dbkk kompaun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Oct 2025 09:33:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dbkk kompaun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK keluarkan 14 kompaun terhadap kenderaan di Tanjung Aru https://sabahmedia.com/2025/10/28/dbkk-keluarkan-14-kompaun-terhadap-kenderaan-di-tanjung-aru/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/dbkk-keluarkan-14-kompaun-terhadap-kenderaan-di-tanjung-aru/#respond Tue, 28 Oct 2025 09:33:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84357
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan sebanyak 14 keping tawaran kompaun kepada pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di jalan serta kawasan awam yang tidak dibenarkan.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, kompaun yang dikeluarkan dalam satu operasi itu dikelaurkan di bawah Undang-undang Kecil (Peruntukan Tempat-tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Awam Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014.

“DBKK telah menerima aduan awam berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku di Tanjung Aru baru-baru ini, berpunca daripada tindakan segelintir individu yang meletakkan kenderaan mereka di jalan serta kawasan awam yang tidak dibenarkan.

“Bertindak atas aduan tersebut, seramai lima anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan, DBKK telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati beberapa kenderaan telah diletakkan secara tidak teratur hingga menyebabkan gangguan kepada aliran trafik di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu di sini.

Operasi itu turut disertai anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang turut mengambil tindakan terhadap pesalah trafik.

DBKK merakamkan penghargaan kepada IPD Kota Kinabalu di atas kerjasama dan sokongan berterusan dalam memastikan keselamatan dan keteraturan di sekitar bandar raya sentiasa terpelihara.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas yang berkuat kuasa bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta kesejahteraan pengguna jalan raya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/dbkk-keluarkan-14-kompaun-terhadap-kenderaan-di-tanjung-aru/feed/ 0 84357
DBKK laksana Ops Didik dan Tegur, tiga kompaun dikeluarkan https://sabahmedia.com/2025/04/11/dbkk-laksana-ops-didik-dan-tegur-tiga-kompaun-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2025/04/11/dbkk-laksana-ops-didik-dan-tegur-tiga-kompaun-dikeluarkan/#respond Fri, 11 Apr 2025 03:19:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71766
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan tiga kompaun kepada penjaja yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan menerusi Ops Didik dan Tegur di sekitar Anjung Kinabalu dan Anjung Senja di sini Rabu lalu.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 1966 kepada penjaja di D’Walai Mata Biru dan Anjung Senja atas kesalahan menjaja tanpa kebenaran.

Manakala, satu  keping kompaun lagi telah dikeluarkan kepada penjaja di Anjung Senja atas kesalahan di bawah UUK Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984.

“Seiring usaha mewujudkan persekitaran bandar raya yang lebih selesa dan selamat bagi masyarakat dan pelancong, DBKK telah melaksanakan Ops Didik dan  Tegur di sekitar Anjung Kinabalu dan Anjung Senja.

“Operasi ini telah ditumpukan di sekitar Anjung Kinabalu, iaitu D’Walai Suri dan D’Walai Mata Biru, serta Anjung Senja di mana teguran telah diberikan kepada pengusaha gerai berkaitan etika penyediaan makanan, etika menyantuni pelanggan dan kebersihan di sekitar kawasan gerai masing-masing.

“Para peniaga turut diberikan amaran tegas untuk mempamerkan tanda harga dengan jelas,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK memaklumkan, pihaknya turut serius untuk menyediakan persekitaran yang bersih, selamat dan harmoni demi keselesaan pengunjung dan pelancong di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Sehubungan itu, semua pengusaha di sekitar bandar raya diingatkan untuk sentiasa patuh kepada peraturan yang telah dikuatkuasakan.

“DBKK akan terus komited dalam melaksanakan pemeriksaan dari masa ke masa bagi memastikan tahap pematuhan penjaja sentiasa berada pada tahap terbaik,” tambah kenyataan itu lagi.

Terdahulu, operasi itu diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK Robert Lipon dan turut melibatkan usaha sama daripada seramai 51 anggota DBKK yang terdiri daripada Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Pengurusan Harta. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/11/dbkk-laksana-ops-didik-dan-tegur-tiga-kompaun-dikeluarkan/feed/ 0 71766