Datuk Lajim Ukin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Aug 2021 10:16:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Datuk Lajim Ukin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Datuk Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/#respond Sun, 29 Aug 2021 10:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5482
Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Mantan Ahli Parlimen Beaufort, Sabah, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Ahad menyatakan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen Negeri Sabah, kepada masyarakat dan negara.

“Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Allahyarham juga pernah dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin, “demikian menurut hantaran itu.- Sumber Facebook Istana Negara

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/feed/ 0 5482
Ketua Menteri Sabah Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Datuk Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/#respond Sun, 29 Aug 2021 05:31:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5444
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin, yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

“Bagi pihak keluarga saya dan Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Datin Seri Normila Siong atas kehilangan dan keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim yang tersayang.

“Datuk Lajim adalah pemimpin yang berdedikasi dan juga kawan yang baik serta telah banyak menyumbang kepada negeri dan negara sepanjang karier politiknya,” katanya.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Lajim adalah seorang pemimpin yang sangat berjasa, menyumbangkan masanya dan sentiasa berkongsi nasihat yang baik kepada parti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/feed/ 0 5444