Daging khinzir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Mar 2023 13:15:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Daging khinzir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cubaan seludup daging khinzir bernilai RM300,000 di Tawau tumpas https://sabahmedia.com/2023/03/07/cubaan-seludup-daging-khinzir-bernilai-rm300000-di-tawau-tumpas/ https://sabahmedia.com/2023/03/07/cubaan-seludup-daging-khinzir-bernilai-rm300000-di-tawau-tumpas/#respond Tue, 07 Mar 2023 13:15:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30475
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tawau berjaya merampas satu kontena berisi daging khinzir bernilai lebih RM300,000 dengan anggaran duti serta cukai berjumlah lebih RM65,000, disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara melalui pelabuhan Tawau pada Isnin. (6 Mac)

Timbalan Menteri Kewangan I Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semalam, sepasukan anggota JKDM daripada Bahagian Penguatkuasaan Tawau dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Tawau telah berjaya menahan satu kontena berisi Daging Khinzir yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara dengan anggaran nilai RM 300,000.00. Manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM 65,700.00.

Katanya, pasukan anggota bertindak menahan kontena tersebut berdasarkan hasil penilaian risiko dan imbasan mesin pengimbas di pintu masuk pelabuhan Tawau.

“Hasil penelitian dan penilaian risiko melalui manifest, mendapati kontena daripada Hong Kong yang ditahan diikrar sebagai mengandungi Potato French Fries. Hasil pemeriksaan mesin pengimbas, menunjukkan imej yang meragukan.

“Oleh yang demikian, pemeriksaan fizikal telah dilaksanakan dan mendapati terdapat dua jenis barang di dalam kontena tersebut iaitu. Potato French Fries dan Daging Khinzir. Namun barang yang diikrar hanya Potato French Fries,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kaunter Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(a) akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai supaya membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan barang yang tertakluk kepada Duti dan Cukai serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

“Orang awam juga diminta untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1- 800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Maslan turut memaklumkan pungutan hasil bagi negeri Sabah dalam tahun 2022 (Jan – Dis) telah berjaya mengutip sebanyak RM1.791 bilion iaitu termasuk jumlah keseluruhan hasil Sales dan Services Tax (SST) dan Perkastaman.

“Kita berharap agar pada tahun ini, pencapaian ini boleh bertambah kerana kita meminta semua pihak Kastam di seluruh Malaysia meningkatkan pungutan hasil bagi memastikan apa yang kita hasratkan untuk membantu rakyat daripada hasil-hasil itu boleh dicapai,” katanya.

Hadir sama semasa lawatan itu Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/07/cubaan-seludup-daging-khinzir-bernilai-rm300000-di-tawau-tumpas/feed/ 0 30475
Tongod bakal jadi pengeluar daging khinzir terpenting di rantau Asia Pasifik https://sabahmedia.com/2022/12/07/tongod-bakal-jadi-pengeluar-daging-khinzir-terpenting-di-rantau-asia-pasifik/ https://sabahmedia.com/2022/12/07/tongod-bakal-jadi-pengeluar-daging-khinzir-terpenting-di-rantau-asia-pasifik/#respond Wed, 07 Dec 2022 07:17:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25937
Read Time:1 Minute, 18 Second

TONGOD: Daerah Tongod bakal menjadi pengeluar utama produk daging khinzir yang terpenting di rantau Asia Pasifik sebaik sahaja projek ternakan khinzir seluas 500 ekar dibina di Kampung Entilibon di sini bermula pertengahan tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, sebuah syarikat tempatan telahpun bersetuju menjalinkan perjanjian usahasama dengan Kerajaan Negeri berhubung pelaburan projek bernilai lebih RM200 juta itu.

” Operasi projek veteriner itu menggunakan sepenuhnya teknologi moden daripada negara Denmark, ” katanya selepas merasmikan majlis dialog bersama penduduk terlibat di Dewan Terbuka Entilibon kelmarin.

Katanya, industri penternakan itu kemudianya akan dibina dengan kilang pemprosesan dan pembungkusan daging khinzir bermutu tinggi untuk pasaran dalam dan luar negara bagi rasa kedua.

Jelasnya, pemilik tanah yang terlibat dengan projek itu telahpun selesai diberi pampasan selepas bersetuju menandatangani perjanjian dengan syarikat pemaju selama 50 tahun.

Masiung berkata, bagi fasa pertama projek ternakan khinzir ini akan mengambil masa dua tahun merangkumi kawasan 200 ekar, manakala selebihnya 300 ekar akan dilaksanakan dalam fasa seterusnya.

Beliau berpuas hati, syarikat pemaju projek itu juga turut bersetuju mengambil pekerja tempatan di kalangan penduduk daerah Tongod sambil memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera menjalankan kerja-kerja bersekala kecil dan sederhana.

Kewujudan industri veteriner itu mampu mewujudkan lebih 1000 peluang pekerjaan dan ia juga dijangka memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau mengingatkan syarikat pemaju supaya memberi keutamaan kepada warga Kuamut untuk bekerja di syarikat tersebut.

Hadir sama dalam majlis itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sabah, Dr Jamaun Angkop, Penolong Pegawai Daerah Tongod, Floren Sian Padasan dan Pengarah Urusan Tongod Farm Sdn Bhd, Datuk Vencent Tan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/07/tongod-bakal-jadi-pengeluar-daging-khinzir-terpenting-di-rantau-asia-pasifik/feed/ 0 25937