Dan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 04 Oct 2023 05:24:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji diberi taklimat mengenai ESSZone dan situasi keselamatan semasa maritim https://sabahmedia.com/2023/10/04/hajiji-diberi-taklimat-mengenai-esszone-dan-situasi-keselamatan-semasa-maritim/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/hajiji-diberi-taklimat-mengenai-esszone-dan-situasi-keselamatan-semasa-maritim/#respond Wed, 04 Oct 2023 05:24:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43034
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat
mengenai situasi keselamatan terkini di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) oleh Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) (ESSCOM) DCP Victor Sanjos.

Ia merupakan kunjungan hormat pertama Victor kepada Ketua Menteri di Menara Kinabalu pada Selasa sejak dilantik sebagai komander ESSCOM pada Jun tahun ini.

Dalam kunjungan itu, Ketua Menteri juga dimaklumkan mengenai pelbagai program kemasyarakatan yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti ESSZone.

Turut sama rombongan ESSCOM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dr Jamaluddin Mohd Ali.

Che Engku Suhaimi (kiri) menyampaikan memento kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa kunjungannya di Menara Kinabalu pada Selasa. – Foto JKM Sabah

Sementara itu, Hajiji turut menerima maklumat terkini mengenai keadaan maritim negeri semasa pertemuan dengan Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Delegasi Maritim Sabah termasuk Timbalan Pengarah (Operasi) Kapten Maritim Mahmad Faizal Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Siti Norhaini Osli.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/hajiji-diberi-taklimat-mengenai-esszone-dan-situasi-keselamatan-semasa-maritim/feed/ 0 43034
LHDNM laksana Program Lawatan Konsultasi HASiL dan Lawatan Zon Ekonomi Negeri Sabah 2023 https://sabahmedia.com/2023/08/07/lhdnm-laksana-program-lawatan-konsultasi-hasil-dan-lawatan-zon-ekonomi-negeri-sabah-2023/ https://sabahmedia.com/2023/08/07/lhdnm-laksana-program-lawatan-konsultasi-hasil-dan-lawatan-zon-ekonomi-negeri-sabah-2023/#respond Mon, 07 Aug 2023 14:02:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39668
Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melaksanakan Program Lawatan Konsultasi HASiL dan Lawatan Zon Ekonomi Negeri Sabah 2023 Peringkat Negeri Sabah.

Program ini berlangsung bermula hari ini (7 Ogos) hingga 12 Ogos 2023 dan akan melibatkan lima daerah utama iaitu Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Pengarah Negeri Sabah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Datuk Hajam Lajah Alam berkata, program yang julung kali ini, adalah usaha berterusan pihak LHDNM untuk meluaskan aktiviti AES iaitu Awarenes (Kesedaran), Education (Pendidikan) dan Service (Perkhidmatan).

Katanya, pendekatan baharu LHDNM ini juga merupakan serampang dua mata, yang mana selain menguatkuasakan undang-undang percukaian, LHDNM juga turut dilihat sebagai rakan yang mesra, prihatin dan membantu rakyat secara lebih dekat.

“Program seumpama ini, adalah merupakan salah satu fokus
utama LHDNM dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pentadbir cukai negara.

“Aktiviti Lawatan Konsultasi Hasil ini, merupakan rutin LHDNM setiap masa untuk menerapkan kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkenaan kepentingan cukai untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demkian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Lawatan Konsultasi HASiL dan Lawatan Zon Ekonomi Peringkat Negeri Sabah Bil 1/2023 Dewan Persidangan Tingkat 9, Menara Hasil Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hajam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Team HASiL khasnya, Seksyen Perisikan dan Profiling, Seksyen Pungutan dan Seksyen Undang-undang di atas kerjasama bersepadu dalam merancang dan
melaksanakan program ini.

Beliau berkata, pemulihan dan perkembangan positif aktiviti ekonomi, industri, perkhidmatan dan sebagainya sejak kebelakangan ini, menunjukkan satu signal yang baik kepada gagasan
Sabah Maju Jaya.

“Berdasarkan kepada impak ini, pihak LHDNM terpanggil untuk turun padang bagi melihat dan membuat pemerhatian (feasibillity study) agar pelaksanaan aktiviti percukaian dapat diseimbangkan dengan keadaan semasa.

“Melalui program ini juga, pihak LHDNM berharap
dapat mengumpul pelbagai maklumat di lapangan di setiap daerah yang dilawati ke arah pembesaran asas cukai dan
mengemaskini data-data sedia ada di LHDNM,” jelas beliau.

Selain itu juga, katanya, dalam memastikan kebersamaan semua masyarakat dalam pematuhan tanggungjawab membayar cukai, pihak LHDNM Sabah akan turut mengadakan aktiviti menyantuni pembayar cukai secara bersemuka bagi menyerahkan surat, notis dan saman (bagi mereka yang tegar), di mana para petugas akan memberikan penjelasan yang terperinci agar pembayar cukai dapat membuat pertimbangan yang lebih baik dalam hal-hal pematuhan
percukaian di masa hadapan.

“Bukan memburu tetapi membantu adalah fokus utama LHDNM untuk menawarkan penyelesaian dan akhirnya meringankan beban pembayar,” ujarnya.

Menurutnya, LHDNM juga telah menyediakan banyak perkhidmatan secara dalam talian untuk memudahkan pembayar cukai tanpa perlu hadir ke pejabat. Melalui perkhidmatan sedemikian akan dapat mengurangkan masa dan
menyenangkan pembayar cukai untuk berurusan dengan LHDNM kelak.

“Program Khas Pengakuan Sukarela atau PKPS 2.0 yang diperkenalkan pihak kerajaan melalui Pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalahpeluang kepada semua rakyat untuk mengemaskini pelaporan pendapatan mereka yang masih belum dilapor, terkurang lapor dan perbelanjaan yang terlebih tuntut sebelum ini.

“LHDNM Sabah juga turut menggunakan platform Lawatan Konsultasi HASiL dan Lawatan Zon Ekonomi ini untuk mempromosi dan menggalakkan pembayar cukai di seluruh negeri Sabah untuk mengambil peluang yang ditawarkan sebelum ianya berakhir pada 31 Mei 2024.

“Edaran risalah dan penerangan berkenaan PKPS 2.0 ini juga akan dibuat sewajarnya oleh para petugas semasa di lapangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/07/lhdnm-laksana-program-lawatan-konsultasi-hasil-dan-lawatan-zon-ekonomi-negeri-sabah-2023/feed/ 0 39668
RM668 juta untuk pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi kepada pelajar Sabah – YS https://sabahmedia.com/2023/08/01/rm668-juta-untuk-pemberian-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-kepada-pelajar-sabah-ys/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/rm668-juta-untuk-pemberian-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-kepada-pelajar-sabah-ys/#respond Tue, 01 Aug 2023 07:28:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39343
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Sejumlah RM668 juta telah dibelanjakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah (YS), sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri dalam pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi yang memberi manfaat kepada seramai 41,221 orang pelajar Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, ini termasuklah pemberian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) sehingga kini, seramai 715 orang pelajar telah mendapat manfaat dari program itu yang telah menelan perbelanjaan sebanyak RM124.4 juta.

“Semua itu dilakukan demi memberikan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang
memerlukan untuk memastikan mereka dapat mengakses pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-34 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha pada Selasa.

Menurut Hajiji, para penerima ABCNS merupakan aset masa depan dan mempunyai peranan penting dalam memacu pembangunan negeri ini.

“Sebagai pemimpin masa depan mereka harus mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh untuk memenuhi
permintaan pasaran selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan kemajuan teknologi.

“Dalam era Revolusi Industri 4.0 yang sedang kita alami ini, kemahiran teknikal yang tinggi diperlukan untuk memenuhi keperluan industri agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

“Saya mahu penerima ABCNS menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin dan sentiasa memiliki sifat ingin tahu serta berani berfikiran luas untuk meneroka
aplikasi seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), Realiti Maya (Virtual Reality) dan gamifikasi (Gamification) sebagai langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang celik teknologi tanpa menjejaskan kemampuan berfikiran secara kreatif,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/rm668-juta-untuk-pemberian-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-kepada-pelajar-sabah-ys/feed/ 0 39343
KPR Seberang Perak dan KPF raih Anugerah Hari Koperasi Negara 2023 https://sabahmedia.com/2023/07/30/kpr-seberang-perak-dan-kpf-raih-anugerah-hari-koperasi-negara-2023/ https://sabahmedia.com/2023/07/30/kpr-seberang-perak-dan-kpf-raih-anugerah-hari-koperasi-negara-2023/#respond Sun, 30 Jul 2023 13:09:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39245
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPR Seberang Perak) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Hari Koperasi Negara 2023 bagi kategori Koperasi Terbaik Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) pula memenangi bagi kategori Sektor Perladangan.

Jumlah perolehan KPR Seberang Perak dan KPF pula telah mencatatkan sebanyak RM470,249,000 sehingga Disember 2022.

Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersempena Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK’23) di sini hari ini (30 Julai).

Pada majlis itu turut disampaikan enam lagi anugerah iaitu Koperasi Terbaik Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan yang dimenangi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB), Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan pula dimenangi Petronas Berhad (KOPETRO) manakala bagi Koperasi Terbaik Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. dianugerahkan kepada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB).

Bagi Koperasi Terbaik Sektor Kewangan telah dimenangi oleh Koperasi Koswip Malaysia Berhad (KOSWIP) manakala untuk kategori Koperasi Harapan dianugerahkan kepada Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Keningau Sabah Berhad (KPSM Keningau) dan anugerah Koperasi Khidmat Masyarakat dimenangi oleh Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad (Al-Bait).

Setiap anugerah membawa pulang sijil, plak dan wang tunai RM15,000.00.

Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini merupakan rangkuman kepada BKK 23, Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi (MAGK’23) dan Hari Koperasi Negara (HKN’23).

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam ucapan perasmiannya berkata, Negara perlu mengambil contoh gabungan koperasi pertanian di Korea iaitu Federasi Koperasi Pertanian Kebangsaan (NACF) yang menjadi organisasi puncak bagi 1,118 koperasi dengan gabungan keahlian seramai 2.1 juta petani.

“Petani ini merupakan pengguna dan pengawal koperasi mereka. Federasi tersebut menyokong koperasi anggota dengan menyediakan sistem koperasi untuk petani Korea yang majoritinya mengalami masalah kapasiti pengeluaran yang lemah dan sumber kewangan yang tidak mencukupi. Federasi tersebut telah berjaya memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Korea dan berkembang menjadi salah satu koperasi paling berjaya di dunia”, katanya.

“Kerajaan yakin sekiranya gerakan koperasi di negara ini terus diperkasa menerusi inisiatif gabungan federasi terutama bagi sektor makanan dan pertanian, jaminan keselamatan makanan negara akan dapat diperkukuhkan seterusnya mengimbangi kos harga makanan yang semakin meningkat.

“Ini selari dengan elemen kemampanan dan kesejahteraan Malaysia MADANI sekali gus memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Majlis turut dihadiri Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Pengerusi Eksekutif SKM, Rusli Jaafar serta wakil-wakil agensi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/30/kpr-seberang-perak-dan-kpf-raih-anugerah-hari-koperasi-negara-2023/feed/ 0 39245
Lawatan kerja ke China: Mengukuh hubungan kerjasama dua hala antara bandaraya Xi’an dan Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2023/07/05/lawatan-kerja-ke-china-mengukuh-hubungan-kerjasama-dua-hala-antara-bandar-raya-xian-dan-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2023/07/05/lawatan-kerja-ke-china-mengukuh-hubungan-kerjasama-dua-hala-antara-bandar-raya-xian-dan-kota-kinabalu/#respond Wed, 05 Jul 2023 08:28:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37736
Read Time:1 Minute, 47 Second

XI’AN: Delegasi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) diketuai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, kini dalam rangka lawatan kerja ke China.

Beliau berkata lawatan ke Xi’an adalah lawatan susulan selepas 2019 apabila Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Xi’an menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Persahabatan dan Kerjasama. Xi’an ialah ibu kota Wilayah Shaanxi di China Tengah.

“Matlamatnya adalah untuk menyambung semula dan mengukuhkan hubungan kerajaan dengan kerajaan antara dua bandaraya Xi’an dan Kota Kinabalu.

“Disebabkan pandemik Covid-19, kedua-dua pihak terpaksa menghentikan semua program yang dirancang oleh Dewan Bandaraya Xi’an dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Oleh itu, lawatan semula kami ke Xi’an adalah untuk menghidupkan semula kerjasama pelancongan dua hala dan pertukaran budaya,” kata Christina selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Datuk Bandar Xi’an, Meng Hao di Dewan Bandaraya Xi’an pada Isnin.

Menurutnya, perbincangan mereka turut menyentuh mengenai potensi pameran perdagangan dan pelaburan Xi’an di Sabah di bawah naungan Biro Konvensyen Sabah (SCB) yang baru ditubuhkan.

Pemimpin Kerajaan Perbandaran Xi’an telah bersetuju untuk mengetuai delegasi melawat Sabah atas jemputan Menteri untuk membincangkan lebih lanjut mengenai peningkatan hubungan dua hala.

Pada pertemuan dengan Naib Datuk Bandar, kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama antara STB dan agensi pelancongan untuk merancakkan aktiviti pelancongan dengan pantas.

“Inisiatif ini akan memudahkan lagi pertukaran idea, maklumat dan kepakaran, antara lain, dalam usaha memartabatkan industri pelancongan,” kata Christina.

Sementara itu, Meng menggesa usaha menjalin kerjasama pelancongan berkoordinasi dengan kerajaan Sabah untuk mempromosikan kedua-dua bandar raya itu.

“Sabah mempunyai tempat menyelam terbaik, pulau-pulau yang indah dan hutan hujan tropika. Kedua-dua kawasan saling melengkapi dari segi sumber pelancongan,” katanya.

Turut hadir ialah Konsul Jeneral Malaysia di Xi’an, Lum Wan Liang, Yao Kai Hui dari Inspektorat Kerajaan Perbandaran, Pengarah Biro Kebudayaan dan Pelancongan Xi’an, Sun Chao dan Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Perbandaran, Li Xiao Yen.

Delegasi Sabah yang turut mengiringi Christina termasuk Pembantu Menterinya merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Alesia Sion, Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Tay Shu Lan, Penolong Pengurus Pemasaran Yvonne Chin, Setiausaha Politik kepada Menteri Vivien Lee dan Pegawai Khas Menteri Robert Penggai.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/05/lawatan-kerja-ke-china-mengukuh-hubungan-kerjasama-dua-hala-antara-bandar-raya-xian-dan-kota-kinabalu/feed/ 0 37736
Aidilfitri bermakna bagi umat Islam dan bukan Islam berkongsi keceriaan https://sabahmedia.com/2023/05/11/aidilfitri-bermakna-bagi-umat-islam-dan-bukan-islam-berkongsi-keceriaan/ https://sabahmedia.com/2023/05/11/aidilfitri-bermakna-bagi-umat-islam-dan-bukan-islam-berkongsi-keceriaan/#respond Thu, 11 May 2023 06:29:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34164
Read Time:1 Minute, 48 Second

SANDAKAN: Sambutan Aidilfitri amat bermakna kepada semua umat Islam mahupun bukan Islam kerana ia merupakan peluang untuk rakyat pelbagai etnik, agama dan budaya untuk sama-sama berkongsi keceriaan.

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, melalui amalan seumpama ini, ia dapat menggambarkan semangat Malaysia Madani.

Pada masa yang sama, kata beliau, amalan mengadakan rumah terbuka untuk sambutan Hari Raya yang diamalkan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.

“Manfaatkan peluang ini untuk kunjung mengunjungi di antara satu sama lain sebagai tanda hormat menghormati dan saling bermaafan.

“Saya yakin amalan ini akan memberikan impak yang besar untuk keharmonian negara. Untuk menjadi sebuah organisasi yang terbilang, kunci utama ialah kerjasama secara berpasukan tidak kira pangkat, bangsa dan agama.

“Kerja berpasukan mempunyai banyak kelebihan kerana ia saling bergantung dari segi kepakaran, keupayaan, kemahiran dan bersedia melaksanakan tugasan secara bersama,” katanya.

Dr. Joachim berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini.

Sementara itu, kata beliau, Aidilfitri merupakan kesempatan untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan.

“Ambilah peluang ini untuk kita saling bermaafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

“Adalah menjadi harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ia dapat mewujudkan satu semangat muhibah dan harmoni kepada semua warga Majlis Perbandaran Sandakan.

“Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan pentadbir kepada daerah Sandakan, pihak Majlis mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan mutu perkhidmatan dan prasarana di daerah Sandakan ini sentiasa berada pada tahap yang terbaik,” kata beliau.

Justeru, Dr. Joachim menyarankan agar komitmen semua pihak diberikan bagi membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Syabas dan tahniah kepada pengurusan Majlis Perbandaran Sandakan dan juga Jawatankuasa Pelaksana Majlis ini iaitu Badan Kebajikan Islam Majlis Perbandaran Sandakan yang diketuai oleh Farizal Setoh, Timbalan Presiden II merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Islam MPS atas kejayaan melaksanakan majlis jamuan Hari Raya ini yang sungguh bermakna dan meriah.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Menuai, Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais dan Presiden MPS, Henry Idol serta seluruh kakitangan MPS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/11/aidilfitri-bermakna-bagi-umat-islam-dan-bukan-islam-berkongsi-keceriaan/feed/ 0 34164
Pelapis muda perlu jati diri dan nilai kerjasama – Redonah https://sabahmedia.com/2023/05/08/pelapis-muda-perlu-jati-diri-dan-nilai-kerjasama-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/05/08/pelapis-muda-perlu-jati-diri-dan-nilai-kerjasama-redonah/#respond Mon, 08 May 2023 07:59:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33998
Read Time:2 Minute, 46 Second

TAWAU: Pelapis muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan kelak diseru untuk sentiasa membentuk dan mengekalkan jati diri yang sesuai dan mampu memegang nilai kerjasama dalam usaha membentuk komuniti yang bersatu padu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata usaha mendidik generasi muda perlu bermula dari peringkat awal dan ibu bapa memainkan peranan sejak dari rumah.

“Didik anak kita dari peringkat awal tentang pentingnya ilmu kerana dengan ilmulah kita akan membentuk jati diri dan pegangan anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir di Kursus Kepimpinan Asas Pemimpin Wanita (Akar Umbi dan Politik) disini Hotel Emas Tawau pada Isnin.

Menurut Redonah, negara dan negeri memerlukan pemimpin pelapis yang celik ilmu dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang.

“Kita mahu pelapis yang bakal memimpin masyarakat kita untuk masa akan datang adalah mereka yang mempunya ilmu, celik pemikiran, berfikiran terbuka dan mempunyai kemahiran tambahan yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat dan rakyat.

“Kita mahu pemimpin kita di masa depan adalah pemimpin yang mana kita pupuk nilai murni dan moral yang sesuai dengan keperluan masyarakat, negeri dan negara,”katanya.

Jelas beliau lagi, ciri-ciri pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mampu bekerjasama dan bersatu dalam membawa suara dan hala tuju untuk rakyat.

“Kita sebagai pemimpin, kita juga mahu generasi akan datang yang bakal menggantikan kepimpinan sedia ada kelak, mempunyai pendirian tegas, berani dan berpegang kepada prinsip bersatu teguh bercerai roboh.

“Kita memerlukan kepimpinan dan kesatuan yang utuh, yang bersatu hati dan berpadu sebagai sebuah pasuka,”tambahnya.

Menurut Redonah, pelapis masa depan perlu berjaya dalam semua proses membentuk jati diri dan kemahiran agar kredibiliti mereka tidak diragui dan disangkal oleh mana-mana pihak.

“Saya harap generasi baharu mampu menjadi generasi yang berjaya, belajar tentang semua yang diperlukan, tentang isu semasa dan realiti sebenar keadaan di luar sana.

“Sesungguhnya saya sendiri mempunyai anak, saya sebagai seorang ibu, sentiasa berharap agar anak-anak saya mampu mencipta kejayaan untuk diri mereka dan membanggakan keluarga, komuniti dan semua.

“Saya amat yakin, semua ibu bapa mempunyai perasaan yang serupa dan berpegang kepada prinsip untuk melahirkan dan membentuk anak muda, pelapis yang hebat dan berjaya,” jelasnya.

Redonah turut meminta agar pemimpin sedia ada untuk sentiasa berlapang dada dan berkongsi segala ilmu yang ada dengan generasi baharu.

“Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah, sebuah pepatah Arab yang cukup besar maknanya.

“Ilmu yang kita amalkan, kita kongsikan dan kita sebarkan kepada lebih ramai lagi, adalah sebuah amal jariah, sebuah sedekah yang cukup besar pahala, sekaligus menjadi saham kita di akhirat sana.

“Wajar sekiranya yang senior mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman untuk mendidik yang junior,” ujarnya.

Dalam pada itu, Redonah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pemimpin lama yang telah berusaha membawa kejayaan dan memperjuangkan hasrat rakyat.

“Semua jasa pemimpin lama dan mereka yang mungkin masa ini sudah tidak bersama kita akan terus dikenang.

“Kita sedar bahawa tanpa mereka pastinya kita tidak akan berada pada keadaan dan menikmati kesejahteraan seperti ini.

“Seperti juga pejuang-pejuang yang mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan tanah air kita, bekerja keras untuk kemerdekaan kita, ibu bapa serta guru-guru yang membesarkan dan mendidik kita.

“Belajar dari sejarah, berusaha keras dan tidak putus asa dalam mengejar cita-cita anda.

“Semoga kepimpinan baharu yang bakal membawa kejayaan pada kita kelak akan terus membawa legasi kepimpinan yang baik dan berkualiti sehingga ke akhirnya dan seterusnya, insyaAllah,” ujar beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/08/pelapis-muda-perlu-jati-diri-dan-nilai-kerjasama-redonah/feed/ 0 33998
YS belanja RM685 juta bagi biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/04/11/ys-belanja-rm685-juta-bagi-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/ys-belanja-rm685-juta-bagi-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-hajiji/#respond Mon, 10 Apr 2023 17:04:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32512
Read Time:2 Minute, 21 Second

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah membelanjakan sejumlah RM685 juta bagi pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi sejak 1967 hingga tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata
seramai 43,665 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu sama ada di institusi pengajian tinggi di dalam negara mahu pun luar negara telah menerima bantuan berkenaan.

Katanya, selain daripada Kumpulan Yayasan Sabah, turut memberikan tajaan pendidikan tahunan sama ada berbentuk biasiswa ataupun dermasiswa, antaranya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Pusat Zakat Sabah dan Yayasan Kebajikan Sabah.

“Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) juga telah dilancarkan pada tahun lalu, untuk membantu lebih ramai anak-anak Sabah yang memerlukan tajaan pendidikan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya melihat siswa siswi semua sebagai harapan masa hadapan, aset besar negeri
dan negara serta pewaris kepada kepimpinan masa hadapan. Apabila anda tamat pengajian, Sabah dan negara memerlukan penyertaan anda semua untuk membawa
negeri dan negara ke arah kemajuan.

“Anda akan menjadi pemimpin pelapis serta sumber modal insan untuk masa hadapan. Sebab itu dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pembangunan
modal insan antara teras utama yang diberi perhatian. Justeru, pelbagai bantuan pendidikan diberikan bagi memastikan anak-anak muda kita mampu menjadi pemimpin pelapis yang serba boleh dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi Bersama Ketua Menteri Sabah di Putrajaya International
Convention Centre, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri menaruh harapan tinggi kepada
mahasiswa Sabah untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan di
Sabah.

“Sejak negara bergelut dengan pandemik COVID-19 sehingga tahun lalu, kerajaan
negeri Sabah telah meluluskan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik termasuk beberapa lagi projek pelaburan yang kini sedang dalam proses untuk dilaksanakan daripada sektor ekonomi bernilai RM33.4 bilion yang akan menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan.

“Baru-baru ini, kami secara rasmi juga telah mengambil alih 50 peratus kepentingan
dalam lapangan minyak Samarang di mana Sabah dijangka menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas.

“Dengan segala pembangunan ini, di sinilah kerajaan menuntut peranan daripada siswa siswi semua untuk menyumbang kepada pembangunan di Sabah. Oleh itu, tanggungjawab yang terpikul di bahu siswa siswi semua sememangnya besar kerana
selain harapan dan kepercayaan ibu bapa dan keluarga, anak-anak juga merupakan harapan dan kepercayaan kerajaan,” katanya.

Justeru Ketua Menteri berkata, sebagai generasi yang bakal menjadi pemimpin negeri
Sabah pada masa akan datang, siswa siswi perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi.

“Negeri Sabah amat memerlukan pemimpin dan modal insan yang berkualiti, yang tinggi ilmunya, kukuh keperibadiannya serta baik akal budinya. Tidak kira di mana dan apa jawatan yang bakal anda pegang, peranan anda tetap diperlukan bagi menjayakan misi pembangunan negara sebagaimana yang kita semua harapkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/ys-belanja-rm685-juta-bagi-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-hajiji/feed/ 0 32512
Muzium Sabah lancar Pameran Hijriah dan Ulangtahun Muzium Tamadun Islam Ke-21 https://sabahmedia.com/2023/04/05/muzium-sabah-lancar-pameran-hijriah-dan-ulangtahun-muzium-tamadun-islam-ke-21/ https://sabahmedia.com/2023/04/05/muzium-sabah-lancar-pameran-hijriah-dan-ulangtahun-muzium-tamadun-islam-ke-21/#respond Wed, 05 Apr 2023 13:41:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32224
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Hasrat kerajaan untuk memulihkan sektor pelancongan di negeri ini, pelbagai aktiviti telah rancak dibangunkan termasuklah program-program muzium yang telah dirancang lebih awal sedia menanti kunjungan para pelawat untuk dilawati.

Justeru, Jabatan Muzium Sabah telah menyahut seruan kerajaan melancarkan Pameran Hijriah dan Ulangtahun Muzium Tamadun Islam Ke-21 bersempena dengan sambutan Hari Muzium Sabah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh
Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew yang berlangsung di Muzium Tamadun Islam, Jabatan Muzium Sabah di sini hari ini.

Christina dalam ucapan perasmiannya berkata, selaras dengan fungsi Jabatan Muzium untuk mengembangkan ilmu pengetahuan masyarakat menerusi pameran-pamerannya, beliau yakin penganjuran pameran ini amatlah bertepatan sekali untuk menggalakkan orang ramai datang ke muzium.

“Semoga pameran ini dapat memberikan pengetahuan mengenai bidang Kalender Islam Global,” katanya.

Menurutnya, program pameran ini adalah untuk mempromosikan aktiviti kebiasaan masyarakat Islam mengikut takwim kalender hijriah dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai keindahan kepelbagaian bangsa dan agama di Negeri Sabah yang menjadi lambang perpaduan masyarakat majmuk di Negeri Sabah.

“Kepentingan kalender ini berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia yang meliputi aktiviti sosial dan keagamaan. Sistem kalender menjadikan kehidupan manusia lebih terurus dan teratur sama ada di dalam bidang ekonomi, perundangan politik hingga kepada hubungan antarabangsa.

“Kalender Hijriah merupakan sistem kalender yang sangat penting bagi umat Islam sebagai rujukan tarikh amalan ibadah wajib, sunat dan harus bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia juga adalah kalender lunar yang dikira berdasarkan kepada pergerakkan bulan mengelilingi bumi. Terdapat 12 bulan dalam kalender Hijriah bermula bulan Muharam hingga ke bulan Zulhijjah dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun,” jelasnya.
 
Manakala Kalender Masihi pula katanya, dikira berdasarkan kepada pergerakkan bumi mengelilingi matahari. Terdapat dua belas bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.
 
“Peristiwa penting atau hari kebesaran Islam dalam Kalender Hijriah di Malaysia ialah seperti Israk dan Mikraj, Awal Ramadan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidil Fitri, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidil Adha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul,” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, Christina berkata, sempena dengan Ulangtahun Muzium Tamadun Islam ini yang kebetulan jatuh pada bulan ramadan, pelbagai aktiviti diadakan seperti Bazaar jualan Ramadan, wayang pacak, gunting rambut rahmah, pertandingan gerai tercantik dan pengunjung bertuah. Aktiviti-aktiviti ini juga dirancang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini diharap akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani,emosi, intelek dan sosial. Disamping itu, secara tidak langsung ia turut memupuk semangat perpaduan, kerjasama, semangat kerja berpasukan dan mengeratkan ukhuwah sebagai sebuah masyarakat Malaysia Madani.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Jabatan Muzium Sabah yang telah berusaha untuk merencanakan pameran ini.

“Saya berharap, agar pameran ini akan dapat mencapai objektifnya dan mampu menarik lebih ramai pelawat untuk berkunjung ke muzium Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/05/muzium-sabah-lancar-pameran-hijriah-dan-ulangtahun-muzium-tamadun-islam-ke-21/feed/ 0 32224
43 masjid & surau Parlimen Putatan terima sumbangan Moreh https://sabahmedia.com/2023/03/22/43-masjid-surau-parlimen-putatan-terima-sumbangan-moreh/ https://sabahmedia.com/2023/03/22/43-masjid-surau-parlimen-putatan-terima-sumbangan-moreh/#respond Wed, 22 Mar 2023 10:43:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31292
Read Time:36 Second

PUTATAN: Sebanyak 43 masjid dan surau di seluruh kawasan Parlimen Putatan terima sumbangan Moreh bersempena dengan menyambut ketibaan Bulan Ramadan 1444H.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Masjid Daerah Putatan di sini, hari ini.

Sumbangan yang disampaikan berbentuk tunai berjumlah RM1,000 setiap surau dan masjid bersama dengan 5 kilogram buah kurma.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, beliau berharap dengan sumbangan yang diberikan itu akan dapat mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau di kawasan parlimennya sempena Ramadan ini.

“Saya berharap dengan adanya sedikit sumbangan tersebut, masjid-masjid dan surau-surau yang ada di kawasan Parlimen Putatan akan dapat mengimarahkan masjid pada malam-malam bulan Ramadan kali ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/22/43-masjid-surau-parlimen-putatan-terima-sumbangan-moreh/feed/ 0 31292