dbkk sampah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 02 May 2025 06:49:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dbkk sampah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK laksana SPSS di dua lokasi utama https://sabahmedia.com/2025/05/02/dbkk-laksana-spss-di-dua-lokasi-utama/ https://sabahmedia.com/2025/05/02/dbkk-laksana-spss-di-dua-lokasi-utama/#respond Fri, 02 May 2025 06:49:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73061
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mula melaksanakan Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS) di dua kawasan iaitu Jalan Padang dan Lorong Dewan bermula semalam.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, sistem itu adalah bagi membolehkan penduduk dan pengusaha premis melupuskan sampah masing-masing terus ke lori pengutipan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.

Sebagai langkah pemantauan awal, DBKK turut menggerakkan Ops Bersih oleh anggota Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK bagi memastikan kelancaran pelaksanaan SPSS serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat.

“Pada peringkat permulaan ini, pendekatan berhemah diambil di mana anggota DBKK akan menegur dan menasihati individu yang masih membuang sampah di luar waktu pelupusan yang ditetapkan. 

“Bagaimanapun, tindakan kompaun akan dikeluarkan sekiranya kesalahan berulang, selaras dengan peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil Anti Litter 1984 (Pindaan 2005),” menurut kenyataan itu di sini.

Justeru, DBKK menyeru semua penduduk dan pengusaha untuk mematuhi jadual pelupusan SPSS selain menghentikan penggunaan rumah sampah yang telah ditutup.

Tambah DBKK, penduduk juga diminta untuk terus memberi kerjasama demi menjayakan usaha mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan kondusif untuk semua.

Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan info semasa dan perkembangan pelaksanaan melalui laman media sosial rasmi, Facebook dan TikTok: KK Bersih dan Hijau. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

Masa Pelupusan Sampah SPSS:

(1) King Park Hotel, Jalan Padang

9.30 pagi – 9.50 pagi

9.30 malam – 9.50 malam

(2) Padang Merdeka, Jalan Padang

10.00 pagi – 10.20 pagi

10.00 malam – 10.20 malam

(3) Dewan Masyarakat KK, Lorong Dewan

10.30 pagi – 10.50 pagi

10.30 malam – 10.50 malam

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/02/dbkk-laksana-spss-di-dua-lokasi-utama/feed/ 0 73061
Individu tidak bertanggungjawab punca sampah di jalan bertingkat Aeropod https://sabahmedia.com/2025/05/01/individu-tidak-bertanggungjawab-punca-sampah-di-jalan-bertingkat-aeropod/ https://sabahmedia.com/2025/05/01/individu-tidak-bertanggungjawab-punca-sampah-di-jalan-bertingkat-aeropod/#respond Thu, 01 May 2025 01:50:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72995
Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertindak pantas menangani isu sampah sarap yang mencemari kawasan jalan bertingkat Aeropod, susulan aduan awam yang menimbulkan ketidakselesaan pengguna jalan raya baru-baru ini.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemantauan mendapati punca utama kekotoran adalah sikap segelintir individu yang membuang sampah dari kenderaan atau meninggalkannya di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kejadian ini bukan sahaja mencemar pemandangan, malah mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab yang menjejaskan imej bandaraya.

“Walaupun jalan bertingkat Aeropod berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan diselenggara syarikat konsesi Globinaco Sdn. Bhd., DBKK melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) telah bertindak segera menjalankan kerja-kerja pembersihan awal sejurus menerima aduan.

“Sebagai langkah berterusan, DBKK akan melaksanakan Operasi Anti Kutu Sampah secara berkala. Pesalah yang membuang sampah merata boleh dikenakan kompaun serta-merta antara RM30 hingga RM500 di bawah Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 (Pindaan 2005),” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK menyeru semua warga bandaraya agar bersama memelihara kebersihan persekitaran demi mewujudkan Kota Kinabalu yang bersih, indah dan berdaya huni.

“Jangan biarkan segelintir merosakkan usaha kita semua. Kebersihan bandar tanggungjawab bersama,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/01/individu-tidak-bertanggungjawab-punca-sampah-di-jalan-bertingkat-aeropod/feed/ 0 72995
DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah https://sabahmedia.com/2024/05/09/dbkk-berjaya-lupuskan-97-tan-sampah/ https://sabahmedia.com/2024/05/09/dbkk-berjaya-lupuskan-97-tan-sampah/#respond Thu, 09 May 2024 12:49:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54185
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya melupuskan sebanyak 97 tan sampah menerusi pelaksanaan Program ‘KK Cleanup Day 2.0: Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar yang berakhir semalam.

Program yang diadakan selama tiga hari anjuran DBKK itu adalah bertujuan bagi mewujudkan kesedaran sosial dalam kalangan penduduk dan pengusaha agar mengambil tanggungjawab lebih serius dalam menjaga kebersihan persekitaran.

“Sebanyak 32 tan sampah berjaya dilupuskan pada hari pertama dan diikuti dengan 24 tan sampah pada hari berikutan.  Manakala 41 tan lagi berjaya dilupuskan pada hari terakhir semalam.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sampah yang telah dilupuskan sebanyak 97 tan dalam tempoh tiga hari, iaitu satu jumlah yang melebihi jangkaan dan sasaran yang ditetapkan oleh DBKK,” menurut kenyataan DBKK di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, menerusi program itu juga, DBKK amat bersuka cita untuk menerima kerjasama dan penglibatan positif daripada penduduk Kampung Lok Urai, Kampung Kasuapan, Kampung Lobong, Kampung Pulau Gaya Asli dan Kampung Torong Logong di Pulau Gaya, serta Kampung Pulau Sepanggar di Pulau Sepanggar.

“Sehubungan dengan itu, melihat kepada kejayaan pelaksanaan program pada kali ini, dapat dilihat bagaimana usaha bersama boleh memberi impak yang besar.

“Ianya turut menunjukkan komitmen dan kecekalan penduduk kampung dalam menjaga kebersihan. Syabas   dan      tahniah            diucapkan       kepada semua            penduduk Pulau Gaya dan      Pulau Sepanggar.

“Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada komuniti lain untuk menjaga alam sekitar dengan penuh tanggungjawab,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/09/dbkk-berjaya-lupuskan-97-tan-sampah/feed/ 0 54185