Curi kabel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 May 2026 08:48:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Curi kabel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua suspek curi kabel ditahan, cuba rempuh polis https://sabahmedia.com/2026/05/24/dua-suspek-curi-kabel-ditahan-cuba-rempuh-polis/ https://sabahmedia.com/2026/05/24/dua-suspek-curi-kabel-ditahan-cuba-rempuh-polis/#respond Sun, 24 May 2026 08:46:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97238
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel telekomunikasi serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Jalan Tuaran berhampiran Jabatan Audit dekat sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.13 pagi itu, anggota polis bersama kakitangan Telekom Malaysia yang sedang menjalankan rondaan mengesan dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah mainhole milik Telekom Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa individu sedang menjalankan kerja pemotongan kabel telekomunikasi di dalam mainhole berkenaan sebelum suspek melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux dan van Hiace sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Semasa cubaan meloloskan diri, pemandu Toyota Hilux dipercayai cuba merempuh anggota polis yang menghalang laluan kenderaan terbabit sehingga membahayakan keselamatan anggota bertugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian berjaya menahan Toyota Hilux terbabit selepas kenderaan itu terbabas berhampiran Jalan Likas dekat stesen minyak Shell Likas.

Katanya, dua suspek berjaya diberkas manakala van Hiace yang turut terlibat masih berjaya melarikan diri dan sedang dikesan pihak polis.

“Turut dirampas dalam operasi itu ialah satu unit alat pemotong kabel yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kabel milik Telekom Malaysia telah dipotong namun belum sempat dibawa keluar dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau van Hiace yang melarikan diri diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau pegawai penyiasat, Inspektor Saiful Azri Ismail di talian 014-6115879.

Katanya, Polis Daerah Kota Kinabalu akan terus mempergiat operasi membanteras kegiatan curi kabel yang boleh menjejaskan sistem komunikasi awam serta keselamatan infrastruktur negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/24/dua-suspek-curi-kabel-ditahan-cuba-rempuh-polis/feed/ 0 97238
Empat lelaki ditahan kes curi kabel, cuba langgar polis di Lido https://sabahmedia.com/2026/04/28/empat-lelaki-ditahan-kes-curi-kabel-cuba-langgar-polis-di-lido/ https://sabahmedia.com/2026/04/28/empat-lelaki-ditahan-kes-curi-kabel-cuba-langgar-polis-di-lido/#respond Tue, 28 Apr 2026 10:50:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95721
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan empat lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel serta cubaan membunuh dalam kejadian di kawasan Lido, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, kejadian kira-kira jam 3.19 pagi itu bermula apabila pasukan ronda cegah jenayah Zon 3 Luyang menerima maklumat mengenai aktiviti kecurian kabel berhampiran sebuah pasar raya di Lido.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati sekumpulan lelaki sedang melakukan kegiatan tersebut sebelum suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Berlaku aksi kejar-mengejar hingga ke kawasan berhampiran Rugading, apabila suspek memandu secara melawan arus dan berbahaya serta cuba melanggar kenderaan polis beberapa kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam cubaan meloloskan diri, kenderaan suspek turut melanggar sebuah kenderaan orang awam sehingga menyebabkan pemandunya cedera.

Katanya, empat lelaki berusia antara 28 hingga 43 tahun berjaya ditahan, manakala seorang lagi suspek masih diburu.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel, termasuk alat pemotong, chain block, besi yang diubah suai serta gulungan kabel,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan kesalahan mencuri kabel.

Tambah beliau, usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/28/empat-lelaki-ditahan-kes-curi-kabel-cuba-langgar-polis-di-lido/feed/ 0 95721
Pemanduan agresif hampir rempuh sekatan polis, dua suspek curi kabel ditahan https://sabahmedia.com/2026/02/09/pemanduan-agresif-hampir-rempuh-sekatan-polis-dua-suspek-curi-kabel-ditahan/ https://sabahmedia.com/2026/02/09/pemanduan-agresif-hampir-rempuh-sekatan-polis-dua-suspek-curi-kabel-ditahan/#respond Mon, 09 Feb 2026 04:58:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91306
Read Time:2 Minute, 29 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas dua lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan kecurian kabel, pemilikan senjata tiruan serta kesalahan berkaitan dadah dalam satu operasi di Kota Kinabalu pada 7 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika sepasukan anggota Unit Rondaan MPV menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Maktab Gaya sebelum mengesan kedua-dua suspek sedang memotong kabel.

Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dan memandu secara agresif, termasuk menghimpit kenderaan polis, memasuki laluan bertentangan serta hampir merempuh sekatan polis.

“Kejar-mengejar berakhir di Taman Putra Perdana, Telipok selepas kenderaan suspek terbabas akibat tayar belakang pecah dan kedua-dua suspek berjaya diberkas walaupun cuba melarikan diri,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan menemui tiga batang kabel, dua alat pemotong kabel, pelbagai peralatan jenayah lain, sepucuk pistol tiruan serta dadah jenis syabu seberat 0.44 gram.

Kasim berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki berusia 31 dan 33 tahun itu positif dadah, dengan seorang daripadanya merupakan bekas anggota keselamatan manakala seorang lagi sedang dalam tempoh parol (tempoh kebebasan bersyarat).

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 431A Kanun Keseksaan berkaitan kecurian kabel, Seksyen 36 Akta Senjata Api berhubung pemilikan senjata tiruan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kasim berkata Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 160 kes kecurian kabel di daerah Kota Kinabalu sepanjang tahun 2025, membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan hampir RM1.3 juta.

Daripada jumlah tersebut, 120 tangkapan telah dibuat dengan 93 kes berjaya dituduh di mahkamah, manakala tujuh kes masih dalam siasatan.

Menurutnya, kes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan melibatkan beberapa syarikat telekomunikasi serta utiliti.

“Antara yang paling terkesan ialah sektor telekomunikasi dengan 65 kes, diikuti syarikat perkhidmatan utiliti lain sebanyak 45 kes dan Sabah Electricity Sdn Bhd dengan 30 kes. Turut terlibat ialah Maxis, Digi dan Celcom,” katanya.

Bagi tahun 2026, setakat ini polis merekodkan enam tangkapan dengan lima kes telah dituduh, manakala tiada kes diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).

Beliau berkata, tangkapan dibuat hasil beberapa operasi bersepadu melibatkan Unit Rondaan MPV dan Pasukan Petugas Khas di sekitar Inanam, Menggatal, Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Tuaran dan Penampang.

“Hasil operasi, polis menahan beberapa individu termasuk warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin serta merampas kabel konduktor tembaga yang dipotong, dibakar dan dilonggokkan,” katanya.

Turut dirampas ialah pelbagai jenis kenderaan termasuk pacuan empat roda, lori dan kenderaan tanpa nombor pendaftaran, selain peralatan memotong kabel seperti pemotong besi, mesin pengisar, gergaji serta peralatan sokongan termasuk tali penunda, winching, chain block dan tangga besi.

Kasim menegaskan, kecurian kabel bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan, malah memberi kesan serius terhadap keselamatan awam, gangguan perkhidmatan komunikasi, internet serta boleh mencetuskan gangguan bekalan elektrik dan kejadian blackout.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/09/pemanduan-agresif-hampir-rempuh-sekatan-polis-dua-suspek-curi-kabel-ditahan/feed/ 0 91306
DBKK gesa henti curi kabel, CCTV diperluas di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/05/14/dbkk-gesa-henti-curi-kabel-cctv-diperluas-di-sekitar-bandaraya-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/05/14/dbkk-gesa-henti-curi-kabel-cctv-diperluas-di-sekitar-bandaraya-kota-kinabalu/#respond Wed, 14 May 2025 01:33:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73774
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyeru agar kegiatan mencuri kabel khususnya kabel elektrik dihentikan segera kerana ia mengundang pelbagai kesulitan kepada masyarakat setempat.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, kejadian kecurian kabel bukan sahaja menyebabkan bekalan terputus malah proses pemulihannya turut mengambil masa yang panjang.

“Kita harapkan supaya orang yang agak ‘nakal’ mencuri kabel untuk dijual kepada entiti-entiti tertentu janganlah mencuri kabel sebab bila kabel itu dicuri terutama sekali kabel elektrik dan sebagainya dia menyebabkan bekalan terputus atau ‘blackout’.

“Sebenarnya bila sudah ‘blackout’ ini dia bukan semudah untuk disambung macam itu saja kadang-kadang mungkin agensi yang bertanggungjawab dengan bekalan elektrik itu pun mereka ada isu dari segi budget ataupun kabel itu sendiri.

“Dia akan mengambil masa, jadi boleh bayangkan kalau bekalan terputus sehingga dua atau tiga sudah tentu memberikan suasana yang tidak selesa kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan penjenamaan semula Program Smart City Friends di sini pada Selasa.

Sabin berkata, DBKK kini dalam proses memperluas pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dalam usaha membendung masalah dan kejadian kecurian berlaku.

Katanya, usaha itu juga adalah bagi meningkatkaan keselamatan awal di sekitar bandaraya.

“CCTV memang sudah ada, tapi bilangannya masih terhad. Yang aktif ketika ini lebih kurang 200 unit dan kebanyakannya tertumpu di kawasan Central Business District (CBD),” katanya.

Menurut beliau, peluasan sistem pemantauan ini sedang dirancang, namun memerlukan masa kerana melibatkan pelantikan konsultan dan prosedur rasmi yang tertentu.

Beliau turut menegaskan bahawa pemasangan CCTV bukan sahaja bertujuan mengurangkan kadar jenayah seperti kecurian kabel, tetapi juga membantu dalam memantau keselamatan umum dan mempercepat tindakan pihak berkuasa jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/14/dbkk-gesa-henti-curi-kabel-cctv-diperluas-di-sekitar-bandaraya-kota-kinabalu/feed/ 0 73774
Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut https://sabahmedia.com/2024/11/23/cubaan-curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-di-kinarut/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/cubaan-curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-di-kinarut/#respond Sat, 23 Nov 2024 02:07:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64237
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Tindakan pantas dan efisien pasukan teknikal Sabah Electricity berjaya memastikan gangguan bekalan elektrik di kawasan Kinarut pada 22 November 2024 diatasi dalam masa yang singkat.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa syarikat itu akan sentiasa memberikan yang terbaik dan ini terbukti melalui tindakan segera memulihkan gangguan bekalan dengan pantas di Kinarut.

“Sejurus aduan mengenai gangguan bekalan elektrik diterima , pasukan teknikal membuat pemeriksaan segera dan mendapati kabel bawah tanah 33kV Lokawi-Kinarut telah terbakar di bawah jambatan Sungai Kinarut akibat cubaan mencuri kabel.

“Operasi memadamkan kebakaran juga mendapat sokongan padu daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sabah.

“Meskipun menghadapi cabaran, bekalan dipulihkan secara berperingkat bermula jam 2:18 pagi dan pulih sepenuhnya pada jam 3:37 pagi, yang mana meminimumkan kesulitan kepada lebih 8,000 pengguna yang terjejas,” katanya.

Ir. Mohd Yusmanizam turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam menjaga infrastruktur elektrik demi memastikan bekalan yang stabil dan selamat.

“Sabah Electricity berterima kasih atas sokongan masyarakat dan terus komited untuk memberikan perkhidmatan cemerlang demi kesejahteraan semua,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/cubaan-curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-di-kinarut/feed/ 0 64237