darau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Nov 2025 03:21:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png darau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Darau tetap di hati saya, terima kasih semua pengundi – Razali Razi https://sabahmedia.com/2025/11/30/darau-tetap-di-hati-saya-terima-kasih-semua-pengundi-razali-razi/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/darau-tetap-di-hati-saya-terima-kasih-semua-pengundi-razali-razi/#respond Sun, 30 Nov 2025 03:21:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87496
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Razali Razi menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi kawasan itu walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 tidak memihak kepadanya.

Razali berkata, beliau menerima keputusan rakyat Darau dengan hati terbuka serta penuh rasa hormat, sambil menyifatkan pengalaman sepanjang kempen sebagai satu perjalanan yang amat bermakna.

“Terima kasih kerana memberi saya peluang berkempen, masuk kampung, duduk bercerita dan mendengar sendiri harapan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini malam tadi.

Razali tewas kepada Azhar Matussin dari parti Warisan Sabah dengan majoriti tipis sebanyak 63 undi.

Beliau memperoleh undi sebanyak 8,297 undi berbanding Azhar yang memperoleh undi 8,360 undi.

Sementara itu, Razali atau lebih mesra dipanggil Datuk Bob turut mengucapkan tahniah kepada Azhar Matussin atas kemenangan, selain menghargai semua calon lain yang bertanding iaitu Meriah Osman, Joe Arfan, Nordin Thani dan Nabila Norsahar. 

Meskipun tewas dalam pertandingan kali ini, Razali menegaskan kasih sayangnya kepada Darau tidak akan pernah berubah.

“Walaupun saya tidak menang, Darau tetap di hati saya. Saya akan terus bekerja, terus membantu dan terus turun kampung seperti selalu,” katanya.

Tambahan beliau, amanah untuk berkhidmat bukan hanya datang melalui jawatan, sebaliknya lahir daripada keikhlasan dan rasa tanggungjawab kepada rakyat.

“Selagi saya mampu, selagi rakyat Darau masih memanggil nama saya, saya akan ada untuk membantu,” tegasnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/darau-tetap-di-hati-saya-terima-kasih-semua-pengundi-razali-razi/feed/ 0 87496
Rasa macam selebriti, ramai mahu begambar – Razali https://sabahmedia.com/2025/11/29/rasa-macam-selebriti-ramai-mahu-begambar-razali/ https://sabahmedia.com/2025/11/29/rasa-macam-selebriti-ramai-mahu-begambar-razali/#respond Sat, 29 Nov 2025 05:32:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87370
Read Time:50 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kehadiran calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Datuk Razali Razi di pusat pengundian Sekolah Agama Negeri (SAN) Likas mencuri perhatian pengundi yang ingin merakamkan gambar bersamanya.

Razali yang lebih mesra dipanggil Datuk Bob tiba di pusat mengundi itu kira-kira jam 12.10 tengah hari sebelum membuang undi kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Ketika ditemui, beliau tampil sebagai muka baharu dalam pilihan raya kali ini mengakui berasa gembira namun tidak menafikan rasa gementar.

Razali ketika membuang undi di SAN Likas

“Hari ini rasa macam artis pula, semua orang mahu bergambar. Kalau mahu bergambar, baguslah, ada respon positif,” katanya.

Selesai membuang undi, ramai pengundi mengambil peluang bergambar ‘selfie’ bersamanya.

Ditanya mengenai sambutan pengundi keluar mengundi, Razali berkata, para pengundi perlu mengambil peluang ini yang hanya ada lima tahun sekali.

“Lima tahun sekali saja peluang ini. Jangan buang masa. Kita kena turun dan laksanakan tanggungjawab kita. Kalau tidak, kena tunggu lagi lima tahun,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/29/rasa-macam-selebriti-ramai-mahu-begambar-razali/feed/ 0 87370
PRU Sabah : Kekalkan Kerajaan sedia ada demi kesinambungan pembangunan – Razali https://sabahmedia.com/2025/11/27/pru-sabah-kekalkan-kerajaan-sedia-ada-demi-kesinambungan-pembangunan-razali/ https://sabahmedia.com/2025/11/27/pru-sabah-kekalkan-kerajaan-sedia-ada-demi-kesinambungan-pembangunan-razali/#respond Thu, 27 Nov 2025 02:36:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87175
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyeru para pengundi untuk terus mengekalkan Kerajaan sedia ada bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan bantuan yang dinikmati rakyat Sabah ketika ini.

Calon GRS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Datuk Mohamed Razali Razi berkata, perjuangan GRS bukan sekadar janji kosong, sebaliknya berteraskan kepada kerja lapangan, amal kebajikan dan prestasi yang telah dibuktikan lebih tiga tahun bersama rakyat khususnya di kawasan DUN Darau.

“Kita turun ke lapangan bukan untuk berbohong, tetapi dengan kerja-kerja amal, dengan bukti dan prestasi. 

“Banyak masalah rakyat Darau dan Karambunai yang kita faham dan kita dengar sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kempen Rumah Kita, Kita Jaga di perkarangan Masjid Al-Munir Darau di sini pada Rabu 

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Razali berkata, rakyat sebelum ini sering meluahkan rasa tiada tempat mengadu dan tiada wadah untuk menyuarakan masalah, namun keadaan itu bakal berubah sekiranya GRS terus diberikan mandat menerajui kerajaan negeri.

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik amat penting untuk memastikan bantuan rakyat tidak terhenti serta pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan.

“Kalau kita asyik tukar-tukar kerajaan, yang rugi siapa? Rakyat juga. Kalau kita mahu kesinambungan, inilah partinya, inilah pemimpinnya,” katanya.

Sementara itu, Razali berkata, beliau turut mengajak pengundi supaya membuat pilihan berdasarkan kebijaksanaan dan keinsafan.

“Ini bukan untuk kepentingan peribadi, bukan untuk diri Razali, tetapi sebagai wakil suara rakyat Darau,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/27/pru-sabah-kekalkan-kerajaan-sedia-ada-demi-kesinambungan-pembangunan-razali/feed/ 0 87175
PRU Sabah : Majlis Pengurusan Komuniti dijadikan mekanisme baru selesai aduan – Razali Razi https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-majlis-pengurusan-komuniti-dijadikan-mekanisme-baru-selesai-aduan-razali-razi/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-majlis-pengurusan-komuniti-dijadikan-mekanisme-baru-selesai-aduan-razali-razi/#respond Sun, 23 Nov 2025 16:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86841
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Datuk Mohamed Razali Razi mahu Majlis Pengurusan Komuniti dijadikan sebagai mekanisme baharu bagi menyelesaikan pelbagai aduan penduduk di kawasan perumahan yang selama ini tidak mendapat perhatian secara sistematik.

Katanya, majlis itu merupakan antara manifesto yang akan diperjuangkan beliau apabila diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU Sabah).

Menurutnya, aduan dan masalah yang dibangkitkan oleh penduduk sering berlaku, namun pendekatan yang digunakan selama ini terlalu bersifat ‘ad-hoc’, tanpa perancangan jangka panjang atau badan khas untuk menyalurkan isu tersebut kepada pemimpin.

“Kita dengar banyak keluhan hari ini (semalam), tetapi tiada solusi. Sebab itu kita mahu bentuk satu majlis khas yang menjadi perantara antara pemimpin dan semua residen taman termasuklah kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Ramah Mesra Calon GRS DUN Darau di Taman Permainan Awam Taman Kingfisher Millenium di sini pada Ahad.

Razali berkata, melalui majlis tersebut, semua masalah akan dikumpul, didata dan dirancang secara teratur sebelum dibawa ke peringkat seterusnya untuk tindakan menyeluruh dalam tempoh lima tahun.

“Ini akan menjadi ‘report card’ kita. KPI kita bukan lagi berdasarkan aduan ‘ad-hoc’, tetapi perancangan lima tahun yang jelas untuk setiap taman,” jelasnya.

Razali atau lebih dikenali sebagai Datuk Bob berkata, cadangan ini adalah sebahagian daripada manifestonya untuk seluruh kawasan DUN Darau yang merangkumi kampung dan taman perumahan.

“Manifesto kita meliputi semua, bukan hanya kampung. Masalah sekarang, penduduk taman tiada akses kepada pemimpin dan tiada satu badan rasmi untuk menyuarakan isu mereka,” katanya.

Untuk komuniti kampung, beliau menjelaskan konsepnya hampir sama melalui pembentukan Majlis Pengurusan Komuniti, yang akan menyelaras isu di peringkat kampung dengan struktur lebih moden.

Bagi memperkemas penyampaian, Razali turut merancang untuk mewujudkan ‘hotline digital’ yang membolehkan aduan dihantar terus ke pusat aduan.

“Hotline ini akan menggunakan sistem digital. Kita akan wujudkan dashboard yang dipantau satu atau dua pegawai. Sistem sudah ada, cuma perlu orang yang memantau,” katanya.

Beliau percaya penggunaan teknologi akan memudahkan penduduk melaporkan isu dan memastikan maklumat tidak hilang seperti sebelum ini.- SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-majlis-pengurusan-komuniti-dijadikan-mekanisme-baru-selesai-aduan-razali-razi/feed/ 0 86841
PRU Sabah: Razali tekankan nilai perubahan budaya kerja dan komitmen turun padang https://sabahmedia.com/2025/11/23/pru-sabah-razali-tekankan-nilai-perubahan-budaya-kerja-dan-komitmen-turun-padang/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/pru-sabah-razali-tekankan-nilai-perubahan-budaya-kerja-dan-komitmen-turun-padang/#respond Sun, 23 Nov 2025 00:47:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86764
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi, menegaskan bahawa pilihan raya kali ini bukan sekadar memilih pemimpin yang petah berbicara, tetapi memilih wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

Berucap pada Program Perjumpaan Keluarga Khairul Fahmi Gulam Rasul pada malam Sabtu, Razali berkata Darau dan Kampung Likas memerlukan budaya politik baharu yang menolak sentimen kebencian, tidak membezakan suku kaum, serta mengutamakan keikhlasan dan amanah dalam perkhidmatan.

“Rakyat sudah terlalu biasa dengan pemimpin yang hanya muncul lima tahun sekali, berpidato lantang tetapi tidak membawa hasil. Yang penting ialah pemimpin yang rajin turun padang, mendengar masalah dan mencari penyelesaian,” tegas Setiausaha Eksekutif GRS itu.

Razali turut berkongsi bahawa dalam tempoh lebih dua tahun, beliau bersama pasukannya bergerak dari kampung ke kampung bagi menyelesaikan pelbagai keperluan masyarakat.

Antara contoh yang diketengahkan ialah pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) pertama di Kampung Likas, yang dilaksanakan atas permintaan penduduk bagi meningkatkan aspek keselamatan tanpa perlu penduduk berjaga malam untuk rondaan.

Menurutnya, hari pengundian pada 29 November merupakan peluang penting untuk memilih seorang wakil rakyat yang menjadi jambatan masyarakat—bukan sekadar pemegang gelaran.

“Saya bukan datang untuk menjadi Yang Berhormat. Saya datang untuk menjadi jambatan kamu di Kampung Likas, menjadi mulut kamu untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Razali turut mengingatkan bahawa pertukaran kerajaan boleh menjejaskan kesinambungan dasar dan projek pembangunan yang telah dirangka GRS, sekali gus menyebabkan pembangunan kembali tergendala.

Sebagai anak jati Kampung Likas, beliau merayu agar pengundi menilai dengan fikiran yang waras dan tidak memilih berdasarkan emosi atau sentimen.

“Kita pilih bukan kerana suku, bukan kerana agama. Pilih berdasarkan prestasi, kerja dan kemampuan membawa perancangan,” katanya.

Razali berharap pertemuan tersebut mampu membuka hati pengundi Darau dan Kampung Likas untuk memberi peluang kepadanya berkhidmat.

“InsyaAllah, dengan izin Allah, nombor 6 pada 29 ini, itulah harapan kita untuk membawa perubahan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/pru-sabah-razali-tekankan-nilai-perubahan-budaya-kerja-dan-komitmen-turun-padang/feed/ 0 86764
Manifesto GRS menyeluruh, realistik, tekankan kepentingan SMJ 2.0 – Razali https://sabahmedia.com/2025/11/18/manifesto-grs-menyeluruh-realistik-tekankan-kepentingan-smj-2-0-razali/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/manifesto-grs-menyeluruh-realistik-tekankan-kepentingan-smj-2-0-razali/#respond Tue, 18 Nov 2025 00:56:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86205
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disifatkan sebagai ‘menyeluruh dan realistik’ yang merangkumi pelbagai aspek khusus kepada seluruh lapisan rakyat di negeri ini.

Calon GRS kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Datuk Mohamed Razali Razi berkata, ia termasuklah aspek pembangunan, peluang anak muda, pemberdayaan wanita serta fokus utama kepada kelangsungan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Katanya, kesinambungan hala tuju SMJ 2.0 amat penting bagi memastikan pembangunan negeri tidak tergendala akibat pertukaran kerajaan yang kerap.

“Manifesto ini menyeluruh… tetapi yang paling penting ialah kesinambungan SMJ 2.0. Kita tidak boleh kehilangan haluan ini.

“Matlamat kita adalah kestabilan. Jangan lagi tukar-tukar kerajaan, nanti yang rugi adalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Manifesto GRS bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah ke-17) pada Isnin di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) di sini.

Manifesto itu dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Razali berkata, rakyat Sabah tidak boleh lagi dibebani dengan ketidakstabilan politik yang membawa kesan langsung terhadap prestasi pembangunan negeri.

Mengulas mengenai isu ‘tiga serangkai’ termasuk air, elektrik dan jalan raya, Razali menegaskan bahawa usaha penyelesaian telah lama berjalan dan bukan sekadar janji dalam manifesto.

“Jangan tengok manifesto semata-mata. Sebelum manifesto pun, banyak projek sedang dan sudah dilaksanakan untuk selesaikan tiga serangkai ini. 

“Manifesto hanyalah sebahagian daripada ‘puzzle’ kepada isu-isu yang sedang ditangani. Tahun depan banyak projek siap. Ia bukan retorik, ia sedang berlaku di lapangan,” katanya.

Mengulas kebimbangan bahawa pertukaran kerajaan berpotensi melambatkan projek serta menukar kontraktor, Razali mengingatkan rakyat bahawa keadaan itu hanya akan mengundang lebih banyak kerugian.

“Sampaikan kepada rakyat Sabah, cukup-cukuplah. Sudah tiba masanya kita bersatu dan maju bersama. Jangan biarkan kita kembali ke zaman tidak stabil,” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/manifesto-grs-menyeluruh-realistik-tekankan-kepentingan-smj-2-0-razali/feed/ 0 86205
PRU Sabah : Razali Razi tekad perkukuh pentadbiran akar umbi, cadang wujud Majlis Pengurusan Kampung https://sabahmedia.com/2025/11/12/pru-sabah-razali-razi-tekad-perkukuh-pentadbiran-akar-umbi-cadang-wujud-majlis-pengurusan-kampung/ https://sabahmedia.com/2025/11/12/pru-sabah-razali-razi-tekad-perkukuh-pentadbiran-akar-umbi-cadang-wujud-majlis-pengurusan-kampung/#respond Wed, 12 Nov 2025 11:06:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85620
Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Calon muka baharu mewakili Gabungan Rakyat Sabah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Datuk Mohamed Razali Razi mahu memperkukuh sistem pentadbiran di peringkat akar umbi dengan menubuhkan Majlis Pengurusan Kampung.

Razali berkata, penubuhan majlis itu merupakan antara manifesto atau visi yang akan menjadi keutamaan beliau apabila dipilih pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah ke-17).

Beliau berkata, majlis itu akan turut melibatkan kepimpinan setempat, golongan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Razali (tengah) ketika diumumkan sebagai calon GRS bagi kerusi DUN Darau

“Yang pertama kita kena perbaiki sistem pengurusan pentadbiran di kampung-kampung dan di taman-taman. Apa yang kita akan cadangkan, wawasan kita adalah membentuk satu Majlis Pengurusan Kampung.

“Dalam majlis tersebut apa yang kita buat, kita akan libatkan kepimpinan kampung dan dalam majlis tersebut kita akan libatkan juga belia-belia sebagai pemimpin dan juga pengurusan kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu.

Terdahulu, beliau diumumkan sebagai calon GRS yang diumumkan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Razali berkata, antara masalah utama yang dikenal pasti selama ini ialah kelemahan komunikasi antara masyarakat, pemimpin dan agensi kerajaan di peringkat akar umbi.

“Dari pengalaman lepas, masalah kita di kampung dan taman adalah kekurangan komunikasi. Jadi, dengan adanya majlis ini, kita boleh adakan ‘engagement’ antara kepimpinan kampung, belia dan NGO aktif supaya wujud ketelusan dalam pengurusan,” jelasnya.

Selain memperkukuh struktur pentadbiran, Razali turut memberi penekanan terhadap pembangunan belia, khususnya melalui program keusahawanan di setiap kawasan.

“Kita akan banyakkan program keusahawanan untuk anak muda. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita akan wujudkan satu pusat belia di setiap kampung,” katanya lagi.

Beliau menambah, peranan belia sebagai pemimpin masa depan amat penting dan GRS mahu memastikan generasi muda diberikan ruang dan peluang untuk terlibat dalam proses pembangunan komuniti. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/12/pru-sabah-razali-razi-tekad-perkukuh-pentadbiran-akar-umbi-cadang-wujud-majlis-pengurusan-kampung/feed/ 0 85620
KePKAS komited angkat Darau Wetland jadi destinasi pelancongan ikonik Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/10/kepkas-komited-angkat-darau-wetland-jadi-destinasi-pelancongan-ikonik-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/10/kepkas-komited-angkat-darau-wetland-jadi-destinasi-pelancongan-ikonik-sabah/#respond Tue, 09 Sep 2025 22:56:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80915
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) memberi jaminan akan terus memberikan sokongan berterusan bagi memastikan Darau Wetland muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan “mesti lawat” di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, Darau Wetland mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai produk ekopelancongan bertaraf antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah dengan tarikan unik seperti kelip-kelip, hutan paya bakau, pelayaran sungai serta panorama matahari terbenam.

“KePKAS komited memastikan projek konservasi dan pemulihan hutan bakau serta populasi kelip-kelip di kawasan ini berjaya.

“Sokongan berterusan kementerian akan membantu menjadikan Darau Wetland sebagai destinasi ikonik yang memberi manfaat bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan produk pelancongan itu di sini baru-baru ini.

Christina berkata, usaha mempromosikan Darau Wetland akan dipergiat bersama komuniti kampung dan rakan kerjasama.

Katanya, ia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi serta Rotary Club Kota Kinabalu Pearl yang memainkan peranan penting dalam projek pemuliharaan berkenaan.

Beliau turut menyeru penduduk setempat agar terus berganding bahu memelihara keindahan alam sekitar di kawasan berkenaan supaya ia kekal menjadi tarikan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Darau Wetland bukan sekadar produk pelancongan, tetapi simbol kepada keseimbangan ekosistem dan kelestarian yang kita wariskan kepada generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/10/kepkas-komited-angkat-darau-wetland-jadi-destinasi-pelancongan-ikonik-sabah/feed/ 0 80915
Adun Darau Nafi Dakwaan Kaitkan Anak Perempuannya Dengan Kematian Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/08/15/adun-darau-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-perempuannya-dengan-kematian-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/08/15/adun-darau-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-perempuannya-dengan-kematian-zara-qairina/#respond Fri, 15 Aug 2025 02:33:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79283
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau, Azhar Datuk Matussin membuat laporan polis berhubung dakwaan di media sosial yang mengaitkan anak perempuannya dengan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Azhar menegaskan beliau tidak mempunyai anak perempuan bernama Dayana Balqis atau dikenali sebagai Dedeng, selain tidak pernah menghantar anaknya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.

“Sijil kelahiran yang dipaparkan dalam hantaran tersebut bukan milik anak saya. Semua butiran itu adalah palsu, direka dan boleh disahkan di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Selasa.

Bekas Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri itu berkata, laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mencipta dan menyebarkan dakwaan palsu itu, termasuk mereka yang berkongsi kandungan berkenaan di platform lain.

Beliau turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap hantaran di Facebook menggunakan nama “Forum Politik Sabah Suara Anak Sabah, Ini Sabah Bah (ISB)”, serta memaklumkan penasihat undang-undang telah mencadangkan tindakan mahkamah.

“Walaupun hantaran itu telah dipadam, kerosakan telah berlaku dan keselamatan anak perempuan saya kini terancam. Kita tahu majoriti rakyat Malaysia marah terhadap pembuli dan pembunuh yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, pada 8 Ogos lalu, seorang ahli keluarga bekas pelajar SMKA Tun Datu Mustapha turut membuat laporan polis di Lahad Datu mengenai dakwaan fitnah yang mengaitkan anak mereka dengan kes Zara Qairina.

Muhd Yassin berkata, anak perempuannya yang kini berusia 16 tahun berpindah ke Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) pada awal 2025 selepas bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha dari 2022 hingga 2024.

“Kejadian yang menimpa Almarhumah Zara Qairina berlaku ketika anak saya tidak lagi bersekolah di situ. Tetapi gambarnya dikongsi dalam video di TikTok yang mendakwa dia pembunuh Zara. Video itu mendapat lebih 10,000 tontonan dan dipenuhi komen negatif terhadap anak kami,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/15/adun-darau-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-perempuannya-dengan-kematian-zara-qairina/feed/ 0 79283
Gagasan Rakyat Darau siap sedia hadapi PRN Sabah – Mohamed Razali https://sabahmedia.com/2024/09/01/gagasan-rakyat-darau-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-mohamad-razali/ https://sabahmedia.com/2024/09/01/gagasan-rakyat-darau-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-mohamad-razali/#respond Sun, 01 Sep 2024 08:40:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60028
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Ketuanya, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal termasuk mengadakan beberapa siri mesyuarat berkaitan gerak kerja jentera untuk berhadapan dengan PRN nanti.

Katanya, pihaknya juga sudah mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi beberapa siri pilihan raya lalu sekali gus dilihat ia merupakan satu kelebihan dan memudahkan segala persiapan bila tiba masanya.

“Kita bersyukur kerana rakyat di DUN Darau menerima Gagasan Rakyat, inilah yang sangat penting. Dari segi mental dan fizikal bahagian Darau ini rasanya sudah bersiap ke arah PRN.

“Kita hanya menunggu loceng sahaja dibunyikan kemudian Gagasan Rakyat di DUN Darau akan turun serta bersiap sedia bertempur dalam PRN ini nanti,” katanya kepada media di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai Mesyuarat Perwakilan Tahunan Bahagian Darau Mohamed Razali berkata, kehadiran begitu ramai sehingga 800 orang perwakilan menunjukkan Gagasan Rakyat sentiasa bersatu padu sekali gus bersiap sedia menghadapi PRN Sabah.

“Gagasan Rakyat kini juga fokus kepada bagaimana untuk mendapatkan tempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau termasuk memastikan rakyat bersiap sedia menerima perubahan kelak.

“Kita komited untuk memastikan parti Gagasan Rakyat ini releven serta gerak kerja selama ini boleh diterima oleh rakyat khususnya di kawasan Darau ini,” jelas Mohamed Razali.

Hadir sama, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun, Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Zaitun Kassim dan Naib Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Ramlan Awal.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/01/gagasan-rakyat-darau-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-mohamad-razali/feed/ 0 60028