CULIK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 May 2025 11:31:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png CULIK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis Sahkan Wanita Maut Ditolak keluar Van Bukan Pamela Ling https://sabahmedia.com/2025/05/06/polis-sahkan-wanita-maut-ditolak-keluar-van-bukan-pamela-ling/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/polis-sahkan-wanita-maut-ditolak-keluar-van-bukan-pamela-ling/#respond Tue, 06 May 2025 11:31:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73304
Read Time:57 Second

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa seorang wanita yang maut selepas dipercayai ditolak keluar dari sebuah van di Lebuhraya Kesas bukan individu yang dikaitkan dengan kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang Selasa berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar, apabila saksi melihat mangsa ditolak keluar dari sebuah van yang kemudiannya memecut meninggalkan lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba sejurus dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenalpasti sebagai seorang wanita berusia 44 tahun dari Ipoh, Perak.

“Saya ingin mengesahkan bahawa mangsa bukan individu yang dilaporkan hilang, Datin Seri Pamela Ling,” tegas ACP Aidil.

Pihak polis akan menjalankan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian dan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

sebelum itu media melaporkan Mayat seorang wanita ditemui dipercayai dicampak dari sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar, di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.58 petang tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/polis-sahkan-wanita-maut-ditolak-keluar-van-bukan-pamela-ling/feed/ 0 73304
Suami Antara Suspek Kehilangan Pamela Ling – Ketua Polis Negara https://sabahmedia.com/2025/05/06/suami-antara-suspek-kehilangan-pamela-ling-ketua-polis-negara/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/suami-antara-suspek-kehilangan-pamela-ling-ketua-polis-negara/#respond Tue, 06 May 2025 07:15:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73271
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh merupakan antara individu yang sedang disiasat berhubung kehilangan wanita berkenaan sejak 9 April lalu.

“Buat masa ini, siasatan menjurus ke arah kemungkinan suaminya terlibat, dan tidak menolak ada pihak lain yang turut memainkan peranan.

“Setakat ini, kita telah mengambil keterangan lebih 16 individu, termasuk suami mangsa pada peringkat awal siasatan. Kami juga akan merakam keterangan anak-anak pasangan ini yang berada di Singapura,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada Selasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis masih belum mengenal pasti motif sebenar kehilangan tersebut, namun siasatan dijalankan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mendedahkan bahawa kenderaan yang disyaki digunakan dalam penculikan itu dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Siasatan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan bahawa kesemua kenderaan yang dikenal pasti menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kita telah mengarahkan semua pasukan untuk mengenal pasti dan meneliti rakaman CCTV di Putrajaya, Kuala Lumpur serta sempadan negeri Selangor bagi mengesan pergerakan kenderaan yang sepadan,” katanya dalam sidang media berasingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Polis kini sedang giat menjejaki kenderaan dan individu yang terlibat bagi merungkai kehilangan misteri wanita berusia 42 tahun itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/suami-antara-suspek-kehilangan-pamela-ling-ketua-polis-negara/feed/ 0 73271
Polis Siasat Dakwaan Kehilangan Wanita Dalam Perjalanan ke SPRM https://sabahmedia.com/2025/05/02/polis-siasat-dakwaan-kehilangan-wanita-dalam-perjalanan-ke-sprm/ https://sabahmedia.com/2025/05/02/polis-siasat-dakwaan-kehilangan-wanita-dalam-perjalanan-ke-sprm/#respond Fri, 02 May 2025 14:56:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73072
Read Time:1 Minute, 30 Second

KUALA LUMPUR, – Polis Kuala Lumpur mengesahkan sedang menyiasat laporan kehilangan seorang wanita berusia 42 tahun yang didakwa hilang semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menculik, susulan laporan yang diterima pada jam 3.02 petang, 9 April lalu.

“Siasatan sedang dijalankan dan beberapa saksi termasuk peguam wanita tersebut serta pegawai SPRM telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan yang masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rusdi, mangsa difahamkan telah beberapa kali hadir ke Ibu Pejabat SPRM sebelum ini bagi memberikan keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi itu.

Sebelum ini, laporan media menyebut seorang wanita berusia 42 tahun hilang selepas kenderaan e-hailing yang dinaikinya dikatakan telah dipintas oleh tiga buah kenderaan tidak dikenali, sebelum wanita berkenaan diarahkan menaiki salah sebuah kenderaan tersebut.

Dalam kenyataan berasingan, keluarga Pamela turut membuat rayuan awam bagi mendapatkan maklumat mengenai kehilangannya. Abangnya, Simon Ling Wan Siong, memaklumkan bahawa adiknya itu menghantar mesej kepada peguamnya pada jam 1.57 petang, memaklumkan bahawa dia sedang dalam perjalanan ke pejabat SPRM dan dijangka tiba pada jam 2.08 petang menggunakan perkhidmatan Grab.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguamnya, Pamela dilaporkan bertolak dari Jalan Cheras pada jam 1.29 petang dan lokasi terakhir telefonnya dikesan berhampiran Lebuhraya MEX berdekatan Pusat Bandar Putra Permai pada jam 1.52 petang.

“Selepas jam 2.00 petang, semua cubaan menghubungi Pamela melalui panggilan dan WhatsApp oleh keluarga dan peguamnya tidak berjaya. Mesej tidak dibalas dan panggilan tidak dijawab,” kata Simon dalam kenyataan itu.

Pamela dilaporkan tinggal di sebuah apartmen di Sunway Velocity, Cheras. Siasatan dengan pihak Grab Malaysia pula mengesahkan perjalanan ditandakan sebagai selesai, namun tiada maklumat lanjut diperoleh setakat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/02/polis-siasat-dakwaan-kehilangan-wanita-dalam-perjalanan-ke-sprm/feed/ 0 73072
Tiga lelaki ditahan didakwa rogol remaja https://sabahmedia.com/2024/08/28/tiga-lelaki-ditahan-didakwa-rogol-remaja/ https://sabahmedia.com/2024/08/28/tiga-lelaki-ditahan-didakwa-rogol-remaja/#respond Wed, 28 Aug 2024 15:40:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59802
Read Time:43 Second

TAWAU – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di daerah ini pada Jumaat lalu mendakwa dirogol oleh tiga lelaki yang dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan.

Katanya, kes tersebut merujuk kepada laporan seorang remaja perempuan yang telah ditemui semula dalam keadaan selamat di sini pada jam 1 pagi Selasa.

“Pada jam 3 pagi Selasa semasa berada di Balai Polis Tawau remaja tersebut telah memaklumkan bahawa dia telah dirogol tiga lelaki yang dikenalinya.

“Ekoran daripada itu, tiga lelaki tempatan berusia 15 hingga 29 tahun ditahan di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/28/tiga-lelaki-ditahan-didakwa-rogol-remaja/feed/ 0 59802
Lelaki Dakwa Pernah Diculik, Dibogelkan Makhluk Asing https://sabahmedia.com/2021/08/26/lelaki-dakwa-pernah-diculik-dibogelkan-makhluk-asing/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/lelaki-dakwa-pernah-diculik-dibogelkan-makhluk-asing/#respond Thu, 26 Aug 2021 02:25:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5254
Read Time:1 Minute, 6 Second

LONDON: Seorang lelaki dari Bedfordshire, England mendakwa pernah diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang menyerupai haiwan reptilia dan dibawa masuk ke dalam objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum dibogelkan di atas katil, lapor akhbar Daily Star semalam.

Philip Kinsella mendakwa, dia telah berjumpa dengan makhluk asing pada tahun 1989 ketika terjaga pada tengah malam sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah UFO.

“Saya mendapati diri saya berada dalam satu suasana seperti bilik perubatan yang kelihatan suram dan amat panas. Saya juga sedang berbogel.

“Apabila saya berpusing ke arah kanan, saya melihat tiga reptilia yang berada dalam keadaan berkabus dan tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.

Tambah Kinsella, dia ketakutan apabila menyedari ada sesuatu yang telah ditampal pada bahagian bawah tubuhnya.

“Saya menjerit ketakutan kerana saya mahu alat itu ditanggalkan dari badan saya,” katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.

Kinsella kemudiannya didakwa diselamatkan oleh suatu ‘benda hidup’ yang kecil dan berwarna kelabu.

Ketika ia muncul, alat yang ditampal pada badannya secara tiba-tiba hilang dan talinya tertanggal sebelum ketiga-tiga reptilia tersebut hilang.

“Terdapat kesan fizikal pada tubuh saya keesokan harinya. Abang saya menjumpai tiga kesan berbentuk segi tiga pada belakang telinga kanan, tiga kesan pada lengan kanan dan pendarahan pada lubang hidung kanan saya yang berhenti selepas dua tahun,” katanya. – AGENSI

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/lelaki-dakwa-pernah-diculik-dibogelkan-makhluk-asing/feed/ 0 5254