Dbkk sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 06 Aug 2025 22:17:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dbkk sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan tidak bertanggungjawab jejaskan imej bandar raya – DBKK https://sabahmedia.com/2025/08/07/tindakan-tidak-bertanggungjawab-jejaskan-imej-bandar-raya-dbkk/ https://sabahmedia.com/2025/08/07/tindakan-tidak-bertanggungjawab-jejaskan-imej-bandar-raya-dbkk/#respond Wed, 06 Aug 2025 22:17:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78710
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu :Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu yang membuang pakaian ke dalam air pancut di Jalan Gaya, seperti yang tular di media sosial pada Rabu.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati tindakan tersebut telah menyebabkan sistem pengaliran air tersumbat, selain mencemarkan air di kawasan air pancut berkenaan.

“Pihak Jabatan Landskap DBKK telah menjalankan kerja-kerja pembersihan serta-merta bagi memastikan keadaan kembali pulih.

“Selain pembersihan, kerja mengecat semula struktur air pancut juga akan dilaksanakan bagi membaiki kerosakan pada cat sedia ada,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kekemasan dan keindahan bandar raya, khususnya di kawasan tumpuan awam seperti Jalan Gaya, yang sering menjadi tarikan pelancong.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah memberikan gambaran negatif kepada pelawat dan menjejaskan imej bandar raya,” tambah kenyataan itu.

DBKK menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 Pindaan 2005. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/07/tindakan-tidak-bertanggungjawab-jejaskan-imej-bandar-raya-dbkk/feed/ 0 78710
Aplikasi iBersih bantu penduduk taman guna perkhidmatan DBKK secara atas talian https://sabahmedia.com/2024/08/20/aplikasi-ibersih-bantu-penduduk-taman-guna-perkhidmatan-dbkk-secara-atas-talian/ https://sabahmedia.com/2024/08/20/aplikasi-ibersih-bantu-penduduk-taman-guna-perkhidmatan-dbkk-secara-atas-talian/#respond Tue, 20 Aug 2024 02:30:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59364
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Aplikasi iBersih yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berupaya memberi perkhidmatan kepada penduduk taman untuk membuat pesanan perkhidmatan DBKK secara atas talian tanpa perlu mengunjungi premis pihak berkuasa tempatan itu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, pesanan yang dibuat menerusi atas talian juga tidak memerlukan sebarang pelekat prabayar. 

Katanya, aplikasi iBersih boleh dimuat turun secara percuma di Google Play (Android) atau App Store (iOS).

“Bagi penduduk taman yang masih memiliki atau masih ingin menggunakan pelekat prabayar, pelekat prabayar masih sah untuk digunakan dan boleh didapatkan dari kaunter-kaunter DBKK

“Nilai pembelian minimum perkhidmatan sisa pukal dan sisa kebun prabayar bagi pembelian secara atas talian adalah RM 10.

“Bagi pembelian di kaunter-kaunter DBKK pula, tiada had minimum yang ditetapkan. Pengutipan sisa pukal dan sisa kebun yang ditempah secara atas talian atau menggunakan kupon pelekat prabayar akan dikutip oleh DBKK dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  penutupan bulan kesedaran My City, My Responsibility 2.0 (MCMR) di sini baru-baru ini.

Justeru Abidin menyeru kepada semua warga bandar raya Kota Kinabalu untuk menggunakan aplikasi iBersih ini sebagai salah satu platform untuk melupuskan sisa kebun dan sisa pukal dari rumah dengan bertanggungjawab.

Terdahulu, Abidin berkata, program MCMR yang merupakan program siri kedua pada tahun ini adalah bertemakan 3R Jiwa Merdeka dan membawa objektif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian seterusnya bersama-sama menyumbang untuk melahirkan bandar raya Kota Kinabalu yang bersih dan hijau. 

“Saya turut berharap agar penganjuran program MCMR pada kali ini akan mencapai kemajuan dalam menerapkan semangat cintakan bandar raya seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni dan progresif,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/20/aplikasi-ibersih-bantu-penduduk-taman-guna-perkhidmatan-dbkk-secara-atas-talian/feed/ 0 59364