Dbkk vandalisme – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 May 2025 04:28:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dbkk vandalisme – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK tanggung kerugian RM6,500 akibat vandalisme https://sabahmedia.com/2025/05/11/dbkk-tanggung-kerugian-rm6500-akibat-vandalisme/ https://sabahmedia.com/2025/05/11/dbkk-tanggung-kerugian-rm6500-akibat-vandalisme/#respond Sun, 11 May 2025 04:28:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73611
Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menganggarkan kerugian berjumlah RM6,500 akibat kerosakan tiang lampu di Jalan Jati yang dipercayai berpunca daripada perbuatan vandalisme.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, kerosakan kemudahan awam bukan sahaja membebankan kos pembaikan, malah menjejaskan manfaat bersama yang disediakan untuk kesejahteraan warga bandar raya.

Menurut DBKK, individu yang didapati menyebabkan kerosakan boleh dikenakan ganti rugi dan tindakan sivil sekiranya enggan bertanggungjawab.

“DBKK memandang serius sebarang perbuatan vandalisme oleh mana-mana pihak atau individu sehingga menyebabkan kerosakan pada kemudahan awam yang disediakan di sekitar bandar raya.

“Penyediaan kemudahan awam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu adalah untuk kegunaan dan manfaat bersama.

“Kerosakan pada harta benda awam ini akan melibatkan pengeluaran kos yang tinggi untuk dibaiki atau diganti baharu,” menurut kenyataan itu di sini.

Orang ramai diseru menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dan bersama menolak budaya vandalisme demi memastikan Kota Kinabalu kekal selamat dan sejahtera. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/11/dbkk-tanggung-kerugian-rm6500-akibat-vandalisme/feed/ 0 73611