Dasar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Oct 2023 07:07:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dasar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sesi libat urus dilaksana, kaji keperluan wujudkan dasar lebih komprehensif https://sabahmedia.com/2023/10/05/sesi-libat-urus-dilaksana-kaji-keperluan-wujudkan-dasar-lebih-komprehensif/ https://sabahmedia.com/2023/10/05/sesi-libat-urus-dilaksana-kaji-keperluan-wujudkan-dasar-lebih-komprehensif/#respond Thu, 05 Oct 2023 07:07:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43104
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kundasang : Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini dalam proses melaksanakan sesi libat urus bagi mengkaji keperluan mewujudkan kerangka dasar dan perundangan yang lebih komprehensif khususnya dalam pengurusan bencana negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara aspek yang dipertimbangkan adalah Penggubalan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara (Dasar DRR Negara)

Selain itu kata, aspek yang yang dipertimbangkan adalah Penggubalan satu Akta yang menyokong Dasar DRR Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali

“Dasar DRR Negara iaitu satu dasar baharu yang menjadi dokumen panduan ke arah DRR bagi memperkukuh daya tahan, kesedara dan kesediaan dalam melindungi keselamatan rakyat melalui pengurusan risiko yang komprehensif dan inklusif.

“Bagi penggubalan satu Akta yang menyokong Dasar DRR Negara adalah untuk NADMA menjalankan tugas dengan lebih berkesan melalui kuasa perundangan bagi menyelaras isu pengurusan bencana dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Sains dan Teknologi Dalam Mengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan (STDR3) di sini hari ini.

Armizan berkata, langkah-langkah penambahbaikan tadbir urus pengurusan bencana itu adalah bagi memastikan NADMA dapat menjalankan tanggungjawabnya secara berkesan dalam memastikan tahap kesiapsiagaan negara terhadap ancaman dan risiko bencana terus relevan.

Terdahulu, Armizan berkata, pelaksanaan program seumpama itu adalah merupakan satu langkah penting dalam usaha Kerajaan untuk memperkenalkan, meningkatkan kefahaman dan menerapkan peranan sains dan teknolgi dalam meminimumkan risiko bencana.

“Program ini juga dalah bersempena dengan sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional yang disambut pada Oktober setiap tahun.

“Selain itu, program ini juga menepati komitmen Kerajaan dan merupakan salah satu langkah strategik pengurusan bencana negara yang dilaksanakan menerusi NADMA melalui pendekatan ‘whole of nation’ bagi mengurangkan dampak negative perubahan iklim,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/05/sesi-libat-urus-dilaksana-kaji-keperluan-wujudkan-dasar-lebih-komprehensif/feed/ 0 43104
Dasar Agromakanan Negara 2.0 Sedang Dimuktamadkan https://sabahmedia.com/2021/06/20/dasar-agromakanan-negara-2-0-sedang-dimuktamadkan/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/dasar-agromakanan-negara-2-0-sedang-dimuktamadkan/#respond Sun, 20 Jun 2021 03:09:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1589
Read Time:1 Minute, 56 Second

KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang memuktamadkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) 2021-2030 dengan fokus utama untuk memastikan rantaian makanan negara  dapat mendepani cabaran sekuriti makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia akan mengambil kira input serta kerjasama pelbagai pihak termasuk kementerian,agensi, ahli akademik, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Adalah menjadi agenda utama kerajaan dalam memberi jaminan terhadap keselamatan bekalan makanan negara bagi memastikan bekalan makanan yang bukan sahaja mencukupi tetapi juga mampu dimiliki, selamat dan berkualiti.

“Seiring dengan perkembangan teknologi baharu dalam era digitalisasi serta adaptasi kepada Revolusi Perindustrian 4.0 (IP4.0) peranan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan diberi penekanan di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai Delegasi Malaysia secara maya Persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) Kali ke-42 yang diadakan di Rome Itali pada 14 hingga 18 Jun lalu.

Delegasi Malaysia turut dianggotai oleh Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino, sebagai wakil tetap Malaysia ke FAO.

Ronald berkata, persidangan FAO kali ke-42 itu juga membincangkan FAO Strategic Framework 2022-2031 yang dibangunkan melalui sesi konsultasi bersama negara-negara ahli serta rakan kerjasama FAO. 

Katanya, pemodenan sektor agromakanan akan turut dipacu melalui adaptasi mekanisasi dan teknologi dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Di peringkat serantau, delegasi Malaysia mengetengahkan keutamaan memacu transformasi inovasi dan digital dalam penggubalan dasar dan hala tuju sektor pertanian. 

“Malaysia turut menyarankan FAO untuk mengaplikasi dan memanfaatkan sumber-sumber berkaitan dalam menyokong pelaksanaan projek dan program di bawah Persidangann Serantau Untuk Asia dan Pasifik (APRC),”katanya.

Katanya, ia mampu memberi dimensi dalam memperkasakan lebih banyak negara-negara membangun melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan makanan, terutamanya di dalam bidang teknologi dan inovasi, pertukaran kepakaran teknikal, pembangunan kapasiti serta perkongsian pengetahuan.

Tambahnya, Malaysia menghargai usaha membangunkan kerangka strategik itu terutamanya melalui penekanan yang diberikan terhadap kelestarian, inklusiviti, sistem makanan yang mapan serta kepelbagaian tema melibatkan jantina, belia dan kumpulan etnik orang asal dalam mencapai agenda 2030. 

Persidangan yang melibatkan Sesi Plenari, Commission I dan Commission II itu telah disertai oleh delegasi dari 183 negara ahli melibatkan lebih dari 1,300 delegasi termasuk 119 menteri dan timbalan menteri negara-negara anggota.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/dasar-agromakanan-negara-2-0-sedang-dimuktamadkan/feed/ 0 1589
PBS Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Rombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/#respond Wed, 16 Jun 2021 00:08:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1340
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalu-alukan dan menyokong keputusan Kerajaan Negeri merombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri pada Ahad.

Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki berkata, usaha untuk mengukuh dan meningkatkan bidang pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini merupakan inisiatif terbaharu yang dibawa oleh Kerajaan Negeri.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memperkasa amalan tadbir urus yang baik dalam BBN dan GLC Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, terdapat lebih 60 BBN dan lebih 30 GLC tidak termasuk subsidiari.

“Kita berharap melalui rombakan ini Kerajaan Negeri akan dapat mengekang ketirisan dalam pengurusan dana, memberi nafas baharu kepada usaha meningkatkan integriti di kalangan penjawat atau pengurusan tertinggi serta mengoptimakan prestasi BBN dan GLC di negeri Sabah,” katanya.

Selain itu katanya, rombakan jawatankuasa tersebut akan membantu Kerajaan untuk mewujudkan BBN dan GLC yang mempunyai pengurusan korporat yang kukuh, operasi yang berkesan, prestasi kewangan yang mampan serta pengarah-pengarah ya ng berkaliber.

“Ini penting untuk menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat dan khususnya juga mencapai matlamat kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat selaras dengan visi Sabah Maju Jaya,” kata Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong.

Semasa mengumumkan rombakan tersebut pada Ahad, Hajiji berkata polisi peningkatan ini termasuklah menguatkuasakan terhadap semua ketidakpatuhan terhadap arahan-arahan kerajaan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, jawatankuasa akan dikawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk semua aspek pengurusan korporat terhadap kemungkinan salah laku termasuklah kelulusan meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru d dalam BBN dan GLC, pemantauan dan sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/feed/ 0 1340