Dakwah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Oct 2025 10:01:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dakwah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiada sekatan dakwah Islamiah di Sabah – Nizam https://sabahmedia.com/2025/10/12/tiada-sekatan-dakwah-islamiah-di-sabah-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/10/12/tiada-sekatan-dakwah-islamiah-di-sabah-nizam/#respond Sun, 12 Oct 2025 10:01:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83093
Read Time:1 Minute, 20 Second

TAWAU: Kerajaan negeri Sabah terus membuktikan keprihatinan terhadap perkembangan Islam apabila memberi ruang seluas-luasnya kepada pembinaan madrasah dan pusat tahfiz di seluruh negeri tanpa sekatan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata dasar kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, jelas menunjukkan komitmen tinggi terhadap usaha dakwah Islamiah.

“Pusat tahfiz dan madrasah di Sabah bebas beroperasi tanpa halangan daripada kerajaan. Ini bukti jelas kerajaan hari ini tidak membelakangi usaha dakwah Islamiah.

“Di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji, semua agama termasuk Islam diberi kebebasan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika merasmikan Madrasah Durussalam di Gading Wakuba, Batu 15 Jalan Apas, di sini.

Menurutnya, walaupun Islam adalah agama rasmi Persekutuan, kerajaan negeri tetap menghormati kebebasan beragama, namun dalam masa sama mengukuhkan penghayatan Islam melalui pelbagai inisiatif.

Katanya, antara langkah penting ialah meningkatkan peruntukan tahunan bagi pengurusan serta pelaksanaan aktiviti keagamaan di seluruh negeri.

“Ini bukti kerajaan serius memperkasa Islam, khususnya dalam membentuk generasi muda berakhlak mulia dan menjauhkan mereka daripada gejala sosial,” katanya.

Dalam majlis sama, Nizam turut merakamkan penghargaan kepada keluarga Almarhum Tuan Haji Suni Arshad yang mewakafkan tanah bagi pembinaan madrasah berkenaan.

Beliau berkata, madrasah itu bakal menjadi satu lagi pusat penting dalam bidang hafazan al-Quran dan pendidikan Islam di Tawau.

Nizam turut mengingatkan semua pengusaha madrasah dan pusat tahfiz supaya berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi memastikan pemantauan lebih teratur dan saluran bantuan lebih mudah.

“Pendaftaran rasmi ini penting supaya semua pengajian berjalan mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terpesong daripada ajaran sebenar,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/12/tiada-sekatan-dakwah-islamiah-di-sabah-nizam/feed/ 0 83093
Bulan Dakwah perkukuh nilai Islam, semarak perpaduan ummah https://sabahmedia.com/2025/07/05/bulan-dakwah-perkukuh-nilai-islam-semarak-perpaduan-ummah/ https://sabahmedia.com/2025/07/05/bulan-dakwah-perkukuh-nilai-islam-semarak-perpaduan-ummah/#respond Sat, 05 Jul 2025 14:22:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76760
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Program Bulan Dakwah bukan sekadar pengisian keagamaan tahunan, sebaliknya satu inisiatif bersepadu yang mampu memperkukuh nilai Islam, mempertingkatkan amalan ibadah dan memupuk perpaduan ummah di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program yang berlangsung sepanjang bulan Muharam hingga Rabiulawal itu merupakan platform terbaik untuk menyemarakkan dakwah Islamiah melalui pendekatan yang inklusif dan menyeluruh.

“Pelaksanaan Program Bulan Dakwah ini bukan sahaja mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah secara konsisten dan berdisiplin, malah turut memberi penekanan terhadap aspek perpaduan, kerja berpasukan serta pengukuhan ukhuwah dalam masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Bulan Dakwah Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri amat menggalakkan pelaksanaan aktiviti dakwah secara bersepadu.

“Pelbagai pengisian menarik sepanjang program seperti Wacana Pemikir, Ceramah Agama, Kursus Muamalat, Bicara Wanita, Fiqh Kenegaraan, Street Dakwah dan Kembara Maulidur Rasul mampu memberi impak besar kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, beliau menyarankan agar semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan, termasuk NGO Islam serta pihak media, bersama-sama memainkan peranan aktif dalam mempromosikan aktiviti dakwah dan pengukuhan nilai keagamaan.

“Program Bulan Dakwah ini tidak harus dilihat sebagai aktiviti semata-mata, sebaliknya menjadi wahana membentuk masyarakat yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada para ilmuwan dan penceramah yang

terlibat, termasuk Timbalan Mufti Negeri Pahang, Sahibul Fadhilah Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin yang menyampaikan kupasan menarik dalam Wacana Pemikir mengenai seni dakwah melalui karya tokoh agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) atas penganjuran program tersebut yang disifatkan selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan konsep Malaysia Madani.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/05/bulan-dakwah-perkukuh-nilai-islam-semarak-perpaduan-ummah/feed/ 0 76760
PERKIS Akan Terus Laksana Aktiviti Dakwah & Keagamaan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/10/perkis-akan-terus-laksana-aktiviti-dakwah-keagamaan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/perkis-akan-terus-laksana-aktiviti-dakwah-keagamaan-di-sabah/#respond Fri, 10 Sep 2021 08:07:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6119
Read Time:56 Second

BEAUFORT: Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) akan meneruskan segala aktiviti dan perancangan bagi melaksanakan aktiviti dakwah dan keagamaan di negeri ini.

Timbalan Presiden 1 PERKIS Abdul Sani Marif berkata, pertubuhan yang ditubuhkan pada 21 Februari tahun lalu itu diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Beaufort Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin.

“Pemergian Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Presiden PERKIS sememangnya satu kehilangan besar buat kami barisan kepimpinan PERKIS Negeri Sabah.

“Beliau merupakan seorang pemimpin yang baik, dihormati dan disegani oleh semua lapisan rakyat.  InsyaAllah kami akan terus melaksanakan segala program yang telah dirancang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebatu disini baru-baru ini.

Bacaan Yasin dan Tahlil turut diadakan serta dihadiri Isteri Allahyarham Datin Seri Normilah Siong dan anaknya Mohd Azman Lajim.

Sani berkata, PERKIS juga akan terus memperkasakan dan memartabatkan keperluan umat Islam melalui pertubuhan itu.

“Alhamdulilah sebelum ini PERKIS telah melancarkan satu Tabung Kemanusiaan Palestin dan pembinaan surau di salah sebuah kampung di Ranau.

“Kita juga dijangka akan mengadakan mesyuarat presiden bagi membincangkan perkara yang berkaitan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/perkis-akan-terus-laksana-aktiviti-dakwah-keagamaan-di-sabah/feed/ 0 6119