DAP – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Nov 2025 13:33:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DAP – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DAP Tawau bentang rekod perkhidmatan tiga tahun, tegas bukan parti bermusim https://sabahmedia.com/2025/11/20/dap-tawau-bentang-rekod-perkhidmatan-tiga-tahun-tegas-bukan-parti-bermusim/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/dap-tawau-bentang-rekod-perkhidmatan-tiga-tahun-tegas-bukan-parti-bermusim/#respond Thu, 20 Nov 2025 13:28:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86533
Read Time:2 Minute, 25 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: DAP Tawau menzahirkan penghargaan kepada para pengundi di Sri Tanjong yang kekal setia bersama parti itu sejak 2008, sambil menegaskan komitmen mereka yang berterusan walaupun berdepan perubahan politik.

Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, walaupun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Justin Wong meninggalkan parti pada 2022 namun DAP Tawau tetap berjaya melaksanakan 10 pencapaian utama.

“Di bawah kepimpinan calon Pakatan Harapan (PH) Sri Tanjong, Philip Yap, kami masih mengekalkan pencapaian baik dalam tempoh tiga tahun dengan penuh cabaran,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Pilihan Raya PH Sri Tanjong di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha DAP Negeri, Vivian Wong dan Philip Yap.

Sementara itu, Philip berkata, DAP Tawau kekal konsisten turun padang setiap minggu melalui kaunter perkhidmatan bergerak di Pasar Baru Taman Sin Onn.

Katanya, inisiatif itu merangkumi sesi mendengar aduan penduduk, membantu menyelesaikan masalah harian, pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga emas serta nasihat guaman percuma secara bulanan di pusat khidmat.

“Beliau menegaskan bahawa usaha yang mungkin kelihatan sederhana ini adalah lambang komitmen DAP untuk sentiasa dekat dan boleh diharapkan oleh rakyat.

“Dalam aspek perpaduan komuniti, DAP Tawau juga terus menganjurkan acara kebudayaan berskala besar seperti Pasar Malam Tahun Baharu Cina dan Pesta Taman Sempena Mid-Autumn.

“Program yang diadakan secara konsisten setiap tahun itu bertujuan mengukuhkan hubungan masyarakat pelbagai kaum, memelihara budaya setempat dan menjadikan Tawau sebuah bandar yang harmoni serta mesra komuniti,” ujarnya.

Katanya, usaha memajukan ekonomi setempat turut dilakukan melalui kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri bagi mempromosikan avocado QAV1 sehingga ke Parlimen Kuala Lumpur, sekali gus meningkatkan pengiktirafan produk Tawau.

Selain itu, kumpulan peladang kecil menerima sokongan kewangan berjumlah RM856,200 menerusi skim TSPKS 2.0, sementara kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan sehingga RM100 juta untuk usaha penanaman semula dan pemodenan industri sawit.

Dalam sektor pelancongan pula, katanya, DAP Tawau melancarkan “Buku Panduan Pelancongan & Gastronomi Tawau” bagi memperkenalkan juadah tempatan, budaya dan tarikan pelancongan unik. Buku tersebut kini diedarkan secara percuma di Lapangan Terbang Tawau untuk memudahkan pelawat mengenali potensi pelancongan bandar itu.

“Komitmen terhadap rakyat turut dizahirkan melalui bantuan ekonomi dan kebajikan, termasuk program Baucar Belanja RM100 di Pasar Sin Onn yang membantu golongan memerlukan sambil meningkatkan semula aktiviti perniagaan peniaga kecil. Ketika Tawau berdepan krisis bekalan air, DAP Tawau menggerakkan lori tangki bagi menghantar air ke rumah-rumah, menunjukkan tindakan segera tanpa menunggu mandat politik.

“Dalam isu bekalan air, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk menaik taraf sistem air Sabah, termasuk projek di Tawau. DAP Tawau memantau pelaksanaan agar kawasan kritikal mendapat keutamaan, sekali gus memastikan rakyat menerima manfaat sebenar daripada peruntukan tersebut,” katanya.

Philip menegaskan bahawa, seluruh rekod pencapaian ini bukan sekadar catatan pentadbiran, tetapi bukti bahawa DAP Tawau telah bekerja secara konsisten tanpa henti sejak 2008.

“DAP tidak muncul ketika pilihan raya sahaja. Kami sentiasa berada bersama rakyat dalam susah, dalam senang, dalam krisis, dan dalam pembinaan masa depan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/dap-tawau-bentang-rekod-perkhidmatan-tiga-tahun-tegas-bukan-parti-bermusim/feed/ 0 86533
DAP Sabah umum tujuh calon rasmi PRU DU Sabah ke-17 https://sabahmedia.com/2025/11/08/dap-sabah-umum-tujuh-calon-rasmi-pru-du-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/dap-sabah-umum-tujuh-calon-rasmi-pru-du-sabah-ke-17/#respond Sat, 08 Nov 2025 10:12:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85284
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah hari ini mengumumkan senarai tujuh calon rasmi yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung pada 29 November ini.

Tujuh daripada calon itu, tiga adalah muka baharu, dua ialah Ahli Parlimen dan tiga antara mereka adalah calon wanita.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengumuman Calon-Calon PH–DAP yang diadakan di Magellan Sutera di sini, hari ini.

Calon yang diumumkan ialah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, yang juga bekas ADUN Luyang, akan bertanding di DUN Likas; Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, bagi kerusi DUN Tanjung Aru; dan Datuk Jannie Lasimbang dikekalkan di DUN Kapayan.

Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, akan bertanding di DUN Elopura; Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip, di DUN Sri Tanjung; Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei, di DUN Luyang; dan Tang Szu Ching pula mewakili parti di DUN Tanjung Papat.

Anthony berkata, DAP terus mengetengahkan kepimpinan wanita sebagai manifestasi komitmen parti terhadap kesaksamaan gender, dengan 50 peratus daripada lapan kerusi yang diperuntukkan kepada DAP Sabah diisi oleh calon wanita.

“Kita mahu lebih ramai penyertaan wanita. Lelaki dan wanita sama penting dalam perjuangan parti. Kita adalah parti progresif yang mengiktiraf peranan wanita dan mengamalkan dasar kesaksamaan gender,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa lima daripada lapan calon terdiri daripada mereka berumur 40 tahun ke bawah, selaras dengan usaha parti memberi ruang kepada pelapis muda membina pengalaman politik serta berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, satu lagi kerusi di kawasan pedalaman masih dalam rundingan bersama rakan-rakan gabungan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/dap-sabah-umum-tujuh-calon-rasmi-pru-du-sabah-ke-17/feed/ 0 85284
Dakwaan ahli DAP keluar parti beramai-ramai tidak benar – Vivian https://sabahmedia.com/2025/11/06/dakwaan-ahli-dap-keluar-parti-beramai-ramai-tidak-benar-vivian/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/dakwaan-ahli-dap-keluar-parti-beramai-ramai-tidak-benar-vivian/#respond Thu, 06 Nov 2025 10:58:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85113
Read Time:1 Minute, 19 Second

SANDAKAN: Setiausaha DAP Sabah, Vivian Wong mengecam tindakan bekas pemimpin parti yang didakwa sengaja mencipta persepsi palsu berhubung isu keluar parti untuk memburukkan imej DAP dan mengelirukan orang awam.

Vivian menegaskan dakwaan bekas Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon dan bekas Setiausaha Organisasi, Liau Fui Fui kononnya beberapa ahli cawangan DAP keluar parti beramai-ramai adalah tidak benar.

Beliau berkata, gambar yang menunjukkan ahli keluar parti secara beramai-ramai adalah membabitkan kumpulan individu yang sama tetapi gambar mereka diambil berulang kali untuk mewujudkan tanggapan palsu seolah-olah jumlah mereka ramai.

“Dakwaan cawangan dibubarkan juga tidak tepat kerana hanya segelintir ahli yang keluar parti, manakala cawangan berkenaan masih wujud dan berfungsi.

“Cara mereka adalah permainan politik murahan untuk menipu rakyat serta merosakkan reputasi DAP,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Vivian juga menjelaskan DAP tidak pernah mengabaikan dua pemimpin itu dengan Frankie pernah dilantik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atas perakuan parti, selain memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat di bawah tiket DAP.

Katanya, Lo pula selain diberi kepercayaan bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi pada pilihan raya lalu, beliau juga diberikan jawatan pengerusi GLC.

“Kini mereka menuduh parti tidak menghargai sumbangan mereka. Dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

“DAP sentiasa berpegang pada prinsip keadilan, integriti dan semangat berpasukan serta tidak pernah membuat keputusan berdasarkan kepentingan peribadi, tetapi demi khidmat kepada rakyat dan usaha reformasi.

“Mereka kononnya keluar parti atas nama perjuangan rakyat, tetapi hakikatnya hanya untuk kepentingan politik diri sendiri,” katanya.

Vivian menegaskan DAP tidak akan terjejas dengan taktik murahan sebegitu, sebaliknya akan terus kukuh memperjuangkan agenda rakyat di peringkat akar umbi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/dakwaan-ahli-dap-keluar-parti-beramai-ramai-tidak-benar-vivian/feed/ 0 85113
DAP Sabah umum calon Sabtu ini https://sabahmedia.com/2025/11/06/dap-sabah-umum-calon-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/dap-sabah-umum-calon-sabtu-ini/#respond Thu, 06 Nov 2025 10:49:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85110
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: DAP Sabah akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU) Sabah pada Sabtu ini, dengan parti itu dijangka bertanding di lapan kerusi.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Chan Foong Hin berkata, dua daripada lapan kerusi berkenaan merupakan kawasan baharu yang akan ditandingi parti itu, termasuk DUN Tanjung Aru dan satu lagi di kawasan pedalaman yang belum diumumkan lokasinya.

“Kita jangka akan bertanding lapan kerusi. Siapa calon itu, tunggulah pengumuman hari Sabtu ini. Satu kerusi baharu ialah Tanjung Aru, manakala satu lagi dari kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Santuni Pekebun Kecil Sawit Daerah Tawau di sini, hari ini.

Foong Hin berkata, enam daripada kerusi tersebut adalah kerusi penyandang, termasuk DUN Sri Tanjung dan Elopura, namun dua kawasan itu akan menyaksikan muka baharu selepas penyandang sebelum ini meninggalkan parti dan menyertai Warisan.

“Muka baharu ini kerana ada tiga kerusi memang kita kena ada muka baharu. Sri Tanjung dan Elopura, dua ADUN kita lompat ke Warisan, jadi mestilah letak calon baharu.

“Selain itu, Tanjung Papat juga akan menampilkan wajah baharu selepas bekas pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Phung, keluar parti,” jelasnya

Menurut beliau, DAP Sabah tetap mengekalkan komitmen terhadap penyertaan wanita dan belia, selaras dengan polisi parti yang menetapkan sekurang-kurangnya satu pertiga calon terdiri daripada wanita.

“Akan ada wajah baharu, wanita dan belia. Polisi DAP menetapkan sekurang-kurangnya satu pertiga calon adalah wanita, jadi kita akan melebihi satu pertiga,” katanya.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Frankie Poon, beliau menegaskan perkara itu tidak akan menjejaskan kekuatan DAP Sandakan.

“DAP Sandakan amat terasa, tetapi kemenangan kita di kawasan itu tidak pernah terputus sejak 2013 untuk Parlimen Sandakan, dan sejak 2018 untuk DUN Tanjung Papat dan Elopura.

“Saya rasa ini tidak akan terganggu. Kita sudah bersiap sedia dengan jentera masing-masing,” tegasnya.

Foong Hin turut menolak kemungkinan besar Poon akan menyertai Warisan, namun tidak menolak kemungkinan beliau akan bertanding atas tiket bebas atau menyertai parti lain.

“Saya tidak lihat beliau akan masuk Warisan. Mungkin beliau akan masuk parti lain atau bertanding bebas. Itu hak peribadi beliau. Untuk DAP, kita akan teruskan perjuangan tanpa masalah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa calon DAP bagi kawasan Tawau pastinya merupakan anak jati tempatan, namun menyerahkan keputusan akhir kepada pimpinan parti.

“Mestilah anak jati Tawau yang akan bertanding di sini. Sama ada saya sendiri bertanding atau tidak, itu bergantung kepada keperluan strategik parti,” katanya.

Chan berkata DAP Sabah optimis untuk memberi saingan kuat di semua kerusi yang ditandingi dan berharap dapat memenangi kesemuanya.

“Itu harapan kita, harap-harap menang semua,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/dap-sabah-umum-calon-sabtu-ini/feed/ 0 85110
Jelajah Wanita DAP Sabah perkukuh hubungan akar umbi, perkenal calon baharu di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/23/jelajah-wanita-dap-sabah-perkukuh-hubungan-akar-umbi-perkenal-calon-baharu-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/23/jelajah-wanita-dap-sabah-perkukuh-hubungan-akar-umbi-perkenal-calon-baharu-di-sandakan/#respond Thu, 23 Oct 2025 14:42:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84011
Read Time:1 Minute, 12 Second

SANDAKAN: Wanita DAP Sabah meneruskan pendekatan proaktif mendekati rakyat melalui siri Jelajah Wanita DAP Sabah ke Pantai Timur dari 21 hingga 23 Oktober, bagi memperkukuh hubungan akar umbi serta memperkenalkan bakal calon parti menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Rombongan diketuai Ketua Wanita DAP Sabah, Bronica Sikula, bersama bakal calon DUN Tanjong Papat, Tang Szu Ching yang juga Ketua DAPSY Sandakan merangkap Penolong Setiausaha Organisasi DAP Sabah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi termasuk Pasar Umum Sandakan, Kampung Pulau Berhala dan Kampung Sim-Sim.

Sepanjang program, mereka beramah mesra dengan masyarakat setempat sambil mengedarkan “Iltizam Wanita Harapan Sabah 2025” sebagai simbol komitmen terhadap pembangunan wanita dan keluarga.

Bronica menegaskan bahawa iltizam itu adalah pelan tindakan menyeluruh yang turut mencadangkan penstrukturan semula kementerian berkaitan dengan menukar namanya kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Rakyat, yang disarankan diketuai oleh seorang wanita.

Sokongan akar umbi terhadap DAP kekal kukuh, dengan kehadiran pemimpin muda seperti Tang Szu Ching disambut sebagai nafas baharu yang diyakini mampu memperkukuh legasi parti di Sandakan.

Di Tawau, program diteruskan dengan aktiviti walkabout di Pasar Tanjung bersama bakal calon DUN Sri Tanjung, Philip Yap Wui Lip, yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Sabah merangkap Ahli Majlis Perbandaran Tawau.

Rombongan turut menghadiri Majlis Ramah Mesra di Kampung Saddani bagi mendengar secara langsung aspirasi dan isu dihadapi penduduk setempat.

Turut hadir, Naib Pengerusi DAP Sabah merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan, Datuk Jannie Lasimbang bersama barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Wanita DAP Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/23/jelajah-wanita-dap-sabah-perkukuh-hubungan-akar-umbi-perkenal-calon-baharu-di-sandakan/feed/ 0 84011
DAP Sabah sambut baik keputusan mahkamah memihak SLS berhubung hak 40 peratus hasil https://sabahmedia.com/2025/10/17/dap-sabah-sambut-baik-keputusan-mahkamah-memihak-sls-berhubung-hak-40-peratus-hasil/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/dap-sabah-sambut-baik-keputusan-mahkamah-memihak-sls-berhubung-hak-40-peratus-hasil/#respond Fri, 17 Oct 2025 10:07:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83525
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Sabah Law Society (SLS) berhubung isu hak 40 peratus hasil Persekutuan yang diperoleh daripada negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe, berkata keputusan itu bukan sahaja bersejarah, malah menandakan langkah penting dalam usaha memulihkan keadilan serta kesaksamaan kepada rakyat Sabah, di samping memperkukuh prinsip yang termaktub dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“DAP Sabah menghargai keberanian dan keteguhan SLS dalam memperjuangkan kes ini yang mencerminkan aspirasi bersama rakyat Sabah untuk mendapatkan pengiktirafan penuh terhadap hak perlembagaan dan kewangan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Phoong, keputusan mahkamah itu membawa mesej jelas bahawa hak Sabah di bawah MA63 bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab undang-undang yang mesti dihormati oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kemenangan ini bukan sekadar kejayaan undang-undang buat SLS, tetapi juga kemenangan moral buat rakyat Sabah yang menunggu puluhan tahun untuk melihat keadilan ditegakkan.

“Keputusan ini mengembalikan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang dan membuktikan bahawa mekanisme perlembagaan kekal sebagai saluran sah untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan,” katanya.

Phoong menegaskan, keputusan itu harus menjadi titik perubahan dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Persekutuan mesti bertindak segera dan tegas bagi melaksanakan apa yang sewajarnya menjadi hak Sabah serta memastikan urusan kewangan dijalankan secara telus, adil dan tepat pada masanya.

“Kami turut menggesa Peguam Negara Persekutuan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi ini dan tidak memfailkan rayuan. Langkah sedemikian hanya akan menambah kekecewaan rakyat serta menangguhkan keadilan yang sepatutnya diterima oleh rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan ini tidak pernah bersifat politik, sebaliknya berpaksikan kepada prinsip keadilan, maruah dan kesamarataan — nilai asas yang membentuk Malaysia sebagai sebuah persekutuan berteraskan kepercayaan dan kerjasama.

Phoong turut menyeru agar kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri bekerjasama dengan penuh keikhlasan dalam memastikan semakan semula hak 40 peratus serta komitmen lain di bawah MA63 dilaksanakan secara telus dan berintegriti.

“Inilah masanya untuk menunjukkan kepimpinan dan integriti sebenar bagi membuktikan bahawa sistem persekutuan mampu berfungsi untuk semua rakyat Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Keputusan ini adalah kemenangan untuk rakyat, untuk keadilan, dan untuk semangat Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/dap-sabah-sambut-baik-keputusan-mahkamah-memihak-sls-berhubung-hak-40-peratus-hasil/feed/ 0 83525
DAP Sabah welcomes High Court decision on Sabah’s 40% revenue entitlement https://sabahmedia.com/2025/10/17/dap-sabah-welcomes-high-court-decision-on-sabahs-40-revenue-entitlement/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/dap-sabah-welcomes-high-court-decision-on-sabahs-40-revenue-entitlement/#respond Fri, 17 Oct 2025 09:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83518
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: The Democratic Action Party (DAP) Sabah welcomes the landmark decision by the Sabah High Court in favour of the Sabah Law Society (SLS) on Sabah’s constitutional entitlement to 40 percent of federal revenue derived from the state.

Its chairman, Datuk Phoong Jin Zhe said this decision marks a historic step forward in restoring justice and fairness for the people of Sabah, reaffirming the principles enshrined in Article 112D of the Federal Constitution and the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

Phoong said, the DAP Sabah commends the Sabah Law Society for its courage and perseverance in pursuing this case, which represents the collective aspiration of Sabahans who have long sought the full recognition of their constitutional and fiscal rights.

“The judgment sends a clear and powerful message, that Sabah’s rights under MA63 are not mere political rhetoric but are legally binding obligations that must be honoured by the Federal Government.

“This victory is not only a legal victory for SLS but a moral victory for the people of Sabah, who have waited decades for justice to be delivered. The court’s decision restores faith in the rule of law and demonstrates that constitutional mechanisms remain a credible avenue to seek fairness and equality,” he said in a statement today.

Phoong said, DAP Sabah believes this ruling should serve as a turning point in federal–state relations.

“The Federal Government must now act decisively to implement what is rightfully due to Sabah and ensure that fiscal arrangements are transparent, timely, and fair.

‘We also urge the Federal Attorney General to respect the decision of the High Court and refrain from appealing. Prolonging this matter will only deepen public frustration and delay the justice that Sabahans rightfully deserve,” he said.

According to Phoong, DAP Sabah reiterates that this struggle has never been about politics, but about justice, dignity, and equality, the fundamental values that bind Malaysia as a federation built on trust and partnership.

Moving forward, DAP Sabah calls upon both the Federal and State Governments to work together in good faith, ensuring that the review process of the 40 percent entitlement and other MA63 commitments are handled with transparency and sincerity.

“This is the moment to demonstrate leadership and integrity to prove that federalism can work for all Malaysians, especially those in Sabah and Sarawak.

“This decision is a victory for the people, for justice, and for the spirit of Malaysia Agreement 1963,” Phoong added.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/dap-sabah-welcomes-high-court-decision-on-sabahs-40-revenue-entitlement/feed/ 0 83518
Wanita DAP Sabah kekal bersatu, mantapkan kepimpinan dan kepercayaan rakyat https://sabahmedia.com/2025/10/12/wanita-dap-sabah-kekal-bersatu-mantapkan-kepimpinan-dan-kepercayaan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/10/12/wanita-dap-sabah-kekal-bersatu-mantapkan-kepimpinan-dan-kepercayaan-rakyat/#respond Sun, 12 Oct 2025 11:40:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83107
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Wanita DAP Sabah menegaskan komitmen untuk kekal bersatu dan memperkukuh kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sambil menyatakan sokongan terhadap pelan strategik “6-3-3” yang menampilkan 12 calon wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Ketua Wanita DAP Sabah, Bronica Sikula, berkata pelan tersebut mencerminkan kesungguhan PH Sabah menunaikan komitmen terhadap penyertaan 30 peratus wanita dalam politik, hasil usaha berterusan selama dua tahun di peringkat akar umbi.

“Penyertaan wanita bukan sekadar memenuhi kuota, tetapi memperkayakan dasar awam dengan pandangan lebih menyeluruh dan berimbang, termasuk dalam isu keluarga, pendidikan, kesihatan dan pembangunan mapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Penyertaan wanita bukan sekadar memenuhi kuota, tetapi turut memperkayakan dasar awam dengan pandangan yang lebih menyeluruh dan seimbang khususnya dalam isu keluarga, pendidikan, kesihatan dan pembangunan mapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai keputusan bekas ahli parti, Liau Fui Fui, untuk meninggalkan DAP bersama cawangannya baru-baru ini, Bronica berkata Wanita DAP Sabah menghormati keputusan tersebut dan menghargai sumbangan beliau terhadap perjuangan parti selama ini.

Bronica menegaskan perkembangan itu tidak akan melemahkan semangat ahli wanita DAP Sabah, sebaliknya menjadi dorongan untuk terus bekerja lebih gigih dalam memperkukuh parti dan kepercayaan rakyat.

“Setiap cabaran memberi peluang untuk kita memperkukuh perpaduan dan memperbaharui tekad perjuangan. Kami kekal teguh dalam memperjuangkan prinsip keadilan, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Bronica turut menyatakan keyakinan bahawa barisan wanita DAP Sabah akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan suara wanita kekal menjadi teras kepada masa depan politik Sabah yang lebih adil, progresif dan sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/12/wanita-dap-sabah-kekal-bersatu-mantapkan-kepimpinan-dan-kepercayaan-rakyat/feed/ 0 83107
Serah pada DAP, isu terima penganugerahan pingat – Chan https://sabahmedia.com/2023/10/07/serah-pada-dap-isu-terima-penganugerahan-pingat-chan/ https://sabahmedia.com/2023/10/07/serah-pada-dap-isu-terima-penganugerahan-pingat-chan/#respond Sat, 07 Oct 2023 10:40:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43276
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengenai penerimaan anugerah pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

“Untuk penganugerahan gelaran Datuk pagi ini, saya memang menyedari sepenuhnya tentang polisi parti yang tidak berubah sejak 2018 tentang ahli DAP melibatkan penganugerahan pingat.

“Mengikut polisi semasa parti, bersara dari parti barulah boleh menerima penganugerahan pingat, tapi saya terima panggilan telefon daripada kerajaan negeri pada Khamis lalu, kita maklumkan datang raptai semalam dan penganugerahan hari ini,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu penganugerahan pingat kebesaran yang diterimanya itu bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

Chan berkata, penganugerahan itu adalah sesuatu yang sukar ditolak kerana beliau adalah rakyat tempatan Sabah.

“Sesuatu yang sukar untuk saya menolaknya, sebab saya adalah Sabahan dan pingat itu diberikan oleh kerajaan Sabah, sekarang segala keputusan saya serahkan diri kepada partilah untuk isu ini,” jelasnya.

Turut menerima darjah kebesaran sama selain Chan, seorang lagi pemimpin DAP iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Terdahulu, seramai 88 orang individu menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah berkenaan.

Antara penerima lain ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/07/serah-pada-dap-isu-terima-penganugerahan-pingat-chan/feed/ 0 43276
Dua Adun, 1 senator umum tinggalkan DAP di Sabah. https://sabahmedia.com/2022/01/21/dua-adun-1-senator-umum-tinggalkan-dap-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/dua-adun-1-senator-umum-tinggalkan-dap-di-sabah/#respond Fri, 21 Jan 2022 01:27:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11347
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator mengumumkan keluar daripada DAP Sabah malam ini.

ADUN Sri Tanjong Justin Wong, ADUN Elopura Calvin Chong, dan bekas senator Adrian Lasimbang berkata mereka memulakan kerjaya politik masing-masing demi berjuang untuk Sabah, termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur yang lebih baik, malah “lebih penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.”

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah,” katanya dalam kenyataan bersama yang dilaporkan portal FMT.

“Kurang kepercayaan ditunjukkan oleh kepemimpinan kami dalam jawatankuasa negeri, khususnya Pengerusi (Frankie Poon).”

Wong mendakwa parti itu hilang arah selain mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi teruk antara pemimpinnya.

“Jadi dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.”

Disoal sama ada mereka akan berbaik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Wong yang dilantik ahli jawatankuasa dalam pemilihan parti DAP Sabah baru-baru ini berkata, mereka hanya akan menjadi ADUN Bebas.

“Kami menganggap wujud keperluan mendesak bagi memilih platform lebih sesuai yang mampu membuka ruang untuk kami berkhidmat dengan lebih baik untuk negeri tercinta ini.

“Saya tidak mahu membincangkan ke mana akan kami pergi buat masa ini, cukuplah kami katakan mahu berkhidmat untuk rakyat Sabah,” katanya lapor portal itu lagi. .

Ini bererti DAP Sabah kini hanya mempunyai empat ADUN iaitu Poon (Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Tan Lee Fatt (Likas).

Ahli Parlimen parti itu pula adalah Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Vivian Wong (Sandakan) dan Noorita Sual (Tenom).

Chong sebelum ini membayangkan mahu meninggalkan DAP Sabah. Antara alasan diberikan termasuk memetik masalah dalaman dan pilihan parti tahun lalu yang melihat beliau serta beberapa ahli lain tidak dilantik ke ahli jawatankuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/dua-adun-1-senator-umum-tinggalkan-dap-di-sabah/feed/ 0 11347