Dari – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Sep 2023 13:13:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dari – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 21 pelajar Program Khas Persediaan Ke Timur Tengah KTYS, terima wang saku dari Bank Islam https://sabahmedia.com/2023/09/07/21-pelajar-program-khas-persediaan-ke-timur-tengah-ktys-terima-wang-saku-dari-bank-islam/ https://sabahmedia.com/2023/09/07/21-pelajar-program-khas-persediaan-ke-timur-tengah-ktys-terima-wang-saku-dari-bank-islam/#respond Thu, 07 Sep 2023 13:09:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41412
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 21 pelajar Program Khas Persediaan Ke Timur Tengah, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) menerima sumbangan wang saku sebanyak RM1,000 seorang daripada Bank Islam Malaysia Berhad dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan yang berlangsung di Bilik Sipadan, KTYS, Sembulan, di sini, hari ini.

Pengarah Deposit Sabah, Bank Islam Malaysia Berhad, Nona Baria Saruddin menyerahkan replika cek bernilai RM21,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif, KTYS, Haji Samin Ongki pada majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Nona (tiga kiri) menyerahkan sumbangan replika cek bernilai RM21,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif KTYS, Haji Samin Ongki (tiga kanan) pada majlis itu.

Nona berkata, ini adalah tahun yang ke sekian kalinya Bank Islam dengan jalinan kerjasama dengan pihak Kolej Teknologi Yayasan Sabah memberi sumbangan kepada 21 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

“Ini salah satu rangkuman sosial Bank Islam. Memang kita bekerjasama dengan pelajar-pelajar dalam hal-hal yang memberi manfaat kepada pelajar-pelajar khususnya di Negeri Sabah.

“Ia juga terbuka kepada mana-mana pihak syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk menjalin kerjasama ini sebagai rakan strategik.

“Walaupun kita di Bank Islam ini adalah bank komersial tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, Haji Samin berkata, Program Khas Persediaan Ke Timur Tengah oleh KTYS yang julung kali diadakan di negeri Sabah ini telah menarik perhatian Bank Islam kepada kolej untuk menyumbang saguhati ataupun wang saku sebanyak RM1,000 untuk setiap pelajar yang akan bertolak ke Jordan dan juga Mesir dalam pertengahan bulan September ini.

“Saya sangat terharu di atas insiatif Bank Islam ini, mudah-mudahan dengan sumbangan ini akan memotivasikan anak-anak kita yang akan ke Timur Tengah supaya belajar bersungguh-sungguh dan membawa balik kejayaan,” katanya.

Haji Samin turut berharap program tersebut akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan bilangan pelajar lebih ramai dan ini akan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang sedang berada di bangku sekolah menengah yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Pelajar-pelajar ini (SPM/STAM) sebenarnya mereka ada peluang untuk ke Timur Tengah, Yayasan Sabah selain daripada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) dan Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi pembiayaan,” jelas beliau.

Tambah beliau, setakat ini pihak yang tampil memberikan sumbangan adalah Yayasan Sabah dan Bank Islam.

“Walau bagaimanapun saya difahamkan pelajar-pelajar ini akan mendapat sumbangan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM2,000 dalam bentuk bantuan khas kemasukan ke pengajian tinggi peringkat ijazah.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat dan Fitrah, MUIS ingin membiayai tiket penerbangan mereka, jadi kita sedang menunggu pihak-pihak berkenaan untuk menghubungi kami dan kita akan berikan kerjasama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/07/21-pelajar-program-khas-persediaan-ke-timur-tengah-ktys-terima-wang-saku-dari-bank-islam/feed/ 0 41412
KTYS terima sumbangan 20 unit komputer dari BPMB https://sabahmedia.com/2023/08/27/ktys-terima-sumbangan-20-unit-komputer-dari-bpmb/ https://sabahmedia.com/2023/08/27/ktys-terima-sumbangan-20-unit-komputer-dari-bpmb/#respond Sun, 27 Aug 2023 06:59:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40817
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) menerima sumbangan sebanyak RM57,380 daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) digunakan untuk pembelian 20 unit komputer.

Majlis Penyerahan Sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan BPMB Roni L. Abdul Wahab kepada Pengerusi KTYS Datuk Tah Nia Jaman, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengawai Eksekutif KTYS, Haji Samin Ongki.

Pada majlis itu, Tah Nia turut meluahkan ucapan penghargaan atas sumbangan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

“Ini adalah kali pertama KTYS menerima sumbangan daripada BPMB. Sumbangan 20 unit komputer baharu ini akan memberi manfaat kepada 800 pelajar Kolej.

“Kami berdoa semoga operasi BPMB akan bertambah maju dan diberkati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/27/ktys-terima-sumbangan-20-unit-komputer-dari-bpmb/feed/ 0 40817
Hajiji serah 344 geran tanah kepada penduduk dari 34 kampung https://sabahmedia.com/2023/07/08/hajiji-serah-344-geran-tanah-kepada-penduduk-dari-34-kampung/ https://sabahmedia.com/2023/07/08/hajiji-serah-344-geran-tanah-kepada-penduduk-dari-34-kampung/#respond Sat, 08 Jul 2023 07:11:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37919
Read Time:1 Minute, 1 Second

SUKAU: Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menyerahkan sebanyak 344 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk tempatan dari 34 kampung di kawasan Sukau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu melibatkan jumlah keluasan sebanyak 722.5 hektar (1,785.4 ekar) pada Majlis Himpunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau/Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan pada Sabtu.

Antara kampung-kampung terlibat ialah Kampung Sukau sebanyak 26 geran tanah, Kg. Sg Teneggang- (49 geran tanah), Kg. Bukit Garam (24 geran tanah), Kg. Sg Takala (22 geran tanah), Kg. Usaha Jaya (51 geran tanah) dan Kg. Sinar Jaya (30 geran tanah).

Daripada 344 geran tanah itu, sebanyak 141 adalah geran tanah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan 203 geran dari proses permohonan tanah biasa.

Sementara itu, Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Litang, Sukau seluas 82.3 hektar (203.4 ekar) daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew kepada Pegawain Daerah Kinabatangan, Abdul Manap Abd.Ruhim.

Bercakap kepada pemberita, Hajiji berkata kira-kira 8000 geran tanah telah tersedia dan penyerahannya kepada rakyat akan dilakukan oleh beliau semasa lawatan ke daerah-daerah dan oleh Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/08/hajiji-serah-344-geran-tanah-kepada-penduduk-dari-34-kampung/feed/ 0 37919
Ketibaan penumpang dari Guangzhou disambut meriah di KKIA https://sabahmedia.com/2023/04/30/ketibaan-penumpang-dari-guangzhou-disambut-meriah-di-kkia/ https://sabahmedia.com/2023/04/30/ketibaan-penumpang-dari-guangzhou-disambut-meriah-di-kkia/#respond Sun, 30 Apr 2023 11:45:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33619
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Pesawat yang membawa 194 penumpang dari Guangzhou disambut dengan pancuran air sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Sabtu.

Ketibaan penumpang pesawat Airbus A321neo disambut meriah itu menandakan penyambungan semula penerbangan terus China Southern Airlines antara Guangzhou dan Kota Kinabalu selepas pandemik.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou pada 4.10 petang dan tiba di sini pada jam 7.10 malam menaiki penerbangan CZ8335.

Turut hadir menyambut kedatangan pengunjung Cina itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew dan Pembantu Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai yang mengalungkan mereka (pengunjung) dengan rantai manik asli Sabah. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman.

Christina sempat berbual dengan ahli kumpulan pelancongan tersebut bahawa Sabah menyediakan pelbagai pilihan tempat percutian dan aktiviti.

“Sesetengah daripada anda menggemari laut dan pantai atau berhasrat untuk bersnorkeling atau menyelam. Kami mempunyai Gunung Kinabalu, hidupan liar ikonik dan syurga menyelam bertaraf dunia di Pulau Sipadan terletak di pantai timur Sabah.

“Dari Pantai Tanjung Aru di sini, anda akan dapat melihat matahari terbenam yang paling indah di dunia. Sesetengah daripada anda mungkin memilih pengembaraan, eko pelancongan, pelancongan golf atau pelancongan kesihatan. Bagi penggemar budaya, anda berpeluang untuk mengalami warisan budaya Sabah yang kaya di sini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar China Southern Airlines (Pejabat Kuala Lumpur) Eric Wang berkata, dengan penyambungan semula laluan Kota Kinabalu, syarikat penerbangan itu akan mengendalikan tiga laluan dalam masa terdekat antara China dan Malaysia dengan berlepas dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang ke Guangzhou yang berjumlah 31 penerbangan setiap minggu.

Menurut Eric, sebelum ini, China Southern Airlines yang terjejas akibat pandemik Covid-19 itu hanya mengendalikan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Guangzhou sekali seminggu.

“Berikutan pemulihan daripada wabak itu, penerbangan antara China dan Malaysia telah disambung semula secara beransur-ansur, dan laluan Kuala Lumpur-Guangzhou China Southern Airlines juga akan beroperasi semula kepada tiga penerbangan sehari bermula dari 15 Mei 2023.

“Justeru, penyambungan semula penerbangan terus antara Guangzhou dan Kota Kinabalu akan memberi peningkatan tambahan kepada pembangunan perniagaan, pertumbuhan pelancongan dan pertukaran budaya antara China dan Malaysia,” katanya.

Mengenai rancangan masa depan, Eric berkata, China Southern Airlines akan menjalankan kerjasama yang lebih mendalam dan merentas sempadan dengan perniagaan utama dan pihak berkepentingan pelancongan di kedua-dua negara dalam mencari kebaikan bersama untuk mencapai keputusan menang-menang.

“Matlamat kami adalah untuk mengukuhkan lagi perkhidmatan kami bagi menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah untuk semua penumpang yang melakukan perjalanan antara China dan Malaysia,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/30/ketibaan-penumpang-dari-guangzhou-disambut-meriah-di-kkia/feed/ 0 33619
Pekerja lemas di laut terjatuh dari kapal nelayan https://sabahmedia.com/2023/04/10/pekerja-lemas-di-laut-terjatuh-dari-kapal-nelayan/ https://sabahmedia.com/2023/04/10/pekerja-lemas-di-laut-terjatuh-dari-kapal-nelayan/#respond Mon, 10 Apr 2023 12:34:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32486
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui lemas di laut selepas terjatuh dari atas kapal nelayan dalam satu kejadian di Teluk Sepanggar di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 pagi tadi (10 April) mengenai orang dipercayai lemas di kawasan perairan Sepanggar berhampiran Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Menurut pemanggil insiden melibatkan seorang mangsa lelaki terjatuh dari atas kapal nelayan.

“Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian surface water resque dan selaman sekitar lokasi kejadian serta dibantu oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa warga asing yang kenali sebagai La Hasuba berusia 38 tahun itu dijumpai oleh pasukan Bomba pada jam 11.02 pagi, hari yang sama di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada kedalaman 4 meter.

“Mangsa yang juga pekerja kapal nelayan berkenaan dilaporkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Maritim untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sekitarnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.13 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/10/pekerja-lemas-di-laut-terjatuh-dari-kapal-nelayan/feed/ 0 32486
KM teruja terima replika kad pengenalan lama dari Pengarah JPN Sabah https://sabahmedia.com/2023/03/07/km-teruja-terima-replika-kad-pengenalan-lama-dari-pengarah-jpn-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/03/07/km-teruja-terima-replika-kad-pengenalan-lama-dari-pengarah-jpn-sabah/#respond Tue, 07 Mar 2023 08:53:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30465
Read Time:26 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berasa teruja menerima replika kad pengenalan lamanya daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah yang baharu, Ervinah Kebahi @ Syarafina Ibrahim.

Ervinah berkongsi saat mengembirakan itu bersama Ketua Menteri selepas menyerahkan replika kad pengenalan berkenaan dalam kunjungan hormatnya di Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di Kota Kinabalu pada Isnin.

Ervinah, memulakan tugas sebagai Pengarah JPN Sabah yang baharu pada Januari 2023 bagi menggantikan Khairul Aminus Kamaruddin.

Beliau sebelum ini bertugas di
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) urus setia Cawangan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/07/km-teruja-terima-replika-kad-pengenalan-lama-dari-pengarah-jpn-sabah/feed/ 0 30465
Sabah alu-alukan pelabur dari Arab Saudi khususnya di SOGIP – Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/#respond Tue, 28 Feb 2023 09:49:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30117
Read Time:1 Minute, 3 Second

TUARAN: Pengerusi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Datuk Abdul Rahman Dahlan bertemu Menteri Pelaburan Arab Saudi Khalid AlFalih semasa lawatannya di Riyadh baru-baru ini.

Dalam pertemuan, Abdul Rahman berkata, mereka banyak membincangkan mengenai masa depan kedua-dua negara itu Malaysia dan Arab Saudi.

“Kami bincang banyak perkara mengenai masa depan kedua-dua negara. Saya juga maklumkan juga peluang-peluang besar untuk pelaburan dari Arab Saudi di Sabah, termasuk di kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang yang dipengerusikan oleh saya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya dua hari lepas.

Katanya, beliau berjumpa dengan sahabat lamanya, Khalid yang dipertanggungjawabkan oleh Raja Salman untuk menjadi salah satu menteri utama dalam merealisasikan Visi 2030 Arab Saudi.

“Seorang yang peramah, berpengalaman dan berpandangan jauh, hubungan kami sudah bertukar dari hubungan rasmi sebagai menteri kepada hubungan persahabatan yang akrab,” katanya.

Abdul Rahman turut berkata, pertemuan itu juga membincangkan peluang pelaburan dan perniagaan untuk syarikat-syarikat Malaysia di Arab Saudi.

“Dengan wujudnya projek-projek infra baru seperti The Line, NEOM City, lapangan terbang dan pelabuhan serta sistem pengangkutan darat, syarikat-syarikat Malaysia yang berpengalaman boleh mengambil peranan besar di Arab Saudi,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau turut berharap hubungan kedua-dua negara dipelihara oleh Allah SWT demi masa depan bersama.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/feed/ 0 30117
Membudayakan sukan bola jaring dari akar umbi – Juliah https://sabahmedia.com/2023/02/25/membudayakan-sukan-bola-jaring-dari-akar-umbi-juliah/ https://sabahmedia.com/2023/02/25/membudayakan-sukan-bola-jaring-dari-akar-umbi-juliah/#respond Sat, 25 Feb 2023 09:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30019
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Semua pihak termasuk persatuan sukan, jurulatih, ibu bapa, guru-guru dan pihak berkaitan perlu memainkan peranan membudayakan sukan bola jaring bermula dari peringkat akar umbi, kata isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Katanya, aspek itu perlu diberi perhatian dan dilaksanakan oleh semua pihak selaras dengan pernyataan Dasar Sukan Negeri Sabah, 2021 iaitu ke arah pembentukan budaya sukan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat negeri.

Menurutnya, sukan bola jaring mengakhiri penantian selepas 20 tahun dan telah dapat beraksi dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2022.

“Saya yakin dan percaya, sekiranya prestasi sukan bola jaring menunjukkan peningkatan dan prestasi yang semakin baik di peringkat negeri dan kebangsaan Insyaallah, pihak Kementerian Belia dan Sukan pasti akan terus memberi peluang kepada sukan bola jaring untuk disenaraikan dalam Temasya SUKMA akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kejohanan Bola Jaring Piala Remaja 2023 di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, hari ini.

Sehubungan itu Juliah berharap Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA) akan terus aktif dan cemerlang dalam memainkan peranan sebagai badan induk sukan bola jaring di negeri Sabah.

Beliau juga berharap lebih banyak persatuan bola jaring daerah akan diwujudkan di seluruh Sabah bagi menyokong persatuan negeri dalam pembangunan sukan bola jaring negeri ini.

Katanya, Kejohanan Bola Jaring Piala Remaja yang julung kali dianjurkan oleh SABANA harus diadakan secara berkala sebagai platfom untuk mencungkil lebih banyak bakat-bakat yang boleh diketengahkan sebagai pemain pelapis bagi mewakili negeri Sabah di peringkat kebangsaan, SUKMA dan seterusnya mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Juliah berkata, mulai tahun ini SABANA akan menjadikan kejohanan remaja itu sebagai program dwi-tahunan persatuan itu.

Beliau berharap semua pasukan yang menyertai kejohanan tu bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menerusi persaingan yang sengit akan meningkatkan mutu sukan bola jaring di negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/25/membudayakan-sukan-bola-jaring-dari-akar-umbi-juliah/feed/ 0 30019
Penduduk Dari Enam Kampung Zon Kawiyan Sertai Program Pemerkasaan Adat https://sabahmedia.com/2022/03/19/penduduk-dari-enam-kampung-zon-kawiyan-sertai-program-pemerkasaan-adat/ https://sabahmedia.com/2022/03/19/penduduk-dari-enam-kampung-zon-kawiyan-sertai-program-pemerkasaan-adat/#respond Sat, 19 Mar 2022 06:56:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13176
Read Time:1 Minute, 39 Second

RANAU: Kira-kira 60 penduduk dari enam kampung sertai program pemerkasaan adat Anak Negeri Mukim Kaingaran Zon Kawiyan, Ulu Sugut, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, tujuan program diadakan adalah bagi memperkasakan lagi adat
suku kaum Dusun di daerah ini.

Program yang diadakan Dewan Mini Kg. Manikulau, Kawiyan, Ulu Sugut melibatkan enam kampung iaitu Kg. Kawiyan, Kg. Manikulau, Kg. Paka, Kg. Kilamas, Kg. Patau, Kg. Giring dan Kg. Kilanas.

Menurut Dr. Joachim, sebuah buku adat resam telah disusun dan dikemaskini berdasarkan kepada warisan adat resam yang diwarisi dari nenek moyang sejak dahulu kala. Antara lain, ia memberikan garis panduan kepada ketua-ketua kampung (6 kampung) cara-cara penyelesaian kes, “Sogit” bagi perlanggaran adat dan pentadbiran balai adat.

“Buku adat ini juga akan menjadi rujukan pada masa akan datang oleh generasi seterusnya,” katanya semasa merasmikan majlis tersebut.

Tambahnya lagi, ia (buku adat) bukan sahaja menjadi pemudahcara kepada para pemegang adat (Ketua Kampung) tetapi juga akan dipatuhi dan dihormati oleh penduduk dalam mukim berkenaan serta semua anggota masyarakat.

Dr Joachim berharap, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat mempraktikkan apa yang diperoleh dalam program ini yang mana sebanyak 40 adat telah dibentangkan.

Dalam pada itu, Dr. Joachim memuji usaha dilakukan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau untuk memantapkan lagi adat dan meminta agar ia diteruskan di kawasan mukim yang lain di Ranau.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengerusi penganjur, Ketua Anak Negeri (KAN) Jabay Surugau serta semua yang terlibat menjayakan program.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian; Pegawai Pertanian Daerah Ranau, Zaba Awalidin; Ketua Daerah (OKK) Muhasip Ruman; Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), Jaidi Adrian Gulis; Pengerusi Persatuan Ibubapa Komuniti Sekolah (PIBKS) SK Kawiyan, Jainis Oronggit; wakil Persatuan Persara Bekas Guru Besar Ranau, KAN Sawalin Zakaria dan JPKK.

Selain itu, satu ceramah turut diadakan oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Tanah daerah Ranau.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/19/penduduk-dari-enam-kampung-zon-kawiyan-sertai-program-pemerkasaan-adat/feed/ 0 13176
Hajiji Bertemu Dengan 2 Pendaki Everest Dari Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/10/hajiji-bertemu-dengan-2-pendaki-everest-dari-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/10/hajiji-bertemu-dengan-2-pendaki-everest-dari-sabah/#respond Thu, 10 Mar 2022 11:32:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12863
Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada dua rakyat Sabah yang terpilih mengikuti ekspedisi menawan Gunung Everest, yang bermula pada 26 Mac ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) bertemu dengan dua rakyat Sabah yang menyertai ekspedisi menawan Gunung Everest pada 26 Mac ini di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) bertemu dengan dua rakyat Sabah Lt Kol (PA) Ag Iskandar Ampuan Yaacub (dua kanan) dan Ayu Wanirah Naharuddin (kanan) yang menyertai ekspedisi menawan Gunung Everest pada 26 Mac ini di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dua rakyat Sabah itu ialah Lt Kol (PA) Ag Iskandar Ampuan Yaacub, 55, dari Kampung Benoni, Papar, yang kini bertugas sebagai Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah dan Ayu Wanirah Naharuddin, 30, dari Kampung Jawa, Tawau, yang bekerja di Johor.

Ag Iskandar dan Ayu Wanirah adalah antara 11 orang termasuk jurulatih dan pendaki orang kurang upaya (OKU) yang akan menyertai Misi Keluarga Malaysia Everest 2022, selama tiga bulan sehingga Jun ini.

Ketua Menteri meluangkan masa hampir sejam bersama kedua-dua pendaki berkenaan termasuk menyerahkan bendera Negeri Sabah untuk dikibarkan di puncak Gunung Everest.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/10/hajiji-bertemu-dengan-2-pendaki-everest-dari-sabah/feed/ 0 12863