dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 01 Oct 2026 08:54:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dakwaan lantik CEO Kinabalu Venture palsu, laporan polis dibuat https://sabahmedia.com/2026/10/01/dakwaan-lantik-ceo-kinabalu-venture-palsu-laporan-polis-dibuat/ https://sabahmedia.com/2026/10/01/dakwaan-lantik-ceo-kinabalu-venture-palsu-laporan-polis-dibuat/#respond Thu, 01 Oct 2026 08:41:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104543
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Satu laporan polis telah dibuat berhubung penyebaran dakwaan palsu dan berunsur fitnah menerusi platform TikTok yang mengaitkan Datuk Bandar Kota Kinabalu dengan seorang individu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kinabalu Venture.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak pernah melantik individu Bernama Sharinaz Sabin sebagai CEO Kinabalu Venture seperti yang didakwa dalam kandungan tular berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Kinabalu Venture bukan anak syarikat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), sekali gus menafikan dakwaan yang mengaitkan syarikat berkenaan dengan pentadbiran DBKK.

Menurutnya, laporan polis dibuat bagi membolehkan perkara itu disiasat dan tindakan lanjut diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Datuk Bandar tidak pernah melantik Sharinaz Sabin sebagai CEO Kinabalu Venture dan Kinabalu Venture juga bukan anak syarikat DBKK,” katanya.

Dakwaan berkenaan turut mengaitkan Kinabalu Venture dengan inisiatif “Jual Kereta Rakyat”.

Sabin berkata, penyebaran maklumat tersebut merupakan perkara serius kerana boleh mengelirukan masyarakat selain menjejaskan reputasi dan integriti dirinya serta keyakinan awam terhadap pentadbiran DBKK.

Dalam pada itu, DBKK turut memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik atau pengendali akaun yang bertanggungjawab menyebarkan kandungan berkenaan.

Katanya, tindakan itu akan dilaksanakan selepas identiti serta penglibatan pihak terbabit disahkan melalui siasatan pihak berkuasa.

“DBKK memandang serius penyebaran maklumat palsu dan berunsur fitnah yang mengaitkan Datuk Bandar, ahli keluarganya serta DBKK dan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap pemilik atau pengendali akaun yang bertanggungjawab bagi menuntut ganti rugi atau remedi yang wajar setelah identiti serta penglibatan pihak berkenaan disahkan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menerima atau menyebarkan sebarang maklumat berkaitan urusan rasmi DBKK tanpa membuat semakan terlebih dahulu melalui saluran komunikasi rasmi pihak berkuasa tempatan berkenaan.

DBKK turut menegaskan komitmennya terhadap prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/01/dakwaan-lantik-ceo-kinabalu-venture-palsu-laporan-polis-dibuat/feed/ 0 104543
Kenderaan ditunda berisiko dilucut hak jika tidak dituntut -DBKK https://sabahmedia.com/2026/09/29/kenderaan-ditunda-berisiko-dilucut-hak-jika-tidak-dituntut-dbkk/ https://sabahmedia.com/2026/09/29/kenderaan-ditunda-berisiko-dilucut-hak-jika-tidak-dituntut-dbkk/#respond Tue, 29 Sep 2026 06:01:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104406
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Kenderaan yang ditunda Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas kesalahan parkir berisiko untuk dilucut hak dan seterusnya dilelong sekiranya pemilik gagal menuntutnya dalam tempoh 30 hari.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, kenderaan yang ditunda akan disimpan selama 30 hari sebelum pihaknya memulakan proses lucut hak terhadap kenderaan yang masih tidak dituntut.

“30 hari kita akan simpan dan lepas itu kita akan buat proses lucut hak. Lepas itu kita lelong kalau mereka tidak ambil.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 52 kenderaan setakat ini sudah melalui proses lucut hak,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Sabin berkata, pemilik kenderaan yang ditunda perlu menyelesaikan bayaran berkaitan termasuk tunggakan kompaun sebelum kenderaan berkenaan boleh dilepaskan.

Beliau berkata, caj yang dikenakan termasuk RM100 bagi kompaun kesalahan, selain RM150 bagi caj penyimpanan untuk satu malam.

“Caj penundaan adalah sebanyak RM350 dan RM100 bagi kompaun kesalahan selain RM150 bagi caj penyimpanan untuk satu malam,” katanya.

Menurutnya, DBKK juga boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pemilik kenderaan yang gagal menyelesaikan bayaran, bergantung kepada keadaan kes.

Sementara itu, Sabin berkata, tindakan penundaan kenderaan diteruskan bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan parkir dan menggunakan lot yang disediakan.

Menurutnya, DBKK tidak terus menunda kenderaan sebaliknya akan memberikan amaran terlebih dahulu melalui siren dan pembesar suara supaya pemilik mengalihkan kenderaan.

Katanya, kemudahan parkir di Kota Kinabalu juga mencukupi, dengan kira-kira 20,000 lot parkir, termasuk sekitar 4,000 lot di kawasan luar bangunan.

“Kami minta mereka parkir di lot yang tersedia. Ia cukup, malah lebih daripada cukup,” katanya.

Beliau berkata, operasi penundaan kenderaan dilaksanakan DBKK sejak April tahun ini dan sehingga semalam sebanyak 1,385 kenderaan telah ditunda.

Sabin berkata, tindakan itu bukan semata-mata bertujuan mengutip hasil kompaun, sebaliknya sebagai langkah pencegahan bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan parkir dan tidak mengganggu keteraturan lalu lintas di kawasan bandar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/29/kenderaan-ditunda-berisiko-dilucut-hak-jika-tidak-dituntut-dbkk/feed/ 0 104406
e-Submission pelan bangunan DBKK dijangka bermula 2027 https://sabahmedia.com/2026/09/29/e-submission-pelan-bangunan-dbkk-dijangka-bermula-2027/ https://sabahmedia.com/2026/09/29/e-submission-pelan-bangunan-dbkk-dijangka-bermula-2027/#respond Tue, 29 Sep 2026 01:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104383
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merancang melaksanakan sistem permohonan pelan bangunan secara dalam talian atau e-Submission mulai 2027 sebagai langkah memperkukuh transformasi digital dalam proses kelulusan pembangunan di bandar raya ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, berkata pelaksanaan e-Submission itu merupakan antara langkah susulan dalam usaha DBKK mereformasi proses kelulusan pelan bangunan supaya lebih cekap dan sistematik.

Beliau berkata, pelaksanaan tersebut akan melengkapkan penggunaan National BIM e-Submission (NBeS) yang kini digunakan sebagai kaedah semakan awal pelan bangunan secara digital.

“Pelaksanaan NBeS ialah langkah awal dalam reformasi proses kelulusan pelan DBKK. Kita juga sedang membangunkan sistem permohonan pelan dalam talian atau e-Submission yang dirancang bermula pada tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Pelancaran Pelaksanaan National BIM e-Submission (NBeS) DBKK di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.

Menurutnya, apabila NBeS, e-Submission dan proses kelulusan digital dapat diintegrasikan sepenuhnya, DBKK menyasarkan proses kelulusan pelan tidak lagi bergantung kepada pengendalian fail fizikal.

“Dalam keadaan sistem dan aliran kerja tersebut berfungsi secara menyeluruh, aspirasi DBKK ialah memendekkan lagi tempoh kelulusan kepada kurang daripada tiga hari bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi semua keperluan,” katanya.

Sabin berkata, pendekatan pendigitalan itu bukan sahaja bertujuan mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan, malah dapat mewujudkan sistem kerja yang lebih telus serta mudah diaudit.

Pada masa sama, katanya, aspek keselamatan, pematuhan teknikal dan kualiti pembangunan akan terus menjadi keutamaan DBKK dalam mempertimbangkan setiap permohonan.

Beliau berkata, penggunaan teknologi digital tidak seharusnya menyebabkan ketelitian dalam proses kelulusan diketepikan.

“Kepantasan tidak boleh mengurangkan ketelitian terhadap keselamatan dan mutu pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan sistem digital bersepadu memerlukan kerjasama berterusan antara DBKK, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), agensi teknikal serta komuniti profesional yang terlibat dalam penyediaan dan pengemukaan pelan bangunan.

Katanya, penyelarasan aliran kerja, pengesahan digital dan keperluan teknikal perlu diberi perhatian bagi memastikan pelaksanaan sistem baharu dapat berjalan secara menyeluruh dan berkesan.

Beliau turut menggalakkan golongan Principal Submitting Person (PSP) yang terlibat dalam penyediaan pelan bangunan supaya mengambil peluang meningkatkan kemahiran berkaitan Building Information Modelling (BIM) bagi menyesuaikan diri dengan perubahan ke arah proses pengemukaan pelan secara digital.

Sabin berkata, kerjasama dan maklum balas daripada komuniti profesional juga penting bagi membantu DBKK dan CIDB menambah baik pelaksanaan sistem dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan e-Submission itu dijangka menjadi sebahagian daripada transformasi menyeluruh DBKK ke arah proses kelulusan pelan bangunan yang lebih digital, cekap, telus dan mudah diaudit.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/29/e-submission-pelan-bangunan-dbkk-dijangka-bermula-2027/feed/ 0 104383
DBKK teliti pendekatan baharu pengurusan sampah di petempatan atas air https://sabahmedia.com/2026/09/26/dbkk-teliti-pendekatan-baharu-pengurusan-sampah-di-petempatan-atas-air/ https://sabahmedia.com/2026/09/26/dbkk-teliti-pendekatan-baharu-pengurusan-sampah-di-petempatan-atas-air/#respond Sat, 26 Sep 2026 14:37:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104270
Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang meneliti kemungkinan mengintegrasikan pendekatan baharu dalam sistem pengurusan sampah, termasuk di kawasan petempatan atas air.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, langkah itu bertujuan memastikan sisa yang dihasilkan dapat diurus dengan lebih teratur dan tidak dilepaskan ke persekitaran.

Menurutnya, aspek pengurusan sisa perlu diberi perhatian secara menyeluruh, termasuk di kawasan petempatan yang mempunyai cabaran tersendiri dari segi pengumpulan dan pelupusan sampah.

“DBKK juga sedang melihat kemungkinan untuk mengintegrasikan pendekatan baharu dalam sistem pengurusan sampah, termasuk di kawasan petempatan atas air.

“Ini adalah bagi memastikan sisa yang dihasilkan dapat diurus dengan lebih teratur dan tidak dilepaskan ke persekitaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Pengarah DBKK, Datuk Sr Lifred Wong pada Majlis Perasmian Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega Seluruh Negara Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu sempena World Cleanup Day 2026 di Perdana Park, di sini, pada Sabtu.

Sabin berkata, DBKK turut meneliti bagaimana pendekatan serta mekanisme pembelian barangan kitar semula yang sedang dilaksanakan dapat ditambah baik supaya lebih berkesan dalam mengurangkan jumlah sisa yang berakhir sebagai sampah.

Katanya, pendekatan pengurusan sisa yang lebih menyeluruh penting bagi memastikan usaha menangani masalah sampah tidak hanya tertumpu kepada kerja pembersihan selepas sisa dibuang.

“Kita juga perlu mengurangkan, mengumpul dan mengurus sisa dengan lebih teratur dari peringkat awal,” katanya.

Menurutnya, antara inisiatif yang dilaksanakan DBKK ialah Pembelian Barangan Kitar Semula secara pandu lalu, termasuk pembelian botol plastik, minyak masak terpakai serta pengumpulan sisa elektrik dan elektronik isi rumah atau e-waste.

Selain itu, katanya, aktiviti “Kayuh dan Kutip” turut dilaksanakan sebagai sebahagian usaha menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pengurusan sisa dan kebersihan persekitaran.

Sabin berkata, program pembersihan yang dianjurkan turut merangkumi pembersihan kawasan awam, parit dan bahu jalan, tapak penjaja serta pantai, selain aktiviti pengutipan sampah terapung dan gotong-royong bersama penduduk setempat.

Beliau berkata, penglibatan masyarakat amat penting dalam memastikan usaha menjaga kebersihan bandar dapat dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya bergantung kepada tindakan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, pendekatan pengurusan sisa dari peringkat awal, termasuk pengurangan, pengumpulan, kitar semula dan pelupusan yang teratur, perlu diperkasakan bagi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih dan lestari. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/26/dbkk-teliti-pendekatan-baharu-pengurusan-sampah-di-petempatan-atas-air/feed/ 0 104270
Mangsa kebakaran Numbak dibenarkan bina semula rumah – DBKK https://sabahmedia.com/2026/09/09/mangsa-kebakaran-numbak-dibenarkan-bina-semula-rumah-dbkk/ https://sabahmedia.com/2026/09/09/mangsa-kebakaran-numbak-dibenarkan-bina-semula-rumah-dbkk/#respond Wed, 09 Sep 2026 11:42:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103120
Read Time:1 Minute, 25 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU : Mangsa kebakaran membabitkan tiga kampung di kawasan Numbak, di sini boleh membina semula rumah di kawasan berkenaan, namun hanya mereka yang benar-benar layak dibenarkan berbuat demikian.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, DBKK bersama dengan kerajaan negeri kini sedang menyusun semula kawasan itu supaya pembinaan rumah dapat dilakukan mengikut plot yang lebih teratur.

“Kawasan itu sebenarnya tempat perpindahan mereka dari kawasan Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum ini. Jadi, tempat itu memang satu tempat yang dibenarkan untuk mereka membuat penempatan.

“Cuma, pada masa sekarang, yang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sedang laksanakan bersama dengan kerajaan negeri adalah untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak saja tinggal di sana untuk membina semula rumah mereka dengan plot yang teratur,” katanya.

Dr Sabin Samitah

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman Bersama Mangsa Bencana Kebakaran di Dewan Serbaguna Damai, di sini hari ini.

Sabin berkata DBKK sedang membuat persediaan termasuk menjalankan pemeriksaan dan pengukuran bagi mengelakkan perebutan tapak.

“Sekarang, kita sedang membuat persediaan. Kita telah membuat pemeriksaan dan juga mengambil tindakan untuk membuat pengukuran supaya tempat tu tidak menjadi perebutan.

“Kita akan lihat senarai mereka yang terlibat dengan kebakaran dan senarai nama yang sepatutnya menduduki kawasan tersebut sebelum ini. Kita sedia maklum terdapat juga individu dari kawasan luar yang masuk ke kawasan tersebut membina rumah mereka tanpa kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Terdahulu, Musa menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan kepada 110 ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran berkenaan.

Pada 30 Ogos lepas, kebakaran di Kampung Numbak memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air, dengan tiga mangsa ditemukan rentung. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/09/mangsa-kebakaran-numbak-dibenarkan-bina-semula-rumah-dbkk/feed/ 0 103120
Dua penjaja tanpa lesen dikompaun, motosikal dan peralatan turut disita DBKK https://sabahmedia.com/2026/08/07/dua-penjaja-tanpa-lesen-dikompaun-motosikal-dan-peralatan-turut-disita-dbkk/ https://sabahmedia.com/2026/08/07/dua-penjaja-tanpa-lesen-dikompaun-motosikal-dan-peralatan-turut-disita-dbkk/#respond Fri, 07 Aug 2026 06:21:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101158
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap dua penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah dalam Operasi Todak di kawasan Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) dan Pasar Besar Kota Kinabalu, pada Selasa lalu.

Dalam operasi bersepadu itu, DBKK turut menyita sebuah motosikal serta beberapa peralatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti perniagaan berkenaan.

Operasi Todak yang bermula pada jam 11 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah dan SAFMA.

Tindakan terhadap penjaja terbabit merupakan sebahagian daripada usaha DBKK memastikan aktiviti perniagaan di kawasan tumpuan awam dijalankan mengikut peraturan dan mempunyai lesen yang sah.

Penguatkuasaan berkenaan turut bertujuan memastikan kawasan SAFMA dan Pasar Besar Kota Kinabalu kekal teratur, bersih serta tidak terjejas oleh aktiviti perniagaan yang melanggar syarat ditetapkan.

Dalam operasi sama, JIM membuat pemeriksaan terhadap 521 Orang Yang Diperiksa (OYDP) dan menahan 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua PATI terbabit kemudiannya dihantar ke Depot Imigresen Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Bagi penguatkuasaan di kawasan perairan pula, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah dengan kerjasama APMM memeriksa empat bot, manakala lesen asal sebuah bot ditahan berikutan kesalahan melibatkan dokumen pengenalan pelaut warga asing yang telah tamat tempoh.

APMM turut menggerakkan dua aset maritim membabitkan 14 anggota untuk membuat pemeriksaan terhadap sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT), dengan tujuh kru diperiksa sebelum diserahkan kepada JIM bagi tindakan lanjut.

Bagi memastikan keseluruhan operasi berlangsung dengan selamat dan terkawal, PDRM turut menggerakkan 21 anggota daripada Balai Polis Kota Kinabalu, Team Cantas dan Pasukan Polis Marin.

DBKK memaklumkan, pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bersepadu secara berkala bagi memastikan Kota Kinabalu kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih, selamat, teratur dan berdaya huni.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/07/dua-penjaja-tanpa-lesen-dikompaun-motosikal-dan-peralatan-turut-disita-dbkk/feed/ 0 101158
DBKK roboh 40 struktur setinggan haram di tanah miliknya https://sabahmedia.com/2026/07/25/dbkk-roboh-40-struktur-setinggan-haram-di-tanah-miliknya/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/dbkk-roboh-40-struktur-setinggan-haram-di-tanah-miliknya/#respond Sat, 25 Jul 2026 02:44:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100530
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 40 struktur setinggan haram yang dibina di atas tanah milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dirobohkan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras pencerobohan tanah kerajaan dan penempatan haram.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi perobohan itu dilaksanakan pada 20 Julai lalu menerusi Bahagian Pencerobohan dan Struktur Haram, Jabatan Penguatkuasaan.

“Sebelum operasi dijalankan, sebanyak 40 Notis Pengosongan, Pengalihan dan Perobohan telah diserahkan kepada penghuni struktur setinggan di kawasan berkenaan pada 11 Julai 2026 sebagai tindakan awal penguatkuasaan.

“Hasil operasi bersepadu yang dijalankan pada 20 Julai, kesemua 40 struktur setinggan haram yang dikenal pasti berjaya dirobohkan mengikut peruntukan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Operasi berkenaan turut mendapat kerjasama beberapa agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air Negeri Sabah serta Sabah Electricity bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan teratur.

DBKK menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan tanah kerajaan atau pembinaan struktur haram di kawasan pentadbirannya.

Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan kawasan yang telah dibersihkan tidak diceroboh semula atau dijadikan penempatan setinggan haram.

“DBKK akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan pencerobohan atau membina struktur tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,” menurut kenyataan itu.

DBKK turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak mendirikan sebarang struktur tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/dbkk-roboh-40-struktur-setinggan-haram-di-tanah-miliknya/feed/ 0 100530
21 ‘kutu sampah’ dikompaun dalam Ops Bersih DBKK https://sabahmedia.com/2026/07/12/21-kutu-sampah-dikompaun-dalam-ops-bersih-dbkk/ https://sabahmedia.com/2026/07/12/21-kutu-sampah-dikompaun-dalam-ops-bersih-dbkk/#respond Sun, 12 Jul 2026 01:46:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99724
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 21 kompaun berjaya dikeluarkan dalam Ops Bersih: Full Force yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di beberapa lokasi tumpuan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi berskala besar itu memberi tumpuan kepada kawasan Segama Waterfront, Jeti DBKK, Sinsuran, KK Plaza, Pasar Besar Kota Kinabalu, Segama dan Centre Point.

Menurut DBKK, operasi yang berlangsung dari jam 6 petang hingga 11 malam itu disertai seramai 13 anggota Unit Kawal Selia, Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya, DBKK.

“Kompaun yang dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 (Pindaan 2005) itu dibayar serta merta terhadap individu yang didapati membuang sampah di kawasan awam,” menurut kenyataan itu di sini.

Pelaksanaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan DBKK dalam memperkukuh penguatkuasaan, meningkatkan tahap kebersihan bandaraya serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang demi kesejahteraan warga Kota Kinabalu.

DBKK akan terus memperhebat dan melaksanakan operasi seumpama ini secara berterusan di lokasi-lokasi tumpuan.

Sehubungan itu, orang awam diseru untuk memberikan kerjasama dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab, membuang sampah di tempat yang disediakan serta bersama-sama memelihara kebersihan Bandaraya Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/12/21-kutu-sampah-dikompaun-dalam-ops-bersih-dbkk/feed/ 0 99724
Kepelbagaian etnik kukuhkan Sabah sebagai destinasi pelancongan budaya https://sabahmedia.com/2026/07/05/kepelbagaian-etnik-kukuhkan-sabah-sebagai-destinasi-pelancongan-budaya/ https://sabahmedia.com/2026/07/05/kepelbagaian-etnik-kukuhkan-sabah-sebagai-destinasi-pelancongan-budaya/#respond Sun, 05 Jul 2026 07:40:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99380
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Keunikan lebih 30 kumpulan etnik di Sabah menjadi kekuatan utama yang menjadikan negeri ini unik serta berpotensi besar sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai berkata, kepelbagaian etnik di Sabah merupakan aset penting yang bukan sahaja memperkayakan identiti negeri, malah mengukuhkan perpaduan rakyat.

“Keunikan budaya, adat resam dan warisan yang dimiliki lebih 30 kumpulan etnik di Sabah merupakan antara daya tarikan utama yang membezakan negeri ini berbanding destinasi lain di rantau ini.

“Sabah amat bertuah kerana dikurniakan kepelbagaian budaya yang hidup dalam suasana harmoni. Inilah kekuatan kita yang menjadi identiti dan kebanggaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Citra Budaya Kota Kinabalu ‘KK Culture On Stage 2026 di Lintasan Deasoka di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Joniston berkata, kepelbagaian budaya itu perlu terus dipelihara, diperkasa dan dipersembahkan secara kreatif supaya ia kekal relevan serta dapat dihayati oleh generasi muda dan juga pelawat dari luar negara.

Katanya, warisan budaya tidak boleh hanya dilihat sebagai tinggalan sejarah, sebaliknya perlu dijadikan aset dinamik yang mampu menyatukan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui sektor pelancongan dan industri kreatif.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa program berasaskan budaya seperti KK Culture On Stage 2026 memainkan peranan penting dalam memperkenalkan kekayaan etnik Sabah kepada dunia melalui pendekatan persembahan yang lebih segar dan interaktif.

“Pelancong hari ini mahu merasai pengalaman sebenar, bukan sekadar melihat. Mereka mahu mengenali budaya, mencuba makanan tradisional dan berinteraksi dengan masyarakat setempat,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran program seumpama itu juga selari dengan usaha memperkukuh imej Kota Kinabalu sebagai bandar raya budaya yang hidup dengan kepelbagaian etnik dan warisan. SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/05/kepelbagaian-etnik-kukuhkan-sabah-sebagai-destinasi-pelancongan-budaya/feed/ 0 99380
Aplikasi Sabah Smart Parking alami gangguan sementara, tiada kompaun dikeluarkan https://sabahmedia.com/2026/06/30/aplikasi-sabah-smart-parking-alami-gangguan-sementara-tiada-kompaun-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2026/06/30/aplikasi-sabah-smart-parking-alami-gangguan-sementara-tiada-kompaun-dikeluarkan/#respond Tue, 30 Jun 2026 01:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99108
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) mengalami gangguan operasi sementara yang menyebabkan beberapa fungsi utama tidak dapat diakses oleh pengguna.

DBKK Holdings Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan itu menjejaskan beberapa perkhidmatan termasuk pembayaran caj letak kereta secara digital, semakan dan pembayaran kompaun, pembelian Pas Parkir Bulanan, tambah nilai kredit (top-up) serta akses kepada modul IBERSIH dan beberapa perkhidmatan lain.

Sehubungan itu, DBKK Holdings Sdn. Bhd.  memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh gangguan aplikasi berkenaan.

Menurut kenyataan itu, usaha sedang dijalankan bagi memastikan aplikasi Sabah Smart Parking dapat kembali beroperasi seperti biasa dalam kadar segera.

“Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna sepanjang tempoh gangguan ini,” menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta DBKK Holdings di Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex menerusi talian 088-270181 atau 088-270182.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/30/aplikasi-sabah-smart-parking-alami-gangguan-sementara-tiada-kompaun-dikeluarkan/feed/ 0 99108