dalam longkang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Apr 2026 15:16:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dalam longkang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mayat lelaki terapung ditemui dalam longkang di Penampang https://sabahmedia.com/2026/04/20/mayat-lelaki-terapung-ditemui-dalam-longkang-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/mayat-lelaki-terapung-ditemui-dalam-longkang-di-penampang/#respond Mon, 20 Apr 2026 15:15:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95231
Read Time:55 Second

PENAMPANG: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dan terapung di dalam longkang berhampiran sebuah restoran di Jalan Bundusan, di sini, petang tadi.

​Pihak polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

​Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

​“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

​Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi menentukan punca sebenar kematian, manakala usaha mengesan identiti dan waris mangsa masih giat dijalankan.

​Dalam pada itu, Erwansyah menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi tidak sahih atau gambar mangsa yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan.

“​Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab Rahman di talian 016-4492215 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/mayat-lelaki-terapung-ditemui-dalam-longkang-di-penampang/feed/ 0 95231
Lelaki dilaporkan hilang, mayatnya ditemui dalam longkang https://sabahmedia.com/2023/08/01/lelaki-dilaporkan-hilang-mayatnya-ditemui-dalam-longkang/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/lelaki-dilaporkan-hilang-mayatnya-ditemui-dalam-longkang/#respond Tue, 01 Aug 2023 08:32:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39362
Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu (23 Julai), mayatnya ditemui di dalam longkang oleh pekerja pembersihan di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi dekat sini pagi tadi (1 Ogos).

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton mengesahkan penemuan mayat mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang mengesahkan telah menerima satu maklumat awam mengenai kes kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal pada jam 8.35 pagi Selasa (1 Ogos) di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi, Putatan.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal
(mangsa) yang datang dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke sebelah kiri longkang berhadapan Kem Lok Kawi, Putatan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat ditemui oleh pekerja pembersihan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sammy, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dan telah dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat segera di balai polis yang berdekatan.

Pihak polis juga meminta orang awam tidak menyebarkan gambar- gambar mangsa di lokasi kejadian dan fakta yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/lelaki-dilaporkan-hilang-mayatnya-ditemui-dalam-longkang/feed/ 0 39362