Dada – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Nov 2021 00:31:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dada – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Edar lebih 70 kg dadah, dua ahli perniagaan di Tawau ke tali gantung https://sabahmedia.com/2021/11/27/edar-lebih-70-kg-dadah-dua-ahli-perniagaan-di-tawau-ke-tali-gantung/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/edar-lebih-70-kg-dadah-dua-ahli-perniagaan-di-tawau-ke-tali-gantung/#respond Sat, 27 Nov 2021 00:31:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8945
Read Time:53 Second

BERNAMA

TAWAU ~~ Mahkamah Tinggi semalam menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas dua lelaki yang juga ahli perniagaan selepas mereka didapati bersalah mengedar 70.9 kilogram dadah jenis syabu pada 2018.

Hakim Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Teng Siong, 42, dan Tay Thong Keng, 34, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Lim dalam penghakimannya berkata pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai niat bersama untuk menyeludup dadah dan dengan itu, mereka didapati bersalah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama Tan Teng Sang, 38, iaitu adik tertuduh pertama, di Jalan Haji Karim di sini pada 12.30 tengah hari pada 9 Nov 2018 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Teng Sang, yang juga seorang ahli perniagaan, bagaimanapun dibebaskan daripada pertuduhan di akhir kes pendakwaan pada 20 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran, Teng Siong diwakili peguam Dominic Chew serta Luke Ressa manakala Tay diwakili Ram Singh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/edar-lebih-70-kg-dadah-dua-ahli-perniagaan-di-tawau-ke-tali-gantung/feed/ 0 8945
Tawaran PM, semua pihak perlu berlapang dada -PRESBAH https://sabahmedia.com/2021/08/14/tawaran-pm-semua-pihak-perlu-berlapang-dada-presbah/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/tawaran-pm-semua-pihak-perlu-berlapang-dada-presbah/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4626
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalin kerjasama dengan pemimpin di luar Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu menyelesaikan kemelut politik negara hari ini.

Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH), Yahya Ahmad berkata, semua pihak dengan itu turut diminta berfikiran matang dan perlu menyambut perkara tersebut dengan berlapang dada demi kepentingan negara.

Jelasnya, semua pemimpin parti politik juga diminta bermula Sabah di saat negara diuji, menyambut baik tawaran itu dengan mengusahakan tempoh jaminan kerajaan sehingga semua usaha memberikan imunisasi berkelompok dapat direalisasikan.

“Rakyat sudah mendapat apa yang patut dari segenap bantuan, pelan-pelan peralihan bergerak lancar maka tempoh ingin mengadakan pilihan raya bulan Julai tahun hadapan sudah dikira bersesuaian.

“Jika tawaran roh muafakat ini baik, tidak ada alasan mana-mana ahli parlimen menolaknya, melainkan lebih perjuangan peribadi bukan rakyat.

“Perkara mustahil ahli politik dan ahli parlimen kurang bersabar dibanding rakyat yang sudah sarat terbeban namun mampu cekal bertabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri dalam perutusan khasnya telah menawarkan tujuh cadangan kerjasama yang turut melibatkan pihak pembangkang.

Tindakan itu antara lain adalah bagi usaha meningkatkan kestabilan negara dan ke arah pemulihan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Yahya menambah suhu politik kini perlu ditenteramkan terlebih dahulu kerana ia dilihat banyak menggangu fokus kerajaan dalam menangani isu pandemik di negara ini.

“Rakyat ini bukan buta, sentiasa memerhati semua percakapan dan tindakan para pemimpin dan ahli politik yang kurang mengawal sabar dan kematangan lebih asyik menumpu tujuan menjatuhkan dan berebut kuasa.

“Mereka gagal menunjuk keteladanan, kegagalan ini cukup jelas ada pada mereka dan terlebih berpolitik kurangnya berjiwa rakyat.

” Kepada mereka yang terlalu ikut nafsu politik dan tersirat jelas kepentingan ini, fikirkan hati dan perasaan rakyat yang terganggu sudah cukup bosan dan sangat marah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/tawaran-pm-semua-pihak-perlu-berlapang-dada-presbah/feed/ 0 4626