dadah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Jun 2026 04:27:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dadah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cubaan edar kokain, ganja bernilai hampir RM3 juta digagalkan https://sabahmedia.com/2026/06/09/cubaan-edar-kokain-ganja-bernilai-hampir-rm3-juta-digagalkan/ https://sabahmedia.com/2026/06/09/cubaan-edar-kokain-ganja-bernilai-hampir-rm3-juta-digagalkan/#respond Tue, 09 Jun 2026 04:27:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97930
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan cubaan pengedaran dadah jenis kokain dan ganja bernilai hampir RM3 juta dalam satu serbuan di sebuah premis perkhidmatan kurier di Tawau bulan lalu.

Pengarah Kastam Sabah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, serbuan kira-kira jam 11.45 pagi pada 21 Mei lalu itu dilaksanakan oleh pasukan operasi penguatkuasaan JKDM Tawau selepas mengesan dua buah kotak mencurigakan yang dipercayai mengandungi bahan terlarang.

“Hasil pemeriksaan ke atas kotak pertama menemukan 10 plastik putih yang mengandungi ketulan berwarna putih disyaki dadah jenis kokain.

“Manakala kotak kedua mengandungi 10 bungkusan aluminium foil berwarna jingga yang berisi bunga kering mampat disyaki dadah jenis ganja,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurut beliau, pemeriksaan dan ujian saringan awal mendapati kedua-dua barang kes menunjukkan reaksi positif terhadap dadah berbahaya yang dipercayai jenis kokain dan ganja.

Katanya, jumlah rampasan melibatkan dadah jenis kokain seberat 4.6 kilogram dengan nilai anggaran RM2.04 juta, manakala ganja seberat 10.65 kilogram bernilai kira-kira RM851,712.80.

“Nilai keseluruhan rampasan bagi kes ini dianggarkan berjumlah RM2,900,535.80,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan adalah dengan menghantar bahan terlarang tersebut menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Sementara itu, Ahmad Taufik berkata, beberapa rampasan lain turut direkodkan JKDM Sabah melibatkan rokok dan minuman keras tidak berkastam di Keningau, Kota Kinabalu, Kuala Penyu dan Tawau.

“Ini termasuklah cubaan seludup rokok bernilai lebih RM250,000 dan minuman keras serta sebuan kenderaan Toyota Hilux bernilai lebih RM100,000 dan Ops Tuai di Keningau.

“JKDM turut merampas 15,840 liter bir bernilai lebih RM3410,000 di Pelabuhan Sepanggar, 4,992 liter bir bersama sebuah lori di Kuala Penyu bernilai RM247,572.08 selain 61,200 batang rokok pelbagai jenama yang disorokkan dalam sebuah Toyota Fortuner di Tawau.

“Pihak JKDM Sabah turut merampas sebuah Honda Jazz bernilai RM63,250 yang dipercayai tidak berkastam di Kampung Tinagat, Tawau,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan keseluruhan melibatkan dadah dan komoditi rokok serta minuman keras adalah bernilai lebih RM4 juta.

Dalam pada itu, Ahmad Taufik menggesa orang ramai untuk membantu JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan melibatkan rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain termasuk dadah.

“Kita turut menasihati agar tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segu ketirisan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/09/cubaan-edar-kokain-ganja-bernilai-hampir-rm3-juta-digagalkan/feed/ 0 97930
Khidmat kurier jadi modus operandi sindiket edar dadah lebih RM3 juta https://sabahmedia.com/2026/05/20/khidmat-kurier-jadi-modus-operandi-sindiket-edar-dadah-lebih-rm3-juta/ https://sabahmedia.com/2026/05/20/khidmat-kurier-jadi-modus-operandi-sindiket-edar-dadah-lebih-rm3-juta/#respond Wed, 20 May 2026 08:37:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97033
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Perkhidmatan kurier dikesan menjadi modus operandi utama sindiket pengedaran dadah susulan kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan beberapa cubaan menyeludup bahan terlarang bernilai lebih RM3 juta, awal bulan ini.

Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan itu membabitkan tiga kes berasingan hasil tindakan Pasukan Operasi Penguatkuasaan dan pegawai Bahagian Perkastaman menerusi Ops Tuai di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Tawau serta Kota Kinabalu.

Menurutnya, dalam kes pertama pada 11 Mei lalu kira-kira jam 1.35 petang, pegawai bertugas membuat pemeriksaan terhadap empat bagasi di Gudang Pos Aviation LTA Tawau selepas imej imbasan menunjukkan terdapat bahan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan fizikal menemukan 142 beg plastik kedap udara berzip mengandungi 57.27 kilogram hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM2.86 juta.

“Sindiket dipercayai menyembunyikan dadah dalam bagasi sebelum dihantar ke Tawau menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Dalam kes kedua pada hari sama kira-kira jam 1 tengah hari, Cawangan Narkotik JKDM Sabah merampas satu bungkusan di Gudang Pos Aviation Kota Kinabalu yang disyaki mengandungi dadah.

Katanya, pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan mengandungi 4,678 gram methamphetamine bernilai RM233,900 sebelum dibawa ke Wisma Penguatkuasaan Sabah untuk siasatan lanjut.

“Sindiket menggunakan taktik memasukkan bahan terlarang ke dalam bungkusan putih sebelum dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar ke Semporna melalui perkhidmatan kurier,” katanya.

Sementara itu, dalam kes ketiga pada 8 Mei lalu kira-kira jam 9.30 pagi, JKDM Sabah turut merampas satu bungkusan mengandungi 375 gram pil estacy bernilai RM56,250 di Gudang Pos Aviation Kota Kinabalu.

Menurutnya, sindiket cuba mengaburi pihak berkuasa dengan melabelkan bungkusan terbabit sebagai set barangan elektronik.

Dr Ahmad Taufik berkata, semua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut menggesa orang ramai membantu JKDM membanteras aktiviti penyeludupan termasuk dadah, rokok, minuman keras, mercun dan kenderaan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan boleh disalurkan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/20/khidmat-kurier-jadi-modus-operandi-sindiket-edar-dadah-lebih-rm3-juta/feed/ 0 97033
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu bernilai RM1.26 juta https://sabahmedia.com/2026/01/08/polis-tumpaskan-sindiket-dadah-rampas-syabu-bernilai-rm1-26-juta/ https://sabahmedia.com/2026/01/08/polis-tumpaskan-sindiket-dadah-rampas-syabu-bernilai-rm1-26-juta/#respond Thu, 08 Jan 2026 07:54:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89390
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Normimie Diun

PENAMPANG: Polis Sabah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas 39.5 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM1.264 juta dalam satu serbuan di Taman Donggongon, di sini, Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kira-kira jam 11.30 malam di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan dadah.

Menurutnya, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 29 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan, selepas polis menemukan 40 bungkusan pelbagai saiz yang mengandungi syabu di ruang tamu rumah terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati keseluruhan dadah yang dirampas seberat 39.5 kilogram dan dianggarkan boleh digunakan oleh kira-kira 160,000 penagih,” katanya pada sidang media di IPK Sabah di sini, hari ini.

Jauteh berkata, kedua-dua suspek merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Kuala Lumpur dan berperanan mengambil dadah daripada syarikat penghantaran sebelum diedarkan semula di pasaran tempatan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis benzodiazepine, manakala semakan rekod jenayah mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod kes lampau.

“Sindiket ini dipercayai menggunakan modus operandi menyeludup dadah melalui syarikat penghantaran dengan laluan laut dari Kuala Lumpur ke Sabah, menggunakan pintu masuk yang sah,” katanya.

Menurut beliau, dadah tersebut disembunyikan dalam papan pemotong yang diubah suai dengan ruang khas sebelum ditutup semula bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Jauteh berkata, pihak polis akan mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memperketat kawalan serta pemeriksaan di pintu masuk negeri ini bagi membendung kemasukan dadah.

“Kita tidak menolak kemungkinan rangkaian sindiket ini lebih besar dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk kerjasama dengan JSJ Bukit Aman,” katanya.

Kesemua suspek kini direman sehingga 14 Januari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/08/polis-tumpaskan-sindiket-dadah-rampas-syabu-bernilai-rm1-26-juta/feed/ 0 89390
Polis Sandakan tahan warga asing, rampas dadah bernilai RM48,000 https://sabahmedia.com/2025/10/30/polis-sandakan-tahan-warga-asing-rampas-dadah-bernilai-rm48000/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/polis-sandakan-tahan-warga-asing-rampas-dadah-bernilai-rm48000/#respond Thu, 30 Oct 2025 13:00:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84520
Read Time:1 Minute, 13 Second

SANDAKAN: Polis Daerah Sandakan berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 1,464.4 gram dan menahan seorang lelaki warga asing dalam satu operasi awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 5 pagi di sebuah rumah atas air tidak bernombor di kawasan setinggan Batu 3, hasil risikan dan maklumat awam.

“Premis tersebut dipercayai digunakan sebagai stor penyimpanan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sandakan dengan bantuan Bahagian Pencegahan (BP) Sandakan.

Menurut George, seorang lelaki warga Filipina berusia 42 tahun ditahan dalam serbuan itu.

“Suspek dipercayai bertindak sebagai pengedar dan penjaga stor penyimpanan dadah di lokasi berkenaan,” jelasnya.

Pemeriksaan lanjut menemukan bahan disyaki syabu dalam pelbagai bungkusan dengan berat keseluruhan 1,464.4 gram, dianggarkan bernilai RM48,000.

Suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, dan turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

George berkata, kejayaan tersebut hasil tindakan pantas serta kerjasama erat antara unit risikan dan pasukan operasi.

“Polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini secara berterusan. Komitmen ini sejajar dengan matlamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan Sandakan bebas daripada ancaman jenayah dadah,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/polis-sandakan-tahan-warga-asing-rampas-dadah-bernilai-rm48000/feed/ 0 84520
Lima lelaki didakwa mengedar dadah https://sabahmedia.com/2025/09/19/lima-lelaki-didakwa-mengedar-dadah/ https://sabahmedia.com/2025/09/19/lima-lelaki-didakwa-mengedar-dadah/#respond Fri, 19 Sep 2025 13:45:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81662
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah.

Tiga tertuduh iaitu Lim Chia Siong, 36, Zulkifli Abdullah @ Lee You Lim, 58, dan Leong Vin Ming, 47, didakwa terbabit dalam pengedaran 20.7 kilogram ketamin.

Dua lagi individu ialah Mohammad Adam Jelson, 20, dan Abu Bakar Sidik Ibrahim, 44.

Lim, Zulkifli dan Leong yang didakwa di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, bersama-sama dituduh mengedar 20,700 gram ketamin pada 4 Sept lalu, kira-kira jam 12.15 tengah hari, di GMP Services, Taman Sri Kepayan, Kepayan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Sementara itu, Adam didakwa mengedar 139.44 gram 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) pada 11 Sept lalu, kira-kira jam 11 pagi, di tempat letak kereta University Utama Condominium, Jalan Kayu Madang, Telipok.

Abu Bakar pula didakwa mengedar 53.11 gram syabu pada 5 Sept lalu, kira-kira jam 4.30 petang, di tepi jalan Kg Ambatin, Jalan Terowong, Sabah Port Bypass, Sepanggar.

Pertuduhan terhadap Adam dan Abu Bakar dibacakan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka.
Mahkamah menetapkan 12 Nov untuk sebutan semula kes Lim, Zulkifli dan Leong, manakala 13 Nov bagi kes Adam dan Abu Bakar, sementara menunggu laporan kimia.

Tiada jaminan dibenarkan dan kesemua tertuduh diperintahkan akan terus ditahan sementara menunggu kes selesai.

Leong diwakili oleh peguam Ariel Dasan, Dominic Chew dan Eow Ee Pei.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah dan Inspektor Yusdi Basri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/19/lima-lelaki-didakwa-mengedar-dadah/feed/ 0 81662
Lelaki nafi tuduhan edar 6kg dadah https://sabahmedia.com/2025/08/26/lelaki-nafi-tuduhan-edar-6kg-dadah/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/lelaki-nafi-tuduhan-edar-6kg-dadah/#respond Tue, 26 Aug 2025 09:51:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80097
Read Time:46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar 6 kilogram (kg) dadah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Maniyalagu A/L Rahuvel, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Alexander Siew How Wai.

Mengikut kertas pertuduhan, Maniyalagu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine sebanyak 6,503.9 gram pada 14 Mei lalu, sekitar jam 8.38 malam, di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Cawangan Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan 25 September sebagai tarikh pengurusan kes pra perbicaraan.

Tidak ada jaminan dibenarkan, dan tertuduh yang berasala dari Johor akan terus ditahan sehingga kes selesai.

Semasa prosiding berlangsung, tertuduh tidak diwakili peguam, manakala Timbalan Pendakwa Raya Afiq Agoes mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/lelaki-nafi-tuduhan-edar-6kg-dadah/feed/ 0 80097
Lelaki warga asing didakwa edar lebih 2kg dadah https://sabahmedia.com/2025/07/22/lelaki-warga-asing-didakwa-edar-lebih-2kg-dadah/ https://sabahmedia.com/2025/07/22/lelaki-warga-asing-didakwa-edar-lebih-2kg-dadah/#respond Tue, 22 Jul 2025 06:20:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77731
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih dua kilogram, dalam satu serbuan polis ke atas sebuah bengkel kenderaan di kawasan Hill Top, pada 7 Julai lalu.

Tertuduh, Aco Hawe, 41, tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, semalam.

Mengikut pertuduhan, Aco didakwa mengedar dadah seberat 2,129.86 gram di sebuah bilik stor bengkel di Kampung Tator, Hill Top, pada jam 11.30 pagi, 7 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Pendakwaan dikendalikan oleh ASP Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut rekod, serbuan tersebut turut menyaksikan penahanan empat lelaki berusia antara 29 hingga 64 tahun, dengan rampasan dadah dipercayai syabu seberat 2.13 kilogram bernilai RM74,500.

Tiga daripada suspek ditahan di lokasi kejadian manakala seorang lagi diberkas di perkarangan Lapangan Terbang Tawau (LTT) ketika dipercayai cuba melarikan diri ke Kota Kinabalu.

Tiga daripada suspek terbabit yang merupakan rakyat tempatan, dua dari Tawau dan seorang dari Sarawak telah dibebaskan tanpa syarat dan kini dijadikan saksi pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/22/lelaki-warga-asing-didakwa-edar-lebih-2kg-dadah/feed/ 0 77731
RM1.23 juta nilai dadah dan kenderaan disita, lelaki tempatan ditahan https://sabahmedia.com/2025/07/11/rm1-23-juta-nilai-dadah-dan-kenderaan-disita-lelaki-tempatan-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/07/11/rm1-23-juta-nilai-dadah-dan-kenderaan-disita-lelaki-tempatan-ditahan/#respond Fri, 11 Jul 2025 09:50:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77114
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah serta menyita dua kenderaan dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.23 juta dalam satu siri serbuan di sekitar bandar ini sejak 4 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata operasi dua hari itu dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di tiga lokasi berasingan.

Dalam serbuan pertama pada 4 Julai, polis menyerbu sebuah kondominium dan menemui 790.56 gram syabu bernilai RM25,000, selain peralatan membungkus dadah, mesin kira wang dan penimbang digital.

Keesokan harinya, satu lagi serbuan di kondominium kedua menemukan 14.14 gram ketamin, diikuti pemeriksaan ke atas sebuah kereta Toyota Yaris yang ditinggalkan di tempat letak kereta awam, menemukan 12.7 kilogram syabu, 6.9 kilogram ketamin, 25 paket jus ekstasi dan 10 biji pil ekstasi bernilai lebih RM934,000.

“Turut disita dua kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dengan anggaran nilai RM270,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mula menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak tahun lalu, dengan ujian air kencing menunjukkan positif methamphetamine. Suspek kini direman sehingga 11 Julai dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jauteh memaklumkan, dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar negara, dan mampu menampung penggunaan lebih 100,000 penagih.

Beliau menyeru orang ramai menyalurkan maklumat kepada PDRM bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah di negeri ini.

Sementara itu pada sidang media sama Jauteh berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah mencatat peningkatan ketara nilai rampasan dadah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, iaitu sebanyak RM6.56 juta berbanding RM2.62 juta dalam tempoh sama tahun lalu peningkatan RM3.9 juta.

“Jabatan itu juga merekodkan penurunan jumlah kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada 8,170 kes pada 2025 berbanding 8,173 kes pada 2024, iaitu penurunan tiga kes (0.04 peratus). Namun, jumlah tangkapan meningkat sedikit kepada 8,542 orang berbanding 8,517 tahun lalu, menunjukkan kenaikan 25 tangkapan atau 0.29 peratus,” katanya.

Tambah beliau, pertuduhan bagi kes bekalan dan pemilikan dadah serta kes di bawah Akta Racun pula mencapai 7,607 kes daripada 8,174 kertas siasatan yang dibuka, atau pencapaian sebanyak 93.06%. Bahagian Pelucuthakan Harta turut mencatat peningkatan sitaan bernilai RM8,289,730 pada 2025, berbanding RM1,055,783.21 bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak RM7.23 juta atau 785 peratus.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/11/rm1-23-juta-nilai-dadah-dan-kenderaan-disita-lelaki-tempatan-ditahan/feed/ 0 77114
Lelaki warga asing didakwa edar dadah lebih 3kg mengaku tidak bersalah https://sabahmedia.com/2025/07/04/lelaki-warga-asing-didakwa-miliki-dadah-lebih-3kg-mengaku-tidak-bersalah/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/lelaki-warga-asing-didakwa-miliki-dadah-lebih-3kg-mengaku-tidak-bersalah/#respond Fri, 04 Jul 2025 10:04:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76707
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat lebih tiga kilogram, yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Tertuduh, Rizal Aral, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Dayangku Aida Amira Aminuddin.

Menurut pertuduhan, Rizal didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 3,085.64 gram dalam kejadian di kawasan Inderasabah, Tawau, sekitar jam 3.30 petang pada 20 Jun lalu.

Sebelum ini, pada 25 Jun lalu media melaporkan bahawa tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa ketika cuba melarikan diri dan mencampakkan sebuah beg kelabu, sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

Pemeriksaan polis ke atas beg tersebut menemui tiga bungkusan teh jenama Guanyinwang yang mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, dengan nilai anggaran pasaran gelap sebanyak RM105,000.

Siasatan awal juga mendapati dadah berkenaan dipercayai akan diseludup ke negara jiran melalui laluan laut menggunakan bot laju, yang merupakan antara modus operandi sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Pegawai Pendakwa, ASP Jeffrey Kadison, tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh bukan warganegara.

Mahkamah menetapkan tarikh 5 Ogos 2025 untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia berkaitan bahan rampasan.

Tertuduh kini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 15 kali, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/lelaki-warga-asing-didakwa-miliki-dadah-lebih-3kg-mengaku-tidak-bersalah/feed/ 0 76707
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah https://sabahmedia.com/2025/05/20/berubahlah-makin-tua-suda-nasihat-hakim-kepada-pesalah-tegar-dadah/ https://sabahmedia.com/2025/05/20/berubahlah-makin-tua-suda-nasihat-hakim-kepada-pesalah-tegar-dadah/#respond Tue, 20 May 2025 10:53:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74163
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Baru empat bulan dibebaskan dari penjara, seorang lelaki kembali ke tirai besi selepas mengaku bersalah mengambil dadah jenis syabu buat kali keenam.

Darkashim Sidik, 45, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan kelak.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim menasihati tertuduh agar tidak lagi mengulangi kesalahan sama.

“Kamu mempunyai beberapa sabitan lampau dan baru sahaja dibebaskan pada 11 Oktober 2024. Namun, empat bulan kemudian kamu ditangkap semula.

“Minggu depan hari jadi kamu. Berubahlah ya, makin tua sudah,” katanya.

Darkashim didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine pada 10 Februari 2025, jam 1 petang, ketika berada di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dan dihukum di bawah Seksyen 39C(2) ADB 1952, serta dibaca bersama Seksyen 38B ADB 1952.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak melebihi 13 tahun, serta sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih enam kali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, hukuman turut disusuli dengan perintah pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB, iaitu antara dua hingga tiga tahun.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh mempunyai lima sabitan lampau berkaitan dadah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Yousof Tahir Mahmood, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/20/berubahlah-makin-tua-suda-nasihat-hakim-kepada-pesalah-tegar-dadah/feed/ 0 74163