaan-berdepan-fasa-penyesuaian-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/sst-baharu-rakyat-dan-perniagaan-berdepan-fasa-penyesuaian-ekonomi/#respond Fri, 04 Jul 2025 03:03:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76659
Read Time:2 Minute, 57 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

KUALA LUMPUR – Bermula 1 Julai 2025 lalu , pelaksanaan kadar dan skop baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyaksikan ekonomi negara memasuki fasa penyesuaian, dengan pengguna dan komuniti perniagaan dijangka berdepan peningkatan kos barang dan perkhidmatan apabila kos operasi dinaikkan oleh pembekal.

SST baharu ini merupakan kesinambungan pengumuman oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 9 Jun lalu, sebagai lanjutan daripada pembentangan Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada Oktober 2024.

Menurut Kementerian Kewangan, pelaksanaan semakan kadar dan peluasan skop SST ini bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui peningkatan hasil kerajaan dan pengembangan asas percukaian – tanpa menambah beban kepada rakyat. Hasil tambahan ini akan digunakan untuk memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan menjangkakan kutipan SST akan meningkat sebanyak RM5 bilion tahun ini dan RM10 bilion pada 2026.

Fokus Barangan Premium dan Perkhidmatan Baharu

Antara barangan yang terlibat dalam semakan SST ialah produk bukan keperluan seperti buah-buahan import, salmon dan basikal lumba. Perkhidmatan baharu pula melibatkan sektor penyewaan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Namun begitu, barangan asas seperti beras, ayam, daging lembu, telur, sayur-sayuran serta ikan-ikan seperti selar, tongkol, cencaru dan sardin, termasuk versi import, kekal dikecualikan cukai.

Sistem SST telah dilaksanakan sejak 1972 sebelum digantikan oleh GST pada 2015. Namun, GST dihentikan pada 2018 dan SST dikembalikan, dan kekal sehingga kini.

Reaksi Industri: Hotel, Runcit, dan PMKS Terjejas

Beberapa pemain industri telah menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan SST ini.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Negeri Sembilan (MAH) menjangkakan harga bilik hotel bakal naik antara 10–15% akibat gabungan SST, kadar gaji minimum baharu dan tarif elektrik yang lebih tinggi. Banyak hotel kini mengehadkan pengambilan kakitangan baharu, membekukan kerja lebih masa dan mengurangkan penggunaan elektrik.

Naib Presiden Persatuan Peruncitan Malaysia (MRCA) pula menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan SST, terutama melibatkan perkhidmatan sewaan. MRCA mencadangkan supaya kadar SST diturunkan kepada 2% dan nilai ambang pendaftaran dinaikkan kepada RM2 juta.

The Federation of Sabah Industries (FSI) turut menyuarakan kebimbangan impak SST terhadap Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah, yang sedia maklum menanggung kos logistik dan infrastruktur yang lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia. FSI mencadangkan penangguhan SST kepada 1 Januari 2026.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM), yang mencadangkan kadar SST dikurangkan kepada 4% untuk dua tahun pertama, bagi mengurangkan tekanan kepada komuniti perniagaan dan PMKS.

Kesan Inflasi Dijangka Minimum

Menurut RHB Investment Bank, kesan pelaksanaan SST terhadap kadar inflasi negara dijangka kecil – sekitar 0.1% hingga 0.2% – kerana banyak item dan sektor dikecualikan cukai. Pada Mei 2025, kadar inflasi negara adalah 1.2%, terendah dalam tempoh 51 bulan.

Selepas mendengar maklum balas pelbagai pihak, kerajaan mengumumkan beberapa penyesuaian pada 27 Jun 2025 untuk mengurangkan beban rakyat dan PMKS, antaranya:

  • Buah epal, oren, limau mandarin dan kurma import dikecualikan daripada cukai jualan
  • Nilai ambang jualan tahunan untuk perkhidmatan sewaan atau pajakan dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta

untuk rekod, Ini merupakan semakan kedua SST dalam masa kurang dua tahun. Pada 1 Mac 2024, kadar Cukai Perkhidmatan dinaikkan daripada 6% kepada 8% bagi pelbagai perkhidmatan termasuk komoditi, hartanah, penyenggaraan dan brokeran kapal/kapal terbang. Ia dijangka menyumbang tambahan RM3 bilion pada tahun 2024.

Peralihan daripada GST kepada SST pada 2018 telah menyebabkan kutipan hasil negara susut lebih RM15 bilion setahun. Namun begitu, hasil SST menunjukkan peningkatan ketara – daripada RM27.5 bilion (2019) kepada RM44.7 bilion (2024). Unjuran 2025 mencecah RM51.7 bilion.

Menariknya, pertambahan hasil ini dijangka cukup untuk menampung pelarasan gaji penjawat awam yang bermula Disember 2024 – yang memerlukan perbelanjaan tambahan sekitar RM10 bilion setahun.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/sst-baharu-rakyat-dan-perniagaan-berdepan-fasa-penyesuaian-ekonomi/feed/ 0 76659
Gagal bayar cukai: Syarikat dan 3 pengarah didenda RM40,000 https://sabahmedia.com/2025/02/26/gagal-bayar-cukai-syarikat-dan-3-pengarah-didenda-rm40000/ https://sabahmedia.com/2025/02/26/gagal-bayar-cukai-syarikat-dan-3-pengarah-didenda-rm40000/#respond Wed, 26 Feb 2025 09:06:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69417
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat bersama tiga pengarahnya didenda sejumlah RM40,000 kerana gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM280,834.02 antara Julai 2022 hingga Februari 2024.

Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, menjatuhkan hukuman denda terhadap Lektronex Engineering Sdn Bhd serta tiga pengarahnya, Chong Chi Ming, 53, Mahmod Tahir, 80, dan Musah Edris, 69, selepas mereka mengaku bersalah pada Selasa.

Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh membayar denda RM1,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan. Masing-masing menghadapi 10 pertuduhan, menjadikan jumlah denda yang perlu dibayar oleh syarikat itu dan setiap individu RM10,000.

Menurut kertas pertuduhan, syarikat tersebut dan pengarahnya telah gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM280,834.02 yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai 1 Julai 2022 sehingga 29 Februari 2024 dalam tempoh yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam sepertimana yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mereka telah mengikrarkan penyata cukai perkhidmatan (SST-02) dengan jumlah cukai yang kena dibayar sebelum penalti dikenakan berjumlah RM280, 834.02.

Namun mereka tidak membayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan bagi 10 tempoh bercukai bermula 1 Julai 2022 hingga 29 Februari 2024.

Dalam rayuan, kesemua tertuduh memohon hukuman denda paling minimum.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Kastam, Azizah Talibe, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan pihak lain yang tertakluk dengan cukai.

Syarikat serta para pengarahnya telah membayar denda berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/26/gagal-bayar-cukai-syarikat-dan-3-pengarah-didenda-rm40000/feed/ 0 69417
LHDN Sekat Perjalanan Lebih 200,000 Individu, Pengarah Syarikat https://sabahmedia.com/2024/12/11/lhdn-sekat-perjalanan-lebih-200000-individu-pengarah-syarikat/ https://sabahmedia.com/2024/12/11/lhdn-sekat-perjalanan-lebih-200000-individu-pengarah-syarikat/#respond Wed, 11 Dec 2024 02:00:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65191
Read Time:2 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 Nov lepas.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu, melibatkan 175,656 individu yang mempunyai tunggakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, dan 12,205 individu yang mempunyai tunggakan cukai di bawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976. 

“Menurut Seksyen 104 dan 75A ACP 1967, dan Seksyen 22 ACKHT 1976, LHDN diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia, jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan.

“Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan,” menurut kenyataan itu.

LHDN menjelaskan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap mana-mana pihak bukan bertujuan menafikan hak mereka, tetapi ia adalah usaha untuk menguatkuasakan undang-undang percukaian sedia ada kepada pembayar cukai yang gagal melunaskan tunggakan cukai.

Oleh itu, LHDN menasihatkan supaya pembayar cukai perlu sentiasa peka melaksanakan tanggungjawab mereka setiap masa dan tidak menangguhkan penyelesaikan hal-hal percukaian bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

“Justeru, LHDN ingin menasihatkan kepada semua pembayar cukai yang ingin ke luar negara untuk menyemak status tunggakan cukai masing-masing terlebih dahulu menerusi portal MyTax yang boleh dicapai di https://mytax.hasil.gov.my/. 

“Selain itu, semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan mulai 4 Mac 2024 permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan yang boleh diakses menerusi portal MyTax. 

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu menghubungi Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau hadir ke pejabat LHDN berhampiran. 

Maklumat lanjut berkenaan e-Sekatan Perjalanan boleh dirujuk pada soalan lazim permohonan pembatalan sekatan perjalanan menerusi capaian pantas di https://www.hasil.gov.my/individu/lain-lain/soalan-lazim-individu/.

“Seiring dengan trend terkini masyarakat Malaysia yang gemar melancong ke luar negara atau mengerjakan ibadah, LHDN ingin menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan ke luar negara,” menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/11/lhdn-sekat-perjalanan-lebih-200000-individu-pengarah-syarikat/feed/ 0 65191
28,940 syarikat berdaftar akan laksana e-Invois HASiL di Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/08/28940-syarikat-berdaftar-akan-laksana-e-invois-hasil-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/08/28940-syarikat-berdaftar-akan-laksana-e-invois-hasil-di-sabah/#respond Thu, 08 Aug 2024 00:38:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58695
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Sejumlah 28,940 syarikat berdaftar di negeri ini akan melaksanakan sistem e-Invois yang bertujuan bagi memperkukuhkan lagi sistem percukaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL), Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, bagi fasa pertama terdapat sebanyak 260 buah syarikat berdaftar di negeri ini.

“Fasa tersebut adalah bermula pada 1 Ogos lalu iaitu pelaksanaan mandatori bagi perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan RM100 juta setahun.

“Manakala, fasa kedua pula pada 1 Januari 2025 melibatkan 680 syarikat berdaftar dengan pendapatan atau jualan tahunan RM25 juta sehingga RM100 juta.

“Bagi fasa ketiga, terdapat 26,800 syarikat berdaftar di Sabah terlibat dan terdapat dua pilihan mekanisme penghantaran e-Invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai sama ada melalui Portal MyInvois atau Application Programming Interface (API),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di sini semalam.

Abu berkata, statistik e-Invois yang berjaya diterima HASiL sehingga 6 Ogos 2024 di seluruh negara adalah sebanyak dua juta transaksi melibatkan 2,500 pembayar cukai dan daripada jumlah tersebut, Sabah merekodkan 18,000 transaksi.

“Sebagai usaha membantu pembayar cukai untuk melaksanakan e-Invois secara menyeluruh, HASiL akan memastikan sesi libat urus dan seminar bersama pembayar cukai dilaksanakan secara aktif dalam tempoh ini.

“Kita juga akan mengadakan taklimat melibatkan lebih seribu peniaga untuk menerangkan inisiatif e-Invois demi meningkatkan pematuhan dan mengurangkan ketirisan cukai,” katanya.

Abu turut memaklumkan secara keseluruhannya, bilangan pembayar cukai yang telah mengakses ke Portal MyInvois setakat ini adalah sebanyak 47,600.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Sabah, Azrul Hisham Shamsudin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Shaharrudy Othman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/08/28940-syarikat-berdaftar-akan-laksana-e-invois-hasil-di-sabah/feed/ 0 58695
Kelantangan Sabah tuntut hak beri inspirasi negeri lain https://sabahmedia.com/2024/06/10/kelantangan-sabah-tuntut-hak-beri-inspirasi-negeri-lain/ https://sabahmedia.com/2024/06/10/kelantangan-sabah-tuntut-hak-beri-inspirasi-negeri-lain/#respond Mon, 10 Jun 2024 01:02:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55748
Read Time:5 Minute, 31 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.        Baru-baru ini, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang di laporkan telah mengesyorkan agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula sistem pengagihan kutipan hasil cukai kepada negeri-negeri di Malaysia, termasuklah Pulau Pinang.

2.        Dengan itu, beliau telah mencadangkan agar Kerajaan Malaysia mengembalikan semula kepada Pulau Pinang sejumlah 20% daripada hasil cukai yang di perolehi oleh Kerajaan Malaysia dari Pulau Pinang.

3.        Beliau memaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip hasil cukai sekitar RM 7 – 8 billion setiap tahun daripada Pulau Pinang. Ini bermakna, Pulau Pinang boleh mendapat sebanyak RM 1.6 billion setahun, sekiranya 20% daripada hasil cukai tersebut di kembalikan.

Jumlah yang besar ini boleh di guna-pakai untuk melaksanakan agenda pembangunan sosio-ekonomi dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

4.        Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, seorang pakar Undang-Undang Perlembagaan, berpendapat bahawa Pulau Pinang berhak memohon kajian semula sistem agihan kutipan hasil cukai. Tetapi, cadangan berkenaan hanya boleh berjaya dengan persetujuan semua negeri-negeri menerusi dua cara, iaitu: perkenalan polisi baru Kerajaan Malaysia ataupun pindaan perlembagaan.

5.        Sudah pasti kedua-dua cara tersebut memiliki kebaikan dan kelemahan tersendiri. Sebagai contoh:

  • perubahan polisi boleh di buat dengan lebih mudah dan cepat, berbanding dengan pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan dua-pertiga Ahli Parlimen
  • pindaan perlembagaan boleh memberi jaminan yang lebih kukuh, berbanding dengan polisi yang boleh di ubah-suai dengan lebih mudah mengikut budi-bicara kerajaan yang mentadbir   

6.        Secara am-nya, cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan mirip kepada sistem agihan kutipan hasil di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah ketika ini. Sistem ini sudah di guna-pakai sejak penubuhan Malaysia, dan termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

7.        Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima Geran Khas Tahunan daripada Kerajaan Malaysia, pada kadar dua-perlima (40%) daripada kutipan hasil yang di perolehi oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah.

8.        Peruntukkan Perlembagaan ini adalah unik kepada Sabah sahaja, dan tidak terpakai kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Ini telah di persetujui sebagai salah satu syarat untuk Sabah bersama-sama menubuhkan Malaysia pada tahun 1963. 

9.        Namun begitu, dalam tempoh lebih 50 tahun sejak 1973, Kerajaan Malaysia telah gagal membayar sepenuhnya Geran Khas Tahunan berkenaan kepada Sabah. Dalam tempoh masa tersebut, Sabah hanya menerima jumlah yang kecil sahaja berbanding dengan jumlah yang sewajarnya di terima, bersandarkan jumlah kutipan hasil yang besar di perolehi oleh Kerajaan Malaysia, menerusi industri utama Sabah seperti minyak & gas, dan kelapa sawit.

10.      Kegagalan pembayaran penuh Geran Khas Tahunan berkenaan telah menjejaskan agenda pembangunan Sabah untuk tempoh masa yang begitu lama, dan meletakkan Sabah sebagai antara negeri termiskin di Malaysia. Sehingga kini, Sabah masih bergelut untuk menangani isu-isu legasi yang telah menghantui kesejahteraan hidup rakyat Sabah dari generasi ke generasi, antaranya: bekalan air dan elektrik, prasarana awam seperti hospital dan sekolah, rangkaian jalan-raya.

11.      Rakyat Sabah merasa marah dan dukacita kerana hak mereka terus di pinggirkan secara terang-terangan. Malah hak tersebut telah di guna-pakai untuk memberi kesejahteraan kepada orang-orang lain, sementara rakyat Sabah menderita kemiskinan. Justeru itu, Sabah kini lantang dan gigih untuk mendapat sepenuhnya hak tersebut, sebagaimana yang di persetujui dan di impikan oleh pemimpin-pemimpin yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

12.      Kelantangan Sabah menuntut hak itu mungkin telah mendorong Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mengemukakan cadangan 20% tersebut bagi mendapatkan agihan hasil cukai yang lebih adil saksama untuk rakyat Pulau Pinang. Selain itu, negeri-negeri lain mungkin juga menderita dan mengalami perkara yang sama di hadapi oleh rakyat Sabah.

Contoh terbaik ialah Terengganu.

13.      Pada November 2023, ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Menteri Besar Terengganu telah memaklumkan bahawa Kerajaan Terengganu masih belum menerima sepenuhnya pembayaran Royalti Petroleum untuk tahun 2023 daripada Kerajaan Malaysia. Ketika itu, Kerajaan Terengganu hanya menerima RM 510 juta sahaja, daripada anggaran jumlah Royalti Petroleum sebanyak RM 1.524 billion untuk tahun 2023.

Tiada maklumat samada pembayaran Royalti Petroleum untuk tahun 2023 telah di buat sepenuhnya.

14.      Kelewatan pembayaran Royalti Petroleum sudah pasti menjejaskan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat Terengganu. Malah, lebih menjengkelkan ialah hak rakyat Terengganu seolah-olah di perlekeh dengan penggunaan istilah berlainan dan cara pembayaran Royalti Petroleum.

15.      Secara ringkasnya, Terengganu berhak mendapat sejumlah 5% Royalti Petroleum daripada industri minyak & gas di Terengganu. Ini sepatutnya di bayar terus oleh PETRONAS kepada Kerajaan Terengganu.

16.      Namun begitu, Menteri Besar Terengganu memaklumkan, dalam tempoh hampir 50 tahun, pelbagai istilah telah diguna-pakai oleh Kerajaan Malaysia untuk merujuk kepada hak Terengganu ke atas hasil petroleum:

  • 1978 – 1999: Royalti Petroleum
  • 2000 – 2003: Wang Ehsan
  • 2004 – 2018: Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP)
  • 2019 – 2021: Bayaran Tunai Petroleum
  • 2022 – kini: Wang Ehsan

17.      Penggunaan istilah Wang Ehsan memberi gambaran bahawa pembayaran yang di buat oleh Kerajaan Malaysia adalah atas dasar ‘belas kasihan’ kepada rakyat Terengganu. Sesungguhnya, ini merendahkan martabat rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu bukan pengemis!

18.      Pada November 2020, ketika Persidangan Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Malaysia telah memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah membayar hasil petroleum berjumlah RM 61.32 billion kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan, untuk tempoh masa antara 2008 – 2020 (12 tahun):

  • Sabah: RM 13.2 billion
  • Sarawak: RM 25.3 billion
  • Terengganu: RM 22.4 billion
  • Kelantan: RM 418.9 juta

19.      Menurut beliau lagi, PETRONAS membuat pembayaran 5% hasil petroleum berkenaan secara terus kepada Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, PETRONAS menyalurkan pembayaran kepada Kementerian Kewangan Malaysia, yang membuat pembayaran kepada Terengganu dan Kelantan. Kenapa pula?

20.      Maka, Kerajaan Malaysia wajar menghormati hak rakyat Terengganu dengan menggunakan semula istilah Royalti Petroleum, serta membuat pembayaran penuh tepat pada masanya. Kerajaan Terengganu berhak mengguna-pakai duit Royalti Petroleum berkenaan sebaik-baiknya mengikut budi-bicara tersendiri untuk kesejahteraan rakyat Terengganu.

21.      Cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk kajian semula agihan kutipan hasil cukai sewajarnya mendapat pertimbangan oleh Kerajaan Malaysia. Ini membolehkan kejayaan dan kemewahan negara di agihkan dengan lebih saksama, terutamanya kepada negeri-negeri yang masih ‘ketinggalan’ agar dapat di bangunkan dengan lebih pesat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/10/kelantangan-sabah-tuntut-hak-beri-inspirasi-negeri-lain/feed/ 0 55748
DUN Sabah : CJN dikenakan ke atas komoditi perikanan yang dibawa ke luar Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/24/dun-sabah-cjn-dikenakan-ke-atas-komoditi-perikanan-yang-dibawa-ke-luar-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/24/dun-sabah-cjn-dikenakan-ke-atas-komoditi-perikanan-yang-dibawa-ke-luar-sabah/#respond Thu, 24 Mar 2022 05:25:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13429
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kewangan telah mewartakan  Perintah Cukai Jualan Negeri (Kadar Cukai) 2021 bagi mengenakan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas komoditi perikanan yang dibawa keluar dari negeri ini berkuatkuasa 1 Mei 2021.

Pembantu Menteri Kewangan Jasnih Daya berkata, namun Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan penangguhan ke atas pembayaran CJN bermula 1 Mei 2021 sehingga 28 Disember 2021 dan perlu dibayar sepenuhnya sebelum 28 Januari 2022.

Katanya, penangguhan itu adalah mengambilkira rayuan yang diterima daripada pihak industri di negeri ini.

“Pada Januari 2022, Kementerian Kewangan telah memutuskan bahawa CJN ini akan mula dikutip dan justeru itu pembayaran CJN yang ditangguhkan bagi tempoh Mei hingga Disember 2021 juga perlu dibayar penuh oleh pihak syarikat terlibat sebelum penghujung bulan Januari 2022.

“Walaubagaimanapun, pada hari ini saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju ke atas tempoh penangguhan pembayaran CJN bagi bulan Mei hingga Disember 2021 dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chong Chen Bin (DAP-Tanjong Kapor) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jasnih  berkata, keputusan itu adalah muktamad dan perincian mengenai perkara itu akan diumumkan melalui notis pengumuman yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

Katanya, cukai ini adalah dikenakan ke atas pihak syarikat yang terlibat dalam perniagaan komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah dan ianya bukan dikenakan ke atas pihak nelayan.

“Kerajaan Negeri sedar bahawa mana-mana cukai jualan yang dikenakan, peniaga pada lazimnya samada memilih untuk menyerap cukai tersebut atau peniaga memilih untuk menurunkan cukai itu kepada pihak yang lain seperti nelayan.

“Situasi seperti ini adalah di luar kawalan Kerajaan Negeri kerana ia berdasarkan amalan komersial iaitu “willing seller, willing buyer”,” katanya.

Sementara itu, Jasnih berkata, tujuan kutipan CJN ini diperkenalkan adalah untuk memastikan bekalan perikanan negeri kekal mampan berikutan aduan kurangnya ikan bernilai tinggi untuk penggunaan dalam negeri.

Katanya, disamping itu juga, kutipan Cukai ini dapat meningkatkan hasil negeri berikutan perbelanjaan operasi dan pembangunan negeri yang kian meningkat dari tahun ke tahun.

“Selain daripada itu, cukai-cukai yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah digunakan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat Sabah,termasuklah golongan nelayan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/24/dun-sabah-cjn-dikenakan-ke-atas-komoditi-perikanan-yang-dibawa-ke-luar-sabah/feed/ 0 13429
DUN Sabah : RM1.25 Bilion Anggaran Asal Kutipan Cukai Jualan Sabah Tahun Ini https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-rm1-25-bilion-anggaran-asal-kutipan-cukai-jualan-sabah-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-rm1-25-bilion-anggaran-asal-kutipan-cukai-jualan-sabah-tahun-ini/#respond Tue, 07 Dec 2021 08:01:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9479
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Cukai jualan negeri ke atas produk petroleum yang mula berkuatkuasa pada April 2020 dikenakan ke atas minyak mentah petroleum dan gas asli atau gas asli cecair pada kadar lima peratus bagi setiap produk terbabit.

Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya berkata, anggaran asal kutipan cukai itu pada tahun ini ialah RM1.25 bilion namun disebabkan kenaikan harga komoditi berkenaan, anggaran itu disemak semula dan meningkat kepada RM1.4 bilion.

“Sukacita dimaklumkan bahawa setakat 28 November 2021, kerajaan telah menerima bayaran cukai sebanyak RM1.385 bilion atau 98.9 peratus daripada Anggaran Disemak ke atas kutipan cukai ini.

“Jika dikira sejak cukai ini mula berkuatkuasa sejak April 2020, maka jumlah cukai terkumpul yang telah dikutip adalah RM1.562 bilion. Di mana pada tahun 2020 adalah sebanyak RM177.88 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Syarikat PETRONAS Carigali dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menjadi penyumbang terbesar kepada kutipan cukai jualan negeri.

Hajiji berkata, kutipan itu adalah bagi produk petroleum yang dikutip kerajaan Sabah antara April tahun lalu hingga November ini.

“Kedua-dua syarikat itu, masing-masing membayar RM444.5 juta dan RM429.9 juta daripada keseluruhan RM1.562 bilion kutipan cukai jualan negeri produk petroleum dalam tempoh itu.

“Selebihnya, ia disumbangkan Conoco Malaysia (RM212.8 juta), Sabah Shell (RM210.7 juta), PTTEP Malaysia (RM76 juta), Petronas Floating LNG 1 (RM63.6 juta), Petronas Floating LNG 2 (RM56.6 juta) Repsol (RM31.1 juta) , PT Pertamina Malaysia (RM28.9 juta) , ConocoPhilips RM7.7 juta dan E&P Malaysia (RM0.46 juta),”katanya.

Katanya, ia adalah jumlah keseluuhan pungutan hasil cukai jualan petroleum yang berjumlah RM1.562 bilion yang dikutip sehingga November tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-rm1-25-bilion-anggaran-asal-kutipan-cukai-jualan-sabah-tahun-ini/feed/ 0 9479
Kerajaan Sabah menangguhkan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri bagi eksport makanan laut https://sabahmedia.com/2021/08/06/kerajaan-sabah-menangguhkan-pelaksanaan-cukai-jualan-negeri-bagi-eksport-makanan-laut/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/kerajaan-sabah-menangguhkan-pelaksanaan-cukai-jualan-negeri-bagi-eksport-makanan-laut/#respond Fri, 06 Aug 2021 11:40:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4153
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) sehingga keadaan ekonomi bertambah baik.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kerajaan juga akan menjalankan kajian lanjutan mengenai keadaan ekonomi di Sabah, terutama sekali situasi semasa industri perniagaan di wilayah ini.

“Kerajaan ambil maklum dan prihatin akan maklumbalas peniaga, terutama daripada industri makanan laut, terhadap pelaksanaan SST.

“Kerajaan juga memahami kebimbangan mereka, dan adalah tidak adil memberikan tekanan tambahan terhadap sektor swasta pada masa ini.

“Oleh itu, sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan, kementerian saya telah membincangkan situasi ini dengan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan, dan memutuskan bahawa, walaupun kita tidak dapat membatalkan cukai tersebut, pelaksanaan cukai ini ditunda serta merta ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey berharap penangguhan cukai penjualan ke atas industri eksport makanan laut akan memberi ruang bernafas bagi pemain industri.

Beliau juga menambah bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong sektor swasta kerana sektor ini merupakan tulang belakang ekonomi Sabah dan penyumbang peluang pekerjaan terbesar di wilayah ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/kerajaan-sabah-menangguhkan-pelaksanaan-cukai-jualan-negeri-bagi-eksport-makanan-laut/feed/ 0 4153