dadah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Jun 2026 05:11:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dadah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Enam lelaki ditahan dalam Ops Tapis, polis rampas dadah di Penampang https://sabahmedia.com/2026/06/25/enam-lelaki-ditahan-dalam-ops-tapis-polis-rampas-dadah-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/enam-lelaki-ditahan-dalam-ops-tapis-polis-rampas-dadah-di-penampang/#respond Thu, 25 Jun 2026 05:11:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98843
Read Time:1 Minute, 43 Second

PENAMPANG: Enam lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi bersepadu membanteras penyalahgunaan dan pemilikan dadah yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kerjasama BSJND IPD Kota Kinabalu.

Operasi menerusi Ops Tapis itu dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar daerah Penampang bermula malam 24 Jun hingga awal pagi 25 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, operasi berkenaan melibatkan sebuah kafe, kawasan sekitar pusat hiburan di Damai 118 Plaza, Kepayan Point serta sebuah unit kondominium di Nosoob.

Menurutnya, hasil operasi itu membawa kepada penahanan enam lelaki berusia antara 27 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan, polis merampas cecair disyaki dadah jenis MDMA/psilocybin berjumlah 20.5 mililiter dengan anggaran nilai RM360 serta ganja seberat 5.41 gram bernilai kira-kira RM120.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM480,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek dipercayai bertindak sebagai pembekal kepada beberapa individu lain yang ditahan dalam operasi tersebut.

Katanya, maklumat hasil tangkapan awal membawa kepada penahanan seorang lagi suspek bersama sejumlah kecil cecair disyaki dadah sebelum polis menjalankan serbuan susulan di sebuah kondominium.

“Serbuan itu membawa kepada penemuan ganja dan penahanan dua lagi suspek,” katanya.

Sammy berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati lima daripada enam suspek positif dadah jenis THC, manakala seorang lagi didapati negatif.

Selain itu, semakan rekod lampau turut mendapati beberapa suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dibaca bersama Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya, Seksyen 6 akta sama kerana memiliki ganja serta Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah berbahaya.

Menurut beliau, Polis Daerah Penampang akan terus memperhebatkan operasi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, khususnya di kawasan pusat hiburan, premis perniagaan, kafe dan lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan penagih serta pengedar dadah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah dadah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/enam-lelaki-ditahan-dalam-ops-tapis-polis-rampas-dadah-di-penampang/feed/ 0 98843
Tokan dadah warga asing berdepan hukuman mati https://sabahmedia.com/2025/10/15/tokan-dadah-warga-asing-berdepan-hukuman-mati/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/tokan-dadah-warga-asing-berdepan-hukuman-mati/#respond Wed, 15 Oct 2025 08:39:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83338
Read Time:59 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipercayai tokan dadah ditahan polis dalam serbuan di Kampung Vietnam, Tanjung Batu, di sini, semalam dan kini berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Tawau hasil maklumat risikan.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menemui satu beg tangan mengandungi tujuh peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 52 gram dengan nilai anggaran RM5,500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Tambahnya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah.

Jasmin menegaskan, pihaknya akan terus memperhebatkan operasi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

“Polis menyeru orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu usaha memerangi jenayah dadah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/tokan-dadah-warga-asing-berdepan-hukuman-mati/feed/ 0 83338
Sabah jadi transit utama sindiket dadah ke negara jiran https://sabahmedia.com/2025/01/14/sabah-jadi-transit-utama-sindiket-dadah-ke-negara-jiran/ https://sabahmedia.com/2025/01/14/sabah-jadi-transit-utama-sindiket-dadah-ke-negara-jiran/#respond Tue, 14 Jan 2025 06:57:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66920
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Negeri Sabah kini dikenal pasti sebagai salah satu lokasi strategik transit bagi sindiket dadah yang membawa bahan terlarang itu ke negara jiran.

Dengan kedudukan geografi yang bersempadan dengan beberapa negara jiran, Sabah dilihat menjadi pilihan sindiket untuk laluan penghantaran, baik melalui jalan laut, darat, mahupun lorong tikus.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin, pihak berkuasa telah mengenal pasti beberapa “hotspot” utama yang menjadi laluan aktif sindiket.

Beliau berkata, kawasan seperti Tawau, Sandakan, Semporna, serta pulau-pulau di sekitarnya sering digunakan untuk aktiviti ini.

“Kebanyakan dadah tidak datang terus dari Semenanjung, tetapi melalui negara jiran seperti kawasan Golden Triangle di utara, sebelum dihantar ke Sabah untuk pasaran tempatan dan luar negara,” jelas beliau.

Menurut Kok Chin lagi, harga dadah seperti syabu yang melonjak tinggi di pasaran antarabangsa menjadi punca aktiviti ini terus rancak.

“Jika di Malaysia, syabu dianggarkan bernilai RM33,000 hingga RM35,000 sekilogram, tetapi di negara jiran, nilainya boleh meningkat sehingga RM450,000,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kinarut, hari ini.

Tambah beliau, pihak berkuasa kini dalam proses perancangan operasi besar-besaran bersama agensi lain, termasuk Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang akan menggunakan teknologi dron untuk pemantauan lebih berkesan.

Jelas beliau, Sabah bukan sahaja menjadi transit, tetapi juga ada pasaran tempatan yang memerlukan bekalan dadah.

“Kami percaya, dengan kerjasama tiga agensi utama dan elemen tambahan seperti PGA dan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, tindakan yang lebih tegas dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Sabah merupakan salah satu negeri utama yang menyumbang kepada kes-kes berkaitan dadah, walaupun bukan negeri tertinggi.

“Namun, usaha berterusan sedang dijalankan untuk membendung jenayah ini demi keselamatan negara,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/14/sabah-jadi-transit-utama-sindiket-dadah-ke-negara-jiran/feed/ 0 66920
Sindiket edar lebih 200kg dadah guna khidmat kurier tumpas https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/#respond Fri, 23 Feb 2024 08:59:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49985
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine lebih 200 kilogram dianggarkan bernilai RM 6,851,400.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, hasil risikan dan penyaluran maklumat pada 15 Februari 2024 jam 9.10 pagi, pasukan Tempur Operasi Medan JKDM (COBRA), pasukan serbuan dianggotai oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dari Cawangan Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu serta pasukan anggota COBRA telah membuat serbuan dan pemeriksaan di salah sebuah premis di Penampang.

“Serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan adalah dalam Operasi Dragon Malaysia Korea (MK).

“”Hasil pemeriksaan pasukan serbuan telah menemui Lima Belas kotak parcel yang disyaki mengandungi barang larangan disyaki dadah berbahaya.

“Pengesahan lanjut dilakukan dengan cara membuat imbasan ke atas lima belas buah kotak parcel tersebut dan mendapati imbasan menunjukkan imej isi kandungan parcel yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menggunakan alat pengesan dadah (TRUNAC) telah mendapati bahawa kandungan 15 buah kotak percel tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 205 kg dan dianggarkan bernilai RM 6,851,400.00,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasir, modus operandi (MO) bagi kes ini adalah mengedarkan dadah menggunakan perkhidmatan kurier dan memasukkan dadah dalam bungkusan plastik warna emas GUANYINWANG, plastik warna hijau QING SHAN, plastik warna gangsa LING RAN TEA, dan plastik warna biru CAI YUN LI agar dadah berbahaya yang dibungkus tidak dikesan oleh pihak penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat, namun usaha untuk mengesan pengirim dan penerima sedang dilakukan. Kes kini dalam siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah merupakan rampasan dadah berbahaya yang pertama bagi tahun 2024 dan terbesar yang pernah direkodkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah.

“Berdasarkan analisis yang yang dijalankan, kejayaan ini dijangka dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,050,000 orang penagih dadah dengan mengambil kira anggaran penggunaan purata sebanyak 0.1 gram bagi seorang penagih dadah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/feed/ 0 49985