Dapat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Mar 2024 10:09:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dapat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar IPT Sabah dapat subsidi tiket penerbangan RM600 seorang secara one-off https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/#respond Mon, 25 Mar 2024 10:06:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51587
Read Time:36 Second

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis
Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di
Semenanjung di sini pada Isnin.

Katanya, bantuan khas one-off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan one-off itu akan diberi secara terus kepada pelajar
berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan
dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/feed/ 0 51587
Enam graduan KTYS dapat tajaan biasiswa penuh Yayasan Al Bukhary sambung pengajian https://sabahmedia.com/2023/11/17/enam-graduan-ktys-dapat-tajaan-biasiswa-penuh-yayasan-al-bukhary-sambung-pengajian/ https://sabahmedia.com/2023/11/17/enam-graduan-ktys-dapat-tajaan-biasiswa-penuh-yayasan-al-bukhary-sambung-pengajian/#respond Fri, 17 Nov 2023 08:10:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45328
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Seramai enam pelajar cemerlang graduan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) 2023 terpilih mendapat tajaan biasiswa penuh daripada Yayasan Al Bukhary untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah selama tiga tahun di Al Bukhary International University, Alor Setar, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Haji Samin Ongki mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat tawaran pengajian dengan tajaan biasiswa penuh Yayasan Al Bukhary.

“Mereka yang terpilih adalah graduan sulung KTYS yang berpeluang ke universiti itu dengan tajaan biasiswa penuh Yayasan Al Bukhary.

“Manakala Yayasan Sabah menaja tiket penerbangan sektor BKI – KLIA – Alor Setar. Mereka bertolak pada jam 7.20 pagi tadi (17 Nov) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini selepas mengalu-alukan pelepasan keenam-enam pelajar itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi.

Haji Samin berkata, enam pelajar itu menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Mereka yang terpilih ialah Remijius Jessim Junior Remijius Jessim, Fazenurwarni Chawfa, Dayang Norfrida Datu Akmadun, Nellyta Albert, Jennie Jenevy dan Jenny Ervielly Tony,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/17/enam-graduan-ktys-dapat-tajaan-biasiswa-penuh-yayasan-al-bukhary-sambung-pengajian/feed/ 0 45328