Dayang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Apr 2026 11:23:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dayang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama Kinara–Dayang perkukuh peranan Sabah dalam industri minyak dan gas https://sabahmedia.com/2026/04/08/kerjasama-kinara-dayang-perkukuh-peranan-sabah-dalam-industri-minyak-dan-gas/ https://sabahmedia.com/2026/04/08/kerjasama-kinara-dayang-perkukuh-peranan-sabah-dalam-industri-minyak-dan-gas/#respond Wed, 08 Apr 2026 11:21:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94533
Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) antara Kinara Energy Sdn Bhd dan Dayang Enterprise Sdn Bhd menjadi langkah penting dalam memperkukuh peranan Sabah ke arah pemilikan dan kepimpinan lebih besar dalam sektor minyak dan gas.

Kerjasama itu mencerminkan hala tuju strategik negeri di bawah kerangka Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Pelan Hala Tuju Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun, berkata kerjasama berkenaan menandakan perubahan penting dalam landskap industri minyak dan gas negeri.

“MOA ini menandakan peralihan daripada sekadar penyertaan kepada pemilikan, daripada peranan sokongan kepada kepimpinan, serta daripada kebocoran nilai kepada pengekalan nilai dalam negeri.

“Kerjasama ini mesti diterjemahkan kepada kontrak sebenar, projek sebenar dan peluang sebenar untuk rakyat Sabah. Kejayaannya bukan sekadar kejayaan korporat, tetapi kejayaan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pementeraian Memorandum Perjanjian (MOA) antara Kinara Energy Sdn Bhd dan Dayang Enterprise Sdn Bhd di sini, hari ini.

Masidi turut menegaskan Sabah tidak lagi boleh dilihat sebagai pemerhati pasif terhadap sumbernya sendiri, sebaliknya perlu diberikan akses kepada kontrak teras bernilai tinggi oleh PETRONAS dan Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC).

“Jangan hanya berikan kerja pinggiran, sebaliknya beri peluang untuk berada di meja rundingan,” katanya sambil menyifatkan kerjasama Kinara–Dayang sebagai model gabungan pemilikan tempatan dengan pelaksanaan bertaraf global.

Di bawah Pelan Hala Tuju OGSE, Sabah menyasarkan 60 peratus penyertaan tempatan dalam kontrak OGSE menjelang 2026, dengan syarikat tempatan mencatat peningkatan ketara dalam jumlah kontrak diperoleh sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kinara Energy, Sylvester Linus, berkata kerjasama tersebut menjadi platform strategik bagi menghasilkan impak nyata kepada Sabah.

“Kerjasama ini menggabungkan kekuatan tempatan Kinara dengan keupayaan teknikal terbukti Dayang. Ia bertujuan membina penyelesaian berprestasi tinggi berasaskan Sabah yang mampu bersaing, melaksana dan memimpin,” katanya.

Bagi Dayang Enterprise, Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk James Ling Suk Kiong berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam membangunkan kapasiti tempatan tanpa menjejaskan standard teknikal.

“Kami melihat potensi besar dalam kerjasama ini. Dengan menggabungkan kepakaran teknikal kami dengan keupayaan tempatan, kami berhasrat menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi, selamat dan cekap, selain menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem minyak dan gas Sabah,” katanya.

Kerjasama itu dijangka memberi impak ekonomi lebih luas termasuk meningkatkan pengekalan kekayaan dalam negeri, mempercepat pemindahan teknologi dan pengetahuan, serta memperkukuh daya tahan ekonomi jangka panjang Sabah.

Selain itu, ia turut menyokong aspirasi negeri untuk muncul sebagai hab serantau bagi perkhidmatan minyak dan gas bernilai tinggi.

Kinara Energy, syarikat berlesen berpangkalan di Sabah, memberi tumpuan kepada kejuruteraan, pembangunan projek dan kerjasama strategik, manakala Dayang Enterprise yang beribu pejabat di Miri, Sarawak mempunyai lebih empat dekad pengalaman dalam penyelenggaraan luar pesisir, fabrikasi dan perkhidmatan sokongan.

Majlis itu turut dihadiri pegawai kanan kerajaan, pemain industri serta wakil daripada SMJ Energy, PETRONAS dan pemegang taruh utama sektor tenaga.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/08/kerjasama-kinara-dayang-perkukuh-peranan-sabah-dalam-industri-minyak-dan-gas/feed/ 0 94533
Usahawan wanita diseru rebut peluang inisiatif DAYANG https://sabahmedia.com/2025/03/04/usahawan-wanita-diseru-rebut-peluang-inisiatif-dayang/ https://sabahmedia.com/2025/03/04/usahawan-wanita-diseru-rebut-peluang-inisiatif-dayang/#respond Tue, 04 Mar 2025 05:51:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69789
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Golongan usahawan wanita di negeri ini diseru untuk merebut peluang yang ditawarkan menerusi pelaksanaan Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda yang diperkenalkan Kerajaan Sabah pada tahun ini.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Silam Datuk Mizma Appehdullah berkata, ia merupakan satu lagi inisiatif utama dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025 bagi membantu usahawan wanita muda di negeri ini.

Katanya, program yang turut dikenali sebagai Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) itu menawarkan pakej pinjaman yang menarik.

“Saya difahamkan ada sekitar 200 usahawan wanita muda di Sabah akan menerima manfaat daripada program berkenaan. Justeru saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas inisiatif program DAYANG.

“Inisiatif ini akan dapat memberi peluang kepada usahawan wanita muda untuk mendapatkan pinjaman modal bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Program seperti ini bukan sahaja memperkukuhkan peranan wanita dalam ekonomi tetapi juga membuka lebih banyak ruang untuk kejayaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mizma berkata, peluang yang diberikan itu diyakini akan dapat membina masa depan wanita yang lebih berdaya saing dan berjaya.

Katanya, program itu turut merangkumi sokongan menyeluruh melalui bimbingan dan latihan yang melibatkan sesi mentoring oleh pakar industri serta pendedahan kepada strategi pemasaran yang lebih efektif bagi memastikan kejayaan mereka dalam jangka masa panjang.

Menurutnya realiti usahawan wanita sering berhadapan dengan cabaran utama seperti kekangan modal, kekurangan akses kepada teknologi, pasaran, dan rangkaian sokongan yang diperlukan untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka.

“Cabaran ini bukan sahaja menghadkan peluang mereka untuk meningkatkan kapasiti dan produktiviti, malah turut menghalang potensi mereka untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

Muat turun maklumat borang permohohan DAYANG dibawah :

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/04/usahawan-wanita-diseru-rebut-peluang-inisiatif-dayang/feed/ 0 69789