Darah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Jun 2026 22:19:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Darah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perlukan 100,000 unit darah setahun, bekalan masih belum mencukupi https://sabahmedia.com/2026/06/30/sabah-perlukan-100000-unit-darah-setahun-bekalan-masih-belum-mencukupi/ https://sabahmedia.com/2026/06/30/sabah-perlukan-100000-unit-darah-setahun-bekalan-masih-belum-mencukupi/#respond Mon, 29 Jun 2026 22:19:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99097
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan kira-kira 100,000 unit darah setiap tahun bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh negeri, namun bekalan yang berjaya dikumpulkan masih belum mencukupi.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim berkata, Sabah masih berdepan kekurangan hampir 25,000 unit darah berdasarkan kutipan sekitar 70,000 unit darah yang direkodkan pada tahun lalu.

Katanya, keadaan itu memerlukan penglibatan lebih aktif daripada masyarakat, jabatan kerajaan, agensi awam serta sektor swasta untuk menjayakan kempen derma darah secara berterusan.

“Sabah memerlukan lebih 100,000 unit darah setahun, namun bekalan yang berjaya dikumpulkan hanya sekitar 70,000 unit darah pada tahun lalu. Ini bermakna kita masih berdepan kekurangan hampir 25,000 unit darah.

“Saya menggalakkan seluruh rakyat Sabah tampil menderma darah bagi memastikan keperluan bekalan darah di negeri ini dapat dipenuhi, bukan sahaja di Hospital Queen Elizabeth II tetapi juga di semua hospital dan fasiliti kesihatan yang memerlukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Queen Elizabeth II, di sini, pada Isnin.

 Azrul berkata, cabaran geografi Sabah yang mempunyai banyak kawasan luar bandar dan pedalaman menyukarkan pihak hospital melaksanakan program libat urus secara menyeluruh dengan masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, Hospital Queen Elizabeth II dengan kerjasama pelbagai pihak telah melaksanakan program outreach dan kempen derma darah bergerak bagi mendekati masyarakat di lokasi strategik untuk meningkatkan kutipan darah.

Beliau turut mencadangkan supaya jabatan kerajaan, agensi awam dan syarikat swasta mengadakan kempen derma darah secara konsisten dan berkala sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial masing-masing.

“Usaha ini amat signifikan kerana ia bukan sahaja melibatkan aspek kesihatan, malah menyentuh soal menyelamatkan nyawa manusia, termasuk ahli keluarga kita sendiri yang mungkin memerlukan darah pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam pada itu, Azrul turut mencadangkan supaya kerajaan negeri bersama pihak berkepentingan mengenal pasti lokasi tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah sebagai lokasi tetap kempen derma darah bagi memudahkan orang ramai menyertai program berkenaan.

Beliau berkata, pelbagai pendekatan baharu perlu terus diperkenalkan bagi memastikan bekalan darah di Sabah sentiasa mencukupi selaras dengan keperluan yang semakin meningkat.

Pada majlis sama, Azrul turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan Hospital Queen Elizabeth II atas penganjuran sambutan tersebut yang menerima sambutan menggalakkan daripada penderma darah sukarela.

Beliau berkata, program itu dijangka berjaya mengumpulkan kira-kira 200 unit darah bagi menambah bekalan Tabung Darah negeri.

Turut hadir, Pengarah Hospital Queen Elizabeth II, Dr Ferro Firdaus Ibrahim dan Ketua Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II, Dr Shahnaz Irwani Sabri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/30/sabah-perlukan-100000-unit-darah-setahun-bekalan-masih-belum-mencukupi/feed/ 0 99097
Derma darah wajar dijadikan budaya organisasi https://sabahmedia.com/2026/06/27/derma-darah-wajar-dijadikan-budaya-organisasi/ https://sabahmedia.com/2026/06/27/derma-darah-wajar-dijadikan-budaya-organisasi/#respond Sat, 27 Jun 2026 09:01:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98993
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU :  Amalan menderma darah perlu dijadikan sebahagian daripada budaya organisasi sebagai manifestasi tanggungjawab sosial dan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat.

Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Ar. James Wong Kein Peng berkata, setiap organisasi turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat melalui inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

“Ukuran sebenar kejayaan bukanlah semata-mata apa yang kita capai untuk diri sendiri atau organisasi, tetapi apa yang kita lakukan demi manfaat orang lain.

“Justeru, amalan menderma darah perlu diterapkan sebagai satu budaya dalam organisasi kerana ia merupakan sumbangan yang amat bermakna dan mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Jelajah Kempen Derma Darah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan SEDCO 2026 di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, pembangunan sesebuah organisasi tidak seharusnya dinilai berdasarkan pencapaian kewangan atau keuntungan semata-mata, sebaliknya perlu turut diukur melalui sumbangan positif yang diberikan kepada masyarakat.

Katanya, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan komuniti perlu bergerak seiring agar pembangunan yang dicapai benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata Kempen Derma Darah CSR SEDCO yang diperkenalkan sejak 2017 bukan lagi sekadar program tahunan, sebaliknya telah berkembang menjadi satu gerakan kemasyarakatan yang menyatukan pelbagai pihak.

“Setiap beg darah yang didermakan membawa harapan kepada mereka yang memerlukan, sama ada pesakit yang menjalani pembedahan, ibu yang melahirkan anak, mangsa kemalangan mahupun individu yang sedang bertarung dengan penyakit.

“Mungkin penderma tidak pernah mengetahui siapakah penerima darah tersebut, namun di suatu tempat ada sebuah keluarga yang akan sentiasa mengenang jasa seorang insan yang sanggup berkongsi harapan melalui sumbangan darah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru lebih banyak organisasi, agensi kerajaan, syarikat swasta serta pertubuhan masyarakat untuk menjadikan program derma darah sebagai aktiviti tetap dalam kalendar tahunan masing-masing.

Menurutnya, penglibatan lebih banyak organisasi mampu membantu memastikan bekalan darah di hospital sentiasa berada pada tahap mencukupi bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/27/derma-darah-wajar-dijadikan-budaya-organisasi/feed/ 0 98993
Isteri Ketua Menteri sokong kempen Jom Derma Darah Tuaran https://sabahmedia.com/2021/07/11/isteri-ketua-menteri-sokong-kempen-jom-derma-darah-tuaran/ https://sabahmedia.com/2021/07/11/isteri-ketua-menteri-sokong-kempen-jom-derma-darah-tuaran/#respond Sun, 11 Jul 2021 05:57:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2895
Read Time:1 Minute, 23 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag hadir untuk memberi sokongan kepada penderma darah yang menjayakan kempen Jom Derma Darah di Hospital Tuaran, di sini hari ini.

Jom Derma Darah itu adalah anjuran bersama Persatuan Tzu Chi, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Tuaran dan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS).

Beliau berasa gembira melihat sambutan menggalakkan daripada penderma yang membantu pelaksanaan jom derma darah itu.

Juliah yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS berharap lebih banyak program seperti itu dianjurkan pada masa akan datang di daerah ini, bagi membantu keperluan bekalan darah di Tabung Darah Hopital Tuaran.

Isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan daripada MUTIARA GRS kepada penderma darah yang hadir sempena kempen berkenaan.

Sementara itu Pengarah Hospital Tuaran, Dr. G Mohan Gopal Naidoo berkata program itu menyasarkan sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pain darah menerusi kempen kali ini.

“Sambutan amat menggalakkan dan kebanyakan yang datang ini adalah penderma biasa. Kita menyasarkan antara 50 hingga 100 pain darah dapat dikumpul hari ini.

“Kempen anjuran badan bukan kerajaan (NGO) ini termasuk MUTIARA GRS diharap dapat membantu bank darah di hospital ini terutama untuk keperluan pesakit talasemia,” katanya sambil menambah lebih 50 orang dijangka hadir menderma darah menerusi kempen ini.

Beliau berkata kempen derma darah kerap dianjurkan oleh pihak hospital, sekurang-
kurangnya tiga kali sebulan.

Turut hadir isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan, isteri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datin Malianah Ugau dan isteri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi serta isteri ADUN Kiulu, Datin Lucy Irene Yong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/11/isteri-ketua-menteri-sokong-kempen-jom-derma-darah-tuaran/feed/ 0 2895