dapat sambutan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 Sep 2023 12:18:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dapat sambutan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Santai Bersama Pelajar KTYS dapat sambutan memberangsangkan https://sabahmedia.com/2023/09/20/program-santai-bersama-pelajar-ktys-dapat-sambutan-memberangsangkan/ https://sabahmedia.com/2023/09/20/program-santai-bersama-pelajar-ktys-dapat-sambutan-memberangsangkan/#respond Wed, 20 Sep 2023 10:55:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42146
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Program Santai Bersama Pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelajar dan seluruh warga KTYS yang diadakan di Kampus Teknikal Likas pada Rabu (20 Sept).

Lebih 200 pelajar dan kakitangan KTYS hadir memeriahkan program tersebut.

Haji Samin menyampaikan ucapan semasa Program Santai Bersama Pelajar KTYS di Kampus Teknikal Likas pada Rabu. – Foto ihsan KTYS

Program anjuran Jabatan Pemasaran KTYS bermula dari jam 8 pagi hingga 3 petang itu menyaksikan pelbagai acara dijalankan termasuk Pertandingan Tiktok Video Pendek, Gerai Terbaik, Karaoke dan Cabutan Tiket Bertuah.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) Sdn Bhd Datuk Tah Nia Jaman berkata, Program Santai anjuran KTYS ini adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) ke-26 yang akan diadakan bulan depan.

Datuk Tah Nia menyampaikan ucapan perasmian pada program tersebut.

“Objektif Program Santai ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin antara pelajar dan kakitangan KTYS, selain memberi pendedahan kepada pelajar KTYS dengan pengalaman langsung dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti seperti menjual produk yang dihasilkan,” katanya semasa berucap pada program itu.

Tambah beliau, ada banyak lagi program seumpama ini yang diadakan bagi mengeratkan tali silaturrahim antara pelajar dan kakitangan di dua kampus KTYS iaitu di Kampus Induk Sembulan dan Kampus Teknikal Likas.

Turut hadir Ketua Eksekutif KTYS, Haji Samin Ongki.

Gerai Rotaract Club johan Pertandingan Gerai Terbaik.

Dalam program itu, Pertandingan Tiktok Video Pendek, Siti Nursyahirah Maisarah Abdul Khalid dinobatkan sebagai juara, manakala naib johan Nuraisyah Munirah Ahmad dan tempat ketiga dimenangi oleh Nurfarizy.

Bagi Pertandingan Karaoke pula johan milik Nurul Zulaikha Mohamed, naib johan, Elexis Leonard dan ketiga, Michelle Endi.

Manakala johan Pertandingan Gerai Terbaik dinobatkan kepada Rotaract Club dan naib johan, Suria Air Balang serta Program Kulinari & Pastri mendapat tempat ketiga.

Sebanyak tujuh buah gerai menyertai program tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/20/program-santai-bersama-pelajar-ktys-dapat-sambutan-memberangsangkan/feed/ 0 42146
HKN23 dapat sambutan memberansangkan – Ewon https://sabahmedia.com/2023/07/30/hkn23-dapat-sambutan-memberansangkan-ewon/ https://sabahmedia.com/2023/07/30/hkn23-dapat-sambutan-memberansangkan-ewon/#respond Sun, 30 Jul 2023 12:35:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39242
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Hari Koperasi Negara 2023 (HKN23) telah mendapat sambutan memberansangkan dengan kehadiran seramai 10,000 pengunjung dengan jualan pempamer direkodkan mencecah RM1.5 juta serta Jualan Madani Koperasi berjumlah RM90 ribu dalam tempoh tiga hari.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 219 pempamer telah mengambil bahagian dalam Ekspo Produk dan Perkhidmatan Koperasi.

“Pada kali ini, koperator dari segenap pelosok negeri Sabah telah berpeluang untuk hadir bersama-sama merasai kemeriahan Sambutan Hari Koperasi Negara pada tahun ini.

“HKN23 telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan dengan kehadiran seramai 10,000 pengunjung dengan tempoh tiga hari, jualan pempamer direkodkan mencecah RM1.5 juta dengan Jualan Madani Koperasi berjumlah RM90 ribu.

“Manakala nilai prospek perniagaan dalam sesi padanan perniagaan pula berjumlah RM46.9 juta. Sementara itu, penyertaan 17 buah Foodtruck telah menatijahkan hasil jualan berjumlah RM101.5 ribu,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan program berkenaan.

“Tahniah diucapkan kepada semua. Ini merupakan satu kejayaan bagi gerakan koperasi dan saya berharap penganjuran HKN23 dapat meningkatkan aktiviti perniagaan warga koperator dan juga usahawan serta membantu rakyat membeli barangan pada harga yang berpatutan,” katanya.

Menurutnya, gerakan koperasi juga telah diberi tanggungjawab untuk membantu memperkukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara (food security) melalui penglibatan koperasi dalam sektor agromakanan.

“Sehingga kini, terdapat sebanyak 172 koperasi telah terlibat secara khusus dalam sektor agromakanan yang meliputi aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan pembekalan input pertanian dan ternakan.

“Sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor ini, Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyediakan pembiayaan modal pusingan agromakanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta dan geran bantuan pembangunan sehingga RM300,000 kepada koperasi yang berkelayakan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, katanya, Kementerian juga telah mengadakan kerjasama strategik dengan agensi Kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengoptimumkan potensi sumber antara kedua-dua Kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/30/hkn23-dapat-sambutan-memberansangkan-ewon/feed/ 0 39242