Curi elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Dec 2025 10:05:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Curi elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Individu penempatan setinggan didakwa curi elektrik di Sepanggar https://sabahmedia.com/2025/12/04/individu-penempatan-setinggan-didakwa-curi-elektrik-di-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2025/12/04/individu-penempatan-setinggan-didakwa-curi-elektrik-di-sepanggar/#respond Thu, 04 Dec 2025 10:05:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87718
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Seorang penghuni penempatan setinggan di Sepanggar didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas tiga pertuduhan berkaitan kecurian elektrik dan pemasangan pendawaian tanpa kebenaran.

Tertuduh yang didakwa di hadapan Hakim Marlina Ibrahim pada Rabu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 (EBE 2024).

Bagi pertuduhan pertama, individu itu didakwa mengikut Seksyen 8(1)(b) kerana membekalkan elektrik kepada beberapa premis dalam penempatan setinggan tanpa lesen sah. Jika sabit kesalahan, hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya boleh dikenakan.

Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 61(3)(a) kerana mengambil elektrik secara curang, yang membawa hukuman denda antara RM1,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, pertuduhan ketiga di bawah Seksyen 61(8) melibatkan perbuatan memasang pendawaian elektrik tanpa kebenaran Sabah Electricity. Kesalahan ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin tempatan, namun dia direman kerana gagal membayar wang jaminan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Januari 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, kes ini merupakan pendakwaan pertama melibatkan kecurian elektrik di kawasan penempatan setinggan.

“ECoS bersama Sabah Electricity akan melipatgandakan usaha membanteras kegiatan kecurian elektrik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menambah, aktiviti mencuri elektrik bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada Sabah Electricity, malah berisiko tinggi dari aspek keselamatan kerana pendawaian yang tidak mengikut piawaian serta kerap mengakibatkan gangguan bekalan kepada pengguna berdaftar di kawasan berhampiran akibat beban berlebihan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/04/individu-penempatan-setinggan-didakwa-curi-elektrik-di-sepanggar/feed/ 0 87718
Lima premis disyaki curi elektrik diserbu ECoS https://sabahmedia.com/2025/03/01/lima-premis-disyaki-curi-elektrik-diserbu-ecos/ https://sabahmedia.com/2025/03/01/lima-premis-disyaki-curi-elektrik-diserbu-ecos/#respond Sat, 01 Mar 2025 09:19:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69628
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Lima premis di sekitar Kota Kinabalu, Telipok dan Tamparuli telah diserbu oleh pasukan penguatkuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity kerana disyaki mencuri elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, operasi serbuan bersepadu tersebut diketuai oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Wilayah ECoS dan dijalankan pada 24, 25, dan 27 Februari lalu lima premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik merangkumi pengguna industri, komersil, dan rumah di penempatan setinggan.

Bagi kes yang melibatkan pengguna industri dan komersial, pelaku akan disiasat di bawah Seksyen61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 di mana jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 sehingga tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes-kes yang melibatkan rumah di penempatan setinggan yang terlibat dalam kegiatan menggunakan elektrik tanpa melalui meter akan disiasat di bawah Seksyen 61(3), dan jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1 ribu sehingga tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali; manakala premis yang disyaki membekalkan elektrik ke beberapa rumah lain tanpa kelulusan daripada syarikat utiliti akan disiasat di bawah Seksyen 61(8) yang membawa hukuman denda tidakmelebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kes membekalkan bekalan elektrik ke premis lain tanpa lesen, pesalah boleh didakwa di bawahSeksyen 8(1)(b) dan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Nasser mengingatkan orang ramai agar tidak mengusik meter elektrik atau membuat pengubahsuaian haram.

“Kegiatan ini salah di sisi undang-undang dan mengundang risiko keselamatan yang tinggi kepada pengguna dan orang ramai,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, dua pemilik premis melibatkan restoran makanan segera dan kedai perabot telah didakwa di mahkamah Kota Kinabalu masing-masing pada 13 Februari dan 19 Februari di mana hakim telah menjatuhkan hukuman denda antara RM20,000 sehingga RM35,000.

Di samping itu, seorang pemilik kilang ais telah didakwa di mahkamah Sandakan pada 17 Februari dan tidak mengaku bersalah.

Tarikh sebutan seterusnya telah ditetapkan pada 19 Mac 2025. Ketiga-tiga kes ini adalah hasil serbuan bersepadu yang dilaksanakan oleh ECoS dan Sabah Electricity pada tahun 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/01/lima-premis-disyaki-curi-elektrik-diserbu-ecos/feed/ 0 69628