dark tourism – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Oct 2021 09:27:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dark tourism – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Dark Tourism’ Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/#respond Thu, 21 Oct 2021 09:27:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7761
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Konsep ‘Dark Tourism’ atau Pelancongan Gelap yang merupakan gabungan sejarah dan warisan, pelancongan serta tragedi dari pelbagai lapisan dilihat boleh dijadikan strategi pemasaran baharu bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, di negara ini khususnya di Sabah mempunyai banyak tempat untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan gelap.

Katanya, tempat-tempat ini tidak begitu terkenal malah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat tempatan.

“Tentangan ini berkemungkinan besar kerana kekurangan maklumat yang tepat menerusi kajian-kajian ilmiah mengenai konsep sebenar pelancongan gelap. Malah, ada yang beranggapan bahawa konsep ini hanyalah berasaskan unsur-unsur paranormal sahaja.

“Penerokaan jenis-jenis pelancongan baru seperti konsep ini akan membolehkan Sabah menyediakan pelbagai pakej dan produk pelancongan untuk menarik minta pelancong domestik di samping kita dapat mengekalkan minat pelancong antarabangsa ke Sabah.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel dan Sesi Perkongsian Gabungan Ekopelancongan dan ‘Dark Tourism’: Potensi Produk Baharu Pelancongan Taman-Taman Sabah Pascapandemik.

Joniston berkata, pihak kementerian juga yakin konsep ini harus diterokai kerana ia mampu menambah nilai sektor pelancongan Sabah.

“Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Taman-Taman Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah selaku agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kerana telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan satu program yang bertemakan Dark Tourism.

“Penganjuran program ini adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin yang telah mencetuskan idea pembangunan Dark Tourism di Sabah,” katanya.

Katanya, penganjuran program itu secara keseluruhan telah mencapai objektif bagi mendalami, meneroka, merungkai dan membongkar konsep Dark Tourism dari sudut pandang akademik dan melalui perkongsian pengalaman daripada pemain industri segmen Dark Tourism.

“Saya percaya, penganjuran program ini telah memberi impak positif dalam mengubah persepsi umum khususnya peserta yang menghadiri bengkel dan sesi perkongsian ini terhadap Dark Tourism daripada dipandang sebagai ‘pelancongan hantu’ kepada “pelancongan tragedi bersejarah’,” katanya.

Program yang dilaksanakan bermula 15 September lalu adalah bagi melihat potensi produk pelancongan baharu di Taman-Taman Sabah dengan gabungan Ekopelancongan dan Dark Tourism dari sudut pandangan akademik dan perkongsian pengalaman dari pemain industri segmen Dark Tourism.

Antara pengisian program ini adalah bengkel, lapan siri perkongsian cadangan potensi produk atau aktiviti Dark Tourism  dan satu segmen khas Dark Tourism di Pulau Sulug, Taman Tunku Abdul Rahman.

Sebanyak 40 produk atau aktiviti potensi Dark Tourism di Taman-Taman Sabah telah dicadangkan menerusi lapan Siri Perkongsian oleh lapan orang pegawai penyelidik dari semua stesen/ Taman dibawah Taman-Taman Sabah.

Sesi yang telah dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis bermula 21 September sehingga 14 Oktober lalu telah mengetengahkan pelbagai lokasi dan tempat yang berpotensi sebagi Dark Tourism bermula dari dasar lautan Pulau Sipadan sehingga ke Puncak Gunung Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/feed/ 0 7761
KePKAS Yakin Mampu Bangunkan Produk Pelancongan Berasaskan ‘Dark Tourism’ https://sabahmedia.com/2021/09/15/kepkas-yakin-mampu-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-dark-tourism/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/kepkas-yakin-mampu-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-dark-tourism/#comments Wed, 15 Sep 2021 10:07:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6354
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yakin mampu membangunkan produk pelancongan baharu berasaskan ‘Dark Tourism’ yang berdata saing, mapan dan inklusif.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia juga mampu memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan.

“Saya percaya dengan kewujudan elemen ‘Dark Tourism’ pastinya akan mendatangkan manfaat yang besar kepada sektor pelancongan Sabah.

“Sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutama penggiat sektor pelancongan di negeri ini diharap dapat membantu melaksanakan pemulihan dan pemerkasaan sektor pelancongan bagi memastikan kejayaan tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikian Bengkel Gabungan Ekopelancongan dan Pelancongan Gelap; Potensi Produk Baharu Pelancongan Taman-Taman Sabah Pascapandemik secara maya disini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim.

Jafry berkata, nilai yang terdapat dalam ‘dark tourism’ adalah sangat unik dimana pengkaji pelancongan menyatakan ‘dark tourism’ adalah pelindung warisan sejarah agar tidak dilupai.

Katanya, ia juga menjadi sumber pengetahuan dan membuka peluang penyelidikan yang mengaitkan kisah masa silam dengan masa kini dan juga masa hadapan.

“Melalui konsep ‘dark tourism’ ini, ya sememangnya kita memberikan pengetahuan sejarah dan potensi penyelidikan, namun apa yang unik dan tidak boleh diperoleh di tempat lain adalah pengalaman emosi bercampur-baur seperti gembira, takut dan sedih.

“Melalui pengalaman ini, saya percaya kita akan menjadi lebih bersyukur dan menghargai sejarah-sejarah masa silam yang selama ini tidak diketahui,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry berkata, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, kawasan ataupun pusat pelancongan ‘dark tourism’ yang mempunyai potensi adalah seperti tapak peperangan, penjara, tapak penghambaan, tapak perkuburan, tapak peringatan dan tempat-tempat yang mengandungi sejarah-sejarah penting.

Katanya, elemen-elemen dalam konsep ‘dark tourism’ ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza, unik dan adakalanya seram, dan inilah yang cuba dibangunkan dan dikembangkan oleh pihak Taman-Taman Sabah dengan merungkai sejarah-sejarah yang terdapat dalam kawasan Taman.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/kepkas-yakin-mampu-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-dark-tourism/feed/ 1 6354