dbkk china – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Feb 2025 11:30:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dbkk china – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK terima kunjungan delegasi ‘China-ASEAN Friendly Youth Envoys’ https://sabahmedia.com/2025/02/12/dbkk-terima-kunjungan-delegasi-china-asean-friendly-youth-envoys/ https://sabahmedia.com/2025/02/12/dbkk-terima-kunjungan-delegasi-china-asean-friendly-youth-envoys/#respond Wed, 12 Feb 2025 11:30:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68549
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Lapan pelajar bersama dua pengiring daripada Nanning, Guangxi, China baru-baru ini mengadakan lawatan ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Ketibaan delegasi China-ASEAN Friendly Youth Envoys itu disambut Ketua Pengarah DBKK Sr Lifred Wong bagi mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

DBKK dalam kenyataan memaklumkan amat berbesar hati menerima lawatan berkenaan khususnya sempena sambutan Jubli Perak ke-25 Bandaraya Kota Kinabalu.

“Semoga lawatan ini menjadi platform pengukuhan potensi kerjasama dua hala di antara kedua-dua pihak,” menurut kenyataan itu di sini.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, delegasi itu turut berkesempatan untuk melawat ke Kota Kinabalu High School dan Mari Mari Cultural Village.

Dalam lawatan itu, delegasi itu berpeluang untuk melihat sendiri warisan dan tradisi yang terdapat di bandar raya ini. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/12/dbkk-terima-kunjungan-delegasi-china-asean-friendly-youth-envoys/feed/ 0 68549