daki gunung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Feb 2025 01:36:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png daki gunung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 28 ahli Puspanita MARISA, anggota Maritim Malaysia Sabah dan Labuan tawan Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/02/17/28-ahli-puspanita-marisa-anggota-maritim-malaysia-sabah-dan-labuan-tawan-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/02/17/28-ahli-puspanita-marisa-anggota-maritim-malaysia-sabah-dan-labuan-tawan-gunung-kinabalu/#respond Mon, 17 Feb 2025 01:36:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68875
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kundasang : Seramai 28 peserta terdiri daripada ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (PUSPANITA MARISA) serta penguat kuasa dari Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dalam ekspedisi penuh cabaran, semalam.

Pengerusi PUSPANITA MARISA, Datin Norazlina Ibrahim yang turut serta dalam ekspedisi itu menzahirkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan semua peserta menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

Katanya, pendakian itu bukan sekadar menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, malah mencerminkan semangat setiakawan serta kebersamaan antara PUSPANITA MARISA serta Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan.

“Kejayaan ini bukan sahaja satu pencapaian peribadi buat setiap peserta, tetapi juga bukti semangat juang yang tinggi serta keutuhan ukhuwah dalam pasukan.

“Kerjasama erat antara Maritim Negeri Sabah dan PUSPANITA MARISA menjadi dorongan utama dalam menakluk cabaran ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, penyelaras ekspedisi, Nurhanna Hakim yang juga Setiausaha PUSPANITA MARISA berkata, semua peserta telah mendapat permit khas daripada pihak Sabah Parks melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi merealisasikan pendakian ini.

Pendakian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan melalui platform Kesedaran Keselamatan Maritim (KESMAR) dalam meraikan sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia yang bertemakan “Dua Dekad Maritim Malaysia, Perisai Samudera Negara.”

Ekspedisi ini berjaya membuktikan keupayaan para peserta dalam mengharungi cabaran fizikal yang mencabar, selari dengan semangat daya tahan dan kecekalan yang sentiasa diterapkan dalam perkhidmatan maritim.

Program ini juga menjadi simbol kekuatan bukan sahaja dalam kalangan pegawai dan anggota Maritim, tetapi turut melibatkan suri-suri yang menjadi tulang belakang kepada pasukan pertahanan maritim negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/17/28-ahli-puspanita-marisa-anggota-maritim-malaysia-sabah-dan-labuan-tawan-gunung-kinabalu/feed/ 0 68875