dart – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Apr 2025 01:07:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dart – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ILD Warrior juara Kejohanan Dart Terbuka Antabangsa Sabah https://sabahmedia.com/2025/04/29/ild-warrior-juara-kejohanan-dart-terbuka-antabangsa-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/ild-warrior-juara-kejohanan-dart-terbuka-antabangsa-sabah/#respond Tue, 29 Apr 2025 01:07:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72861
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Pasukan ILD Warrior berjaya mengungguli Kejohanan Dart Terbuka Antarabangsa 2025 bagi kategori ‘Premier Divison’ acara berpasukan yang berakhir di sini Ahad lalu.

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari sempena sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Kota Kinabalu ke-25 itu berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Penganjur, Felix I. Malangkig.

Dengan kemenangan itu, pasukan ILD Warrior berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM8,000 dan naib johan dimenangi pasukan Met Darters yang membawa pulang hadiah RM3,000.

Manakala tempat ketiga kategori sama dimenangi pasukan Knight Dart Club (B) yang membawa pulang hadiah RM3,000.

Bagi kategori ‘2nd Division’ acara berpasukan dimenangi pasukan Binglu Legend ‘A’ yang membawa pulang hadiah RM1,000; naib johan Ligs HHD (RM500) dan ketiga dimenangi pasukan MOTD (RM500).

Sementara itu bagi kategori perseorangan lelaki dimenangi Tenoth A/L Sivalingam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000; naib johan  Abdul Qaharukail (RM500) dan ketiga dimenangi Sylvester Jeffry (RM500)

Kategori perseorangan wanita dimenangi Daisy Jok yang membawa pulang hadiah wang tunai (RM1,000); naib johan dimenangi Delailah Obren (RM500) dan ketiga dimenangi  Abby (RM500).

Kejohanan itu berjaya menarik sekitar 700 orang peserta dari negara Brunei Darussalam, Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Sabah yang bersaing dalam kategori Berpasukan, Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Wanita. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/ild-warrior-juara-kejohanan-dart-terbuka-antabangsa-sabah/feed/ 0 72861
700 peserta sertai ‘International Sabah Open Dart Tournament 2025’ https://sabahmedia.com/2025/04/25/700-peserta-sertai-international-sabah-open-dart-tournament-2025/ https://sabahmedia.com/2025/04/25/700-peserta-sertai-international-sabah-open-dart-tournament-2025/#respond Fri, 25 Apr 2025 04:09:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72648
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Seramai 700 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Brunei Darussalam menyertai ‘International Sabah Open Dart Tournament 2025’ di sini hari ini.

Kejohanan yang diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Kota Kinabalu ke-25 itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Majlis perasmian disempurnakan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Robert Lipon.

Robert (dua kanan) menerima cenderamata dari pengerusi penganjur Felix Malangkig

Robert ketika membacakan teks ucapan Sabin berkata, acara bertaraf antarabangsa itu adalah bertujuan untuk mengambil peluang melancong di Bandaraya Kota Kinabalu khasnya yang merupakan Bandaraya Peranginan Semulajadi.

Katanya, kehadiran para peserta dari pelbagai pelosok negeri dan negara bukan sahaja mencerminkan semangat kesukanan sejagat, malah menjadikan kejohanan itu sebagai medium terbaik untuk mempererat hubungan antara masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa ini yang bukan sahaja memperkasa sukan dart, malah mengangkat nama Kota Kinabalu sebagai bandaraya yang aktif, berdaya saing dan mesra pelawat.

“Sebagai Datuk Bandar, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan semua peserta dan tetamu ke Bandaraya Kota Kinabalu, sebuah bandaraya yang kaya dengan keindahan semula jadi, warisan budaya serta keramahan penduduknya,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua peserta dan pelawat agar meluangkan masa menjelajah tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar bandaraya.

Katanya, ini termasuklah Anjung Kinabalu yang terkenal dengan kraftangan dan makanan laut segar, matahari terbenam yang memukau di Pantai Tanjung Aru, atau pemandangan indah dari Signal Hill Observatory.

“Tidak lupa juga, para peserta boleh menikmati juadah makanan di Api-Api Night Market serta mengunjungi Tamu Ahad Jalan Gaya (Gaya Street Sunday Market).

“Sesungguhnya, sambutan ulang tahun ke-25 ini menjadi medan refleksi kepada pencapaian kita sebagai sebuah bandaraya yang terus berkembang maju dan Lestari,” katanya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan antaranya acara berpasukan, perseorangan lelaki dan perseorangan Wanita. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/25/700-peserta-sertai-international-sabah-open-dart-tournament-2025/feed/ 0 72648